Memaparkan catatan dengan label coretan... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coretan... Papar semua catatan

Sabtu, 21 Julai 2012

Hadiah dari Oki =)


Alhamdulillah…sampai di rumah tercinta semalam..menerima 2 bungkusan dari indonesia..satu hadiah dari teman di indonesia…satu lagi hadiah lomba menulis oki setiana dewi bulan juni….2 buku yang sama!^_^
buku yang memang diimpikan selama ini!syukran sahabatku beniyo emma dan Oki Setiana Dewi!
jom kawan2!sertai lomba menulis OSD bulan Juli 2012!Salam Ramadhan dari saya!



#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 7 Jun 2012

STUDY vs DAKWAH

Bismillahirrahmanirrahim..

semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya..

STUDY?DAKWAH?
Perlu ke pilih?
Atau sebaliknya?
Menjadi dilema bagi mereka2 di luar sana untuk mengekalkan keduanya...
kadangkala..hanya salah satu je perform...
tapi perlulah kita sedar...Dakwah bukanlah halangan untuk kita berprestasi...
malah dakwahlah yang mencambah prestasi menjadi yang lebih extraordinary...
Tak percaya?
Ada harus tanamkan kepercayaan itu dari sekarang!
Cuba anda fikir..kerja2 dakwah itu adalah jalan menuju Rabb yang maha pencipta...
Jika kita bekerja untuk jalan Allah..Allah telah berjanji pasti Dia akan membantu kita..
Cuma kita perlu tambahkan usaha agar kesungguhan kita itu terlihat dimataNyA..
bukan hanya meminta dan terus meminta tanpa melakukan apa2...
KITA SEBENARNYA BERUNTUNG!
lebih special dari orang lain..lebih superb dari orang lain!
2 in 1!Siapa lagi yang mahu menyahut cabaran ini kalau bukan kita!
apalagi kalau kita dapat membuktikan kedua2nya kita perform,
Pasti akan membuka mata semua bahawa dakwah bukanlah penghalang kita untuk menyerlah dalam pelajaran.
Ayuh kader2 agama!kita buktikan pada dunia!
jangan menyerah!Yakin padaNya!
Kerana Dia yang menentukannya..
=)

#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 31 Januari 2012

Keseriusan dalam Hidup


Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah..diberi peluang oleh maha pencipta untuk menulis lagi..

kredit to cik google=)


tengok muka bayi di atas ni..serius kan?
serius tu ape sebenarnya?
tak senyum?masam muka?ke bagaimana??

haaa...
sebenarnya serius ni bukan sahaja kita nampak kat muka..memek seseorang..
tapi juga melalui perbuatan dan perkataan..
bukan apa..setelah saya menonton satu drama ni....berkenaan keseriusan dalam hidup..
terus saya bertanya pada diri..selama ini,seriuskan aku dalam melakukan pekerjaan?
seriuskah aku dalam belajar?
haa...memang saya akui semester lepas banyak mensia-siakan keseriusan dalam belajar..lantaran sebuk serius dalam berpersatuan..
ni dah salah ni..sepatutnya kene bahagi betul-betul serius tu.,,
sapa kata serius tak boleh tersenyum?
boleh...cuma serius akan membuatkan kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu perkara itu..
serius bukan sahaja menunjukkan muka yang tegang..malah komitmen yang betul-betul diberikan menunjukkan yang kita ni tekad dalam melakukan sesuatu perbuatan..
semester depan....saya nak serius dalam belajar..
tak kesahlah kalau saya tidak terpilih untuk ke Jordan..memang tidak layak pun saya dengan result saya yang mungkin bakal mengecewakan ramai pihak..
apepun..semester 4 saya mahu belajar dengan serius!berpersatuan dengan serius!berkawan dengan serius!
saya tak mahu ada yang memandang saya seorang yang tidak tahu apa-apa macam semester lepas..
moga-moga impian saya untuk jadi serius demi kebaikan diri tercapai..
dah!cukup untuk saya main-main...saya ke universiti untuk belajar..bukan untuk main-main..
kesian ibu bapa saya yang banyak habiskan masa,wang,dan tenaga semata-mata untuk melihat saya berjaya..
apapun..kalau dulu saya boleh berjaya,mengapa tidak sekarang?

I MUST build again my seriousness in life!!

#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 7 Januari 2012

Dakwah gencar study ntah ke mana?


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Dakwah...
Amar ma'ruf nahi munkar..
tugas kita sekalian manusia...

cuma itu semua bergantung pada individu itu sendiri..bagaimana mereka memenuhi tuntutan dakwah itu sendiri dalam kehidupan seharian..
Kerja-kerja dakwah ini sure bukanlah mudah..
memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi untuk terus thabat di jalannya..

Namun begitu..
Agak mengecewakan pabila wujud segelintir individu yang menjadikan study sebagai pelepasan untuk tidak mengaktifkan diri dalam dakwah..
Padahal mereka tahu tentang kewajipan berdakwah itu sendiri..
Mungkin gampang untuk tahu tapi tidak mudah untuk mengerti..
Ia..study memang yang utama..
tapi dakwah bukanlah yang kedua..
bukan mahu menyalahkan siapa-siapa...
cuma mahu sama-sama berbincang dan berkongsi rasa..

