Selasa, 6 Jun 2017

Ceritera 'sakit' jiwa

Bismillahirrahmanirrahim..

Helaian demi helaian aku selak.. aku tatap..aku teliti..
Iya, situasi 'pelik' ini bukan terjadi hanya kepadaku, malah agak ramai yang mengalami 'sakit' seperti ini. Aku rasa semakin lega. Hati ini semakin damai. Rupanya ini bukan sesuatu yang asing bagi segolongan mereka yang sama turut mengalami keanehan ini.

Tekad tu semakin membentuk, walaupun masih dalam kesamaran. Perlahan-lahan, segumpal impian aku lakar kembali..harapan menjadi yang sepatutnya aku harus dan patut jadi, mengikut acuan Dia.

Terima kasih buat mereka yang tidak segan berkongsi coretan jiwa yang mungkin menjadi 'aib' diri bagi mereka yang tidak mengerti. Anda sememangnya pemberani. Aku kagum dengan anda!

Buat diri, moga Ramadhan yang masih merangkak ini buat kau tak henti bangkit.. tak lemah dan goyah. Tak kesahlah, apa pun yang terjadi, kau ada Tuhan. Ingat tu.



Jangan sesekali tersasar jauh, walaupun kau dah beberapa kali tercampak jatuh.







#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 21 Mei 2017

Tak menahu

Hilang dalam kesamaran yang maha dahsyat. Aku sendiri tidak bisa mentelah apa yang aku alami saat ini. Saat di mana aku tiada hala tuju yang jelas tentang apa yang aku harus perbuat dalam hidup yang semakin mencabar ini.. Masa? Usia? telah aku habiskan dengan perkata yang tiada kepastian yang nyata. Tiap hari kerisauan demi kerisauan bertandang menjadikan aku insan yang lelah menanti sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Mereka lihat aku seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang serius berlaku kepadaku..waima diri sendiri juga merasakan yang sama. Keretakan ini bukan untuk ku canang semata-mata untuk meraih simpati atau seumpama dengannya. Aku perlu ada yang membantu, walaupun tidaklah kelihatan parah. Ya, aku masih waras. Aku masih mampu beribadah. ku masih bisa tersenyum.

Ya Allah, hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan kami dengan iman
Ya Allah bangkitkan kami dalam iman
Dan masukkan ke syurgamu dengan iman.

Ya, iman yang makin menipis menjadi balasan kebekuan dan kebejatan minda yang makin terasing dengan Tuhan yang maha mencipta. Dosa yang makin menggunung buat aku semakin lalai dan leka dengan apa sebenarnya yang patut dan harus aku lakukan. Kerisauan bermaharajalela buat aku semakin hilang..hilang dalam sesuatu yang merosakkan nuraniku.

Apa yang perlu aku perbuat sekarang Tuhan?
Waktu makin suntuk.
Upaya makin punah.
Sedang Kau berkata Kun Fayakun.
Tidak bulatkah keyakinan aku padamu?

Entah.
Aku tak menahu.

Tiada daya dan tiada upaya aku tanpaMu
TUHAN.




#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 19 Mei 2017

Aku minta Kau

Kau tahu apa aku minta?


Aku minta Kau.

Kalau bukan Kau, 

Aku tak mahu yang lainnya.

Cukup aku sendiri.


Mungkin bagi mereka,

Aku terlalu memaksakan kehendak,

Aku terlalu mengikut rasa.

Biarlah apa kata mereka,

Kita yang tahu,

Rasa ini bagaimana.


Dan aku tahu,

Mustahil itu lebih terzahir daripada pasti,

Kerana itu,

Cukup aku sendiri.

Bersama rasa ini.

Rasa yang terkubur hingga mati,

Bersama jiwa yang ditinggal sepi.


Kerana aku,

hanya mahu kau.

Ya..Kau.


-hanimyusra-

190517


Aku minta Kau

Kau tahu apa aku minta?


Aku minta Kau.

Kalau bukan Kau, 

Aku tak mahu yang lainnya.

