Rabu, 18 November 2015

Cepatnya Masa Berlalu!

Seorang kawan menyuarakan apa yang terbuku di hati.

 "Ten, aku macam tak percaya, cepatnya masa berlalu!"

Kan?Siapa sangka..apa yang dirisaukan beberapa bulan yang lepas, tiba-tiba 'berkembang baik' dengan terlalu cepat..sungguh cepat!

dan mungkin, segalanya bakal diaturkan dengan rapi..dan mungkin pejam celik beberapa kali bakal menyelesaikan kegusaran dan kerisauan yang pernah menapaki kalmu sahabat ini.

Benarlah, jika kita sibuk memikirkan, mungkin seperti terlalu lama ia sampai kepada kita. dan bila masanya tiba, seperti tak cukup nafas kita mahu mengejarnya :D

Rasanya sahabat itu masih belum benar2 percaya.
tapi itulah hakikatnya..moga kebaikan demi kebaikan bertemu dan menjelma dalam hidupmmu duhai sahabat! ^_^

Didoakan semooga semuanya berjalan lancar jika itu yang terbaik buatmu.
Tahniah!


#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 16 November 2015

Ikhlas

Hari ini banyak betul topik dan diskusi tentang 'ikhlas' dibincangkan; baik dalam sekecil-kecil perkara, sehingga ke isu global. Selalunya ilmu ikhlas ini amat sukar untuk dihadam, kerana ia sesuatu perkara yang abstrak, tak terlihat dek mata kasar, mahupun terhidu jejaknya secara dasar. Ikhlas merupakan suatu yang sungguh mendalam, amat perinci, dan mungkin bisa ditelah dengan mata hati yang mengamati.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibrah Hilangnya Telefon Bimbit..

apa yang aku perhatikan, banyak perkaitan 'ikhlas' dalam hal yang terkait. Ikhlas merelakan, ikhlas memaafkan, ikhlas akan kepergian sesuatu perkara yang hanya pinjaman, ikhlas dalam menjaga dan mengendali sesuatu perkara seperti punya kita.

"sayangilah saudaramu sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri"

dalam makna, dalam juga bicaranya.
Ukhuwwah yang hadirnya ikhlas, pasti dirahmati-Nya.
Siapa sangka, tanpa ikhlas, hubungan yang erat dan rapat bisa menjadi asing dengan sekelip mata.
Iya, ikhlas itu perkara pokok, ikhlas itu perkara pangkal, pusing bukan coretan ini?
Namun hanya yang meneliti bisa betul-betul memahami.

--------------------------

Ada teguran Dia.
Hikmah itu pasti terzahir bagi mereka yang ingin melihatnya.
Ikhlaskan jiwa,
Moga Dia redha.


#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 8 Oktober 2015

Kita

Ketegangan ini sampai bilakah ia akan berkesudahan?Mengenangkan kata-kata yang pada awalnya sudah ditegah untuk diteruskan, namun terhambur dek minda separa sedar yang mengiyakan perbuatan, tanpa berpandangan bahawa ia bisa menyayat hati insan.

Mungkin baginya, itu suatu yang biasa. Tapi tidak bagiku. Iya, sama aja bagi pihaknya. Apa yang menyesakkan dadanya tampak biasa bagiku.Kerna antara kita berbeda latar dan cara. Dan haruslah antara kita berdua untuk saling memahami dan tidak makin menyakiti.

Apa jua yang berlaku, pasti ada yang ingin Dia paparkan pada kita. Mungkin inilah petunjuk untuk aku 'move on' dengan rasa yang sia-sia..dan kembali fokus kepada tujuan hidup yang lebih aula.

Aku harus lebih logik, bukan membiarkan emosi menyelubungi diri dan jiwa, kerana tiada apa yang lebih menguntungkan, sedang ia menjadikan aku lebih menyesatkan...sesat dari meyakini hakikat seorang insan yang bertuhan dan punya Tuhan.

Bukan ini yang pertama, tapi seakan kita tidak belajar untuk memahami antara satu dengan yang lain. Mungkin kita belum benar matang untuk menghadam apa yang membungkam. Relakan saja. Lapangkan dada, bukakan telinga, untuk lebih serius menilai buruk baiknya.

Terima kasih. Maafkan aku kerana menjadi yang sebegini. Benci itu mungkin lebih layak untuk ditujahi.

Maaf. Walaupun kedengaran murah di mulutku.

Maaf.





#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 11 Julai 2015

Geneva, malam-malam terakhir Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Niat di hati nak update tentang Ramadhan di Geneva.Tapi masa dan kekangan lain yang tak mengizinkan..hanya sempat untuk update serba sedikit tentang Ramadhan di sana.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alkisah 10 malam terakhir di Geneva...

Bulan puasa jadi seperti 'marathon' ibadah bagi mereka di sana. Masing-masing berlumba-lumba mengumpul ibadah mengejar berkah. Ya, fasa ketiga yang merupakan fasa pembebasan dari api neraka juga fasa penemuan lailatulQadar.

Ramai sungguh yang berbuka puasa di Masjid yang sederhana besar. Solat terawikh yang bermula dalam pukul 11.00-11.30 malam membuatkan ramai jemaah yang iktikaf sahaja di Masjid tersebut.Lantaran malam yang pendek di sana (subuh pada pukul 3.00 pagi). Bukan hanya muslimin, muslimat juga tidak ketinggalan menggandakan ibadah.

Malam-malam terakhir Ramadhan menyaksikan juz-juz terakhir dalam al-Quran dibaca. Sempatku bersama-sama imam pada waktu itu. Stail mereka, satu malam satu juz. Masih lagi aku ingat sewaktu juz-juz terakhir..tak salah aku pada malam 27 Ramadhan (juz 27) sudah berbunyi sayu suara imam dan jemaah yang mengaminkan. Imam membaca surah-surah terakhir dalam al-Quran sambil menangis..sedih terasa meninggalkan Ramadhan pada waktu itu...dan jemaah juga teresak-esak menahan tangisan dalam solat...sayu..sangat sayu..

Esakan menjadi sangat tak terkawal sewaktu qunut nazilah dibaca..sungguh, suram seakan upacara pengebumian bunyinya..seolah-olah ada 'insan' yang mulia meninggalkan diri buat selama-lamanya.

Masih aku ingat pada malam raya.Seperti biasa aku dan beberapa rakanku ke masjid tersebut untuk iftar bersama-sama.Seronok Iftar di masjid di sana..tak tertadah makanan yang mereka bagi seolah-olah berada di tanah suci situasinya (menurut temanku yang pernah berpuasa di tanah suci). Pada malam itu kami sangat-sangat terpinga-pinga..tidak pasti masih Ramadhankah atau sudah Syawal. Masing-masing berdebar-debar menanti jawapan.

Mendengarkan Imam takbir raya membuatkan hampir semua jemaah menangis keharuan..dua tangisan yang bercampur-baur..baik lelaki mahupun perempuan..tangisan kesayuan kerana Ramadhan sudah pergi dan tangisan kesyukuran hari kemenangan.Sujud mereka sungguh menyentuh jiwa-jiwa insan yang merasakan dan menyaksikan..seolah-olah berada dalam negara yang majoriti Islam, walhal negara yang minoriti sahaja tapi punya ruh Ramadhan yang besar di sana.

Masjid mereka tidak kosong.Masjid mereka walaupun hulu, sangat meriah. Meriah dengan pesta ibadah sehingga makna 'kemenangan' itu sangat bererti.

Sungguh, aku rindu suasana itu.

Moga yang kedepannya aku berpeluang lagi merasa Ramadhan di tempat sebegitu.
InsyaAllah.

Perjalanan merentas taman selama 20 minit dari stesen tram sebelum sampai ke masjid 



#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 6 Julai 2015

Maafkan

Rasa itu, adakah tidak layak?
Detak itu, adakah salah?

Sedang apa yang dianugerah itu lahir secara semula jadi
Bukan besar pengaruh lahiri
Banyak kali sudah kusangkal
Namun ia tetap menghantui
Sudah lama.Terlalu lama.

Ya Tuhan,
Jika padanya rasa ini tidak layak, akan ku cuba sedayanya untuk melepaskan.
Walau kau lebih tahu bagaimana bebanan rasa ini kutanggung dan kupikul.

Ya Tuhan,
Jika padanya rasa ini menjengkelkan, akan ku usaha untuk melenyapkan.
Walau Kau lebih nampak bahawa bayang-bayang kesan tak mahu sekali meninggalkan.

Aku sedar,
Aku tak sehebat dia
Amalnya, akhlaknya, ibadahnya.
Asal kekaguman aku padanya.

Ampuni aku ya Tuhan
Atas perasaan yang terkadang melalaikan.

Maafkan aku Tuhan.
Kerana punya rasa ini.
Pada dia.

Kerna aku tiada daya
Untuk menghilangkan.
Untuk melepaskan.
Untuk melupakan.
Melainkan hanya dengan pertolonganMu.

Maafkan aku ya Tuhan.
Kerna hakikatnya aku ingin jaga dia.
Kerna Engkau.

Maafkan.



#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 1 Julai 2015

Pembalasan

luluh emosi
seperti ada yang terkepung
di benak dan sanubari

tak dapat dirungkai
sukar merungkai
tak terungkai

jiwa terasa lemau
lemas dalam kesamaran
hilang pautan

Oh Tuhan, apakah ini pembalasan?



#nuhassilu biha birridho..#

Monolog hati.

Buntu.
Keliru.
Sayu.

Punya Tuhan.
Tapi tindakan seolah-olah putus harapan.

Punya Iman.
Tapi keyakinan nampak sirna dalam kemalapan.

Fikirkan kematian.
Buat jiwa lebih dekat.
Dekat dengan Dia.
Dia yang mematikan.

Selamat bertemu dengan Tuhan kelak.




#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 13 Jun 2015

Stop Harming Yourself.

tik tak tik tak..
Assalamualaikum adik kakak :)

Driver

Hari ini rasa damai. Damai yang entah kenapa. Kalau ikutkan penat, dari semalam tak habis lagi.
Nilai-KLIA-Sg buloh-Nilai-Sg buloh.
Driver tak bertuliah. Tapi tanggungjawab, kepada keluarga tercinta.
Ibu yang ada exam final pun korbankan masa study dan tidurnya untuk family sedikit, takkan aku tak boleh?
But frankly speaking, ibu memang superb.. aku rasa bukan ibu aku je, ibu kalian pun kan?Mereka ni memang boleh dapat gelaran 'SuperMom'. Entah suatu hari nanti bila aku jadi ibu kepada anak2ku yang kecil comel molek lagi soleh (InsyaAllah), mampu ke ntah aku jadi SuperMom macam ibu sekarang..tak tau nak kata..doakan aku ya.

Msc

nothing much.
Rasanya macam takde progress langsung. Makin ke belakang adela. Mode 'khalwat' aku rasanya dah terlalu lama. Macam ni lah bila ade problem dengan 'relationship dengan Tuhan'. So nak taknak aku kena jugak grad tahun depan. Wajib!Aku kena positif!Indeed, aku dah bazirkan banyak masa aku dengan 'main-main'..tak fokus..tak ambik serius...banyak bagi alasan..dan sebenarnya aku tak suka sangat pun apa yang aku jalankan sekarang. tapi aku tiada pilihan sebab aku dah mulakan. Aku kena remind myself yang setiap ilmu yang aku belajar ni sebab perlu. Untuk ummah. Bukan untuk aku semata- mata. Ade sebab kenapa Tuhan perjalankan aku dalam lapangan ini setelah hampir 2 semester. Be confident Fatin. Kau dah QT pun.. and most panels masa tu impress dengan kajian yang kau jalankan. takkan kau nak buat itu semua sia-sia?

Ramadhan

4 hari lagi.
Rasa macam baru bulan lepas aku fly ke Geneva..puasa dan raya kat sana. Persediaan Puasa kali ini hambar. tak seperti tahun-tahun sebelumnya. No wonderla kehidupan seharian kau pun hambar. kau sia-siakan apa yang Tuhan beri kat kau. Kemonla Fatin. Do something. Jangan asyik pandai cakap tapi tak pandai buat. Tuhan tak suka.



Kesimpulan

-Buat sikit-sikit. Tapi tiap hari.
-Catat apa yang kau buat.macam sebelum ni. Rajin-rajin tulis blog, tulis diari.Untuk muhasabah diri.
-Bertindak. Keterpurukan yang lama takkan menyelesaikan masalah.
-Mula menghafaz kembali. Berdosa tau kalau lupa ayat2 yang kau dah hafaz tu.
-Positif. Optimis. Dream Big.
-Death Battle.
-Doa. Doa. Doa.
-Tingkatkan CINTA dengan Tuhan. don't make it hambar di mata Dia.


Selamat bermujahadah wahai Faqiha Imani.

Stop harming yourself. You are not YOURS. You are HIS.


#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 10 Jun 2015

For me

It goes wrong
without me knowing..
that I actually need to survive..
but things went very complicated..
as I really can't control myself to get into it..
then it becomes worse day by day..
until I realize that..
I need to do something..
for me.


#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 2 Jun 2015

Meaningful meeting.




Setelah sekian lama, kuberanikan diri untuk berterus terang.
aku tak sanggup nak sembunyikan lagi apa yang ku rasa.
sebab rasa ini membebankan jiwa.

eh jangan salah faham.
Ini bukan rasa tentang hati. rasa tentang cinta..
memang ia berkaitan dengan hati.. tapi hati yang semakin terkulai menghadap kehidupan sebagai seorang student master.

Ya, nampak aku, mesti mereka kata aku tiada kerja, tiada kesusahan..aku mencerminkan rupa student Master yang mewah, yang bersenang lenang, yang tak risau akan apa-apa.. sedang mereka tak tahu apa yang terselindung di sebalik apa yang aku jajakan..

Hari berganti hari, daripada RA, ke GRA, KE MyBrain, dan sekarang.. Felo Siswazah...Alhamdulillah..

Tapi betulkan langkah aku?Tempangkah?Tersadungkah kemudian hari...entah, Itu yang merisaukan aku hari demi hari...

Hari ini, aku memberanikan diri untuk curhat pada co-supervisor ku tentang apa yang aku rasa dan alami. ya, mungkin tampak memalukan..tapi aku tiada pilihan..kerana hanya yang pernah merasakan dapat memahami apa yang cuba untuk aku sampaikan.. Sungguh aku bersyukur kerana aku diberi keberanian untuk berterus terang...dan dengan kata-kata pesanan dari Beliau yang amat membantu dan menyokong...walaupun tampaknya aku sudah terhincut-hincut dalam langkah perjalananku ke garisan Master.

Hubungan dengan Tuhan..Ya, Itu penting. Itu perlu..Siapa lagi yang nak bagi kita? Siapa lagi nak memakbulkan doa kita kalau bukan dia?Yang penting, jngan berhenti..Jangaan sekali-kali berhenti...sebab dah sampai sini...dah jauh sebenarnya...sikit lagi...

Mungkin kita rasa kita tak mampu...mungkin kita membayangkan bahawasanya kita akan tenggelam..tapi tidakkah kita sedar bahawa Dia yang berkuasa atas segala sesuatu...

"Yang paling bererti bila kita REDHA dengan apa jua natijah yang sampai pada kita..REDHA bukan yang pada asalnya membuta..Tapi Redha setelah kita TAWAKKAL, USAHA dan kemudian BERTAWAKKAL  semula.."

Ini antara kata-kata Dr.  Khairi yang cukup memberi kesan kepada diriku..jiwaku..

Apa yang aku risaukan sangat sebenarnya??
Aku ada Tuhan..
Selagi mana kita Yakin, apa jua yang mendatang, kita pasti akan TENANG...
nak tenang?mudahkah?ya bukan mudah....bukak surah Fath ayat 4.

Moga aku kekal Istiqomah,, dengan waktu yang masih bersisa...untuk mengelola serba-serbi perkara..

Doakan.

 #nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 29 Mac 2015

Nukilan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih berada di HEP..
memerhatikan gelagat adik-adik menelaah dan menyiapkan kerja2 untuk GISO.
alhamdulillah, masih diberi peluang bersama mereka.

Memikirkan perjalanan hidupku ke depannya, membuatkan aku berfikir.Apa matlamat  dan niat aku sekarang? dan seterusnya?

