Memaparkan catatan dengan label akdah... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akdah... Papar semua catatan

Khamis, 3 Februari 2011

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?

salaam..

alhamdulillah..
saya masih bernyawa pada hari ini ntuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang luas ini..
tertarik saya dengan persoalan yang saya rasa banyak juga orang yang persoalkan..
pernah saya mendengar di corong radio kalau tak silap saya tentang perkara ini...
saya pasti ramai di antara rakan2 di luar saya yang tidak berapa yakin atau dengan erti kata yang lebih elok...
tidak memahami apa sbenarnya maksud dalil daripada Al-Quran tersebut..
saya bukanlah yang arif untuk membahaskan perkara ini..
cuma dengan sedikit perkongsian ini dapat membuatkan sahabat2 berfikir sejenak dan merenung kembali apa jua yang diragui....
sebelum saya melanjutkan patah kata saya..marilah sama2 kita istighfar kepada Allah moga2 terhindar dari bisikan2 yang menodai fikiran dan yang memesongkan keimanan...

sahabat2...

sudah terang lagi bersuluh bahawa ayat ini datang dari kalamullah yang suci..
teringat saya pada soalan ini yang diajukan oleyh seorang pemanggil sebuah rancangan...
tak lupa juga kepada sahabat2 saya yang ada juga bertanyakan hal ini pada saya...
Allah swt maha mengetahui apa yang terpendam di sanubari rakan2...

secara mudahnya...
saya nak bwk antum semua berfikir sejenak...
sejauh manakah tahap keyakinan kita pada agama Allah...
kalau saya utarakan dalam bentuk peratus..berapa byk antum akan jawab?
saya taknak antum jawab kat sini..
saya just nak antum muhasabah diri...

untuk kita nak membahaskan ayat Allah tanpa pedoman...
siapalah kita...

tp rakan2 yang saya kasihi...
sesungguhnya..
yakinlah...
sememangnya laki2 yang baik untuk perempuan yang baik...

mungkin pada mata kasar kita..
kita melihat sesebuah keluarga itu...
punya isteri yang baik...tapi suami sgt jahat..
atau suami yang baik..tp isteri kaki disko misalnya...

tp kan rakan2..
validkah penilaian mata kasar kita akan tahap kebaikan seseorang itu?
mungkin kita rasa dia baik...
tp mungkin ada dosa yang dia buat yang menyebabkan sekufu dengan pasangannya...

atau sekiranya perkara itu berlaku pada kita sendiri...
misalnya kita nak kata yang kita ni baik ..
dan pasangan kita kurang..

saya rasa kita patut muhasabah diri kita..
sama ada kita terlepa akan sekecil2 perkara...
atau ianya sebagai kafarah atas perbuatan kita yang lalu..
atau apa jua yang mudah untuk difikirkan selagi tidak memasongkan iman...

wallahua'lam..
mari kita istighfar skali lagi agar iman kita senantiasa dipelihara....
semoga post saya yang pendek ini dapat membuatkan antum berfikir seterusnya merungkaikan kekalutan di jiwa...
apa2 pendapat dan komen...saya alu2 kan...
buat muhasabah dan semoga sama2 perbaiki..

sekian




#nuhassilu biha birridho..#


#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 8 Oktober 2010

manfaatkanlah sebaiknya~


assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian.. bru td saya buat blog walking... terpanggil ntuk post blog nih... hmm.. saya tringat sewaktu kelas teater pada satu rabu.. (ramai orang pandang kelas teater kelas lagho tp alhamdulillah byk yang saya pelajari di kelas ini...mereka akan tahu apa sebenarnya perisian kelas ini jika mereka sendiri bersama2 menghadiri=)..)

masa tu tajuk aktiviti hari itu berkisar tentang panca indera..

daripada aktiviti2 yang dijalankan..

banyak membuat saya berfikir..



rupa2nya..sedar x sedar kita tak berapa memanfaatkan deria kita yang lima itu...

iaitu deria penglihatan,deria rasa,deria pendengaran, deria sentuhan,dan deria bau..

kita cuma akan menggunakan deria2 kita sepenuhnya apabila deria utama kita tidak berfungsi dengan baik...

contohnya apabila kita pejam mata..deria telinga dan deria sentuhan kita akan bertindak sebagai 'mata' kita..