Cukup aku sendiri.


Mungkin bagi mereka,

Aku terlalu memaksakan kehendak,

Aku terlalu mengikut rasa.

Biarlah apa kata mereka,

Kita yang tahu,

Rasa ini bagaimana.


Dan aku tahu,

Mustahil itu lebih terzahir daripada pasti,

Kerana itu,

Cukup aku sendiri.

Bersama rasa ini.

Rasa yang terkubur hingga mati,

Bersama jiwa yang ditinggal sepi.


Kerana aku,

hanya mahu kau.

Ya..Kau.


-hanimyusra-

190517


Sabtu, 13 Mei 2017

Hikmah

Ada hikmah,

Pasti ada hikmah.

Hikmah aku mengenali kamu.

Hikmah semua ini berlaku.

Ada hikmah.

Pasti ada hikmah.

Pasti.



Rabu, 10 Mei 2017

Malu Tapi Perlu

Rindu sangat-sangat..
duduk dalam masjid..berasa akan kehadiran Dia yg mengalu-alukan..
dalam malu..masih mahu menghadap Dia mengadu..
Saat beban jiwa terasa berat tak tertanggung..
Saat rahsia hanya Dia yang mengerti dan memahami..
Andai cintaku seagung Rabiatul Adawiyah..
Aku mahu!
Tapi aku masih tak tahu..apa insan yang seringkali lemah dengan cinta manusia ini mampu meraih cinta sang pencipta..Apa layakkah aku yg hina dan kotor jiwa ini diterima cinta seakan palsu dan berlebihan ini?
Tak tahu..aku tak tahu..
Cuma aku tahu..
Dia sentiasa mengalu-alukan hambaNya untuk ikhlas mencintainya..kembali padaNya..dan bertakwa kepadaNya..
Sungguh! Aku malu tapi aku perlu!😭

Ahad, 7 Mei 2017

Nota Sang Hati Tisu

Titipan lewat doa,
Moga sejahtera.

Rindu tak terlakar,
Sekadar di kalbu yg kian memekar.

Betapa bersyukurnya aku pada Tuhan,
Atas memoir pengenalan.

Berharap kau jua merindui,
Mengukir senyum kerana mempercayai.

Hingga saat ini,
Takkan pernah aku usik,
Nukilan pada mata hati yang melirik,
Mengiktiraf betapa bermaknanya kamu,
Dalam alunan kehidupanku yang gemersik.

Moga hal ini,
bisa membawa kebaikan bersama,
Bercambah benih bahagia,
Menjadi penguat jiwa,
Dalam naungan rahmatNya.

Sungguh!
Aku menyayangimu.
Wahai kamu.

#notaSangHatiTisu 
🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Isnin, 1 Mei 2017

Making you proud

Rindu? tipula kalau aku kata aku tak.. I've been missing you all day and night long..but what can I do? It just happens to be in my mind..not something that I can shout it out loud. I think that last meeting will be our farewell for a moment..And I need to have full strength to avoid myself from appearing in front of you for a while...there are some matters that I need to handle..I am not doing this for making you worry about me.. And I know my presence worried you so much till now..just one thing that I really wanna prove to you that is I am capable of doing this and that and manage to stand on my own..And I am waiting for that time while you say this to me,

"You have done your very best! I am proud of you!"

Since now, let's not contact each other..Let's give spaces to each other..Let's together catch our own dream..

Yeah, I do love you. I do miss you a lot.. but what can I do..I really wanna be someone that you are really proud of.
I am not weak.. I am not immature..
I can do this! Hwaiting!

Selasa, 25 April 2017

Ingat.Semat.Pahat

Kau kata Tuhan itu ada.
Kau kata kau percaya.
Tapi kenapa kau ragu?
Kau sangsi?
Sedang yg namanya sangka itu membunuh nuranimu!
Dan yang namanya putus asa itu merobek rohanimu!
Ingat, kau dalam kawalanNya.
Kau ada Dia.
Tegaskan itu pada dirimu.
Ingatkan selalu.
Ingat.
Semat.
Pahat.

