Sabtu, 25 November 2017

Sang Muallaf, Si Boyish, Si Gloomy (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim, mula dengan kalam yang mulia.. nama Tuhan yang esa.

Lapangan sedia ada kali ini membenarkan diri untuk mengenali pelbagai jenis manusia yang menjadi guru kehidupan. Benarlah lagi jauh kita berkelana, lagi luas pandangan mata. Kerja yang biasa-biasa, yang tiada untung mana, tapi tidak langsung merugikan hati dan jiwa.

******************************************************************************

Seorang muallaf, seorang perempuan lagak seperti lelaki, dan seorang yang sentiasa menunjukkan emosi ketat dan sepi.Ya, mereka ini antara 'pendidik hati' yang amat hebat. Gabungan bertiga yang mengagumkan, sikitpun tidak memberi penampakan hina padaku waima sering dipandang sinis oleh mereka yang tidak mengenali.

"Akak boleh mengajar adik saya?Dia muallaf, tapi dah setahun masuk Islam..tapi tiada sapa mahu dan mampu mengajar dia...tapi boleh ke kak?tempat akak jauh"

Cabaran ini kuambil perlahan-lahan..dek kerana kesungguhan si adik-beradik angkat, membuatkan hatiku membentak mahu juga ke sana menemui insan tersebut. Teringat aku sewaktu menjalani kursus di Sabah 3 tahun yang lepas, yang mana aku diajar makna sebenar penghayatan agama yg berbekas sungguh di jiwa oleh seorang muallaf yang masuk Islam sembunyi-sembunyi (akan kuceritakan tentangnya kelak).

"Takkan kau mahu lepaskan peluang ini?Inilah saatnya jiwamu yang kontang itu ditarbiah semula oleh insan2 pilihan tuhan; wasilah buatmu"

monologku dalam hati.

Ya, jika diikutkan, perjalanan dari Nilai ke Puchong sememangnya mengambil masa dan tenaga.Pukul 8.30 malam, aku perlu tiba di sana, dan akan kuhabiskan masa di sana dan pulang bersendirian melalui jalan yang sememangnya tak dapat kutipu agak sepi dan menakutkan kira-kira pukul 11 malam ke atas.. Tapi terima kasih buat jalan tarbiah yang pernah aku diam satu masa dahulu..terima kasih buat akhawat2 yang pernah mengajarku erti gigih dan kebergantungan setia kepada Tuhan..walaupun tak segagah mana, aku cuba untuk melawan rasa takutku (pada kegelapan) dan memutuskan untuk menyahut cabaran mengajar insan yang memerlukan ini.

*********************************************************************************

Ya, jika mahu aku tatap satu persatu khilaf diri, tak mungkin aku bisa gagah untuk berdiri menjadi pendidik persendirian sebegini, apa lagi yang melibatkan ilmu agama..ahhh, sungguh hina aku rasa tatkala mengajarkan yang sewajarnya tapi aku sendiri hanyut di lembah dosa. Tapi apakah aku mahu menjadikan alasan buat diriku untuk terus menerus berdosa tanpa mahu menambahkan amal hidupku? Sungguh diriku yang satu lagi itu memang jujur kukatakan, aku sendiri gerun dengan sosok nafsu setan itu. Namun, aku tak mahu neracaku memberat dan terus memberat ke kiri, tanpa aku sendiri cuba untuk menambah neraca kanan walau dalam apa cara sekalipun.

(panjang lebar pula aku muhasabah tentang ini...)

*********************************************************************************

Ok, sambung tentang 'job offer' tersebut, secara jelasnya.. mengajarkan mengenal huruf dan mengaji untuk si muallaf, dan mengajarkan quran dan tajwid buat si emosi sepi. Ramai yang tidak berapa setuju untuk aku meneruskan..dan aku tahu, jika ibuku mengetahui akan apa yang aku buat itu, sudah tentu beliau tidak mengizinkan aku untuk aku teruskan. Bagiku, orang itu sudah cukup bersungguh, dan aku amat mengagumi. Dan mana mungkin jika kurasa aku masih mampu, aku tak mahu. Aku perlu mahu.

Tipulah jika aku katakan aku bulat sebulat hati untuk meneruskan. Pelbagai bisikan kerisauan yang bermain di benak fikiran..lagi ditambah dengan keadaan kesihatanku memungkinkan aku untuk berfikir yang tidak-tidak.

Ahhhhhh, peribliskan itu semua!sengaja mereka mahu menghalang aku untuk membantu saudara seagama. Bismillah, aku tekad untuk teruskan!

**bersambung.




#nuhassilu biha birridho..#