Sabtu, 3 Februari 2018

Kita Punya Pilihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam dari daerah hati yang jauh.
Hari yang sedang tercari-cari arah mana yang harus dan perlu dia ikuti.
Sedang hati itu dahulunya teguh mengabdi pada sang pencipta hati.

Dalam pada hati itu diuji untuk menempuh pelbagai ragam rasa,
ada kalanya hati itu menghukum dirinya atas apa yang bukanpun kerelaannya.
Kerana hati itu tidak tahu mahu berbuat apa.
Ya, hati itu amat maklum akan sandaran abadi.
Tapi hati itu mahu juga melabuhkan rasa pada yang tiada daya.
Yang tiada pemeliharaan yang berterusan,
Yang culas dalam penekanan dan aulawiyat dalam kehidupan.
Lantas saban hari membuatkan hati itu jadi rabak,tersayat, dan tak mampu untuk teguh bermanfaat seperti sebelumnya dia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit Anem bawakan tentang alkisah ceritera hati.

KITA PUNYA PILIHAN

Dalam kita sibuk untuk mempersoal mengapa dan bagaimana semua yang berlaku itu terjadi, dan semua yang akan berlaku itu bagaimana nanti, kita terlupa bahawa semua itu datang dari Pilihan kita.
Tidak kiralah apa jua sebab daripada pilihan tersebut, atau apa dan siapa saja yang mempengaruhi pilihan tersebut, akhirnya ia akan menjadi pilihan kita. Ya. Pilihan kita.

Anda mahu melenting?
Sabar dulu sahabat. :)


Statement Anem kat atas ini bukan bermakna Anem mahu menimbulkan 'self blaming' terhadap diri anda, sebaliknya 'self scanning'


SELF BLAMING VS SELF SCANNING
****************************************************

Self blaming itu berbeza yang amat amat dengan self scanning.
Kenapa Anem kata berbeza?
Mari kita teliti dari sudut pandang yang Anem mahu kongsikan dengan sahabat-sahabat (^_^)

Blaming (online dictionary)

"Feel or declare that (someone or something) is responsible for a fault or wrong"

Self-blame (Wikipedia)

"A cognitive process in which an individual attributes the occurrence of a stressful event to oneself. The direction of blame often has implications for individuals' emotions and behaviors during and following stressful situations."

Scanning (online dictionary)

"Look at all parts of (something) carefully in order to detect some feature."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasanya kalau Anem tak terang pun nampak kot 😌

Self blaming ni, bahasa mudahnya kita bila sesuatu perkara itu berlaku, ia akan buat kita jadi stress tak tentu hala, marah, geram, suram, kelam, gusar, walang, dan semuanyalah. End up, akan jadikan self critics kita juga tinggi nun melangit. Dan akhirnya macam-macamla yang akan jadi dan perkara tidak bijak yang akan kita ambil.

Self scanning pula, dia sama kata atau erti macam muhasabah diri la. Bila sesuatu yang berlaku tu berlaku, baik atau buruk, kita akan tengok dari semua aspek kehidupan. Kita takkan terus directly menyalahkan diri atau orang lain, tapi lebih kepada kita examine dan bahasa komputernya kita troubleshoot or debug balik apa yang lompong dan kurang, dan akhirnya kita akan lebih aware dan improve untuk tindakan  atau pilihan akan datang.

Setakat ni ok lagi?
Faham tak apa yang Anem cuba kaitkan? 
👀

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita sebagai manusia, kena bersyukur bahawa setiap dari kita dikurniakan akal untuk berfikir dan membuat pilihan. Seperti yang Anem katakan sebelum tadi, tak kesahlah pilihan yang bagaimana, kecil atau besar, jelas atau samar, yakin atau ragu-ragu, senang hati atau paksaan, waima baik dan buruk pun itu semua datang dari PILIHAN KITA.

Cuma kita perlu tahu, asal pilihan kita itu dari mana dan cara bagaimana yang sepatutnya agar apa jua natijah atau consequences daripada pilihan kita itu, akan buat kita tenang dan tak 'over feeling'..tak kisahlah positif atau negatif.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit tips:

➤Amalkan Solat Sunat Istikharah. Kalau boleh buat setiap malam selepas Isyak ataupun waktu Qiamullail
➤Mulakan apa jua yang kita lakukan dengan kalimah Basmalah; tak kesahla kecil ke besar perkara tu.
➤Ingat, kita ni tiada daya dan upaya pun. Jadi selalu remind dalam kepala. "La haula wala quwwata illa billah" yang bermaksud "Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kekuasaanNya"
➤Selalu Istighfar.
➤Kalau rasa gunadah dan tak terkawal, solat sunat 2 rakaat, ulang-ulang baca hasbiyallah wanikmal wakeel, wanimal maula, wanikman nasir"
➤Sebelum memulakan membuat pilihan, tarik nafas dalam-dalam, baca "Iyyaka na'budu wa Iyyaka Nasta'een" dan lepas. Ulang 3x
➤Kalau dapat musibah, senyum...dan sebut Innalillahi wainna ilaihi rojiun..kalau perlu, menangis semahu-mahunya sambil berdialog dengan Tuhan. 
➤Kalau emosi masih terkawal, dialog macam ni..monolog luaran, "Kau nak bagi hadiah apa kat aku ni Tuhan..macam mencabar ja ujian kali ni, mesti ada hadiah special yang Kau nak bagi kat aku kan?Kan kan? Aku kena bersabar sikit je kan? Sikiit je lagi kan?" atau apa jua bentuk monolog dengan Tuhan gaya memujuk dan bersahaja.

Dan banyaaaak lagi kalau boleh Anem nak kongsi tapi rasanya takut tak terbaca nanti 😀😀
Tapi apepun pucuk pangkalnya adalah bagaimana CARA PANDANG dan KEBERGANTUNGAN kita.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan risau.
Sedih tu biasa, kecewa tu biasa.
Tapi berpada.
Terpuruk pun jangan sampai ratusan purnama.
Jangan biar Syaitan seronok bersuka ria riang gumbira ambil kesempatan menjalankan misi utama mereka dengan jayanya walaweyhhh.

😂😂😂😂😂😂😂

Teringat kata Prof Muhaya dalam radio kelmarin.

"Manusia ni sepatutnya perlu ada dua emosi ja dalam diri dia. SABAR dan SYUKUR"

InsyaAllah, Anem pun masih belajar. 
Begitu juga kalian.

Kata seorang dalam family Anem,
"Moga Allah pandang usaha kita :)"

Semanggi!!

Wallahua'lam 💖





#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 25 November 2017

Sang Muallaf, Si Boyish, Si Gloomy (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim, mula dengan kalam yang mulia.. nama Tuhan yang esa.

Lapangan sedia ada kali ini membenarkan diri untuk mengenali pelbagai jenis manusia yang menjadi guru kehidupan. Benarlah lagi jauh kita berkelana, lagi luas pandangan mata. Kerja yang biasa-biasa, yang tiada untung mana, tapi tidak langsung merugikan hati dan jiwa.

******************************************************************************

Seorang muallaf, seorang perempuan lagak seperti lelaki, dan seorang yang sentiasa menunjukkan emosi ketat dan sepi.Ya, mereka ini antara 'pendidik hati' yang amat hebat. Gabungan bertiga yang mengagumkan, sikitpun tidak memberi penampakan hina padaku waima sering dipandang sinis oleh mereka yang tidak mengenali.

"Akak boleh mengajar adik saya?Dia muallaf, tapi dah setahun masuk Islam..tapi tiada sapa mahu dan mampu mengajar dia...tapi boleh ke kak?tempat akak jauh"

Cabaran ini kuambil perlahan-lahan..dek kerana kesungguhan si adik-beradik angkat, membuatkan hatiku membentak mahu juga ke sana menemui insan tersebut. Teringat aku sewaktu menjalani kursus di Sabah 3 tahun yang lepas, yang mana aku diajar makna sebenar penghayatan agama yg berbekas sungguh di jiwa oleh seorang muallaf yang masuk Islam sembunyi-sembunyi (akan kuceritakan tentangnya kelak).

"Takkan kau mahu lepaskan peluang ini?Inilah saatnya jiwamu yang kontang itu ditarbiah semula oleh insan2 pilihan tuhan; wasilah buatmu"

monologku dalam hati.

Ya, jika diikutkan, perjalanan dari Nilai ke Puchong sememangnya mengambil masa dan tenaga.Pukul 8.30 malam, aku perlu tiba di sana, dan akan kuhabiskan masa di sana dan pulang bersendirian melalui jalan yang sememangnya tak dapat kutipu agak sepi dan menakutkan kira-kira pukul 11 malam ke atas.. Tapi terima kasih buat jalan tarbiah yang pernah aku diam satu masa dahulu..terima kasih buat akhawat2 yang pernah mengajarku erti gigih dan kebergantungan setia kepada Tuhan..walaupun tak segagah mana, aku cuba untuk melawan rasa takutku (pada kegelapan) dan memutuskan untuk menyahut cabaran mengajar insan yang memerlukan ini.

*********************************************************************************

Ya, jika mahu aku tatap satu persatu khilaf diri, tak mungkin aku bisa gagah untuk berdiri menjadi pendidik persendirian sebegini, apa lagi yang melibatkan ilmu agama..ahhh, sungguh hina aku rasa tatkala mengajarkan yang sewajarnya tapi aku sendiri hanyut di lembah dosa. Tapi apakah aku mahu menjadikan alasan buat diriku untuk terus menerus berdosa tanpa mahu menambahkan amal hidupku? Sungguh diriku yang satu lagi itu memang jujur kukatakan, aku sendiri gerun dengan sosok nafsu setan itu. Namun, aku tak mahu neracaku memberat dan terus memberat ke kiri, tanpa aku sendiri cuba untuk menambah neraca kanan walau dalam apa cara sekalipun.

(panjang lebar pula aku muhasabah tentang ini...)

*********************************************************************************

Ok, sambung tentang 'job offer' tersebut, secara jelasnya.. mengajarkan mengenal huruf dan mengaji untuk si muallaf, dan mengajarkan quran dan tajwid buat si emosi sepi. Ramai yang tidak berapa setuju untuk aku meneruskan..dan aku tahu, jika ibuku mengetahui akan apa yang aku buat itu, sudah tentu beliau tidak mengizinkan aku untuk aku teruskan. Bagiku, orang itu sudah cukup bersungguh, dan aku amat mengagumi. Dan mana mungkin jika kurasa aku masih mampu, aku tak mahu. Aku perlu mahu.

Tipulah jika aku katakan aku bulat sebulat hati untuk meneruskan. Pelbagai bisikan kerisauan yang bermain di benak fikiran..lagi ditambah dengan keadaan kesihatanku memungkinkan aku untuk berfikir yang tidak-tidak.

Ahhhhhh, peribliskan itu semua!sengaja mereka mahu menghalang aku untuk membantu saudara seagama. Bismillah, aku tekad untuk teruskan!

**bersambung.




#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 21 September 2017

sistematik?

Hidup yg tidak teratur sejak dua menjak ini memungkinkan aku untuk berasa kecamuk jiwa dan hati. Ya, aku tidak menyusun sebaiknya jadual kehidupanku sehongga memungkinkan aku untukenjadi lebih produktif dan lebih tersusun.Kata mereka,aku seorang yang mandiri,'clumsy', juga tidak seperti perempuan-perempuan feminin lain yang sememangnya bijak mengatur urusan yang banyak.Aku akui pada dasarnya jiwa maskulin ini memang bisa membuatkan darah muda ini memberontak pabola apa yang diusahakan tidak menjadi dengan baik. Tapi solusi untuk semua ini,aku sememangnya perlu menyusun satu persatu dengan lebih terperinci dan jelas; agar aku bisa melihat rupa-rupanya banyak yang aku bisa perbuat dengan segera, tidak kurang juga banyak hal yang bakal mengambil masa.

Sama ada kita ini seorang yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa atau hanya bolrh fokus satu kerja dalam satu masa, cuba cari solusi kecil untuk membantu kita menjadi lebih sistematik dan hal itu bisa mengurangkan tekanan kecil yang kalau tak dikawal..fuhh bakal meletus! 😱


Rabu, 23 Ogos 2017

Stigma

Mereka kata, 
padan muka
balasan siksa
biar merana
aduhai kasihannya!

Dia kata,
sabar
redha
percaya.

Ya.
Diam sahaja
Siapa kamu?
setanding Diakah?

mohon sedar diri.

Selasa, 15 Ogos 2017

Gila yang menggila

Ya,

Aku gila.

Aku gilakan kau.


Tapi nampaknya kau yang dahulunya gila sudah waras.

Dan tinggallah aku sendiri terus-terusan gila.

Sehingga gila ini menggila.

Sampai jadi gila.

Selasa, 1 Ogos 2017

Dia ada.


Banyak perkara tak seiring rencana. Tatkala merasakan yang sepatutnya tidak seperti yang sebenarnya.Kadang emosi buat manusia lelah dan sering goyah. Tidak kurang rasa ujian terlalu payah tak sebanding upaya lahiriah. Sesalan persoalan timbul di segenap tabir harapan berupa impian. Yang berandi jiwa kosong sepi tanpa sempadan.

Di atas tak semestinya gah, di bawah juga tak selalunya rebah. Sebab rencana manusia itu tak bisa sebanding rencana Dia yang mencipta. Yang berupaya lebih dari apa jua jangkaan si hamba pendamba cahaya. 

Seperti apa jua masa silapmu.. selaku apa jua rentak khilafmu..jangan pernah putus harap pada Dia.Sebab kasih sayangNya mengatasi murkaNya.

Dan siapa kita yang pantas menghukum pelaku noda? Sudah sempurnakah urusan manusia sehingga sempat sewenangnya campur tangan urusan yang Esa?Berhenti di situ,tiada manfaatnya malah lebih menyusah di akhir sana.

Kerana kau, aku, mereka.. semua hamba yang tidak lari berlaku dosa. Tapi itu tidak bermakna Dia akan membiarkan kau terkulai tersisih kaku di saat pergantungan penuh kau beri pada Dia yang satu.

Maha suci Kau yang menciptakan.
Bersangka baiklah pada aturan Dia.
Percaya,di sisimu, Dia ada. 

#coretanRawak
#mogaBaikBaikSaja