Sabtu, 25 November 2017

Sang Muallaf, Si Boyish, Si Gloomy (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim, mula dengan kalam yang mulia.. nama Tuhan yang esa.

Lapangan sedia ada kali ini membenarkan diri untuk mengenali pelbagai jenis manusia yang menjadi guru kehidupan. Benarlah lagi jauh kita berkelana, lagi luas pandangan mata. Kerja yang biasa-biasa, yang tiada untung mana, tapi tidak langsung merugikan hati dan jiwa.

******************************************************************************

Seorang muallaf, seorang perempuan lagak seperti lelaki, dan seorang yang sentiasa menunjukkan emosi ketat dan sepi.Ya, mereka ini antara 'pendidik hati' yang amat hebat. Gabungan bertiga yang mengagumkan, sikitpun tidak memberi penampakan hina padaku waima sering dipandang sinis oleh mereka yang tidak mengenali.

"Akak boleh mengajar adik saya?Dia muallaf, tapi dah setahun masuk Islam..tapi tiada sapa mahu dan mampu mengajar dia...tapi boleh ke kak?tempat akak jauh"

Cabaran ini kuambil perlahan-lahan..dek kerana kesungguhan si adik-beradik angkat, membuatkan hatiku membentak mahu juga ke sana menemui insan tersebut. Teringat aku sewaktu menjalani kursus di Sabah 3 tahun yang lepas, yang mana aku diajar makna sebenar penghayatan agama yg berbekas sungguh di jiwa oleh seorang muallaf yang masuk Islam sembunyi-sembunyi (akan kuceritakan tentangnya kelak).

"Takkan kau mahu lepaskan peluang ini?Inilah saatnya jiwamu yang kontang itu ditarbiah semula oleh insan2 pilihan tuhan; wasilah buatmu"

monologku dalam hati.

Ya, jika diikutkan, perjalanan dari Nilai ke Puchong sememangnya mengambil masa dan tenaga.Pukul 8.30 malam, aku perlu tiba di sana, dan akan kuhabiskan masa di sana dan pulang bersendirian melalui jalan yang sememangnya tak dapat kutipu agak sepi dan menakutkan kira-kira pukul 11 malam ke atas.. Tapi terima kasih buat jalan tarbiah yang pernah aku diam satu masa dahulu..terima kasih buat akhawat2 yang pernah mengajarku erti gigih dan kebergantungan setia kepada Tuhan..walaupun tak segagah mana, aku cuba untuk melawan rasa takutku (pada kegelapan) dan memutuskan untuk menyahut cabaran mengajar insan yang memerlukan ini.

*********************************************************************************

Ya, jika mahu aku tatap satu persatu khilaf diri, tak mungkin aku bisa gagah untuk berdiri menjadi pendidik persendirian sebegini, apa lagi yang melibatkan ilmu agama..ahhh, sungguh hina aku rasa tatkala mengajarkan yang sewajarnya tapi aku sendiri hanyut di lembah dosa. Tapi apakah aku mahu menjadikan alasan buat diriku untuk terus menerus berdosa tanpa mahu menambahkan amal hidupku? Sungguh diriku yang satu lagi itu memang jujur kukatakan, aku sendiri gerun dengan sosok nafsu setan itu. Namun, aku tak mahu neracaku memberat dan terus memberat ke kiri, tanpa aku sendiri cuba untuk menambah neraca kanan walau dalam apa cara sekalipun.

(panjang lebar pula aku muhasabah tentang ini...)

*********************************************************************************

Ok, sambung tentang 'job offer' tersebut, secara jelasnya.. mengajarkan mengenal huruf dan mengaji untuk si muallaf, dan mengajarkan quran dan tajwid buat si emosi sepi. Ramai yang tidak berapa setuju untuk aku meneruskan..dan aku tahu, jika ibuku mengetahui akan apa yang aku buat itu, sudah tentu beliau tidak mengizinkan aku untuk aku teruskan. Bagiku, orang itu sudah cukup bersungguh, dan aku amat mengagumi. Dan mana mungkin jika kurasa aku masih mampu, aku tak mahu. Aku perlu mahu.

Tipulah jika aku katakan aku bulat sebulat hati untuk meneruskan. Pelbagai bisikan kerisauan yang bermain di benak fikiran..lagi ditambah dengan keadaan kesihatanku memungkinkan aku untuk berfikir yang tidak-tidak.

Ahhhhhh, peribliskan itu semua!sengaja mereka mahu menghalang aku untuk membantu saudara seagama. Bismillah, aku tekad untuk teruskan!

**bersambung.




#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 21 September 2017

sistematik?