begitu juga dengan situasi2 yang lain...

cuba kawan2 pejamkan mata...cuba menggunakan deria2 lain kurnianNya ....

kita akan dapati bahawa sebenarnya kita selalu lupa dengan kurniaan Allah yang tidak terhingga ini..

sering saja kita leka..untuk menghargainya...

andai saja Allah menarik salah satu dari deria kita yang lima..

apa yang akan kita rasa?

apa yang akan kita lakukan?

masa itu,,cepat sungguh kita nak salahkan tuhan..

padahal kita x tau bahawa kita yang tidak menggunakan seluruhnya,,

teringat pertanyaan cikgu teater....

apa deria yang paling cepat?

hurm..masing2 mempunyai pendapat tersendiri..

akhirnya cikgu bersuara...

deria yang paling patas ialah deria penglihatan....

dengan mata....apa yang kita lihat kita boleyh rasa dan gapai dengan perasaan, bertutur, memahami(yang mana kita sepatutnya gunakan deria sentuhan,pendengaran,dll)

sebb itu kawan2..

berjaga2lah dengan mata kita...

Allah kurniakan kita kehebatan mata bukan untuk kita perguna sewenang2nya....

janganlah kita menggunakan ia ke arah yang tidak diredhai Nya..

kerana ia hanyalah akan mengundang kemurkaanNya...

Jagalah mata,,,insyaAllah yang lainnya akan turut terjaga....wallahua'lam..


~peringatan untuk diri dan teman~


glitter-graphics.com
#nuhassilu biha bir
ridho..#

Sabtu, 15 Mei 2010

musibah untuk muhasabah~hikmah sebagai fikrah



Bismilahirrahimanirrahim.. apa khabar iman saudara2 ku sekalian? moga senantiasa di dalam rahmatNya... terfikir2 apa tajuk yg nak dibincangkan hari ini... teringat pula akan sahabat ana yang sedang berwalang menghadapi ujian ilahi.. jadi...keputusan telah diambil ...rasenye ana hari ini nak berkongsi serba sedikit pendapat dan ilmu ilahi yang diberikan..moga2 dapat sama2 membantu saudara islam sejagat~ rakan2... pernah tak rase sedih..gelisah..stress...dan macam2la lagi tekanan jiwa..pernah tak?? ana yakin..rata2 antum semua sudah biase dengan perasaan sebegini lebih2 lagi yang masih bergelar pelajar...tak dilupakan juga yg bekerja dan yang sudah berumah tangge.. perkataan itu sudah lali dalam kalangan sahabat ana sendiri..yg paling kerap.."tension belajar".. hmm...sebelum nak berceloteh panjang nih...musibah tu ape ye kawan2?? hmm...secare simplenye..musibah tu adalah nikmat tidak nyata yg Allah uji kepada hamba2Nya.. rase2..sahabat2 semua pahamkan?sebenarnye..musibah atau dugaan ini juga nikmat dari ilahi...buat kite lebih dekat daripadanya...kembali kepada fitrah...menyesali atas perbuatan2 lalu..berdasarkan firman Allah swt yg bermaksud;
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

