Sabtu, 11 Julai 2015

Geneva, malam-malam terakhir Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Niat di hati nak update tentang Ramadhan di Geneva.Tapi masa dan kekangan lain yang tak mengizinkan..hanya sempat untuk update serba sedikit tentang Ramadhan di sana.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alkisah 10 malam terakhir di Geneva...

Bulan puasa jadi seperti 'marathon' ibadah bagi mereka di sana. Masing-masing berlumba-lumba mengumpul ibadah mengejar berkah. Ya, fasa ketiga yang merupakan fasa pembebasan dari api neraka juga fasa penemuan lailatulQadar.

Ramai sungguh yang berbuka puasa di Masjid yang sederhana besar. Solat terawikh yang bermula dalam pukul 11.00-11.30 malam membuatkan ramai jemaah yang iktikaf sahaja di Masjid tersebut.Lantaran malam yang pendek di sana (subuh pada pukul 3.00 pagi). Bukan hanya muslimin, muslimat juga tidak ketinggalan menggandakan ibadah.

Malam-malam terakhir Ramadhan menyaksikan juz-juz terakhir dalam al-Quran dibaca. Sempatku bersama-sama imam pada waktu itu. Stail mereka, satu malam satu juz. Masih lagi aku ingat sewaktu juz-juz terakhir..tak salah aku pada malam 27 Ramadhan (juz 27) sudah berbunyi sayu suara imam dan jemaah yang mengaminkan. Imam membaca surah-surah terakhir dalam al-Quran sambil menangis..sedih terasa meninggalkan Ramadhan pada waktu itu...dan jemaah juga teresak-esak menahan tangisan dalam solat...sayu..sangat sayu..

Esakan menjadi sangat tak terkawal sewaktu qunut nazilah dibaca..sungguh, suram seakan upacara pengebumian bunyinya..seolah-olah ada 'insan' yang mulia meninggalkan diri buat selama-lamanya.

Masih aku ingat pada malam raya.Seperti biasa aku dan beberapa rakanku ke masjid tersebut untuk iftar bersama-sama.Seronok Iftar di masjid di sana..tak tertadah makanan yang mereka bagi seolah-olah berada di tanah suci situasinya (menurut temanku yang pernah berpuasa di tanah suci). Pada malam itu kami sangat-sangat terpinga-pinga..tidak pasti masih Ramadhankah atau sudah Syawal. Masing-masing berdebar-debar menanti jawapan.

Mendengarkan Imam takbir raya membuatkan hampir semua jemaah menangis keharuan..dua tangisan yang bercampur-baur..baik lelaki mahupun perempuan..tangisan kesayuan kerana Ramadhan sudah pergi dan tangisan kesyukuran hari kemenangan.Sujud mereka sungguh menyentuh jiwa-jiwa insan yang merasakan dan menyaksikan..seolah-olah berada dalam negara yang majoriti Islam, walhal negara yang minoriti sahaja tapi punya ruh Ramadhan yang besar di sana.

Masjid mereka tidak kosong.Masjid mereka walaupun hulu, sangat meriah. Meriah dengan pesta ibadah sehingga makna 'kemenangan' itu sangat bererti.

Sungguh, aku rindu suasana itu.

Moga yang kedepannya aku berpeluang lagi merasa Ramadhan di tempat sebegitu.
InsyaAllah.

Perjalanan merentas taman selama 20 minit dari stesen tram sebelum sampai ke masjid 



#nuhassilu biha birridho..#

1 ulasan:

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)