Rabu, 23 Ogos 2017

Stigma

Mereka kata, 
padan muka
balasan siksa
biar merana
aduhai kasihannya!

Dia kata,
sabar
redha
percaya.

Ya.
Diam sahaja
Siapa kamu?
setanding Diakah?

mohon sedar diri.

Selasa, 15 Ogos 2017

Gila yang menggila

Ya,

Aku gila.

Aku gilakan kau.


Tapi nampaknya kau yang dahulunya gila sudah waras.

Dan tinggallah aku sendiri terus-terusan gila.

Sehingga gila ini menggila.

Sampai jadi gila.

Selasa, 1 Ogos 2017

Dia ada.


Banyak perkara tak seiring rencana. Tatkala merasakan yang sepatutnya tidak seperti yang sebenarnya.Kadang emosi buat manusia lelah dan sering goyah. Tidak kurang rasa ujian terlalu payah tak sebanding upaya lahiriah. Sesalan persoalan timbul di segenap tabir harapan berupa impian. Yang berandi jiwa kosong sepi tanpa sempadan.

Di atas tak semestinya gah, di bawah juga tak selalunya rebah. Sebab rencana manusia itu tak bisa sebanding rencana Dia yang mencipta. Yang berupaya lebih dari apa jua jangkaan si hamba pendamba cahaya. 

Seperti apa jua masa silapmu.. selaku apa jua rentak khilafmu..jangan pernah putus harap pada Dia.Sebab kasih sayangNya mengatasi murkaNya.

Dan siapa kita yang pantas menghukum pelaku noda? Sudah sempurnakah urusan manusia sehingga sempat sewenangnya campur tangan urusan yang Esa?Berhenti di situ,tiada manfaatnya malah lebih menyusah di akhir sana.

Kerana kau, aku, mereka.. semua hamba yang tidak lari berlaku dosa. Tapi itu tidak bermakna Dia akan membiarkan kau terkulai tersisih kaku di saat pergantungan penuh kau beri pada Dia yang satu.

Maha suci Kau yang menciptakan.
Bersangka baiklah pada aturan Dia.
Percaya,di sisimu, Dia ada. 

#coretanRawak
#mogaBaikBaikSaja