dan sedarlah sebenarnya..kadang2 kita tak perasan..musibah itu datang sebab kesilapan kita sendiri..sebagai contoh..seorang ibu melarang anak kecilnya bermain di tangga...anak itu terbatas lagi fikirannya dan tak dapat berfikir akibatnya..oleh itu..anak itu tetap berdegil dan menghiraukan kata2 ibunya itu..natijahnya...anak itu kemalangan di tangga seperti jatuh dan luka..seperti firmah ALLAH swt yg bermaksud.. "Dan apapun musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, ....". (QS. Asy-Syuaraa : 30)
ade beberapa golongan keadaan seseorang apabila saat2 ditimpa musibah~
  1. Orang yang berkeluh-kesah
  2. Orang yang sabar
  3. Orang yang bersikap redha
  4. Orang yang bersyukur
sedar tidak sedar...pabila kita dilanda musibah..amat cepat ntuk kita menyalahkan takdir..bertanya penuh emosi.."kenape aku???kenape bukan orang lain??jahat sangat ker aku nih??"..sehingga kadang2 yang lebih teruk lagi apabila seseorang yg tinggi ilmu nya baharu sahaja diberi ujian sebesar gigitan nyamuk...sudah lancar mengeluarkan kata2 yang tidak enak didengar..... rakan2.. perasaan sedih itu tiada salahnya..itu fitrah dan secara psikologinya adalah tindak balas serta merta pada kebiasaannya apabila seseorang itu menghadapi musibah...namun..perlulah kita sedar akan siapa diri kita sebenarnya di muka bumi ini..layakkah kita untuk mengata dan mencaci yang lebih berkuasa??layakkah kita berkata bahawa Dia tidak adil??sedangkan adakah benar2 ibadah kita tu berkualiti??adakah tidak cukup selama ini nikmat yang melimpah ruah kurniaanNya??fikir2kanlah saudara2ku sekalian....sungguh besar hikmah yang tersembunyi...kerana Dia itu maha pengasih..secara fitrahnya..fikiran manusia amat terbatas untuk memikirkan apa kebaikan dan ganjaran yg diperoleh selagi mana ia tidak secara nyata kita nampak....di sinilah perlunya kita untuk menguatkan iman dan takwa...kukuhkan keyakinan kepada ilahi...kerana sinarnya pasti kita akan ketemu...
"BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR, TAPI HATILAH YANG REMUK MENDERITA.. INSAN MEMANDANG, MEMPUNYAI PELBAGAI TARSIRAN.."

begitulah bait2 indah dalam sebuah nasyid ya
ng sering kita dengar dan mungkin ada antara kita yg jarang ntuk menghayatinya...benar...memang mudah untuk sabar itu diucap...dan nuranilah yg lebih pahit untuk terima...tp ingatlah..jika hendak dibandingkan ujian yang hanya sekelumit dengan segala nikmat nyata yang ALLAH beri sehari-hari..bandingkanlah..cubalah kita muhasabah.. masyarakat di luar sana..kadang2 kita juga begitu..amat mudah membuat kesimpulan yang bukan2 tatkala melihat saudara seislam ditimpa musibah...menyangka yg buruk2...na'uzubillah...marilah kita memupuk sifat mahabbah dan menerima segala ujian sebagai takdir ilahi...setiap orang pasti melaluinya...namun mungkin berbeza-beza caranya...janganlah mudah bagi kita untuk memandang buruk orang yg ditimpa musibah...jika kita dapat sama2 bermuafakat...insyaAllah..manusia sejagat akan sentiasa redha dan tabah menghadapi ujian... yang paling baiknya...apabila seseorang itu ditimpa musibah..maka terus dia mengangkat tangan dan bersyukur...memang agak payah untuk berbuat begitu..dengan kepiluan hati..tp..cubalah..dan Allah sendiri ada menyebut dalam firmanNya surah Saba’, ayat 13;
“Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.”


semoga kita tergolong dalam golongan yang sedikit itu...
rakan2.. mari kita renungkan hadis qudsi ini..

“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)
'Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.' (QS. al-Baqarah : 155).

'Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan petunjuk dihatinya. Dan Allah mengetahui segala sesuatunya.' (QS. at-Taghaabun : 11)
pahit di dunia..manis di syurga..itu yang terlalu nikmat..hidup di alam fana ini hanya sementara tau sahabat...tak usahlah terlalu teruk untuk merintih...sebaliknya...fikirkanlah nikmat yang bakal menanti atas segala sifat kesabaran yang kita pupuk dalam diri...pikirlah yang indah2...Allah dah janjikan yang special ntuk kite...
harus ada rasa bersyukur...
disetiap kali ujian menjelma...
itu jelasnya membuktikan...
Allah mengasihimu setiap masa...
diuji tahap keimanan..
sedangkan ramai terbiar dilalaikan..
hanya yang terpilih sahaja..
antara berjuta mendapat rahmatnya..

ana suka sangat dengan bait2 lagu nih..amat memotivasikan diri..serasa kita sangat istimewa..kerana kita diberi peluang merasai ujian a
tau dengan kate lain "nikmat yang tersirat"....waahh...seharusnya kita memanjatkan setinggi2 kesyukuran....sangat bertuah sebenarnya kita kan??dan ganjaran lumayan pasti menyusul selepas itu...cume kite tak tahu jer bile....betul tak??jadi...
marilah sama2 kita berubah untuk kemajuan diri sendiri...

