Isnin, 8 Ogos 2011

ayuh bina jati diri!


bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menikmati Ramadhan..
JATI DIRI....sesuatu yang sepatutnya ada dalam diri setiap insan...yang membentuknya bukan sesuatu yang mudah tetapi tidaklah juga payah..kerna dengan jati dirilah kita dapat membenteng diri kita dari terpengaruh dengan anasir yang mengaburkan...

Pembentukan jati diri memerlukan beberapa peringkat,iaitu bermula dengan FIKIRAN kita...berfikiran untuk menjadi sesuatu atau berbuat sesuatu,setelah berfikir iaitu mempunyai hala tuju,kita disarankan untuk BERTINDAK.Bertindak mengikut yang telah difikirkan itu menjelaskan lagi hakikat sebuah kenyataan.Seterusnya apabila kita sudah bertindak,ia akan secara tidak langsungnya menjadi TABIAT apabila tindakan itu berterusan. dan akhirnya apabila sesuatu itu sudah menjadi tabiat yang kerap diulang-ulang,ia akan sebati dengan diri kita dan menjadi DARAH DAGING...itulah langkah terakhir bagi membentuk jati diri...

Dalam kehidupan yang berpegang pada jati diri ke arah kebaikan, kita hendaklah memaksa untuk tidak memanjakan diri..cubelah aplikasikan konsep D.O.A...iaitu Discipline of Action..3 langkah yang dirasakan mudah untuk kita ikuti bersama-sama.

Pertamanya,lakukanlah dengan IKHLAS....ikhlas merupakan suatu aspek yang patut kita ambil berat.kerana ia bermula dari dalam hati kita,iaitu niat.cubalah untuk ikhlas dalam bertindak.

Keduanya,lakukanlah dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH...bila sudah ikhlas,lapangkanlah dada dan lakukan tindakan itu dengan sepenuh hati.Hal ini akan menimbulkan semangat dan ruh yang luar biasa dalam diri.

Ketiganya,lakukanlah HARI-HARI..setelah kita bersemangat,tindakan yang kita lakukan itu akan menjadi lebih seronok daripada jangkaan kita. Ia mendorong untuk kita untuk tidak sabar melakukan perkara tersebut dan secara tidak langsungnya kita telah beristiqomah dalam tindakan kita...=)

Akhirulkalam..Cabarlah diri sendiri...kita tidak boleh hanya mengharapkan tekanan luaran yang mendatang sahaja..itu tidak cukup.kita perlu sedaya upaya mencipta tekanan dan cabaran agar pemantapan jati diri lebih utuh dan insyaAllah kita bisa menjadi orang yang bahagia,bukan sahaje di dunia,malah di akhirat sana...

moga2 memberi manfaat untuk diri sendiri dan semua..

Ayuh bertindak! MUJAHADAH!

sumber:diilhamkan oleh ceramah motivasi seorang ustaz pada majlis qiamullail sempena UPSR di sekolah rendah ety


#nuhassilu biha birridho..#