Tajdid niat.
Bersabar dengan apa yang kau  tak sukai.
Pasti kau akan tenang dengan apa jua yang mendatang..
=)


#nuhassilu biha birridho..

Sabtu, 28 Mac 2015

My Second Family


"alaa...taknak tinggalkan memori indah nii.."
"ambikla gambar kak"

n terhasillah gambar ini dan beberapa gambar posing yang lain..

Ya, aku tau..merakam memori sebegini belum cukup untuk memastikan ia kekal..

tapi cukup untuk aku katakan, asal doa tak putus antara kita..bersama mendoakan kebaikan...insyaAllah memori tercipta bisa dipelihara di bawah rahmatNya..



Bukan perlu untuk sentiasa bersama 4 mata, cukup ingatan yang tulus..dan impian bersama bersahabat hingga ke syurga..

Terima kasih Rabb atas anugerah terindah ini.

(:


#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 20 Mac 2015

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

 Klik pada banner untuk join

Tag Kawan:

aizamia , amirah , cik dira


#nuhassilu biha birridho..#

Coretan Perkongsian : Dahsyatnya ibu

Sudah terlalu lama sejak aku mula menyuarakan dan mencurhatkan segala apa yang membungkam di laman soasial; menghabiskan masa menulis dan berkongsi rasa suka duka. Iya, aku akui. Memang mereka lebih tertumpu kepada media sosial yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tapi rasanya lebih selesa untuk menukilkan apa jua yang mampu dikongsikan dan menjadi tauladan kepada insan.

Sejak seminggu ini, sering berlaku perbualan antara aku dan Cik Nor, seorang wanita yang umurnya sekitar 60-an. Beliau amat suka berkongsi cerita denganku. Biasalah, sebagai orang yang lebih dewasa, beliau terpanggil untuk memberi nasihat berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Perkahwinan

Baru-baru ini, anak beliau tak jadi menikah. Walaupun sememangnya tarikh pernikahan sudah terlalu hampir; dengan persiapan yang hampir 90% sudah selesai. Apa nak dikata, jodoh tak kesampaian bersama orang itu. Beliau mengakui sedikit terkilan, tapi sememangnya calon tersebut bukan calon menantu pilihan.

Solat

Bagi beliau, lelaki itu baik, sangat baik. Hormat orang tua. Tapi satu masalahnya, liat solat. Seringkali beliau mendengarkan anak perempuannya terpaksa menelefon tunangnya itu, mengejutkan bangun untuk solat. Beliau juga menceritakan perihal penjagaan solat yang kurang diberi perhatian oleh lelaki tersebut menyebabkan beliau agak sangsi untuk menerima lelaki tersebut sebagai menantu.

Melawan

Pernah beliau menyuarakan suatu masa dahulu tentang apa yang beliau risaukan kepada anaknya. Namun, apa yang beliau dapat?Tengkingan dan herdikan kedegilan seorang anak. Mungkin itu sudah biasa bagi anaknya. Tapi sebagai seorang ibu, diperlakukan sebegitu amatlah tidak wajar. Beliau seperti tidak dapat melupakan cicipan-cicipan peristiwa sewaktu anaknya meninggikan suara. Bukan mahu dibandingkan dengan anak-anak yang lain, tetapi menantu-menantu beliau sendiri amat menghormati beliau sebagai seorang ibu.

Jodoh

Mengupas perihal jodoh tak kesampaian, beliau secara tidak sedar mengaitkan sikap anaknya dengan jodoh yang agak 'liat'. Beliau menebak bahawa lantaran sikap anak yang sebegitu terhadap orang tuanya menyebabkan tiada kesampaian sehingga kini..allahu.

Cerita ini bukan untuk mengaibkan,juga bukan untuk mencanangkan keburukan yang lain.. cuma untuk berkongsi cerita yang diceritakan oleh seorang ibu itu sendiri agar perkara yang mungkin dipandang enteng ini dapat dititikberatkan dan peristiwa ringkas ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

Sesungguhnya ibu itu mulia.
Sedaya- upaya cubalah menjaga hati dan menghormatinnya.
Ibu bukan mahu harta kita.
Sedangkan jasanya juga tidak akan terbalas sehingga hujung nyawa.

wallahua'lam






#nuhassilu biha birridho..#