#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 28 April 2010

Ingatlah Allah selalu..


Assalamualaikum sahabat2 semua..

semoga antum sentiasa dalam rahmat dan lindungan dari-Nya..

tak silap ana..rate sahabat sekarang sedang bercuti semester..

tak pun buat adik2..sedang sebuk membuat persiapan mental dan fizikal ntuk masuk ke alam IPTA dan IPTS..

adapun buat ikhwan2 dan akhowat yang sentiasa berjihad di jalanNya..

alhamdulillah..diberi kesempatan diri ini untuk menulis lagi sebagai tanggungjawab kepada sesama manusia..

khas buat sahabat2 yang lebih kurang sebaya ana..

yang sedang bercuti lebih kurang dua bulan sebelum melangkah ke alam degree...

rase2 ana mule nak cuti memang agak excited..

tak sabar rasenya nak mulakan cuti..

t-p..bila sudah mula cuti..ses\rase tidak tahu ntuk lakukan apa yang patut..

kepada mereka yang diberi keizinan ntuk bekerja..

alhamdulillah..

dan kepada yang nak mengambil lesen..

selamat berjaya menjadi pemandu dan penunggang yang berhemah..

dan buat mereka yang hanya duduk di rumah..

gunakanlah masa yang ada sebaiknya..

menolong ibu bapa..

luang masa bersama keluaraga..

penuhi masa dengan tuntutan ilmu akhirat..

itu semua penting..

dan yang paling utama..

sementara ntuk menunggu keputusan peperiksaan yang lepas...

terutama rakan sekampus ana..

byk2kanlah doa..dan juga ibadah2 yang sunat..

jangan lupa itu semua..

kerana dalam pengetahuan ana..

most of us hanya melakukan ibadah sebelum dan waktu minggu periksa saja..

ingatlah kawan2

x semestinya peperiksaan dah lepas..

kite tak boleyh ikhtiar..

sebab doa dan amalam\n sunat juga membantu..

doalah agar pemeriksa kertas kita tenang..

pemurah..dan dalam mood yang baik sewaktu menanda kertas kita..

kita semua dah cuba yang terbaik..

dan janganlah hanya enjoy saja ye cuti2 nih..

ana tau itu slaha satu care lepas stress..

tapi

kan lebih baik lepaskan stress ngan care membace alguran dan berzikir.??

ingatlah..bahawasanya drngan mengint\gati Allah,hati kita akan menjadi tenang..

apepun..ingatlah Allah sealu ye..istiqomahkan amalan kitedan perbaikinya dari masa ke masa..

Islam tak suruh kite berubah secare drastik..

buatlah ikut kemampuan di samping sentiasa berdoa agar diberi kekuatan..

dan apa jua keputusan..

semua itu lah yang terbaik buat kita..

semoga kejayaan di jalan Islam milik kite bersama..

wallahua'lam..

#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 10 Januari 2010

kunci syurga..


Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)


Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)


Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”


Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”


'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yg dimaksudkan darinya.


Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)


Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)


Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Rabu, 11 November 2009

mas kahwin nabi palsu..




Bismillah..

antum tahu tak mas kahwin nabi palsu pada zaman dahulu??
hmm..haritu ana ader baca buku kisah2 insan derhaka..
lepas tuh ana bcer satu tajuk kecil nih..
tentang maskahwin nabi palsu..
sebelum tuh..
antum kenal tak saper ye nabi palsu?
mereka ialah musailamah dan sajjah


Selepas Sajjah dan Musailamah al Kazzab nih kahwin..
sajjah pulang selepas tinggal di tempat Musailamah beberapa ketika..
satu hari..ada seorang nih tanya kat Sajjah..
"wahai Sajjah...apakah maskahwin yang kamu dapat?"
Sajjah menyedari yang dia tidak mendapat mas kahwin..
lalu dia menghantar seorang utusan kepada Musailamah untuk menuntut..
setelah disuarakan kepada Musailamah..dia suruh utusan Sajjah tu pulang dan minta diutuskan seorang tukang azan Sajjah..dia memberitahu mas kahwin akan disampaikan melalui tukang azan tersebut..
maka pabila dah dihantar tukang azan..
maka nabi palsu Musailamah pun berkata..
"sampaikan kepada nabimu Sajjah bahawa maskahwinnya ialah bahawa dia dan kaumnya DIGUGURKAN MENUNAIKAN SOLATSUBUH DAN ISYAK.."


oleh itu sahabat2...jagalah solat kita yang 5 terutama solat yang kebiasaannya sukar untuk kita tunaikan iaitu subuh dan Isyak agar kita tak tergolong dalam kalangan Sajjah dan nabi palsunya...