Tidak berjayakah mereka yang menjalankan kerja dakwah?

soalan yang saya tahu pasti banyak persoalan dan gelojak jiwa bagi betul-betul menepati kriteria untuk menjawab soalan ini..

cuma mahu berkongsi rasa..
akan kekagumanku pada akhowat tercinta..
yang sentiasa gencar menjalankan kerja dakwahnya..

FENOMENA BIASA AKHOWAT

Seawal pukul 4.30 p.m sudah terdengar bunyi air paip dibuka..bangkit susuk-susuk tubuh bergerak dan menggerakkan yang masih terlena..telekung pudar disarungkan dan bermulalah sesi 'dating' dengan tuhanNya...selepas beberapa solat sunat, bacaan Al-Quran beralun merdu sahut menyahut..terkadang derai tangis keesakan terdengar sayup-sayu di sebalik cahaya kesuraman malam..usai azan berkumandang...bergeraklah ke ruangan musolla di rumah untuk menunailan solat nawafil dan bersama2 berjemaah menunaikan solat subuh..habis solat,bacaan mathurat dibaca bersama2..selepas itu..masing2 membuat persiapan untuk ke kuliah..dan masih ada juga yang meneruskan bacaan dan hafalan al-quran..dan pada waktu petang pula..masing2 akan pulang membersihkan diri...bersama-sama menyiapkan makan petang...dan makan sedulang bersama...solat jemaah maghrib..baca mathurat petang...dan ada juga yang terus bergerak bertemu mad'u tercinta...berjemaah pula di sana dan berkongsi suka dan rasa...pulang mungkin dalam pukul 10 malam..dan meneruskan pembacaan sedikit...ulangkaji kendiri..dan tidur terkadang ada terkadang tiada...hujung minggu berprogram sana sini..kem sana sini..walau lelah..tetap bersemangat..masa padan diguna sebaiknya..perkara2 sia2 terkadang terlalu minima dan terkdang langsung tiada..sungguh bermakna..

BERJAYAKAH AKHOWAT??

Siapa kata mereka tidak berjaya?malah sebahagian besar memegang title dean list..best student...the highest pointer in their faculty...dan bergerak aktif juga dalam aktiviti universiti..
Siapa mereka??merekalah penggerak dakwah..aktivis dakwah...yang bergerak dan menggerak ummah...

mungkin ada yang beralasan bahawa mereka tiada daya dan upaya untuk fokus kepada banyak perkara...iya...saya akui ada yang sebegitu..tetapi...adakah kita hanya mahu menjadi student universiti yang biasa?tiada nilai luar biasa?adakah kita hanya mahu dipesan?dan tidak mahu bersama memesan??Adakah kita hanya mahu terus beralasan..tidak mahukah melakukan perubahan?

ingatlah sahabat2ku..banyak sudah nikmat yang Allah bagi kat kita...tapi cuba kita fikir apa sumbangan harian kita kepada agama Allah?tepuk dada tanyalah mata hati..

"Aku jeleslah ngan dia tu..tak perlu pun nak susah2...just fokus on study je...aku ni..kadang2 tak sempat pun nak study..usrah lagi...aktiviti luar lagi..program lagi...."

sahabat2 yang saya sayangi..
Mungkin biasa terdetik perasaan sebegitu di dada2 mereka di luar sana..dan mungkin terkadang dalam kalangan sahabat2 sefikrah kita sendiri...jom...kita muhasabah bersama...

"kalau tiada tarbiah...mungkin aku sekarang tak dapat menjaga diri.."
"kalau tiada usrah...mungkin hati aku rasa sepi dan kosong.."
"kalau tiada dakwah..mungkin aku akan rasa terlalu lapang dan buat kerja2 yang sia2.."

tapi bila ada tarbiah..

"seronok ada akhowat yang mengingatkan.."
"seronok dapat berpesan-pesan"
"seronok diberi ujian yang menguatkan"
"seronok bersama mad'u tercinta"
"seronok dapat berkongsi suka dan duka"
"seronok dapat menyumbang sekelumit tenaga untuk agama"

dan macam2 lagi keseronokan yang tidak dapan digambarkan dengan kata-kata..

Akhirulkalam...marilah seiringkan study dan kerja dakwah..insyaAllah pasti Allah akan sediakan 'masa tambahan' untuk hamba-hambanya yang sentiasa melungkan 'masa tambahan' untukNya..

berdakwah...berukhuwah...di jalan tarbiah..till jannah...insyaAllah..=)


#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 26 Julai 2011

apabila Islam itu dirasakan indah..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..skali lagi ety diberi kesempatan..
setelah mengisi cuti ni dengan byk jugak perkara yang buang mase..
tp insylh..sedang perlahan2 menyeimbangkan agar tidak terlalu berasa kelapangan itu dan sentiasa menghargai masa yang ada..

minggu lepas..
ety berpeluang untuk pulang ke kampung halaman..
walaupun sebentar sahaja ety pulang ke penang..
insylh minggu depan akan pulang semula untuk spent time ngan tok yang sedang sakit dan family di sana..
sebab banyak tanggungjawab ety di kg..moga diberi pertolongan dan ketabahan untuk itu..

dalam perjalanan pulang menaiki bas transnasional petang itu..
terdapat beberapa fenomena atau situasi yang amat mentarbiah hati,

1)seorang ibu sedang membaca al-quran..

sangat menarik perhatian walaupun anaknya sedang lasak...
namun tetap beliau dapat mengawal keadaan..
satu keluarga...yang amat molek pakaiannya..=)

sampai di perhentian kecil..situasi kedua menarik perhatian mata ini..

2)sembahyang di padang yang lapang..

mungkin fenomena ini sudah biasa di negara lain...tp bukan di malaysia..
di perhentian tersebut yang dapat ety perasan hanyalah ada bilik air, satu lori makanan dan satu gazebo..
sepatutnya gazebo tersebut untuk solat juga..tp pada waktu tersebut ada orang sedang berehat2 di situ..
tp yang ety harapkan...dapatlah kirenye dibina surau kecil untuk kemudahan awam..
bukan toilet je nak selesa...tetapi yang lebih baik jika itu dapat diberi perhatian..
namun..memang menyentuh hati melihat seorang hamba Allah yang solat itu..
=)

dalam ety melihat sekeliling sewaktu perjalanan di dalam bas itu..
sekali lagi peristiwa berikutnya mencuri pandangan ety..

3)berzikir sambil memandu..

Insylh..ety rase ramai antara kawan2 yang mempraktiskan ini..
tp yang menarik beliau memegang tasbih yang digerak2kan sambil memegang stereng..
sungguh masanya dan hidupnya yang tidak sia2..
sungguh ety rasa indahnya waktu itu..

kerana pabila kita dapat merasa kemanisan dan keindahan Islam itu tersendiri..
kita akan dapat tau bahawa..
tiadalah istilah 'beban' itu sendiri..
malah satu perasaan yang mengharukan dan kesyukuran menyelinap dalam hati tatkala mengenangkan bahawa kita mendapat jua nikmat Islam itu...

apepun..
ety menyeru pd diri dan rakan2..
aplikasikanlah sebanyak mana kehidupan yg berlandaskan Islam..
insylh..kita pastinya takkan rugi..=)

#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 22 Jun 2011

penat tidak mengapa~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..masih celik lagi mata ni kala ini..
walaupun esok ety ada kuliah aqidah..
harap2 dipermudahkan..

td selepas ety balik dari kelas fiqh ibadat dan munakahat..
terus ety bergegas menuju ke pasar malam..
perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit ety pendekkan kepada 5 minit..
dengan tujuan..untuk membeli barang dapur..
bersama ukhti z..ety mencari barang yang diperlukan seperti kebiasaannya..
alhamdulillah...dapat jugak ety beli kesemuanya,,

begitulah rutin ety setiap selasa,,
bersyukur jugak sebab kelas fiqh ustaz Yumni selalu keluar awal sedikit..
jadi sempatlah ety memecut ke pasar malam untuk bekalan barang dapur mingguan..

pernah ety ditanyakan..
"tidak penatkah?"

malah tidak tahu mengapa...ety tidak berasa penat..
mungkin hingga kini ety masih berpegang dan ingat akan kata2 guru ety di sekolah dulu..

"anggaplah amanah sebagai tanggungjawab dan bukannya beban"

bila ia amanah..
memang kita tahulah kan..bahawa amanah adalah benda yang paling payah untuk dilaksanakan..
jadi..jadi tanggungjawab kita untuk laksanakan dengan sempurna..bila kata kita ni dipertanggungjawabkan..maka apa lagi yang nak dipersoalkan?mukallaf...kita pun paham akan konsepnya kan?

kalau amanah itu beban..akan terasa berat sangat kat pundak kita...walhal kadang2..perkara tu kecil ja..tp bila terasa macam beban...perkara kecil dibesar2kan..
akhirnya...amanah ntah ke mana...kita yang merana..

oleh itu sahabat2 ety sekalian...
laksanakanlah amanah yang telah kita terima dengan hati yang terbuka..
jangan awal2 dah setting minda bahawa amanah tu berat sangat sampai tak termampu kita...
rajen2lah motivasikan diri sendiri bahawa kita boleh lakukannya..
sebab kudrat kita ni..semuanya dengan izinNya..
tiada satu pun milik kita..
semuanya pinjaman..

jangan kita nak tunggu badan sahaja yang berbakti..
sebaliknya patutlah lebihkan kita berbakti untuk badan..

dan lagi satu...

"kalau kita rasa sedih pabila kasut kita hilang,ingatlah bahawa ada orang yang lagi sedih sebab kakinya yang hilang"
=)
mari bersyukur!!




#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 24 April 2011

semoga kebaikan bersamamu sahabat


bismillahirrahmanirrahim....

sesungguhnya beserta kesusahan ada kemudahan~

sesungguhnya beserta kesusahan ada kemudahan~

sesungguhnya beserta kesusahan ada kemudahan~

sahabat..
semoga dengan ketabahan mu itu diberi ganjaran yang tidak ternilai oleh Allah...
yakinlah...
tiada yang ditimpakan kepadamu itu kesusahan melainkan hanyalah yang kau mampu..

janji Allah itu pasti!

kupetik dari kata2 Jonathan Swift

"If a lump of soot falls into the soup and you cannot conveniently get it out, stir it well in and it will give the soup a French taste."

kami sentiasa akan doakanmu!


semoga dengan ujian yang ditimpakan ke atasmu ini buat kau lebih matang melihat hikmah disebaliknya...









#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 22 April 2011

tak dapat mood exam??


bismillahirrahmanirrahiim...

pernah tak rase down bile nak exam?
tibe2 rase susah sangat nak dapat mood exam tuh..
tak semangatla...rase takut sgt2la..
penah kan?
ety percaya kawan2 mesti penah rasainya walaupun sekali...
biasalah tuh..
normal..
tp bagaimana kita nak overcome bende tuh?
hurm...


saje je ety nak kongsi ngan kawan2..
slamat mencube ye..

1) carik ruang untuk bersendiri..tp jangan ambil masa terlalu lama tau..
2)ingat ape yang mak ayah kite nak untuk kite...
3)tukar lagu2 dalam mp3/hp dll kepada zikir,selawat n ayt quran..sentiasa pasangkan tyme lapang n tyme study ..ntuk ketenangan dan pembersihan hati
4) suarakan atau tulis kat kertas jadual exam dan kata2 semangat..
5)tampalkan target exam di tempat2 yg bleyh dilihat slalu..misalnye di katil
6)tukar wallpaper lappy kepada wallpaper nasihat ntuk exam..
7) tonton video2 motivasi kat you tube.
8)carik tempat dan kondisi dan waktu yang selesa ntuk study.
9)sujud lame sket tyme solat dan fokus pada ibadah tyme tu..
10)buat jadual study..at least bile dah ade, ade jugak perancgn wlaupun tak pasti akn ikut ke tidak.
11)kenangkan dan tengok blik markah2 test or kerje2 kite sebelum ni...ia boleyh menaikkan semangat dan menginsafkan
12)spend time ngan kawan2 tg tak jemu2 nak support n pakse anda study..dan juge ngan kwn2 yg gile study
13)spend tyme ngan Allah tyme sume da tido..kalau boleyh cerita dan mintak kat die sungguh2


dan byk lagi yg boleh kita lakukan ntuk dptkan semangat tu..
ety tahu tiap dari kite punye pendapat dan care yg berbeza..
ni care ety ntuk dptkn semula semangat n mode exam yang hilang..
kalau sudi..kongsikanlah jugak care kawan2 dalam ruangan komen..

apepun, ety ucapkan gudlak ntuk kawan2 semua ya..
apepun yang kite nak capai..
biarlah dapat redha dari Allah..
k kawan2!
All da best ntuk exam!

akhir kate

"we must act extraordinary to achieve extraordinary success"


#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 3 April 2011

semanggi!!



bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...
ety rase bertuah sebab rini ety sampai juga kat rumah tercinta...
lama ety tak jenguk ibu kat rumah..
ibu tak berapa sehat...selesema dan sakit kepala..
kesian ibu...
syafakillah ye ibu....

byk sebenarnye ety nak kongsi ngan antum semua...
sebab dari kehidupan itulah kita boleh ambil ibrah daripadanya..
ety SAYANG kawan2 ety macam FAMILY ety sendiri...
sebb tu kadng2 kalau orang tanye..ety susah nak jawab antara family ngan kawan2..
sebab bagi ety,kawan2 adalah family...family adalah kawan2 juga...
tp sahabat2 sekalian...ety rase...kalau kite kene buat pilihan..utamakanlah family kita terutama ibu dan ayah kita..
sebab redha Allah ada pada keredhoaan ibu bapa kan??=)

mesti kawan2 pelik..
ety bahasakan diri dengan nama...
ehm..tak perlu peliklah ye..
sebab ety nak rase lebih mesra ngan antum di alam maya ini...

ety rase gembira sangat..
ety sayang sangat kat Allah...
sebab Dia beri ety 'family baru' kat USIM ni..
ety sekarang sebahagian daripada family PRU USIM...
ety saaayang sangat dengan mereka...

sahabat2 ikhwah akhowat...
ni ety nak cakap nih...
ingat ye...kalau beradadi jalan dakwah..
memang akan ada jerih payahnye..
yang penting..kite sebagai hambanya perlu kuatkan pergantungan kita pada yang esa...
sebab die lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..
bukan ety kata ety seorang yang sangat tabah..
tp ety pun sedang cube2 untuk menguatkan diri ety...
sebab ada amanah yang ety perlu laksanakan di bumi nih...

ety harap..
setiap hari2 yang antum lalui....
antum tanye pada diri antum....
"ape yang aku dah sumbang untuk Islam hari ni?"

sebab kalau nak dihitung ape yang Allah dah bagi kat kite..
tak terhitung sangat banyaknye kan???
ety sayang Allah..
dan ety percaya kawan2 juga begitu..
so kalau ikut uruf dan adatnyelah kan....
kalau kite sayang kat seseorang atau sesuatu..
kite akan cube untuk berikan yg terbaik kan?
tamo lukekan hati Dia...
tamo buat Dia kecewa ngan kita...
kan3??

ety tamo kite asik bercakap dan bercakap..
tp perubahan itu tiada...
marilah sama2 kita basahkan lidah kita dengan zikir ye..
ety pun sedang cube jinak2kan balik lidah ety ni..
kalau dulu memang mudah..
tp bile dah makin alpa..bende yang nampak simple tu pun bleyh leka..
walhal senang2 je Allah nak bagi reward kat kite dengan ingat die je kan..

ok lah..
ety mau study sket ni..
isnin ni ety ada test calculus..
dari ety..mohon kawan2 doakan kejayaan ety dan kawan2 ye..
dan arap kawan2 tak lupe untuk berdoa untuk ibu dan ayah yang dah susah payah besarkan antum...

oklah..
salam mahabbah dari ety..=)
mari study:)
semangat+tinggi=semanggi!!



