Jumaat, 30 Januari 2009

MENCARI HATI MAHMUDAH..

betapa berharga hati ini
ketulan daging anugerah tuhan
mengukir gerak melakar hasrat
apabila disalut murni
terpelihara seluruh anggota
apabila diselimuti kekeruhan
tercalar citra insani

ingin kumiliki nurani terpuji
memancar ketaatan ketulusan
bermujahadah melawan nafsu
memugar godaan syaitan
mensyukuri nikmat ilahi

mampukah mendakap
keluhuran
menebar jala kemaafan
menabur benih kasih sayang
menyulam jiwa pemurah

menobat sifat mahmudah
meminggir hasad dan iri
menyingkir nista dan khianat
menghindari sifat mazmumah

umi kalsum idham
batu pahat
berita harian
27 dis 08

Khamis, 29 Januari 2009

13 aurat wanita..



Ditulis oleh unic.develOper
1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

.::aiNNisaa'::.~ tika nurani ini berlabuh pada cintaMu..Rabbi.. ~: SHOLEHAH KAH AKU ???

.::aiNNisaa'::.~ tika nurani ini berlabuh pada cintaMu..Rabbi.. ~: SHOLEHAH KAH AKU ???

Rabu, 28 Januari 2009

Ayat Kursi hindari perbuatan pukau dan sihir

ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tidak ada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu - Nya dan kekuasaan - Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (al-Baqarah: 255)

Keterangan ayat

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Nabi SAW pernah memberitahu kepada Ubai bin Ka'ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran adalah ayat al-Kursi.

Khasiat dan kaifiat beramal

Ayat al -Kursi juga mempunyai kelebihan untuk menghadapi gangguan syaitan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih. Ayat ini patut menjadi amalan dengan membacanya pada setiap waktu terutama apabila berhadapan dengan kebarangkalian diganggu jin dan syaitan. Kisah ini masyhur tentang Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan ada dalam kedua kitab hadis Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim.

Selain itu, Nabi SAW juga menganjurkan agar membaca ayat ini sebelum tidur supaya terpelihara daripada diganggu syaitan hingga ke waktu Subuh.

Selasa, 27 Januari 2009

fakta untuk difikirkan

nisbah ahli sains..

#Malaysia-20 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk

#Singapura-40 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk

#Barat(eropah)- 80 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk

Impak peristiwa 11 september New York

#Tidak kurang 33,000 orang Eropah memeluk agama Islam selepas peristiwa 11 September.

#Berpuluh buah gereja di England telah ditukar menjadi masjid oleh Muslim.

Khamis, 22 Januari 2009

mari belajar bahasa jerman..

bismillahirrahmanirrahim..
hari ini..ana nak perkenalkan pada antum semua..bahasa jerman..
bahasa jerman ni lebih kurang cam bi gak..tapi,dier baku sket..
hmm..dulu ana der blaja kat skul..tapi..ingat tak ingat..
tapi..kate orang..ilmu yang ada kenalah dikembangkan..kerana ilmu itu hak Allah..
pada yang pertama kalinya ini..ana akan kongsi..beberapa perkataan jerman..

ich bin fatin..
(ikh bin fatin)
nama saya fatin

ich bin siebzehn jahre alt
(ikh bin zibsen yaghe alt)
umur saya 17 tahun

ich komme aus Selangor
(ikh komme aus selangor)
saya datang dari selangor

ich mag katze
(ikh mag katze)
saya suka kucing

hmm..
tu serba sedikit la..
yang dalam kurungan tu care nak sebut..
susah jugak sebutannye..dulu,mula2 blaja..tergeliat lidah..
hmm..
huruf j jadi y
huruf v jadi f
huruf s jadu z
ni..ana tambah beberapa perkataan lagi..

hallo
(halo)
helo

wie gehts?
(vi gets)
apa khabar

Brille
(beghile)
cermin mata

ich verstehe nich
(ikh fershtea nikh)ps:h tu tak bunyi
saya tidak faham

das ist alles
(das is alles)
that's all
itu sahaja

semoga dapat ditambah ilmu di dada..
kalau ada salah silap..boleh betolkan..ana sedia terima..

vielen dank
(filen dang)
terima kasih bAnyak2

wallahua'lam..

p/s:kalau ada cadangan atau komen tentang ruangan nih..bolehla suarakan..syukran..