#monolog



#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 18 April 2017

Alternatif berbagi

"nak beli keropok nak?"
"takpela makcik, terima kasih.Makcik dah makan?"
"belum lagi nak,tunggu saudara makcik ambik kejap lagi"
"makcik nak air susu?"
"alhamdulillah terima kasih nak"
........ 

🍀🍀🍀🍀🍀 

Terkadang mungkin bila kita nampak org yg menjual ubat/keropok/kalendar, atau apa saja barangan di kedai2,stesen minyak dan sebagainya, mungkin kita akan rasa tak senang, tak selesa,marah..rasa tak mampu nak beli or bagi sejumlah wang yang diminta..atau kita hanya jumpa mereka yg meminta belas ihsan sedikit wang..dan kita rasa ingin marah..dan mungkin sahaja ketidakwarasan akal dan emosi kita membuat kita memaki dalam hati..

🍀🍀🍀🍀🍀

Cadangan: 

Sediakan air kotak,roti, biskut paket kecil dalam beg kita/dalam kereta kita..kalau kita rasa tak mahu beri wang sebb ragu2 wang mereka akan ke mana, apa kata kita berikan mereka makanan.. sekurang2nya boleh mengalas perut mereka yg telah lelah berjalan bersuara ke sini ke sana..cuba lakukan, mungkin kita akan lebih rasa gembira.

🍀🍀🍀🍀🍀 

Teringat talk Yasmin Mogahed, kita ni semua pengemis...kalau kita minta sesama kita,apa yang kita dapat? Bernasib baik kalau dapat sesuatu,tapi sesama pengemis sering akan rasa tidak cukup..jadi mintalah pada yg Maha Kaya..nescaya kau takkan kecewa..itu janjiNya! 

🍀🍀🍀🍀🍀


"Dan mintalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan kepadamu"


Wallahu a'lam.

NOTA KAKI: Sediakan juga paket-paket kecil makanan kucing ataupun balang kecil makanan kucing yang kering.. bila jumpa kucing yang liar, boleh beri makan kepada mereka.

#alternatifSedekah
#mogaBermanfaat
#universitiKehidupan
#belajarSesuatu
#semanggiSirfTum

Sabtu, 8 April 2017

Sorry.


Cintaku padamu

begitu dalam

di ruang hatiku

BENAR SUNGGUH-SUNGGUH..


biarlah ku bersendirian

terkurung dalam kenangan silamku

biarlah aku MENAHAN RINDU


jujur saja ku tak mampu

hilangkan wajahmu di hatiku

meski malam mengganggu

hilangkan senyummu di mataku

kusedari

AKU CINTA PADAMU


sejujurnya masih ada

rasa CINTA yg x akan

putus kerna alasanmu

untukku BAHAGIA


besar salahku pada dirimu

tak terbanding kasih yg kau beri

dan tetap MENGGENGGAM ERAT cinta


I'm sorry but I love you

I'm sorry if I miss you

Even if I can't have you

You know I always be there for you

I'M SORRY BUT I LOVE YOU

Jumaat, 17 Mac 2017

Monolog Rindu Si Peminat

Angin sampaikan rindu padanya.
Bayu khabarkan berita kesejahteraannya.

Tak terjangkau pandangan dek jarak memisahkan.
Tak tercapai akal fikiran dek kudrat membataskan.

Hanya doa yang tak putus mengiringi.
Agar kau sentiasa dijaga dan dilindungi.

Moga hati ini bisa kuat.
Moga jiwa tidak terbejat.
Moga fikiran tidak berselirat.

Moga kau sihat.
Walau tiada aku,si peminat.

#monologRindu
#undefinedThought
#complicated

Rabu, 8 Mac 2017

Perlu dan mahu

Terkadang kita rasa apa yg berlaku dalam hidup kita bukan yang sewajarnya..
Dan yang didambakan tak selalu didapatkan..
Sedang yang diimpikan itu pada ulah kita itulah yang sebaiknya..
Resah..mengeluh..
Kerut..merungut..