Jumaat, 14 Ogos 2009

perginya seorang permata..


Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI
Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU
Kat syurga... hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI
Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU
Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)

ASRI
Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU
Jadi. Kenape?

ASRI
Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani.
Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…

AKU
Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI
O.k! Insya'ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU
Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI
Album mane ni?

AKU
Kan kita ade dua album yang belum release lagi.
Satu, yang amalan orang-orang melayu.
Satu lagi yang Ratib Hadad tu

ASRI
Abis anta kuar mane dulu?

AKU
kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI
mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu.
Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.

AKU
Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU
Amalan Perisai Ghaib!

ASRI
Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU
mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI
Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI
Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU
Cubalah…….hehehe

ASRI
Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU
Hah!? Nak pi mana pulak tu???

ASRI
Tandas lah! Ni ghaiblah ni.
Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali.
Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI
Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?

AKU
cantikkkk! Apa dia?

ASRI
Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?

AKU
Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi…..
Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI
Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta.
Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat.
Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…

AKU
Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI
man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan.
Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta.
Meh! Sini kita tangkap gambar jap…

AKU
hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni

ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.
Ya ALLAH benar kah semua ini?
Mimpikanlah ini semua!!!!!”

(sebagaimana diambil dari http://silakanterpe sona.blogspot. com)

mengalir air mata ana tatkala mendengar berita kematiannya..
seraya terus satu persoalan menerpa ke dalam diri..
"adakah aku sudah betul2 bersedia untuk menghadapi mati?"
astaghfirullah..sungguh kerdil aku di hadapanmu..
sungguh..
kematian yang menjemput memang tiada tangguhnya..
dan tidak pula dipercepatkannya..
semua insan..yang tua..yang muda..yang kaya dan yang miskin..pasti menemui mati..
semakin bertambah usia kita..semakin dekat kita menemui tuhan pencipta..
ingatlah duhai sahabat..
agar senantiasa muhasabah diri..
ingatlah mati..
kerana
orang yang paling bijak adalah merekayang mengingati mati..
semoga kita dimatikan dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt..
dikhatamkan hidup kita dengan kalimah LAAILAAHAILLALLAH..
wallahua'lam..

Jumaat, 7 Ogos 2009

renungan buat diri dan semua...

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٦٩)
ertinya:
"dan mereka yang bermujahadah kepada jalan kami;nescaya Kami tunjukkan jalan2 Kami itu.Sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang berbuat baik
(Al-Ankabut:69)

Bismillahirrahmanirrahim..segala puji bagi Allah yang telah memberi sedikit peluang dan masa untuk ana menulis pada hari yang barakah ni..


marilah kita sama2 renungkan..


1. ketika kita sembahyang,lahirnya kita berdiri, rukuk, dan sujud dengan mulut terkumat- kamit memuji dan berdoa kepada Allah, tetapi hat6i kita(ingatan dan fikiran) di mana?Adakah juga menghadap Allah, khusyuk dan tawadhuk serta rasa rendah dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut pada Allah swt?Atau hati terbang menerawang merata2 tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Perkasa yang sedang disembah?

2. Pernahkah kita rasa indah dapat bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada-nya, merasa rendah diri dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingatinya sambil berazam untuk membanyakkan amal bakti padanya?

3. pernahkah kita menghitung dosa lahir dan batin sambil menangis kerana 'istighfar'kita terlalu sedikit dibandingkan dengan dosa kita yang menyebabkan kita jadi bahan bakar api neraka?


semoga dapat dihayati bersama..wallahua'lam..

Selasa, 21 Julai 2009

taubatlah sebelum terlambat..



salam alaik..lailan saiedah..semoga antum semua berada di bawah rahmat ilahi..video ini ana upload dari youtube..untuk renungan sesama kita..kepada yang pernah terjebak..insaflah..mati tidak mengenal usia..ana rasa tiada antara sahabat ana yang terjebak..semua dalam lindungan ilahi..jika pernah dan telah bertaubat..ingatlah sahabatku..itu semua ujian tuhan..sesungguhnya..haruslah kita bersyukur kerana dilindungi Allah dan mengambil iktibar dan perhatian dengan keadaan ummat islam kini..moga hati2 kita semtiasa dipelihara olehNya dan semoga dosa2 kita selama ini diampunkan tuhan..wallahua'lam..

Sabtu, 16 Mei 2009

"SYAHADAH"




definisi = Pengetahuan,penerangan,pengkhabaran,pernyataan,pengisytiharan.

Syahadah merupakan pra-syarat utama untuk betul-betul memasuki Islam.Kalimah syahadah merangkumi aspek;

1.ikrar
2.iqtikad (pengakuan)
3.iktiraf

ayat "ash hadu alla ila ha illallah..wa ash hadu anna muhammadarrasulullah " yakni kalimah syahadah adalah penafian terhadap tuhan-tuhan palsu yg lain seperti berhala,matahari dan sebagainya.
Ianya turut merangkumi segenap aspek dalam kehidupan sebagai seorang muslim iaitu;

1. Tempat bergantung dan matlamat perhatian
2. Sebagai tempat tumpuan kecintaan
3. Sebagai tempat perlindungan
4. Sebagai pemberi rezeki
5. Sebagai sumber perundangan

perkara-perkara yg membatalkan syahadah

1. Sujud kepada makhluk.
-Jika dahi telah mencecah tanah,secara automatik menjadi kafir walaupun hanya sebagai lakonan.
2. Menyembelih binatang atas nama makhluk
3. Membuang al -quran /kitab-kitan syara' ketempat yg bernajis
4. Tunduk/rukuk kepada makhluk dengan khasad
5. Perkataan-perkataan atau lafaz yang menyebabkan murtad/syirik
6. Mendustakan nabi
7. Tidak percaya kepada hari akhirat
8. Mendustakan kebenaran (contoh seperti aurat,solat dan hukum hakam yg lain)
9. Melafazkan kalimah-kalimah kufur
10.Menyangkal ayat al-quran (tidak menerima ayat al-quran)
11.Meremeh-remehkan sunnah nabi
12.Menghalalkan yang haram
13.Menafikan perkara-perkara yg tetapkan wajib
14.Mengaku dirinya nabi.(contoh seperti Musailamatul kazab)
15.Orang yg berangan-angan utk menjadi kafir
16.Mengesyaki dirinya kafir
17.Meremeh-remehkan hukum Allah
18.Mempersendakan lafaz "bismillah hirrahman nirrahim"
19.Mempermain-mainkan tuhan
20.Mengibaratkan perangai satu-satunya org kafir lebih baik dari orang Islam.

kesimpulan :. Syahadah merupakan satu pengsiytiharan seorang mukmin untuk bertuhankan hanya kepada Allah.Sebagai hamba-Nya,kita perlu mengikuti segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya.Dalam kehidupan seharian,kita perlu berhati-hati dalam melakukan/mengucapkan sesuatu perkara kerana mungkin hanya dengan sepatah ucapan,syahadah kita terbatal walaupun secara tidak sedar.Nauzubillah himin dzalik.Sama-samalah kita memohon keampuanan dan keredhan Allah dalam meneruskan kehidupan sementara ini.

wallahua'lam

dipetik daripada..usrah online..

Rabu, 11 Mac 2009

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Ahad, 15 Februari 2009

Sayang Dia...

Bismillahirrahmanirrahim..

hmm..td, ana tonton crita HALAQAH di tv 9..hari ni,mereka bincangkan tajuk sayang dia.. hmm..mendalam dan meluas kan tajuk tu?hmm..ana memang tertarik dengan pengisian malam ni..memula..panel2 kita membicarakan soal hari velentine..hmm..ana rase pasal bab ni tak perlulah ana nak huraikan panjanglebar..sebab tajuk ni serasa ana sudah banyak dihuraikan dalam blog2 sahabat ana..cuma ana tertarik dengan apa yang disampaikan td..berkenaan dengan hari velentine..td..ustzh norbahyah ada mengemukakan soalan..brape ramai yang sambut velentine cara Islam..maksudnya..ajak pasangan mereka qiamullai misalnya..ana percaya tiada seorang pun yang berbuat begitu..


mufti2 telah bersepakat mengeluarkan hukum haram terhadap hari velentine..malah nabi sendiri pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya..barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum misalnya amalan nya..maka, mereka itu tergolong dalam golongan kaum tersebut.. dalam akhbar juga telah mengkhabarkan bahawa seramai 100 orang telah dicekup pada hari velentine..ketika ditanya kepada salah seorang ni..menyesal tak..dengan selambanya dia menjawab..buat apa saya nak menyesal..nilah caranya saya nak tunjukkan kasih sayang saya pada tunang saya..lagipun, dia akan bertanggungjawab kalau der paper yang berlaku..astaghfirullah!


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot



ana sebenarnya kasihan kepada masyarakat di luar sana yang belum betul2 memahami dan kurang perkhabaran tentang asal usul hari velentine..yang hanya mereka ini mengikut apa yang telah mereka tengok..kita yang telah tahu ini patutnya bersyukur dan menyampaikan kepada mereka yang masih alpa ini..tapi..kalau kita yang telah tahu ini menyambutnya..maka kitalah yang lebih teruk daripada mereka yang menyambut dalam keadaan yang tidak tahu.. selain itu..panel juga ada bercerita tentang cinta yang sebenarnya..tentulah cinta kepada Allah dan rasulnya..tetapi.kita tidak dihalang untuk bercinta..asalkan disandarkan 'puncak kasih' dan cinta kita tu kepada Allah swt..

cinta sesama manusia ni meluas..sesama adik beradik..saudara terdekat..sahabat..itu yang paling mudah sebelum kita tiba kepada cinta antara lelaki dan perempuan ini..cuba kita analisa balik diri kita ni.adakah kita betul2 layak untuk cinta yang complicated tu?adakah kita dah langsaikan cinta yang simple tu?kalau dah..kenapa ada yang sanggup bergaduh sesama adik bradik pasal harta?pasal hasad?adakah itu namanya cinta?dan berapa orang antara kita yang pernah menitiskan air mata kerana risau akan sahabatnya?dan yang paling hampir iaitu brapa ramai yang menitiskan air mata kerana cinta akan diri sendiri/kesal dengan maksiat yang dilakukan..ana tak perlukan jawapannya..tanyalah hati..renungi diri ini sebagai hamba yang teramat kerdil..

cinta yang menjaga batas antara pasangan kekasih secara simplenya bolehlah dikatakan NO COUPLING,NO DATING,NO MATING,NO KISSING,NO SLEEPING..wa akhirulkalam..cinta tercabang kepada dua..cinta berteraskan nafsu..dan cinta berteras ilahi..barangsiapa yang meletakkan dasar NAFSU dalam cintanya..tunggulah disaat tercampak ke naraka..oleh itu..dasarkanlah cinta kita kepada ilahi..walaupun kepada sesiapa juga yang kita cinta..jika ditunjangkan kepada cinta yang agung..kepada ilahi..insyaAllah..akan dirahmati..wallahua'lam..


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


Rabu, 21 Januari 2009

ALLAH ADA, ALLAH LIHAT..


Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "Allah ada, Allah melihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan "Allah ada, Allah lihat". Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati.

Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.

Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik "ada orang! ada orang!". Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, "Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!"

Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.

MORAL & IKTIBAR

    • Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain
    • Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
    • Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya
    • Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar
    • Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya
    • Ungkapan seperti 'Allah melihat apa yang kita buat' patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita.
    • Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil
    • Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior
    • Mengingat Allah menjauhkan kita dari melakukan maksiat

Jumaat, 16 Januari 2009

Pohon Iman



Iman seperti pohon yang mempunyai 7 dahan

  • Dahan yang berpangkal pada hati, buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.

  • Dahan yang berpangkal pada lidah, buahnya ialah berkata-kata yang benar.

  • Dahan yang berpangkal pada 2 kaki, buahnya ialah suka mendatagi solat berjamaah.

  • Dahan yang berpangkal pada 2 tangan, buahnya ialah sedekah dan derma.

  • Dahan yang berpangkal pada mata, buahnya ialah titisan air mata taubat penyesalan.

  • Dahan yang berpangkal pada perut, buahnya ialah makanan yang halal dan tanpa syubhat.

  • Dahan yang berpangkal pada jiwa, buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwat.