Ya,sekarang aku telah mengambil keputusan untuk teruskan di mana aku bermula.
Bukan sengaja mahu meninggalkan ilmu baru..tapi hakikatnya sulit untuk aku ambil keputusan yang sekarang ini.
Aku tahu ramai antara mereka yang mempertikaikan keputusan aku. Kata mereka, peluang hanya sekali seumur hidup.Mungkin selepas ini, aku tak lagi berpeluang untuk sambung ke tempat yang sebegitu lagi. Namun, aku yakin janji Tuhan pasti tak pernah berdusta. Dia tidak pernah menzalimi hambaNya.
Tipulah air mata ini tak mengalir tatkala jiwa rasa terbeban untuk memutuskan apa yang telah diputuskan. Tapi aku kena kuat!Aku tak boleh tamak mahukan kedua-duanya sekali. Antara dua, aku perli memilih. Dan aku trlah memilih. Dan keputusan pilihan yang telah aku buat ini aku serahkan pada Dia untuk menyelesaikan yang selebihnya.
Teringat dahulu tatkala mahu memilih antara Infosys di Langkawi atau bercuti di Maldives.Ya, aku telah banyak melukakan hati ramai pihak. Ramai yang mempertikaikan keputusanku..Ramai yang merasakan aku menjadi insan yang kerugian lantaran memilih untuk ke Langkawi. Hakikatny, aku telah nampak impak yang besar atas keputusanku yang lalu dengan ilmu yang Tuhan berikan aku peluang untuk belajar di sana. Ya, di Maldives juga aku bisa belajar ilmu kehidupan..Yang padanya mungkin lebih bermakna sebagai seorang insan. Tapi penyesalan yang sedikit itu langsung tidak dapat menandingi kurniaan tuhan padaku atas pengalaman mencari ilmu di tempat yang mungkin pada segelintir mereka melihat tiada apa-apa, tapi bagiku, sangat-sangat beri perubahan yang besar dalam urusan hidupku dan cara pandangku.
Aku harap pilihanku kali ini juga bisa dipandu oleh kewarasan akal fikiran dan bukan kata mereka.
#nuhassilu biha birridho..#