Selasa, 31 Januari 2012

Keseriusan dalam Hidup


Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah..diberi peluang oleh maha pencipta untuk menulis lagi..

kredit to cik google=)


tengok muka bayi di atas ni..serius kan?
serius tu ape sebenarnya?
tak senyum?masam muka?ke bagaimana??

haaa...
sebenarnya serius ni bukan sahaja kita nampak kat muka..memek seseorang..
tapi juga melalui perbuatan dan perkataan..
bukan apa..setelah saya menonton satu drama ni....berkenaan keseriusan dalam hidup..
terus saya bertanya pada diri..selama ini,seriuskan aku dalam melakukan pekerjaan?
seriuskah aku dalam belajar?
haa...memang saya akui semester lepas banyak mensia-siakan keseriusan dalam belajar..lantaran sebuk serius dalam berpersatuan..
ni dah salah ni..sepatutnya kene bahagi betul-betul serius tu.,,
sapa kata serius tak boleh tersenyum?
boleh...cuma serius akan membuatkan kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu perkara itu..
serius bukan sahaja menunjukkan muka yang tegang..malah komitmen yang betul-betul diberikan menunjukkan yang kita ni tekad dalam melakukan sesuatu perbuatan..
semester depan....saya nak serius dalam belajar..
tak kesahlah kalau saya tidak terpilih untuk ke Jordan..memang tidak layak pun saya dengan result saya yang mungkin bakal mengecewakan ramai pihak..
apepun..semester 4 saya mahu belajar dengan serius!berpersatuan dengan serius!berkawan dengan serius!
saya tak mahu ada yang memandang saya seorang yang tidak tahu apa-apa macam semester lepas..
moga-moga impian saya untuk jadi serius demi kebaikan diri tercapai..
dah!cukup untuk saya main-main...saya ke universiti untuk belajar..bukan untuk main-main..
kesian ibu bapa saya yang banyak habiskan masa,wang,dan tenaga semata-mata untuk melihat saya berjaya..
apapun..kalau dulu saya boleh berjaya,mengapa tidak sekarang?

I MUST build again my seriousness in life!!

#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 9 Januari 2012

tangisan pemadam kemarahan..



bismillahirrahmanirrahim...

Dugaan itu berhikmah bukan??
Setiap yang diberi dugaan pasti akan tersenyum juga suatu hari nanti..percayalah!
dugaan membuat kita berfikir..menjadikan kita lebih matang..dan mendekatkan diri kita dengan pencipta..


namun di sini itu bukanlah perkara utama yang akan dibincangkan..
tapi pokok pangkalnya...marah dan tangis...ada kaitannya dengan intro di atas..

hanyasanya tatkala kita ditimpa musibah...pelbagai reaksi yang akan menyambut...

mari kita huraikan 2 reaksi utama ini...

marah..

perasaan yang tinggi frekuensinya..
menyebabkan seluruh tenaga bak goku yang menigkatkan kuasa..
disusuli dengan maki hamun dan kata-kata penuh kepedasan..
memang membuatkan orang takutlah nak cakap kat sini
...
nak tegur pun akan menjadi serba salah..
susulan rungutan yang secara zahirnya terarah pada manusia namun hakikatnya secara tidak disengajakan telah menyalurkan kata-kata kurang enak itu pada yang maha mencipta..
tidakkah kita malu?malu dengan sikap kita yang tak tentu pasal itu?
sedang kita tak pernah nak selalu memuji tuhan bila ada benda2 yang takjub di mata kita...
p/s:cantik ke muka marah ni?

tangis pula..
perasaan rayuan dayuan melankolik romantis..
kadang rendah kadang tinggi frekuensinya..
menyebabkan kebasahan dan perubahan memek muka yang meraih simpati..
dan kadangkala tidak kedengan suaranya..
tangisan kesedihan..tangisan kegembiraan...

persoalan di sini...
kawan marah dengan tangisan??
pernah cuba?pernah try?
mari sama2 sahabat2 sekalian!
kita tukar kemarahan dengan tangisan!
kemarahan terlampau dengan tangisan muhasabah..
kemarahan tersalah dengan tangisan mengalah..

tips mudah..

'nak marah je istighfar banyak2'

dari susah..kepada mode dub dap..kepada mood tenang..kepada mood sayu..

tapi dengan syarat mesti istighfar sambil sebut makna dalam hati..hayati dan fahami...
sesali dan insafi..
tanya pada diri..
'LAYAKKAH AKU NAK MARAH ORANG?SEDANG AKU PUN SELALU BUAT ALLAH MARAH?'

insyaAllah pasti berkesan!
nak lagi baik

lepas dah tenang n sayu..

1)ambil wudhuk
2)solat sunat (sujud lama sikit)
3)ingat dosa2 kita pada Allah..mohon ditetapkan kesabaran dalam diri..

SABARLAH..ITU YANG SEBAIKNYA=)



#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 7 Januari 2012

Dakwah gencar study ntah ke mana?


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Dakwah...
Amar ma'ruf nahi munkar..
tugas kita sekalian manusia...

cuma itu semua bergantung pada individu itu sendiri..bagaimana mereka memenuhi tuntutan dakwah itu sendiri dalam kehidupan seharian..
Kerja-kerja dakwah ini sure bukanlah mudah..
memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi untuk terus thabat di jalannya..

Namun begitu..
Agak mengecewakan pabila wujud segelintir individu yang menjadikan study sebagai pelepasan untuk tidak mengaktifkan diri dalam dakwah..
Padahal mereka tahu tentang kewajipan berdakwah itu sendiri..
Mungkin gampang untuk tahu tapi tidak mudah untuk mengerti..
Ia..study memang yang utama..
tapi dakwah bukanlah yang kedua..
bukan mahu menyalahkan siapa-siapa...
cuma mahu sama-sama berbincang dan berkongsi rasa..

Tidak berjayakah mereka yang menjalankan kerja dakwah?

soalan yang saya tahu pasti banyak persoalan dan gelojak jiwa bagi betul-betul menepati kriteria untuk menjawab soalan ini..

cuma mahu berkongsi rasa..
akan kekagumanku pada akhowat tercinta..
yang sentiasa gencar menjalankan kerja dakwahnya..

FENOMENA BIASA AKHOWAT

Seawal pukul 4.30 p.m sudah terdengar bunyi air paip dibuka..bangkit susuk-susuk tubuh bergerak dan menggerakkan yang masih terlena..telekung pudar disarungkan dan bermulalah sesi 'dating' dengan tuhanNya...selepas beberapa solat sunat, bacaan Al-Quran beralun merdu sahut menyahut..terkadang derai tangis keesakan terdengar sayup-sayu di sebalik cahaya kesuraman malam..usai azan berkumandang...bergeraklah ke ruangan musolla di rumah untuk menunailan solat nawafil dan bersama2 berjemaah menunaikan solat subuh..habis solat,bacaan mathurat dibaca bersama2..selepas itu..masing2 membuat persiapan untuk ke kuliah..dan masih ada juga yang meneruskan bacaan dan hafalan al-quran..dan pada waktu petang pula..masing2 akan pulang membersihkan diri...bersama-sama menyiapkan makan petang...dan makan sedulang bersama...solat jemaah maghrib..baca mathurat petang...dan ada juga yang terus bergerak bertemu mad'u tercinta...berjemaah pula di sana dan berkongsi suka dan rasa...pulang mungkin dalam pukul 10 malam..dan meneruskan pembacaan sedikit...ulangkaji kendiri..dan tidur terkadang ada terkadang tiada...hujung minggu berprogram sana sini..kem sana sini..walau lelah..tetap bersemangat..masa padan diguna sebaiknya..perkara2 sia2 terkadang terlalu minima dan terkdang langsung tiada..sungguh bermakna..

BERJAYAKAH AKHOWAT??

Siapa kata mereka tidak berjaya?malah sebahagian besar memegang title dean list..best student...the highest pointer in their faculty...dan bergerak aktif juga dalam aktiviti universiti..
Siapa mereka??merekalah penggerak dakwah..aktivis dakwah...yang bergerak dan menggerak ummah...

mungkin ada yang beralasan bahawa mereka tiada daya dan upaya untuk fokus kepada banyak perkara...iya...saya akui ada yang sebegitu..tetapi...adakah kita hanya mahu menjadi student universiti yang biasa?tiada nilai luar biasa?adakah kita hanya mahu dipesan?dan tidak mahu bersama memesan??Adakah kita hanya mahu terus beralasan..tidak mahukah melakukan perubahan?

ingatlah sahabat2ku..banyak sudah nikmat yang Allah bagi kat kita...tapi cuba kita fikir apa sumbangan harian kita kepada agama Allah?tepuk dada tanyalah mata hati..

"Aku jeleslah ngan dia tu..tak perlu pun nak susah2...just fokus on study je...aku ni..kadang2 tak sempat pun nak study..usrah lagi...aktiviti luar lagi..program lagi...."

sahabat2 yang saya sayangi..
Mungkin biasa terdetik perasaan sebegitu di dada2 mereka di luar sana..dan mungkin terkadang dalam kalangan sahabat2 sefikrah kita sendiri...jom...kita muhasabah bersama...

"kalau tiada tarbiah...mungkin aku sekarang tak dapat menjaga diri.."
"kalau tiada usrah...mungkin hati aku rasa sepi dan kosong.."
"kalau tiada dakwah..mungkin aku akan rasa terlalu lapang dan buat kerja2 yang sia2.."

tapi bila ada tarbiah..

"seronok ada akhowat yang mengingatkan.."
"seronok dapat berpesan-pesan"
"seronok diberi ujian yang menguatkan"
"seronok bersama mad'u tercinta"
"seronok dapat berkongsi suka dan duka"
"seronok dapat menyumbang sekelumit tenaga untuk agama"

dan macam2 lagi keseronokan yang tidak dapan digambarkan dengan kata-kata..

Akhirulkalam...marilah seiringkan study dan kerja dakwah..insyaAllah pasti Allah akan sediakan 'masa tambahan' untuk hamba-hambanya yang sentiasa melungkan 'masa tambahan' untukNya..

berdakwah...berukhuwah...di jalan tarbiah..till jannah...insyaAllah..=)


#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 3 Januari 2012

refresh niat


bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kepada ilahi kerana masih dalam keadaan yang baik dan masih mampu bernafas di tahun baru masihi ini..

Sememangnya musim peperiksaan mahasiswa mahasiswi telah tiba..
Selamat belajar dan terus belajar..

Dalam kita sibuk mentelaah dan murajaah ilmu..
jangan kita lupa tujuan asal kita mencari dan menimba ilmu..

Peringatan utama untuk diri sendiri yang terkadang alpa juga lantaran ketakutan dan kecemasan untuk menghadapi imtihan..

Oleh itu..
Marilah sama-sama kita refresh niat dari masa ke masa..





#nuhassilu biha birridho..#