#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 18 Januari 2011

cari pengalaman!

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi..
dapat juga saya menatap blog ini..
trima kasih ya Allah kerana memberikan saya sahabat yang memahami..

alhamdulillah..
sejak hari jumaat..
dapat saya meneruskan niat saya..
saya telah memulakan bisnes delivary makanan panas ke bilik2..

walaupun sedikit untungnya..
tp saya tetap bersyukur dan berpuas hati kerana untung tersebut hasil titik peluh saya..
alhamdulillah..
dapat juga diberikan kesempatan oleyh tuhan untuk menimba secangkir pengalaman yang amat mematangkan diri..

trima kasih kepada sahabat2 yang turut memberi sokongan dan motivasi...
ada juga yg bertanya..tak letih ka setiap malam drive?

tipulah kalau saya kata saya x letih..
tp keletihan yg sedikit itu dapat sja diatasi dengan kegembiraan dapat membantu memnuhi keinginan dan selera pelajar KK1 yang sukar untuk mendapatkan makanan panas..

dan trima kasih ya Allah kerana berikan saya peluang merasa kesusahan ini..
untuk saya memahami bahawa memang mudah berbelanja..tapi bukan mudah untuk mencari wang..
kalau kita nakkan sesuatu..kenalah bersusah2 dahulu..
memanglah ada sahaja yang hanya duduk bergoyang kaki tapi sudah dapat apa yang diingini...
tp satulah..kepuasan hakiki dan pengertian terhadap erti kesusahan itu amat cetek jika hanya melihat tanpa merasa sendiri pahit manisnya..

tringat peristiwa tadi..
setelah saya menempah makanan melalui sms..
selepas mandi dan solat maghrib..
saya pun pergi ke akasia untuk mengambil tempahan2 tersebut..
"harga semua rm34.50 dik"
"sekejap ya....errr...tak bawak duit lebihla..sekejap ya.."
"takpe dik"
saya pun pergi ke seven eleven bersebelahan untuk withdraw duit..tetapi...
rupa2nya tiada pun mesin ATM di situ..
"macam mana ni"
tiba2 tringat akan senior sekolah..
"salam kak yati,mintak tolong akak..nak pinjam duit boleyh tak?"
senior saya dengan hati terbuka turun ke bawah dan memberi saya duit dan membantu saya bersama2 mengangkat tempahan..

trima kasih ya Allah..
semua yang berlaku ada hikmah.

kalau malam ni punya peristiwa x berlaku..
mungkin saya akan jarang berhubung dengan kak yati..
thanx kak yati..thanx Allah..

=)

ujian itu berhikmah..
bersabar itu sakinah..
senyuman itu saieedah..
penawar segala gundah=)


#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 10 Disember 2010

AZAM:senang lafaz susah langsaikan??

salaam~
Ya Mubdi'..Ya Fattah, Ya Alim..
aku bersyukur kepadaMu atas segala kurnia..
trima kasih ya tuhan atas usia yang dipanjangkan ini..



ehm..
baiklah
kali ini..
memandangkan baru sahaja beberapa hari kita menyambut awal muharam(maal hijrah)
saya rasa..
moleklah jika kita perkatakan tentang 4 huruf ini..
A.Z.A.M=azam
sahabat2 tentu ada yang telah memasang azam masing2 untuk permulaan tahun baru 1432H ini..
alhamdulillah..sekurang2nya..
ada juga peubahan yang ingin dilakukan dalam diri antum..

tapi kan..
agak2nya..
mampukah antum nak laksanakan azam antum tuh??
yela..
berazam memangla senang..
tapi kadang2..
nak melaksanakannya tu..
awal2 memanglah bersemangat..
tapi lama kelamaan..
perkara itu hanyalah seperti hangat2 tahi ayam saja..

dalam bahasa simplenya..
'senang cakap susah buat'



tanpa banyak kata lagi..
saya nak kongsikan beberapa tips dalam melangsaikan 'hutang' azam antum tersebut..
ini berdasarkan pengalaman saya sendiri..

~first thing first...kenelah pasang niat/azam dulu kan...kalau takda azam...macam mana nak laksanakan..betol tak?..hal ini kerana, 'setiap perbuatan itu bermula dengan niat'

~sahabat2 hendaklah pastikan azam yang diniatkan/dipasang itu bersesuaian dengan kemampuan antum..payah sedikit lagi bagus untuk cabaran..tp kalau rasa x mampu..jangan pasang awal2..tp antum kene ingat..azam selalunya benda yang agak mencabar yang kita nak lakukan kebiasaannya secara istiqomah..

~next,kongsikan dengan sahabat terdekat antum..sebaiknya,sahabat yang boleyh jadi booster ntuk menggalakkan kita melakukan perkara tersebut agar kita sentiasa beringat..

~seterusnya,kene bersedia jasmani,rohani..mental fizikal...laksanakan azam bukan mudah tp x mustahil...buat secara perlahan2..kangan trus level 4..kenelah bermula dengan zero dulu ye...

~rendahkan keegoan...kalau nak berjaya...janganlah mengikut rentak ego kita yang tinggi tuh..bahana..memakan diri.,

~pergantungan kepada Allah...usaha haruslah disertai dengan doa..jangan angkuh dengan tuhan ye..

~ikhlas...hati kena rela sepenuhnya bukan paksa rela...

~sabar..susah memang susah..kadang2 rasa nak menangis truk2..tp tulah..Allah xkan bagi can kat kita nak lalu jalan mujahadah kita dengan senang lenang jer tanpa ada test/exam..

~hati lapang dan sentiasa berbaik sangka pada diri sendiri...

~motivasikan diri sendiri..pandang cermin dan sentiasa bercakap dengan imej kalian bahawa saya boleh!

~jangan lupa..paparkan azam antum tersebut..hal ini bagi mengelakkan antum lepa/leka ..
tulis besar2 dengan cantik dan tampal di dinding bilik ke atau di mana2 sahaja tempat yang mudah dilihat..

~pedulikan apa kata orang..sindiran dan perli..mereka tuh sebenarnya jealous ngan antum...=)

~jangan manjakan diri sangat..try to force ourselves tp jangan keterlaluan ya...

~yakin boleh!!ini penting kerana apabila kita percaya kita akan dapat satu kekuatan yang luar biasa untuk laksanakan azam tersebut

~ucapkan tahniah pada diri sambil menepuk2 bahu tatkala selesai sahaja dapat laksanakan azam tersebut



rasenye..ini je kot...kalau ada yang nak tambah..silekan..saya pun rasa x brapa nak complete...lain kali kalau ada lagi isi dan ideanya insylh saya akan kongsikan dengan antum..

sekian,,semoga apa yang dikongsi ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum,,,diingatkan sekali lagi,dalam proses nak melaksanakan niat tersebut..memang byk liku2 dan ranjau yang kita kene tempuh..kuatkan keimanan..insyaAllah antum dapat melaksanakannya dengan jayanya..=)

bitafauwuqi wannajah!



#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 12 November 2010

blogger award=)

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah masih diberi nyawa untuk bernafas..

hari ini saya rasa nak berikan blogger award kepada sahabat2 blogger..
ini adalah berdasarkan saya sendiri..
tiada kaitan ngan mana2 pihak lain..
hanya sebagai tanda trima kasih kepada ikhwan dan akhawat yang byk berkongsi ilmu dan kisah hidup...

yang pertama..

'Create

khas untuk blog2 berikut:

berjalan menuju kebenaran
taman ulama'
pertemuan agung

hal ini kerana bg saya, byk ilmu dan ibrah yang dikongsi...membawa kita kepada pencipta yang maha agung..

next..

'Create


aeisyulillah-memaknakan kehidupan
perbaiki diri kamu dan ajaklah orang lain
berjalan.melihat.mentafsir
melakar impian

anugerah ini khas kepada blog2 sahabat yang mujahadah ilmu..dan juga mujahadah dalam kehidupan mereka..yang buat saya rasa kagum dengan erti kehidupan anugerah yang maha esa...

dan yang terakhirnya..

'Create


cikeh's life
liveyourlife
kembara perjalanan
ismifaradzela
a.piece.of.me
tooth kun

ini adalah blog2 kawan2 terdekat saya...usim dan integomb...yang hampir setiap hari saya lawati....berkongsi kisah suka duka bersama..=)

oklah..itu sahaja....
kepada sahabat2 lain yang x dpt award ini..
tidak bermakna blog antum x bgus..
mungkin lebih bagus daripada blog2 di atas...
apapun...anugerah yang dapat hanya sebagai booster atau pembakar semangat kepada sahabat2 seperjuangan sekalian....
mungkin jika ada mase lain kali saya buat yg lain ye...
ok lah sahabat..harap dapat beri tunjuk ajar dan nasihat...
teruskan menggerakkan jari-jemari memberi manfaat kepada org lain..
ikhlaskan hati semua...jangan ada perasaan bermegah2 sebaliknya sedarlah..
makin byk yg kita belajar,makin byk yg kita tidak tahu..
makin byk yg kita lakukan,makin byk silapnya..
sekian,wallahua'lam..

~nuhassilu biha birridho~



glitter-graphics.com





Rabu, 13 Oktober 2010

jadual dah keluar!!

žISNIN 22/11/2010 04:00 PM~UBA1042 BAHASA ARAB II
žSELASA 23/11/2010 04:00 PM~SRA1063 ALJABAR
žJUMAAT 26/11/2010 03:00 PM~UTA1072 PENGENALAN SAINS KOMPUTER
žISNIN 29/11/2010 08:30 AM~SAA1043 STATISTIK
žKHAMIS 02/12/2010 12:30 PM~UBA1032 BAHASA ARAB I
žJUMAAT 03/12/2010 09:00 AM~UBE1022 BAHASA INGGERIS II





salam..
takder papepun..
just nak berkongsi ngan kawan2 sekalian..
jadual exam ana ntuk final sem1 nih..
harap rakan2 dapan mendoakan kejayaan bersama ye..
memang kene prepare awal2..
kerana bertangguh itu kan pencuri masa..
k lah ye...
nak study...
wassalam..

p/s:pelik sebb dah lebih 3 kali carik still x jumpe jadual ntuk Bahasa Inggeris 1...
teda exam ntuk itu ka??hmm...


glitter-graphics.com

Jumaat, 8 Oktober 2010

manfaatkanlah sebaiknya~


assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian.. bru td saya buat blog walking... terpanggil ntuk post blog nih... hmm.. saya tringat sewaktu kelas teater pada satu rabu.. (ramai orang pandang kelas teater kelas lagho tp alhamdulillah byk yang saya pelajari di kelas ini...mereka akan tahu apa sebenarnya perisian kelas ini jika mereka sendiri bersama2 menghadiri=)..)

masa tu tajuk aktiviti hari itu berkisar tentang panca indera..

daripada aktiviti2 yang dijalankan..

banyak membuat saya berfikir..



rupa2nya..sedar x sedar kita tak berapa memanfaatkan deria kita yang lima itu...

iaitu deria penglihatan,deria rasa,deria pendengaran, deria sentuhan,dan deria bau..

kita cuma akan menggunakan deria2 kita sepenuhnya apabila deria utama kita tidak berfungsi dengan baik...

contohnya apabila kita pejam mata..deria telinga dan deria sentuhan kita akan bertindak sebagai 'mata' kita..

begitu juga dengan situasi2 yang lain...

cuba kawan2 pejamkan mata...cuba menggunakan deria2 lain kurnianNya ....

kita akan dapati bahawa sebenarnya kita selalu lupa dengan kurniaan Allah yang tidak terhingga ini..

sering saja kita leka..untuk menghargainya...

andai saja Allah menarik salah satu dari deria kita yang lima..

apa yang akan kita rasa?

apa yang akan kita lakukan?

masa itu,,cepat sungguh kita nak salahkan tuhan..

padahal kita x tau bahawa kita yang tidak menggunakan seluruhnya,,

teringat pertanyaan cikgu teater....

apa deria yang paling cepat?

hurm..masing2 mempunyai pendapat tersendiri..

akhirnya cikgu bersuara...

deria yang paling patas ialah deria penglihatan....

dengan mata....apa yang kita lihat kita boleyh rasa dan gapai dengan perasaan, bertutur, memahami(yang mana kita sepatutnya gunakan deria sentuhan,pendengaran,dll)

sebb itu kawan2..

berjaga2lah dengan mata kita...

Allah kurniakan kita kehebatan mata bukan untuk kita perguna sewenang2nya....

janganlah kita menggunakan ia ke arah yang tidak diredhai Nya..

kerana ia hanyalah akan mengundang kemurkaanNya...

Jagalah mata,,,insyaAllah yang lainnya akan turut terjaga....wallahua'lam..


~peringatan untuk diri dan teman~


glitter-graphics.com
#nuhassilu biha bir
ridho..#

Rabu, 22 September 2010

konvoi raye best!!



seronoknyer!!
dapat gak kluar beraye ngan kengkawan ex-sksb..
kawan2 skolah rendah...
cam jarang kasn kalau nak kumpul kengkawan skolah rendah nih?
tp tulah..walaupun just lapan orang jer..tp sungguh bermakne!

rumah2 yang dapat kami pegi
1. rumah syazana
2. rumah ustazah aminah
3. rumah cikgu rosnah
4. rumah aan
5. rumah kawan farhan n yani dll
6. rumah cikgu mohd noor syariff
7. rumah cikgu wan pidura

dari jam 10 pagi hingge 10 malam...
memang raye sakan nih!

walaupun target at least 10 buah rumah x tercapai...
penjage mase pun bebuih mulut ingatkan...tp x jalan gak..huhu
rancang2 nak gi umah kengkawan jer..
x tau cner bleyh dikatekan mostly ke umah cikgu2....
kepada kawan2 yang x join....len kali ye
kepada yang terlepas maklumat..sori sesangat coz kami hanye insan biase..huu..
kepada nasir,paan,hatta,wan,yani,sya,n nana..
thanx ek korunk!
walaupun sekejap bermakne sesangat~
ok....salam lebaran yang masih bersisa~
rajin2 buat ibadat naaa...