Tapi kita sering lupa,
Justifikasi manusia itu terlalu culas untuk diambil kira sebagai yang setepatnya..
Sedang Dia sudah menetapkan yang sebaiknya untuk sang Hamba waima tampak rumit pada pandangan mereka..

Tetaplah bersabar dengan hikmah yang bakal menyuluh cahaya nan sirna..
Tetaplah yakin dengan ketentuan Dia yang tak pernah menzalimi umat manusia..
Tetaplah percaya bahawa Tuhan tahu apa yang perlu walaupun itu bukan yang kita mahu..

Tetaplah berdoa dan terus berdoa,
Kerana Dia mendengar setiap rintihan hambaNya..
Dan mengkabulkan permintaan mereka dengan caraNya yang paling terindah..

Nuhassilu biha birridho~

#monologJiwa
#selfReminder 

Jumaat, 3 Mac 2017

ubat untuk ubah

Quran itu penawar

Quran itu penyembuh

Buat hati-hati yang gentar

Buat jiwa-jiwa yang merusuh


Moga hikmah itu menjalar

Menjernih segala yang keruh


Salam Jumaat. (:

Sabtu, 18 Februari 2017

Kalam peneman

Siapapun dirimu,
Bagaimanapun peribadimu,
Culas manapun kamu,
Khilaf manapun lakumu,

Jangan pernah rasa xbetah,
Untuk membelek naskhah,
Yang menjadi penghubung islah,
Penguat jiwa yg kerap goyah,

Macammanapun engkau,
Kau tetap hambaNya,
Dan Dia tetap Tuhanmu,

Selasa, 14 Februari 2017

Sulit

Mengikhlaskan kepergian..
Merelakan perasaan..
Melepaskan yg bukan ketentuan..
Memaksakan kesenangan hati dan fikiran..

Bila hal2 itu belum bisa dilaksanakan,
Adakah namanya mementingkan kemahuan peribadi..
Yang langsung tak layak untuk didapatkan dan didambakan?
Salahkah pengharapan?
Berbahagiakah aku atas penderitaan insan?
Kejamkah?
Busukkah?

"Tiada daya dan Tiada upaya aku tanpaMu"

Sabtu, 4 Februari 2017

Sedarkah?

Kalaulah kebenaran itu disingkap satu persatu,

Sudah tentu kejian & cacian bertalu-talu,

Syukur atas rahmat Dia yg satu,

Kasih-sayangNya mengundang pilu nan sendu..


Pun begitu,

Acapkali hati mereka sangsi,

Dengan tohmah menimpa diri,

walhal mereka masih tak menyedari,

Dialah yang menggetarkan jiwa dan nurani,

Menjadi benteng pendinding diri,

Agar tak tersungkur mati.



Menelusuri...hakikat kehidupan insani.

Selasa, 10 Januari 2017

Manusia itu lemah

Lemahnya insan yang diciptakan Tuhan,
Terjelepok murung tiada kekuatan,
Menagih tenang dalam sendu yg membimbangkan,
Merana jiwa yg dihimpit kesengsaraan.

Pun begitu,
Tenang..Dia tak sewenangnya menciptakanmu sebegitu duhai insan...

Hadirnya Dia melerai segala kekusutan,
Kasihnya Dia tak pernah meninggalkan kau sendirian,
Sayangnya Dia melatih dirimu meraih kekuatan demi kekuatan.

Syukur..
Kau masih punya Tuhan..
Kau masih bernafas dalam hela rahmatNya sebagai sebaik-baik makhluk yg Dia ciptakan..

Sabar...
Kekuatan itu Dia akan beri kepada hamba yg meminta..
Ada sinar yg menanti buat Kau yang cekal menghadapi ujian kasih sayangNya..

Have Faith.
Pray more,worry less.
If He test you to it,He'll get you survive through it..
With His Mercy.

Qawiy!
 
#noteToSelf