Rabu, 21 Januari 2009

tahniah kepada adik2 pmr 2008..

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak muncul SBPI terbaik dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 dengan keputusan 77.9 peratus pelajarnya memperoleh 9A manakala 81.4 peratus memperoleh keputusan 8A.

Keputusan itu turut mencipta sejarah kerana ia merupakan pertama kali SBPI, yang berjumlah 12 buah kesemuanya di seluruh negara memperoleh keputusan yang tertinggi dalam sembilan mata pelajaran yang diambil oleh para pelajarnya termasuk mata pelajaran tambahan, Bahasa Arab.

Secara keseluruhan seramai 86 pelajar SBPI Gombak menduduki PMR 2008 dan daripada jumlah tersebut 67 pelajar memperoleh keputusan 9A, 8A 1B (10 pelajar), 7A 2B (6 pelajar), 6A 3B (2 pelajar) dan seorang pelajar memperoleh keputusan 5A 4B.

Keputusan tersebut memperlihatkan peningkatan 11 peratus keputusan PMR SBPI Gombak iaitu dari 66.67 peratus pada tahun 2007.

Sementara itu, keputusan yang membanggakan itu turut dikongsi bersama-sama oleh mantan Pengetua SBPI Gombak, Norlia Mohd Shuhaili yang kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran.

Beliau yang baru menjawat jawatan berkenaan bermula Oktober tahun lalu amat terharu dengan kejayaan para pelajarnya dan menyifatkan kejayaan itu adalah hasil usaha gigih setiap warga sekolah berkenaan.

``Setiap warga sekolah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap kejayaan ini sama ada guru, pelajar, pihak asrama dan bahagian pejabat, semuanya memainkan peranan,’’ katanya.

Malah beliau turut mengucapkan penghargaan terhadap kerjasama yang diberi oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SBPI Gombak yang tidak pernah jemu membantu pihak sekolah dengan pelbagai sumbangan.

``Setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah sentiasa mendapat kerjasama daripada pihak PIBG dan mereka tidak pernah lokek sama ada dari segi kewangan mahupun keringat,’’ katanya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaan SBPI Gombak, beliau berkata, semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sama seperti SBP yang lain.

``Apa yang saya nampak ialah kejayaan ini adalah kesungguhan guru dan para pelajar dan bagi saya yang penting adalah niat kita sesama manusia..buatlah apa sahaja pasti akan berjaya jika kita mempunyai niat ikhlas dan menjaga hubungan sesama manusia,’’ katanya.

Malah katanya, setiap pelajar dan guru akan berkorban masa terutama pada cuti penggal persekolahan dengan memulakan persekolahan lebih awal berbanding sekolah lain.

Selain itu katanya, jika hendak berjaya para guru kena pegang hati pelajar, kenal pasti pelajar yang lemah dan diberi perhatian dan bimbingan yang jitu terhadap mereka.

Ternyata Norlia amat berbangga dengan kejayaan keputusan PMR kali ini apatah lagi tiada seorang pun pelajarnya memperoleh keputusan C.

Namun yang lebih membanggakan beliau ialah setiap pelajar yang memperoleh keputusan 9A itu aktif dalam kegiatan kokurikulum.

``Semua pelajar tersebut aktif dalam sukan ragbi dan dengan keputusan yang mereka peroleh jelas kegiatan kokurikulum tidak akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar,’’ tegasnya.

Walaupun akademik diberi perhatian namun pelajar juga ditekankan ilmu kerohanian yang tinggi seperti solat berjemaah dan membaca surah Yasin setiap hari menjelang peperiksaan.

