Rasa itu, adakah tidak layak?
Detak itu, adakah salah?
Sedang apa yang dianugerah itu lahir secara semula jadi
Bukan besar pengaruh lahiri
Banyak kali sudah kusangkal
Namun ia tetap menghantui
Sudah lama.Terlalu lama.
Ya Tuhan,
Jika padanya rasa ini tidak layak, akan ku cuba sedayanya untuk melepaskan.
Walau kau lebih tahu bagaimana bebanan rasa ini kutanggung dan kupikul.
Ya Tuhan,
Jika padanya rasa ini menjengkelkan, akan ku usaha untuk melenyapkan.
Walau Kau lebih nampak bahawa bayang-bayang kesan tak mahu sekali meninggalkan.
Aku sedar,
Aku tak sehebat dia
Amalnya, akhlaknya, ibadahnya.
Asal kekaguman aku padanya.
Ampuni aku ya Tuhan
Atas perasaan yang terkadang melalaikan.
Maafkan aku Tuhan.
Kerana punya rasa ini.
Pada dia.
Kerna aku tiada daya
Untuk menghilangkan.
Untuk melepaskan.
Untuk melupakan.
Melainkan hanya dengan pertolonganMu.
Maafkan aku ya Tuhan.
Kerna hakikatnya aku ingin jaga dia.
Kerna Engkau.
Maafkan.
#nuhassilu biha birridho..#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan