Memaparkan catatan dengan label hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hikmah. Papar semua catatan

Sabtu, 25 November 2017

Sang Muallaf, Si Boyish, Si Gloomy (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim, mula dengan kalam yang mulia.. nama Tuhan yang esa.

Lapangan sedia ada kali ini membenarkan diri untuk mengenali pelbagai jenis manusia yang menjadi guru kehidupan. Benarlah lagi jauh kita berkelana, lagi luas pandangan mata. Kerja yang biasa-biasa, yang tiada untung mana, tapi tidak langsung merugikan hati dan jiwa.

******************************************************************************

Seorang muallaf, seorang perempuan lagak seperti lelaki, dan seorang yang sentiasa menunjukkan emosi ketat dan sepi.Ya, mereka ini antara 'pendidik hati' yang amat hebat. Gabungan bertiga yang mengagumkan, sikitpun tidak memberi penampakan hina padaku waima sering dipandang sinis oleh mereka yang tidak mengenali.

"Akak boleh mengajar adik saya?Dia muallaf, tapi dah setahun masuk Islam..tapi tiada sapa mahu dan mampu mengajar dia...tapi boleh ke kak?tempat akak jauh"

Cabaran ini kuambil perlahan-lahan..dek kerana kesungguhan si adik-beradik angkat, membuatkan hatiku membentak mahu juga ke sana menemui insan tersebut. Teringat aku sewaktu menjalani kursus di Sabah 3 tahun yang lepas, yang mana aku diajar makna sebenar penghayatan agama yg berbekas sungguh di jiwa oleh seorang muallaf yang masuk Islam sembunyi-sembunyi (akan kuceritakan tentangnya kelak).

"Takkan kau mahu lepaskan peluang ini?Inilah saatnya jiwamu yang kontang itu ditarbiah semula oleh insan2 pilihan tuhan; wasilah buatmu"

monologku dalam hati.

Ya, jika diikutkan, perjalanan dari Nilai ke Puchong sememangnya mengambil masa dan tenaga.Pukul 8.30 malam, aku perlu tiba di sana, dan akan kuhabiskan masa di sana dan pulang bersendirian melalui jalan yang sememangnya tak dapat kutipu agak sepi dan menakutkan kira-kira pukul 11 malam ke atas.. Tapi terima kasih buat jalan tarbiah yang pernah aku diam satu masa dahulu..terima kasih buat akhawat2 yang pernah mengajarku erti gigih dan kebergantungan setia kepada Tuhan..walaupun tak segagah mana, aku cuba untuk melawan rasa takutku (pada kegelapan) dan memutuskan untuk menyahut cabaran mengajar insan yang memerlukan ini.

*********************************************************************************

Ya, jika mahu aku tatap satu persatu khilaf diri, tak mungkin aku bisa gagah untuk berdiri menjadi pendidik persendirian sebegini, apa lagi yang melibatkan ilmu agama..ahhh, sungguh hina aku rasa tatkala mengajarkan yang sewajarnya tapi aku sendiri hanyut di lembah dosa. Tapi apakah aku mahu menjadikan alasan buat diriku untuk terus menerus berdosa tanpa mahu menambahkan amal hidupku? Sungguh diriku yang satu lagi itu memang jujur kukatakan, aku sendiri gerun dengan sosok nafsu setan itu. Namun, aku tak mahu neracaku memberat dan terus memberat ke kiri, tanpa aku sendiri cuba untuk menambah neraca kanan walau dalam apa cara sekalipun.

(panjang lebar pula aku muhasabah tentang ini...)

*********************************************************************************

Ok, sambung tentang 'job offer' tersebut, secara jelasnya.. mengajarkan mengenal huruf dan mengaji untuk si muallaf, dan mengajarkan quran dan tajwid buat si emosi sepi. Ramai yang tidak berapa setuju untuk aku meneruskan..dan aku tahu, jika ibuku mengetahui akan apa yang aku buat itu, sudah tentu beliau tidak mengizinkan aku untuk aku teruskan. Bagiku, orang itu sudah cukup bersungguh, dan aku amat mengagumi. Dan mana mungkin jika kurasa aku masih mampu, aku tak mahu. Aku perlu mahu.

Tipulah jika aku katakan aku bulat sebulat hati untuk meneruskan. Pelbagai bisikan kerisauan yang bermain di benak fikiran..lagi ditambah dengan keadaan kesihatanku memungkinkan aku untuk berfikir yang tidak-tidak.

Ahhhhhh, peribliskan itu semua!sengaja mereka mahu menghalang aku untuk membantu saudara seagama. Bismillah, aku tekad untuk teruskan!

**bersambung.




#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 7 Jun 2012

STUDY vs DAKWAH

Bismillahirrahmanirrahim..

semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya..