Menurut Norlia, beliau tidak pernah mengabaikan kokurikulum pelajar beliau turut memberi ruang kepada pelajar untuk aktif dalam kegiatan kokurikulum lain termasuk seni.

Menurut beliau berdasarkan rekod pengesanan pelajar SBPI Gombak, 60 peratus pelajarnya mendapat tawaran menyambung pengajian ke universiti luar negara.

1.Gombak 86 67 (77.9 peratus)

2.Rawang 85 52 (61.18 peratus)

3.Kubang Pasu 118 43 (36.44 peratus)

4.SM Sains Sultan Iskandar

79 42 (53.16 peratus)

5.Sabak Bernam 85 36 (42.35 peratus)

6.Batu Rakit 107 34 (31.78 peratus)

7.Temerloh 90 31 (34.44 peratus)

8.Gopeng 87 30 (34.48 peratus)

9.Kuantan 110 24 (21.82 peratus)

10.Pekan 85 22 (25.88 peratus)

11.Selandar 89 11 (12.36 peratus).



"berita di atas ana petik kat utusan online ari ni...alhamdulillah..ana tumpang gembira atas kejayaan adik2 ana..kepada adik2 ku..mabruk 'alaik..pun begitu..janganlah antum lupe..tuk ucapkan syukur pada ilahi..maha suci Allah..Dier yang maha mengetahui..dan jangan kiter lupe..semua dari tuhan..ilmu tu hak Dier..kiter hanya meminjam..ana arap..petikan di atas dapat dijadikan pedoman..wat adik2 yang akan mengambil pmr dan spm taun nih..artikel ni bukan lambang kemegahan..sekadar ingin berkongsi..wallahu'alam.."

ALLAH ADA, ALLAH LIHAT..


Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "Allah ada, Allah melihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan "Allah ada, Allah lihat". Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati.

Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.

Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik "ada orang! ada orang!". Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, "Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!"

Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.

MORAL & IKTIBAR

    • Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain
    • Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
    • Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya
    • Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar
    • Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya
    • Ungkapan seperti 'Allah melihat apa yang kita buat' patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita.
    • Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil
    • Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior
    • Mengingat Allah menjauhkan kita dari melakukan maksiat

Selasa, 20 Januari 2009

ibtisam..

Walaupun Rasulullah dikenali sebagai seorang pemimpin besar, namun baginda juga tahu untuk tersenyum dan ketawa, terutamanya ketika bersama para sahabat. Samak bin Harb menceritakan, dia pernah bertanya kepada Jabir bin Samurah, "Pernahkah kamu duduk bersama-sama Rasulullah?"

Kata jabir,"Selalu. Rasulullah selalunya tidak akan berdiri dari tempatnya solat Subuh, sebelum terbit matahari. Apabila matahari sudah terbit barulah Rasulullah bangun. Selama duduk- duduk itu, para sahabat ada yang bercakap-cakap membincangkan peristiwa zaman Jahiliay, lalu mereka ketawa dan Rasulullah hanya tersenyum."(Hadis Riwayat Muslim)

Isnin, 19 Januari 2009

YANG HARAM..YANG HALAL..

RASULULLAH bersabda yang bermaksud,"Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya".(Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)



Harta yang berkat adalah harta yang halal dan baik kerana sesuatu yang diambil daripada sumber yang tidak halal dan tidak baik, tidak mungkin mampu mendorong kita untuk melakukan kebaikan, sama ada kepada diri sendiri atau orang lain. Begitu juga dalam aspek makanan, setiap daging yang dihasilkan dari sesuatu yang haram, maka nerakalah tempatnya. Pengertian halal ini mencakupi aspek2:


a)Halal wujudnya, iaitu apa-apa saja yang tidak dilarang oleh agama Islam, seperti makanan dan minuman yang tidak diharamkan oleh syariat Islam.

b)Halal cara mengambil atau memperolehnya, iaitu cara mengambil atau cara memperoleh yang tidak dilarang oleh syariat Islam seperti harta yang diperoleh dari pekerjaan yang halal menurut pandangan syariat Islam.


c)Halal kerana tidak bercampur dengan hak milik orang lain, kerana sudah dikeluarkan zakatnya.


yang pasti, makanan yang kita ambil juga akan membentuk diri kita. Oleh itu, eloklah kita beringat-ingat ketika makan apa2 sahaja.

dipetik daripada
majalah nur mac 2008
halaman 146..

6 Dekad Nakbah Palestin


Open in new window



oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin




(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi


Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin


British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.


Open in new window

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.


Kelemahan Liga Negara Arab


Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin


Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.


Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.


Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah


Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan : 1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin. 2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. 3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit. 4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran. 5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil. 6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia. Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. 7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia. 8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat. Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Peranan masyarakat antarabangsa


Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri. Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus berpanjangan. PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.
Peranan umat Islam


Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Open in new window300)this.width=300" width="300" border="0">

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Di Malaysia

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa. Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?

Ahad, 18 Januari 2009

lima cara menajamkan memori anda..

1) pengambilan kafein dan coklat yang sesuai
menurut saintis, pengambilan kafein dan coklat dalam jumlah yang sedikit setiap hari akan membantu mengatasi masalah daya ingatan. Kafein juga mengandungi bahan antioksida yang boleh membuang sel otak yang sudah rosak , namun pengambilan kafein bersama susu akan menghalang proses penyerapan antioksida.

2)Tidur yang mencukupi.
Otak akan berfungsi dengan elok dan meningkatkan daya ingatan sekiranya mendapat tidur yang cukup. Semasa tidur juga, otak akan melemahkan neuron lama dan mengaktifkan neuron baru yang akan membantu untuk mengingati semula dengan mudah. Bagi mengekalkan i8ngatan, manusia memerlukan kira2 8 jam tidur pada waktu malam.

3)Memilih lemak yang betul.
Pemilihan lemak yang betul boleh mengekalkan kekuasaan otak. Asid lemak seperti omega 3 dapat mengekalkan fungsi kognitif. Minyak ikan merupakan protein terbaik untuk fungsi otak. Pengambilan lemak yang tidak baik akan merosakkan ingatan dengan menyempit saluran darah di otak dan mengurangkan aliran darah ke otak. Lemak yang tidak baik banyak terdapat dalam makanan seperti marjerin dan kentang goreng.

4)Senaman aerobik
Menurut pakar, senaman aerobik membantu meningkatkan daya ingatan dan tidur yang berkualiti. Senaman aerobik juga akan membantu sistem aliran darah pada bahagian otak dengan lancar. Senaman ini meningkatkan dan mengurangkan tekanan.

5)Mencabar minda anda.
Pekerjaan yang melibatkan minda dapat merangsangkan fungsi otak. Hobi yang mencabar seperti teka silangkata dan membaca dapat meningkatkan kekuatan otak. Pencabar minda dapat menghalang kemerosotan kognitif dan menguatkan hubungan neuron serta menguatkan pertumbuhannya.

Sabtu, 17 Januari 2009

kerana manisnya gula..


kerana manisnya gula
semut sanggup menjadi hamba
kepada nafsu terikut semahunya
sakar beracun bersalut madu
terkejang semut oleh kemanisan
rasa dan cinta tidak berkesudahan
kata semut kepada manis gula
"aku sanggup mengurungimu
selagi kau menyimpan manismu."

Kerana manisnya gula
semut sanggup meninggalkan busut
di sana sarang kehidupan tenang
halaman kedamaian yang lapang
beriringan mereka ke jalanan
mencari kemanisan yang memenjara
kata gula kepada setia semut,
"Kematian kau kerana haloba
tergoda oleh kemanisan sementara."

Jumaat, 16 Januari 2009

Pohon Iman



Iman seperti pohon yang mempunyai 7 dahan

  • Dahan yang berpangkal pada hati, buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.

  • Dahan yang berpangkal pada lidah, buahnya ialah berkata-kata yang benar.

  • Dahan yang berpangkal pada 2 kaki, buahnya ialah suka mendatagi solat berjamaah.

  • Dahan yang berpangkal pada 2 tangan, buahnya ialah sedekah dan derma.

  • Dahan yang berpangkal pada mata, buahnya ialah titisan air mata taubat penyesalan.

  • Dahan yang berpangkal pada perut, buahnya ialah makanan yang halal dan tanpa syubhat.

  • Dahan yang berpangkal pada jiwa, buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwat.

Khamis, 15 Januari 2009

INTEGOMB..dalam kenangan..

Bismillah..hmm..sedar tak sedar..sudah masuk tahun 2009...namun,kerinduan terhadap alam persekolahan sering mengasak kotak fikiran..hmm..ntahlah..serasa ingin kembali ke sana..

Integomb..pelbagai kenangan yang menggamit jiwa dan rasa..suasana belajar bersama..makan bersama..berbincang bersama..suka duka mengajar erti redha dan takwa..dahulu..ketidak pandaian membahagi masa menjadikan diri ini ingin segera pulang ke desa..namun..kekesalan bertandang kini tatkala kesepian menyelubungi diri..penantian satu penyeksaan..





SPM..hanya doa tawakkal dipanjatkan..agar kecemerlangan milik bersama..buat guru2..hamba ini masih merinduimu..perjuangkanlah amanah yang dipikul tengan telus dan jujur..semoga kerahmatan menyinari lubuk perasaan..buat sahabat2..walau jauh di mata..namun kalian tetap di hati..marilah bersama eratkan ukhuwah..agar sillah sentiasa berkekalan..




Buat adik2 usrah dan halaqah sekalian..ukhti rindu padamu..perjuangkanlah syiar islam ini..agar dikau sentiasa berada atas sirat mustaqim..buat adik2 mt..walaupun sukar membahagi masa antara tugas dan pelajaran..namun akak sentiasa berdoa agar antum semua beroleh kejayaan dan ketenangan..ikhlaskanlah diri..kerana sesungguhnya,sesiapa yang menolong agama-Nya..nescaya Allah akan menolong kita..




Buat ahli2 PPI dan BUDI ..janganlah antum merasakan tugas ini satu bebanan..sebaluknya, jadikanlah satu cabaran dan kekuatan untuk menimba pengalaman..bersyukurlah kerna Allah telah memilih antum menjadi pembela agama yang luhur ini..




Buat sahabat2 ana..yana,dayah ms,dayah jmllail,hajar,madiha,wawa,leha,aziim,syuk,fauzi,din,nazrin..semoga kalian tegar memperjuangkan agama Allah yang suci ini..

Buat rakan2 mt sekalian..ana sayang antum semua..segala nasihat dan teguran sentiasa dalan hati ana yang sentiasa memperbaiki diri ana dari masa ke masa..azz,din,naqib,syuk,shira,nadiah,rabi..uhibbukum ajmaiin..buat dormmate ana shira..smoga dikau sentiasa gembira..




Buat pengawas2 skolah..ana harap..antum semua tidak mengkhianati tugas yang diberi..terima kasih atas sokongan padu antum..semoga tuhan membalas amalan baik antum..antumlah oenggerak kecemerlangan disiplin sekolah..oleh itu,gunakanlah kepercayaan yang diberi sebaiknya..



Buat rakan-rakan 1AF 04,2AF 05,3AB 06,4AB 07,5AB 08..jerit payah bersama sewaktu belajar sentiasa dalam ingatan..terima kasih atas sokongan dan bantuan selama ini..ana hargainya..



Buat rakan2 batch f5(fifth fivers)..fasi2..anak2 buah..mt batch..ana seronok bersama antum selama memperjuangkan spm..semoga kita semua beroleh kejayaan straight A1 dalam spm 2008..ameen..maaf jika ada yang tidak menyenangkan..ingatan ana terhadap kalian senantiasa diiringi dengan doa..




Dan..buat junior2..adik2 f3 2008..adik2 aras makmur 2008..ahli2 sejahtera tiga 2004.2005,dan2006..ahli makmur 4 2007..ahli2 hijau zamrud...akak2 n abang2 n adik2 integomb..dan semua warga integomb..semoga ukhuwah yang terbina sentiasa berkekalan..




Maafkan ana atas segalanya..atas kekhilafan dan kekasaran dalam memimpin..dalam ketidakjujuran..dalam perasaan yang kurang menyenangkan..mohon maaf atas segalanya..nuhassilu biha birridho..

Beberapa panduan Imam Al-Ghazali untuk menjauhi sifat sombong


Pertama
Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...

Kedua
Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat..

Ketiga

Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui..

Keempat
Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. .

Kelima
Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

Keenam
Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah..
renungkanlah. ..

pintu-pintu neraka..


firman Allah SWT yang bermaksud:

"neraka itu mempunya tujuh pintu,tiap-tiap pintu(telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka."
(al-hijr:44)

neraka memiliki tujuh pintu,setiap pintu dari pintu2 itu terbahagi-bahagi untuk dibahagikan para lelaki dan para wanita. diriwayatkan dari rasulullah S.A.W bahawasanya baginda bertanya kepada jibril AS."apakah keadaan pintu2 neraka itu seperti pintu rumahku?"jawab Jibril"tidak, tetapi pintu neraka terbuka di bawah yang lain. dari satu pintu ke pintu lainnya boleh ditempuh dengan perjalanan selama 700 tahun. setiap pintunya sangat panas dari yang lain dengan perbandingan 70 darjat"

rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"siapakahpenghuni pintu itu?"Jibril menjawab:

pintu pertama:buat orang2 munafik,orang2 yang kufur terhadap ashhabul ma'idah dan keluarga firaun, nama pintu adalah Hawiyah.

Pintu kedua:buat orang2 musyrik,nama pintu itu ialah Jahim.

Pintu ketiga:buat orang2 shabi'i, namanya adalah shaqar.


Pintu keempat:buat para iblis dan orang2 yang mengikut langkah2nya.namanya ialah ladha.
pintu kelima:buat orang2 yahudi.namanya ialah huthomah.

Pintu keenam:buat orang2 nasrani.pintu itu bernama sa'ir.

lalu Jibril diam, dan nabi saw bersabda:"Wahai jibril, kenapa engkau tidak menuturkan kepadaku dari penghuni(penduduk) pintu yang ketujuh?"jawab jibril"Wahai Muhammad, tidak usah engkau tanyakan kepadaku tentang hal itu."sahut nabi"baiklah.Jibril berkata lagi"Wahai Muhammad,(iaitu)ahli pembuat dosa dari ummatmu yang mereka mati belum bertaubat."Nabi spontan jatuh pengsan.Setelah sedar lalu baginda bersabda,"Wahai Jibril,besar sekali musibahku dan aku sangat takut,apakah salah seorang dari ummatku akan masuk neraka?Jibril menjawab,"Ya, untukmu yang sama2 berbuat dosa besar akan masuk neraka.Maka nabi saw menangis,lalu Jibril menangis pula kerana tangisannya nabi. Nabi bersabda,"Wahai Jibril,mengapa engkau menangis?engkau,engkau adalah roh yang sentosa.Jibril menjawab,"aku takut kalau2 dicuba seperti cubaan Harut dan Marut,itulah yang menyebabkan tangisku"maka Alah memberikan wahyu,"wahai Jibril dan wahai Muhammad, kamu aku jauhkan dari neraka, oleh kerana itu janganlah kamu memikirkan seksaKu.

Rabu, 14 Januari 2009

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA



Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."