Rabu, 30 Jun 2010
freundin to Pandan~
Rabu, 23 Jun 2010
DOA....o.k ker k.o??
بسم الله الرحمن الرحيم
Bersyukur kepada tuhan yang menciptakan
Kerana memberi izin kepada diri ini menulis tinta mencoret kata
Sebagai pedoman dan peringatan kepada insan yang sememangnya pelupa terutama diri ini yang selalu alpa
Alhamdulillah…syukur kita panjatkan kepada Allah kerana masih member peluang kita merasai nikmat2 kurniaannya..
Ana tertarik untuk berkongsi dengan antum semua..sebuah buku terbitan mustread sdn bhd
DIARI SUFI…seindah nama cantik lagi isinya…..pucuk pangkal atau nilai utama yang terkandung dalam buku ini ialah kebergantungan kita terhadap Allah taala melalui senjata paling ampuh kita sebagai muslim iaitu DOA…
Semua orang tahu dan mengerti..apa itu DOA…malahan..semasa di zaman sekolah itu,
Tak tertembus dek akal…tak tertafsir dek mesin masa…
Kehebatan DOA tiada tolok bandingnya…DOA mempunyai hikmah tersendiri…
Dah kata DOA sebagai penghubung atau dengan kata yang simplenya jalan ntuk kita berhubung dengan Allah secara tidak nyata sama seperti solat..
Terdapat banyak DOA yang telah kita pelajari sejak kecil….tidaklah melampau kalau ana katakana semua manusia di alam fana ini menghafal DOA makan.
Persoalannya di sini,dalam hamper semua yang menghafal DOA makan tersebut,berapa ramai pula yang mengamalkan DOA yang rasa ana seringkas dan mudah untuk diamalkan itu?tepuk dada,Tanya,”Aku baca ke tidak doa makan?”
Ye kawan2…DOA panjang ke..pendek ker…semua itu DOA..cara termudah untuk kita memohon dari Allah raja segala raja atas apa jua permintaan kita…
Allah tak pernah jemu nak mendengar DOA dari hambaNya..tp kalau manusia sesame mereka mungkin akan menjadi jelek tatkala diminta2 selalu..
Mari kita berfikir sejenak,dalam sehari-hari..berapa kalikah kita berDOA kepada Allah?
Mungkin at least 5 kali sehari..dan mungkin juga kurang daripada itu..
Ana rasa waktu yang paling galak semua umat berDOA adalah apabila ditimpa musibah..betul tak?
Kenapa jarang sangat yang berDOA tatkala bersenang lenang?adakah sudah lupa kepada pencipta?
“ala..dah senang nak DOA ape lagi,mase susahla baru nak mintak,”..betul ker konsep tuh??
Sahabat2ku..
DOA juga salah satu cara untuk kita mengucapkan syukur atas pemberianNya..
DOA juga salah satu cara untuk kita mensyukuri nikmatNya..
Tapi seramai mana manusia yang menyedari hakikat itu?
Yang kita tau,bila susah baru nak berDOA..
Lepas tuh ,kalau rasa macam tak dikabulkan,mulalah kita merungut,,
“tuhan tak adillah,,tuhan pilih kasih” laaa…na’uzubillah…
Sedarkah kita bahawasanya adakah selayaknya doa kita dikabulkan?
Dengan dosa kita segunung tinggi,maksiat seluas lautan,kekejian sejauh mata memandang,,sedarkah kita??
Peliharalah kesucian DOA itu,amalkanlah konsep berDOA yang betul..
Jika DOA kita rasa2 macam tak dikabulkan..muhasabahlah diri kita tu balik..
Sejauh mana amalan kita,sejauh mana kesyukuran kita..
Dan juga sesungguhnya,perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..
Binalah keyakinan pada Allah….yakin pada Allah bukan mengharapkan terkabulnya DOA..
Tp yakin apa jua yang ditetapkan kepada kita itulah yang terbaik…kerana disebalik duri yang berbisa..
Mungkin kita tak tahu akan mekar mawar merah yang merona…yang bias menjadi penyeri hati dan sanubari…
Semoga kita semua diampunkan atas segala dosa kita…Wallahua’lam..
Jumaat, 4 Jun 2010
Nota Halaqah..6/1/2010 10:44:16 PM
INDAHNYA ISLAM..
~fenomena pembuangan bayi:Orang anggap biasa bile berlaku pembuangan bayi..
~peristiwa kelahiran anak luar nikah pernah berlaku pada zaman rasulullah saw…
~rasulullah jage anak tersebut ngan elok…carik penjage yg sesuai..
~kite lupe nak ulas tentang pucuk pangkal berlakunya masalah pembuangan bayi itu iaitu zina…
~syair akhlak:sesungguhnya tamadun masyarakat itu selagi mana akhlak kekal dalam masyarakat….tp kalau runtuh akhlak…masyarakat juga akan runtuh..
~masyarakat bukan islam sendiri pun dah tegaskan kalau dah kawin tak boleyh buat hubungan ngan orang lain…
~masyarakat Islam ada asas…kenape taknak ikut?
~rukun Negara kelima:kesopanan dan kesusilaan perlu dihayati oleyh semua masyarakat.
~sabda rasulullah saw:aku tidak diutuskan melainkan untuk membentuk akhlak2 yang baik.~
~asas;sesungguhnya dalam badan kite ada seketul daging yang menentukan baik buruk kita iaitu hati…
~hati adalah raja…queen…control sume aktiviti kita…hati baik dilahirkan dengan perbuatan yang baik..
~hati kita membentuk sikap kita..(minda sedar yang kawal)..amal setiap hari menjadik satu tabiat(minda tak sedar yang kawal)..
~kalau kita menghayati Islam seenuhnya…barulah ketika itu akan terzahirnya keindahan Islam.
~siti aisyah isteri rasulullah pun berkata bahawa akhlak rasulullah itu alquran
~rukun iman dan rukun Islam kene selesaikan…sebab ia adalam sebagai ‘akar’iaitu ilmu..
~Surah ali imran ayat 112-hubungan dengan Allah dan manusia perlu ada ilmu..
~Wallauhua’lam~
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam dari daerah hati yang jauh. Hari yang sedang tercari-cari arah mana yang harus dan perlu dia ik...
-
bismillah.. ari ni ana nak kongsi perkataan2 jerman yang baru.. berkaitan dengan subjek2 atau mata pelajaran... Biologie (bioloji) bio...
-
Rindu? tipula kalau aku kata aku tak.. I've been missing you all day and night long..but what can I do? It just happens to be in my mind...