Hidup yg tidak teratur sejak dua menjak ini memungkinkan aku untuk berasa kecamuk jiwa dan hati. Ya, aku tidak menyusun sebaiknya jadual kehidupanku sehongga memungkinkan aku untukenjadi lebih produktif dan lebih tersusun.Kata mereka,aku seorang yang mandiri,'clumsy', juga tidak seperti perempuan-perempuan feminin lain yang sememangnya bijak mengatur urusan yang banyak.Aku akui pada dasarnya jiwa maskulin ini memang bisa membuatkan darah muda ini memberontak pabola apa yang diusahakan tidak menjadi dengan baik. Tapi solusi untuk semua ini,aku sememangnya perlu menyusun satu persatu dengan lebih terperinci dan jelas; agar aku bisa melihat rupa-rupanya banyak yang aku bisa perbuat dengan segera, tidak kurang juga banyak hal yang bakal mengambil masa.

Sama ada kita ini seorang yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa atau hanya bolrh fokus satu kerja dalam satu masa, cuba cari solusi kecil untuk membantu kita menjadi lebih sistematik dan hal itu bisa mengurangkan tekanan kecil yang kalau tak dikawal..fuhh bakal meletus! 😱


Rabu, 23 Ogos 2017

Stigma

Mereka kata, 
padan muka
balasan siksa
biar merana
aduhai kasihannya!

Dia kata,
sabar
redha
percaya.

Ya.
Diam sahaja
Siapa kamu?
setanding Diakah?

mohon sedar diri.

Selasa, 15 Ogos 2017

Gila yang menggila

Ya,

Aku gila.

Aku gilakan kau.


Tapi nampaknya kau yang dahulunya gila sudah waras.

Dan tinggallah aku sendiri terus-terusan gila.

Sehingga gila ini menggila.

Sampai jadi gila.

Selasa, 1 Ogos 2017

Dia ada.


Banyak perkara tak seiring rencana. Tatkala merasakan yang sepatutnya tidak seperti yang sebenarnya.Kadang emosi buat manusia lelah dan sering goyah. Tidak kurang rasa ujian terlalu payah tak sebanding upaya lahiriah. Sesalan persoalan timbul di segenap tabir harapan berupa impian. Yang berandi jiwa kosong sepi tanpa sempadan.

Di atas tak semestinya gah, di bawah juga tak selalunya rebah. Sebab rencana manusia itu tak bisa sebanding rencana Dia yang mencipta. Yang berupaya lebih dari apa jua jangkaan si hamba pendamba cahaya. 

Seperti apa jua masa silapmu.. selaku apa jua rentak khilafmu..jangan pernah putus harap pada Dia.Sebab kasih sayangNya mengatasi murkaNya.

Dan siapa kita yang pantas menghukum pelaku noda? Sudah sempurnakah urusan manusia sehingga sempat sewenangnya campur tangan urusan yang Esa?Berhenti di situ,tiada manfaatnya malah lebih menyusah di akhir sana.

Kerana kau, aku, mereka.. semua hamba yang tidak lari berlaku dosa. Tapi itu tidak bermakna Dia akan membiarkan kau terkulai tersisih kaku di saat pergantungan penuh kau beri pada Dia yang satu.

Maha suci Kau yang menciptakan.
Bersangka baiklah pada aturan Dia.
Percaya,di sisimu, Dia ada. 

#coretanRawak
#mogaBaikBaikSaja

Selasa, 6 Jun 2017

Ceritera 'sakit' jiwa

Bismillahirrahmanirrahim..

Helaian demi helaian aku selak.. aku tatap..aku teliti..
Iya, situasi 'pelik' ini bukan terjadi hanya kepadaku, malah agak ramai yang mengalami 'sakit' seperti ini. Aku rasa semakin lega. Hati ini semakin damai. Rupanya ini bukan sesuatu yang asing bagi segolongan mereka yang sama turut mengalami keanehan ini.

Tekad tu semakin membentuk, walaupun masih dalam kesamaran. Perlahan-lahan, segumpal impian aku lakar kembali..harapan menjadi yang sepatutnya aku harus dan patut jadi, mengikut acuan Dia.

Terima kasih buat mereka yang tidak segan berkongsi coretan jiwa yang mungkin menjadi 'aib' diri bagi mereka yang tidak mengerti. Anda sememangnya pemberani. Aku kagum dengan anda!

Buat diri, moga Ramadhan yang masih merangkak ini buat kau tak henti bangkit.. tak lemah dan goyah. Tak kesahlah, apa pun yang terjadi, kau ada Tuhan. Ingat tu.



Jangan sesekali tersasar jauh, walaupun kau dah beberapa kali tercampak jatuh.







#nuhassilu biha birridho..#