STUDY?DAKWAH?
Perlu ke pilih?
Atau sebaliknya?
Menjadi dilema bagi mereka2 di luar sana untuk mengekalkan keduanya...
kadangkala..hanya salah satu je perform...
tapi perlulah kita sedar...Dakwah bukanlah halangan untuk kita berprestasi...
malah dakwahlah yang mencambah prestasi menjadi yang lebih extraordinary...
Tak percaya?
Ada harus tanamkan kepercayaan itu dari sekarang!
Cuba anda fikir..kerja2 dakwah itu adalah jalan menuju Rabb yang maha pencipta...
Jika kita bekerja untuk jalan Allah..Allah telah berjanji pasti Dia akan membantu kita..
Cuma kita perlu tambahkan usaha agar kesungguhan kita itu terlihat dimataNyA..
bukan hanya meminta dan terus meminta tanpa melakukan apa2...
KITA SEBENARNYA BERUNTUNG!
lebih special dari orang lain..lebih superb dari orang lain!
2 in 1!Siapa lagi yang mahu menyahut cabaran ini kalau bukan kita!
apalagi kalau kita dapat membuktikan kedua2nya kita perform,
Pasti akan membuka mata semua bahawa dakwah bukanlah penghalang kita untuk menyerlah dalam pelajaran.
Ayuh kader2 agama!kita buktikan pada dunia!
jangan menyerah!Yakin padaNya!
Kerana Dia yang menentukannya..
=)

#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 9 Januari 2012

tangisan pemadam kemarahan..



bismillahirrahmanirrahim...

Dugaan itu berhikmah bukan??
Setiap yang diberi dugaan pasti akan tersenyum juga suatu hari nanti..percayalah!
dugaan membuat kita berfikir..menjadikan kita lebih matang..dan mendekatkan diri kita dengan pencipta..


namun di sini itu bukanlah perkara utama yang akan dibincangkan..
tapi pokok pangkalnya...marah dan tangis...ada kaitannya dengan intro di atas..

hanyasanya tatkala kita ditimpa musibah...pelbagai reaksi yang akan menyambut...

mari kita huraikan 2 reaksi utama ini...

marah..

perasaan yang tinggi frekuensinya..
menyebabkan seluruh tenaga bak goku yang menigkatkan kuasa..
disusuli dengan maki hamun dan kata-kata penuh kepedasan..
memang membuatkan orang takutlah nak cakap kat sini
...
nak tegur pun akan menjadi serba salah..
susulan rungutan yang secara zahirnya terarah pada manusia namun hakikatnya secara tidak disengajakan telah menyalurkan kata-kata kurang enak itu pada yang maha mencipta..
tidakkah kita malu?malu dengan sikap kita yang tak tentu pasal itu?
sedang kita tak pernah nak selalu memuji tuhan bila ada benda2 yang takjub di mata kita...
p/s:cantik ke muka marah ni?

tangis pula..
perasaan rayuan dayuan melankolik romantis..
kadang rendah kadang tinggi frekuensinya..
menyebabkan kebasahan dan perubahan memek muka yang meraih simpati..
dan kadangkala tidak kedengan suaranya..
tangisan kesedihan..tangisan kegembiraan...

persoalan di sini...
kawan marah dengan tangisan??
pernah cuba?pernah try?
mari sama2 sahabat2 sekalian!
kita tukar kemarahan dengan tangisan!
kemarahan terlampau dengan tangisan muhasabah..
kemarahan tersalah dengan tangisan mengalah..

tips mudah..

'nak marah je istighfar banyak2'

dari susah..kepada mode dub dap..kepada mood tenang..kepada mood sayu..

tapi dengan syarat mesti istighfar sambil sebut makna dalam hati..hayati dan fahami...
sesali dan insafi..
tanya pada diri..
'LAYAKKAH AKU NAK MARAH ORANG?SEDANG AKU PUN SELALU BUAT ALLAH MARAH?'

insyaAllah pasti berkesan!
nak lagi baik

lepas dah tenang n sayu..

1)ambil wudhuk
2)solat sunat (sujud lama sikit)
3)ingat dosa2 kita pada Allah..mohon ditetapkan kesabaran dalam diri..

SABARLAH..ITU YANG SEBAIKNYA=)



#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 7 Januari 2012

Dakwah gencar study ntah ke mana?


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Dakwah...
Amar ma'ruf nahi munkar..
tugas kita sekalian manusia...

cuma itu semua bergantung pada individu itu sendiri..bagaimana mereka memenuhi tuntutan dakwah itu sendiri dalam kehidupan seharian..
Kerja-kerja dakwah ini sure bukanlah mudah..
memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi untuk terus thabat di jalannya..

Namun begitu..
Agak mengecewakan pabila wujud segelintir individu yang menjadikan study sebagai pelepasan untuk tidak mengaktifkan diri dalam dakwah..
Padahal mereka tahu tentang kewajipan berdakwah itu sendiri..
Mungkin gampang untuk tahu tapi tidak mudah untuk mengerti..
Ia..study memang yang utama..
tapi dakwah bukanlah yang kedua..
bukan mahu menyalahkan siapa-siapa...
cuma mahu sama-sama berbincang dan berkongsi rasa..

Tidak berjayakah mereka yang menjalankan kerja dakwah?

soalan yang saya tahu pasti banyak persoalan dan gelojak jiwa bagi betul-betul menepati kriteria untuk menjawab soalan ini..

cuma mahu berkongsi rasa..
akan kekagumanku pada akhowat tercinta..
yang sentiasa gencar menjalankan kerja dakwahnya..

FENOMENA BIASA AKHOWAT

Seawal pukul 4.30 p.m sudah terdengar bunyi air paip dibuka..bangkit susuk-susuk tubuh bergerak dan menggerakkan yang masih terlena..telekung pudar disarungkan dan bermulalah sesi 'dating' dengan tuhanNya...selepas beberapa solat sunat, bacaan Al-Quran beralun merdu sahut menyahut..terkadang derai tangis keesakan terdengar sayup-sayu di sebalik cahaya kesuraman malam..usai azan berkumandang...bergeraklah ke ruangan musolla di rumah untuk menunailan solat nawafil dan bersama2 berjemaah menunaikan solat subuh..habis solat,bacaan mathurat dibaca bersama2..selepas itu..masing2 membuat persiapan untuk ke kuliah..dan masih ada juga yang meneruskan bacaan dan hafalan al-quran..dan pada waktu petang pula..masing2 akan pulang membersihkan diri...bersama-sama menyiapkan makan petang...dan makan sedulang bersama...solat jemaah maghrib..baca mathurat petang...dan ada juga yang terus bergerak bertemu mad'u tercinta...berjemaah pula di sana dan berkongsi suka dan rasa...pulang mungkin dalam pukul 10 malam..dan meneruskan pembacaan sedikit...ulangkaji kendiri..dan tidur terkadang ada terkadang tiada...hujung minggu berprogram sana sini..kem sana sini..walau lelah..tetap bersemangat..masa padan diguna sebaiknya..perkara2 sia2 terkadang terlalu minima dan terkdang langsung tiada..sungguh bermakna..

BERJAYAKAH AKHOWAT??

Siapa kata mereka tidak berjaya?malah sebahagian besar memegang title dean list..best student...the highest pointer in their faculty...dan bergerak aktif juga dalam aktiviti universiti..
Siapa mereka??merekalah penggerak dakwah..aktivis dakwah...yang bergerak dan menggerak ummah...

mungkin ada yang beralasan bahawa mereka tiada daya dan upaya untuk fokus kepada banyak perkara...iya...saya akui ada yang sebegitu..tetapi...adakah kita hanya mahu menjadi student universiti yang biasa?tiada nilai luar biasa?adakah kita hanya mahu dipesan?dan tidak mahu bersama memesan??Adakah kita hanya mahu terus beralasan..tidak mahukah melakukan perubahan?

ingatlah sahabat2ku..banyak sudah nikmat yang Allah bagi kat kita...tapi cuba kita fikir apa sumbangan harian kita kepada agama Allah?tepuk dada tanyalah mata hati..

"Aku jeleslah ngan dia tu..tak perlu pun nak susah2...just fokus on study je...aku ni..kadang2 tak sempat pun nak study..usrah lagi...aktiviti luar lagi..program lagi...."

sahabat2 yang saya sayangi..
Mungkin biasa terdetik perasaan sebegitu di dada2 mereka di luar sana..dan mungkin terkadang dalam kalangan sahabat2 sefikrah kita sendiri...jom...kita muhasabah bersama...

"kalau tiada tarbiah...mungkin aku sekarang tak dapat menjaga diri.."
"kalau tiada usrah...mungkin hati aku rasa sepi dan kosong.."
"kalau tiada dakwah..mungkin aku akan rasa terlalu lapang dan buat kerja2 yang sia2.."

tapi bila ada tarbiah..

"seronok ada akhowat yang mengingatkan.."
"seronok dapat berpesan-pesan"
"seronok diberi ujian yang menguatkan"
"seronok bersama mad'u tercinta"
"seronok dapat berkongsi suka dan duka"
"seronok dapat menyumbang sekelumit tenaga untuk agama"

dan macam2 lagi keseronokan yang tidak dapan digambarkan dengan kata-kata..

Akhirulkalam...marilah seiringkan study dan kerja dakwah..insyaAllah pasti Allah akan sediakan 'masa tambahan' untuk hamba-hambanya yang sentiasa melungkan 'masa tambahan' untukNya..

berdakwah...berukhuwah...di jalan tarbiah..till jannah...insyaAllah..=)


#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 8 Ogos 2011

ayuh bina jati diri!


bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menikmati Ramadhan..
JATI DIRI....sesuatu yang sepatutnya ada dalam diri setiap insan...yang membentuknya bukan sesuatu yang mudah tetapi tidaklah juga payah..kerna dengan jati dirilah kita dapat membenteng diri kita dari terpengaruh dengan anasir yang mengaburkan...

Pembentukan jati diri memerlukan beberapa peringkat,iaitu bermula dengan FIKIRAN kita...berfikiran untuk menjadi sesuatu atau berbuat sesuatu,setelah berfikir iaitu mempunyai hala tuju,kita disarankan untuk BERTINDAK.Bertindak mengikut yang telah difikirkan itu menjelaskan lagi hakikat sebuah kenyataan.Seterusnya apabila kita sudah bertindak,ia akan secara tidak langsungnya menjadi TABIAT apabila tindakan itu berterusan. dan akhirnya apabila sesuatu itu sudah menjadi tabiat yang kerap diulang-ulang,ia akan sebati dengan diri kita dan menjadi DARAH DAGING...itulah langkah terakhir bagi membentuk jati diri...

Dalam kehidupan yang berpegang pada jati diri ke arah kebaikan, kita hendaklah memaksa untuk tidak memanjakan diri..cubelah aplikasikan konsep D.O.A...iaitu Discipline of Action..3 langkah yang dirasakan mudah untuk kita ikuti bersama-sama.

Pertamanya,lakukanlah dengan IKHLAS....ikhlas merupakan suatu aspek yang patut kita ambil berat.kerana ia bermula dari dalam hati kita,iaitu niat.cubalah untuk ikhlas dalam bertindak.

Keduanya,lakukanlah dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH...bila sudah ikhlas,lapangkanlah dada dan lakukan tindakan itu dengan sepenuh hati.Hal ini akan menimbulkan semangat dan ruh yang luar biasa dalam diri.

Ketiganya,lakukanlah HARI-HARI..setelah kita bersemangat,tindakan yang kita lakukan itu akan menjadi lebih seronok daripada jangkaan kita. Ia mendorong untuk kita untuk tidak sabar melakukan perkara tersebut dan secara tidak langsungnya kita telah beristiqomah dalam tindakan kita...=)

Akhirulkalam..Cabarlah diri sendiri...kita tidak boleh hanya mengharapkan tekanan luaran yang mendatang sahaja..itu tidak cukup.kita perlu sedaya upaya mencipta tekanan dan cabaran agar pemantapan jati diri lebih utuh dan insyaAllah kita bisa menjadi orang yang bahagia,bukan sahaje di dunia,malah di akhirat sana...

moga2 memberi manfaat untuk diri sendiri dan semua..

Ayuh bertindak! MUJAHADAH!

sumber:diilhamkan oleh ceramah motivasi seorang ustaz pada majlis qiamullail sempena UPSR di sekolah rendah ety


#nuhassilu biha birridho..#


Selasa, 5 April 2011

masalah ummah~


bismillahirrahmanirrahim..

kelas TITAS hari ini banyak buat kami berfikir..
walaupun ety tau isu ni memang dah berulang kali disebut dan ada jugak yang dah naik bosan...
tetapi masyarakat kita perlu diingatkan berulang kali kerana manusia ini pun sifatnya pelupa...
ISU PEMBUANGAN BAYI
sahabat2 sekalian sudah tentu biasa menonton video dan gambar2 yang berkaitan dengan fenomena ini.
Bila td Puan Mashitah menunjukkan statistik pembuangan bayi setiap negeri..
kami hanya mampu beristighfar panjang...
wahai manusia di bumi Allah..mana ketakutanmu pada tuhanmu?
hurm..
persoalan nye kat sini
apa yang perlu kita lakukan dan apa tindakan kita?
adakah kita hanya mampu menuding jari atau bergerak bersama2??
itulah masalah orang kini...
suka menuding jari dan menyisihkan golongan ini...
bukan ety suruh kita sokong apa yang mereka buat..
tp sekurang2nya kita jangan sisihkan mereka..sebab mereka juga manusia seperti kita..
kita tiada hak untuk menghukum mereka atas apa yang mereka lakukan..

sesungguhnya Allah itu pun maha pengampun dan penyayang..
ingat...
isu ini bukannya masalah individu semata2..tapi ia melibatkan masalah ummah..
seharusnya kita sama2 berfikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah ini..
perkara ini bukan semata2 tugak pegawai agama.
bukan juga tugas mereka di penjara...
tetapi tugas sarwa..
kita sebagai satu ummah
satu saudara..

marilah rakan2 kita sama2 membantu mereka..
pulihkan kejahilan mereka..
perbaiki jalan dakwah kita yang dirasakan sudah sempurna
sedangkan banyak lagi yang terlepa...

akhirul kalam

"jika diberi pilihan antara dua..
pilihlah untuk dipandang mulia disisi tuhan dan dipandang hina disisi manusia..
daripada dipandang hina disisi tuhan tetapi dipandang mulia di sisi manusia.."


#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 18 Mac 2011

tahniah diriku!

assalamualaikum...

salam sejahtera sahabat2 blogger sekalian..
Alhamdulillah..marilah sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada ilahi..
kerana masih bernyawa sehingga ke hari ini..

sahabat2..
ingin saya kongsikan kegembiraan saya dengan rakan2 sekalian...
alhamdulillah..
betullah kata orang...
hujan yang bertandang..pasti akan ada pelangi yang datang menyinar..

teringat saya baru2 ini pada hari selasa..
selepas perbentangan etnik saya..
saya rasa amat down..
tringat seorang sahabat berkata
"aku tak paham satu apa pun yang kau terang"
memang agak ada lacking pada pembentangan kali ini..
atas sebab2 yang tak dapat dielakkan,,dua jam sebelum saya membuat pembentangan...
saya telah diminta untuk menukar bahadian yang patut dibentang dengan kawan saya..
walaupun agak rasa tertekan pada mulanya...
tp tuhan tu saangat pandai memujuk kita..
sebab sebenarnya dia saja nak uji kita..
tengok bagaimana kita nak handle ngan masalah yang dia bagi kat kita..

pada petang tersebut..
semasa mood agak suram tyme tuh...
macam biasa..kalau saya rasa down..
saya akan carik mangsa untuk'neutral' kan balik perasaan saya tuh..
ternampak kawan integomb sya..rezki dia masa itu dengan kawan2nya untuk dapat ice blended..
sedang asyik kami tunggu tempahan kami...
saya pun membelek2 telepon saya...
1 mesej telah masuk dalam inbox saya..
Ya Allah!mengalir air mata saya tatkala membaca isi mesej tersebut...
ternyata tuhan sangat2 pandai menguji hambanya...
diberikan hambanya bunga tatkala hambanya terasa layu..
Alhamdulillah..saya telah terpilih menjadi salah seorang ahli Pembimbing Rakan Universiti USIM..
perkara yang sangat2 saya impikan sebelum ini..
selepas saya kurang berjaya untuk melayakkan diri menyertai MPP..

trima kasih ya Allah!
sayang Allah sangat2!
luv u soooo much Allah!!
kau memang pandai mengusik hambamu ini..=)

ingatlah kawan2..
kalau kita rasa kita gembira sangat2...janganlah lupa diri kerana ada kemungkinan akan ada perasaan yang kurang enak bertandang..
dan apabila kita rasa kita dibawah....tertekan...kurang semangat...
yakinlah....sudah pasti 'hero' kita yang merupakan 'hero' seluruh makhluk akan selamatkan kita dengan mengembalikan senyuman dan tangisan gembira di wajah kita...
sekian....=)


Sesungguhnya hikmah itu amatlah indah bagi mereka yang menghayati dan tahu menghargainya..



#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 21 Februari 2011

mari kita belek2 bible EP 1


bismillahirrahmanirrahim...

kumulakan dengan kalam yang mulia..
sementara nak tunggu azan berkumandang ni...
saya ambil kesempatan ntuk mencatat apa2 yang boleh dicatat..=)

erm....
haritu saya ada join interfaith dialogue dengan kehadiran panel2 yang berkaliber..
antaranya bro shahkirit yang tidak asing lagi...
memang seronokla..
sebab banyak ilmu yang dapat kami ceduk daripada pengalamannya..

sebenarnya banyak benda yang perlu kita pelajari dari sekarang..
kalau mereka boleh baca alquran..kenapa tidak kita?

hurm..
kat sini ade saya terbaca satu potongan dari bible


"you will be 'born again',this time spiritually,and you will become a child of god"(john:1:12)

kalau dilihat pada ayat nih...
dia kate kita akan jadik anak tuhan...
ermm..
kalau kite pun jadi anak tuhan,kalau dianggap jesus pun anak tuhan...
.takkanlah taraf kite same ngan jesus kot?tu pun dah kite bleyh pkir.....

tulah...kalau kita betul2 kaji dan dalami ilmu ni...
kita akan lebih dengan dengan pencipta kita...
kerana sangat2 dapat membuka mata kita tentang kelemahan mereka2 yang menidakkan agama Islam itu sendiri..

k lah...
semoga sama2lah kita belajar dan menzahirkan kebenaran yang hak dan menolak kebatilan...
wallahua'lam..


#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 15 Februari 2011

mari kita sambut hari kekasih!

Assalamualaikum wbt..

td dalam pukul 11 lebih td baru sahaja saya balik dari program interfaith dialogue kat DKP 3..
nasib baik jugalah saya datang sebelum maghrib ..
itu pun semasa kami sampai dah hampir penuh dah tempat duduk kat bahagian perempuan..
memandangkan selalunya kawasan lagi paling ramai pun separuh..
jadi kami pun memenuhkan bahagian blakang kawasan lelaki..

selepas maghrib...
sememangnya tidak disangka2 apabila berduyun2 memenuhi DKP3 itu..
tak sangka sebegitu hebat sambutannys..

secara amnya..
sangat2 berguna dan banyak sungguh ilmu yang kami peroleyh..
dengan kepetahan panel2 yang cuba menerangkan sebaik mungkin kepada kami tentang isu2 berbangkit tentang agama islam dan agama kristian..
sungguh sememangnya kami yang berada di USIM ini menyedari bahawa kami seperti berada di zon selesa..
kerana sami dikelilingi dan ditarbiah dengan biah solehah..
sedangkan di luar sana pelbagai ancaman agama yang berlaku..
membuatkan masing2 berusaha menegakkan Islam dari diperkotak katik sewenang2nya oleyh agama lain..
bersyukur sangat dipilih oleh Allah untuk bersama2 hadir dalam majlis yang penuh barakah itu..

tringat akan pembentangan isu dalam dan luar kampus semasa berada di ulu lasngat..
sememangnya kami alpa dan leka dengan kehidupan yang mengaburi..
sedangkan di sekeliling kami pelbagai isu dan permasalahan yang berlaku..
sememangnya kem tersebut membuka mata saya untuk lebih peka dengan keadaan semasa..

tringat akan ucapan naib canselor pada perasmian penutup kem tersebut...
betapa besar hasrat dan harapan beliau untuk memperlihatkan imej USIM di mata dunia..
memang bersemangat dan sungguh tabah NC kita tuh..
"minggu depan kita akan menyambut hari kekasih"
pada mulanya terbaliak juga mata2 mahasiswa mahasiswi USIM..
tp semuanya menunduk malu pbila siterangkan tentang pemikiran masyarakat yang memandang sempit..
memanglah namanya hari kekasih..
tetapi hari kekasih kita hari selasa
bukan hari isnin..
hari kekasih kita kekasih nabi muhammad saw..
perlunya penghayatan tentang maulud nabi ini..
bukan sahaja lidah kita pantas melontarkan kata2 bahawa kita sayang akan baginda..
tetapi usahanya sekelumit cuma..
sebaliknya..
selawat dan salam kita alunkan..
sunnah rasulullah kita amalkan..
agar syafaat nya kelak kita diselamatkan..

beliau juga menyeru masyarakat USIM khususnya untuk mempositifkan minda agar kejayaan itu lebih mudah untuk dicapai..
baguslah..itulah semangat pemimpin atasan yang kita nak..

yang penting...usaha itu perlulah istiqomah dan melibatkan semua pihak..
agar segalanya dapat berjalan dengan lancar..
segala kepayahan dan kesusahan itu jadikanlah pengalaman untuk kita perbaiki segala kelemahan..

hasrat saya,agar USIM dapat mewujudkan ruhul mahabbah yang menyerap masuk dalam sanubari mahasiswanya..
kerana itulah penerimaan baik buruk dapat dirasai dengan hati yang terbuka..

sekian..

#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 18 Januari 2011

cari pengalaman!

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi..
dapat juga saya menatap blog ini..
trima kasih ya Allah kerana memberikan saya sahabat yang memahami..

alhamdulillah..
sejak hari jumaat..
dapat saya meneruskan niat saya..
saya telah memulakan bisnes delivary makanan panas ke bilik2..

walaupun sedikit untungnya..
tp saya tetap bersyukur dan berpuas hati kerana untung tersebut hasil titik peluh saya..
alhamdulillah..
dapat juga diberikan kesempatan oleyh tuhan untuk menimba secangkir pengalaman yang amat mematangkan diri..

trima kasih kepada sahabat2 yang turut memberi sokongan dan motivasi...
ada juga yg bertanya..tak letih ka setiap malam drive?

tipulah kalau saya kata saya x letih..
tp keletihan yg sedikit itu dapat sja diatasi dengan kegembiraan dapat membantu memnuhi keinginan dan selera pelajar KK1 yang sukar untuk mendapatkan makanan panas..

dan trima kasih ya Allah kerana berikan saya peluang merasa kesusahan ini..
untuk saya memahami bahawa memang mudah berbelanja..tapi bukan mudah untuk mencari wang..
kalau kita nakkan sesuatu..kenalah bersusah2 dahulu..
memanglah ada sahaja yang hanya duduk bergoyang kaki tapi sudah dapat apa yang diingini...
tp satulah..kepuasan hakiki dan pengertian terhadap erti kesusahan itu amat cetek jika hanya melihat tanpa merasa sendiri pahit manisnya..

tringat peristiwa tadi..
setelah saya menempah makanan melalui sms..
selepas mandi dan solat maghrib..
saya pun pergi ke akasia untuk mengambil tempahan2 tersebut..
"harga semua rm34.50 dik"
"sekejap ya....errr...tak bawak duit lebihla..sekejap ya.."
"takpe dik"
saya pun pergi ke seven eleven bersebelahan untuk withdraw duit..tetapi...
rupa2nya tiada pun mesin ATM di situ..
"macam mana ni"
tiba2 tringat akan senior sekolah..
"salam kak yati,mintak tolong akak..nak pinjam duit boleyh tak?"
senior saya dengan hati terbuka turun ke bawah dan memberi saya duit dan membantu saya bersama2 mengangkat tempahan..

trima kasih ya Allah..
semua yang berlaku ada hikmah.

kalau malam ni punya peristiwa x berlaku..
mungkin saya akan jarang berhubung dengan kak yati..
thanx kak yati..thanx Allah..

=)

ujian itu berhikmah..
bersabar itu sakinah..
senyuman itu saieedah..
penawar segala gundah=)


#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 9 Januari 2011

ujian adalah tarbiah dari Allah~

bismillahirrahmanirrahim...

first of all...
ana nak mintak maaf kat semua rakan2..
lame sudah ana tak mengupdate blog..
lantaran internet connection di KK1 USIM yang masih dalam percubaan dan pembikinan..

teringat soalan sahabat sebilik..
"tak penat ker?"
hurm..
jika dilihat...
sememangnya permulaan 2011 ini agak mencabar...

dengan masalah2 dan dugaan..


kata nurul asyikin..
"ujian adalah tarbiah dari Allah"

betul dan amat tepat sekali sahabat...
amat ana mengakuinya...

minggu permulaan sem ini..
sudah berlaku pelbagai keadaan...

*************************************************

ditinggalkan dan meninggalkan...

sahabatku laili...
kini kau berjuang pula di bumi UITM..
andai itu yang terbaik untukmu di sana..
teruskanlah perjuangan itu sahabat...
doaku akan sentiasa mengirimu...

temanku hidayatee..
mungkin benar apa yang kau telah...
sememangnya masalah yang datang secara tiba2 itu
mungkin adalah satu petunjuk untukmu
meneruskan impianmu yang tergendala...
sememangnya hidup ini satu teka teki
yang bukanlah daya kita untuk memahami seluruhnya...

tapi usaha itulah sebaiknya...
kuharapkan..
bidang itu lebih mematangkan dirimu dan melapangkan hatimu...

bagaimana dengan diriku???

bila kufikir2,,,
ku cuba menyingkap rahsia disebalik rahsia..
mungkin benar kata sahabatku...
diriku ini mudah belajar...
apa jua bagiku adalah ilmu...
jadi..
dimana jua ku dicampak..
insyalh akan bercambah walaupun masa itu menyekat diriku...


yang penting...
keikhlasan mesti dibajai selalu..

keredhaan mesti senantiasa disiram...
agar pucuk semangat takkan layu...

caranya???
"mintalah kepada tuhanmu..nescaya akan diperkenankan"

sebenarnya....
diriku ini juga tidaklah sekuat mana...
kadangkala..
bercucuran jua air mata ini bila memikirkan kesudahannya..

tp percayalah..
akal manusia sememangnya terbatas untuk menjangka keajaiban dunia... keyakinan kitalah yang memberi kekuatan yang luar biasa..
oleh itu..
usaha jangankan lelah...
tarbiah haruslah berpayah...


****************************************************** bagaimana pula dengan amanah dan tanggungjawab?

bagiku..

kelemahan adalah keistimewaan..
kelebihan adalah amanah...

jadi...
tidak perlu untuk merasa sangsi...
tatkala diturunkan dugaan yang hakikatnya sebagai karamah...

dan kelebihan pula...
bukanlah untuk kita bermegah2...
ianya adalah satu tanggungjawab
yang harus kita laksanakan demi membantu sesama umma
h...

jadi..
lelah itu insyaAllah dapat dimansuhkan....
jika senyuman persekitaran mewarnai kehidupan...
kerna hidup adalah cerminan...

jika dunia tersenyum..pasti akan turut menyelinap dalam sanubari ukiran itu... dan akhirnya membari satu kepuasan yang tak dapat kita gambarkan dengan kata2.. melenyapkan segala kepenatan yang sekelumit cuma.... hidup ini sebagai cabaran... sahutlah cabaran dari tuhan dengan hati yang terbuka... penuh sabar dan redha....

INSYAALLAH!

#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 23 Disember 2010

kuatnya engkau sahabat...


bismillahirrahmanirrahim....

bila berbicara tentang tabah dan sabar ini..

sebenarnya satu perkara yang sangat meluas...

kerana jika semata2 belajar teori tentangnya..

tiada amal..tidak berjaya juga....

ana baharu sahaja berbual dengan seorang sahabat ini...

lama juga tidak berhubung dengannya..

masing2 kini telah bawa haluan sendiri....

tertnya...ana terharu dengan ketabahan sahabat ana ini...

tidak pernah menyalahkan takdir yang ditentukan untuknya...

jodoh...memang bukan urusan kita...

itu semua di tangan tuhan yang maha esa..

kita hanya hambaNya mampu berdoa untuk diberikan yg terbaik buat kita...

siapa sahaja yg menghendaki yg x elok...

lumrah manusia..inginkan kebaikan sahaja...

cuma kadang2....kebaikan yang memakan diri..

tatkala alpa untuk mengucapkan rasa syukur pada ilahi...

walaupun sahabat ana ini mengetahui bahawa perempuan yg ingin dijadikan permaisuri hatinya telah dipinang orang...

dia tetap tenang dengan khabar itu..

bertalu2 panggilan yang diterimanya bertanyakan itu dan ini..

tapi...jawapan yang benar2 mengharukan...

inilah jika hati masih ada iman walau sekelumit...

mampu memberi impak yang amat bermakna bagi mereka yang mencari dan mendambakannya...

maafkan ana sahabat...

tidak banyak yang dapat ana bantu..

cuma doa ana tidak pernah dilupakan buat sahabat yang ana sayang ini...

semoga sinar kebahagiaan menyelinap masuk dalam kehidupan mu nanti..

yakinlah dengan pasti janji tuhan itu..

sesungguhnya dia x pernah mengecewakan hambanya...

amat memotivasikan diri ana dengan apa yg terucap dr mulut mu sahabat..

ana sepatutnya yg mengeluarkan kata2 itu..

tp seolah2 engkau menasihati dirimu sendiri...

semoga dapat ana cedok sedikit kekuatan mu itu buat penguat jiwa ni..

wallahua'lam..




#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 27 November 2010

ujian sewaktu menghadapi ujian


salaam....

alhamdulillah..
diberi sedikit kesempatan lagi untuk menulis di sini..
afwan kathiran sebb agak lame tergendala disebbkan kesihatan yang tidak menentu...

hari ni..
saya nak cerita tentang satu peristiwa yang berlaku pada malam sebelum exam sc komp kami..

pada hari itu..
kawan saya rasa tidak sedap badan..
perut serasa mcm bergelodak jer...
angin nih..
hurm...
bila dah malam..
tiba2 roomy die datang bilik...

"maklong2,jom kite pergi klinik...muke die dah pucat" (maklong adalah panggilan saya di kampus) "ok "
kebetulan,pada hari itu, saya baru bawak kereta.
ibu bagi untuk minggu peperiksaan nih

dalam pukul 9.30mlm..
kami pun mula bertolak..

"nak pergi klinik mana nih?" "klinik Tawakkal la...dekat UIA tu..klinik panel kan?" "ok..jom"

sampai di klinik...

"ye ada apa?" "saya nak jumpe doktor" "owh,maaf ye dik..doktor baru je keluar..ada hal rasenye" "ehm..xpala..trima kasih.."

"hmm..nak gi klinik mane pulak nih?" "Klinik Zakwanla.." "masih klinik panel ker?" "ye la kot,kenape?dh tukar?" "ntah,xpe2..jom"
sampai di sana...

"maaf,klinik ni bukan lagi klinik panel USIM...." "ehm,xpala,trima kasih"
next destination....

"kite ke klinik Hana la...klau x dak jugak...kita pergi blik la kt Zakwan.." "ok..harap2 ader"

alhamdulillah....

sampai di sana..
klinik tu bukak...
nasib baik...

kesian kawan tu..
perot die dah penuh sgt angin..
lepas ambil ubat...
die belila makanan yang disarankan doktor...
dan ambil langkah untuk mengelak makanan2 yang ada angin...
die muntah2...muke pucat jer...

tringat die kate

"harap2 pekse nih x sakit pape macam kawan kite dulu2 tuh...seksa aku tengok..sian depa" "yela...doa2la..."
n after kami kluar klinik
die ckp...

"ujian2...xpe2....inna ma'al 'usri yusra.." "btol2..sabar ye..ada hikmah tuh"

jam menunjukkan dekat pukul 11...
mner x nye...
dari hostel ke tawakkal dalam 15 minit....
dari tawakkal ke zakwan dalam 20 minit...
dari zakwan ke hana dalam 25-30 minit...

dengan hujan...

hurm...

"inilah dugaan tyme exam"

sok nya tyme exam....

"aku rase macam 2 hari dah x makan..perot kosong..makan muntah balik"

sian sahabat saya nih...

tyme exam...
kulihat die kluar awal dr dewan peperiksaan....
dah tak tahan katenye...

Ya Allah... sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang turunkan dan uji kami.. kami alpa untuk mentelah hikmah di sebalik ujian kecil-Mu itu... tapi sesungguhnya....kami yakin atas segala janji Mu itu.. berilah ketabahan dan kesabaran kepada kami menempuhnya wahai tuhan yang maha agung....

#nuhassilu biha birridho..#