#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 7 September 2010

intabih2!

salam ramadhan semua!alhmdulillah..sdapat jugak saya tukar layout blog nih..
saje nak tukar selere..

bru ni buatlah blog walking..
last2 x sangke dapat jumpe blog sorang kawan nih..
x sangke die buat blog...
nyway..tahniah la diucapkan kepada nurul asyikin saharuddin...
n kalau kawan2 sume nak gi blog die..bleyh pegi kt link tepi ni bertulis gb cikin kawaii...
die merupakan pelajar pergigian USIM..
sorg yg sgt happening!yeay!
to cikin.. u're such a lovely person! I love u n miss u so much! ntah bile lagi ek kite dapat berjumper..
tringat lak dulu tyme tamhidi...
rapatla gak..
tp tyme skolah dulu..cam biase jer..nak kate x rapat..x jugak..
nak kate rapat pun..x jugak..
pt simple nak kate...kami ni satu kapla la..
huhu...
die rajin msj2 saya..
tp saya yg jrg nak msg die..
patutnye saya la yang luangkan mase ntuk die..tula pasal..
saya ni masih nak blajar manage mase..

hmm...
dah mengarut panjang nih...
senanye nak gtau..
kami ISA student on da way nak buat blog..
tp blum buat lagi..
insyaAllah tyme saye kt penang ..
saya akan buat..
bleyh kami kongsi aktvt2 kami bersame..insyaAllah selame 4 taun nih..
harap kawan2 dapat mendoakan kami ye..
papepun..nnti bile da siap..
saya akan inform kat kengkawan sume..
oklah...
nak mengemas mau blik kg...
salam lebaran ye kawan2..
maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita melalui medium blog nih..
ade penulisan saya yg x sedap dibace...tak enak diteliti..
afwan kathiran....harap dapat diberitahu..
saya masih insan yang belum kamil...ok kawan2..
syukran atas segala sokongan kalian..
luv u all fillah!
ni cikin bg!thanx!cumil bgt!
wasslam~

#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 23 Julai 2010

life~


dlam lab...
skarang tengahtakderkelas..
pndek kate..
kelas rini batl..
tp mal na balik..
sebab baru jer sampai....

hmmm...
malam nih ada MISI..
dak2 pandai mai cini....
insyaAllah kalau takder aral melintang..
jumpla dengan depa semua...

hmmm...
lame jugak ye tak update blog nih...
nih nak "membersihkan" sawang kat blog tercinta nih..
tapi senanye tatau nak tulih pasalper...
saje nak menghabiskan mase kat lab nih.....
kalau kat NILAM rasenye tengah tido lagi nih...

semalan kami der bincang sal exercise sc comp...
adeyh...
memule blurr+ pening nak start kat ner tatau...
tapi last2 alhamdulillah dapat gak buat...
Binary oh Binary!!!
ko memang best tapi memeningkan kepala yang amat~
huhu....


tp takper...
skang nih hati dah dikit2 bertaut kat sc komp..
seronok gak blaja sal komputer2 nih..
before nih rasenye dah cukupla ilmu asas blaja subjek sains...
at least kalau orang tanye sal mende2 basic...
ok lah kot....

skarang nih..
masenye ntuk explore bidang len tanpa melupakan ilmu yang sedia ada...
at least kalau nak bace kandungan2 dalam sesuatu bahan pun dah tau la sket2...
sebab der blaja sal organic kemi...

subjek baru....lembaran baru..
dengan persekitarn yang best..
kawan2 pun best2 blaka...
banyak support...
banyak yang beri motivasi..
ISA oh ISA...
ku punya banyak anak sedare
(coz depa panggil cek Maklong..huhu)
macam2 ragam yang menceriakan...
choral speaking....nasyid...huhu..

tp der jugak yang nak kuar n bakal kuar..
kak zati..kak ain...
thanks for evrythin'
kak zati!!
thanks au aja saya macam2 ilmu sal komp..
buat saya lagi semangat nak blaja..
saya akan ingat pesan akak
BLAJA RAJIN2 TAU!
insyaAllah saya akan blaja dan cube capai target saya seperti yang saya ceritakan kat akak tuh...
hmm...
ukhuwah walaupun seketika.amat manis..
terima kasih ya Allah bagi kesempatan ini padaku..
betullah..

hikmah tuh pasti ader...
sbab Allah tidak pernah memungkiri janjinya..
betol kan kawan2??
ok lah...
tadi kate tamo bebel..
tak der isik..
last2 menjela2 gak jadinya...
last but not least
alles gute!!




#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 30 Jun 2010

freundin to Pandan~


malam ni tenang..
setenang moodku..
alhamdulillah...
ketenangan sikit dikit menyerap lalu..

bait kata ini ku nukilkan buatmu teman..
yang telah genap staun bersamaku..
walaupun selepas nih..
tiada lagi jodoh antara kita untuk bersama menimba ilmu..
tp teman...
segalanya sudah teguh dalam benak fikiran..

korunk terbaik!!
byk sapport~
bagi semangat~
tak jemu layan si mulut becok nih~

kamek pasti rindu kan kitak!!
xpa..
x kesahla bidang kita berbeza..
kamek arap dirik blaja btol2.
sebab kos dirik bukan senang..
maybe kamek memang dah ditakdirkan sinun..
Nilai pun bagus juak..

memori bersama kaathirr jiddan..
tyme pantun,,impian den nak dapat piala pusingan tercapai dengan sokongan korunk..
tyme nasyid KARSIS..asnan forever!
tyme netball~perh...turun berat den tau..hikhik
kamek ada buat vid staun kita bersama..
tp malangnya..
sik boleyh upload..
mungkin terlalu panjang kowt..
setengah jam..
xpala..buat tatapan kamek ja..
huhu(",)

Miss A'ah..
gelaran yang mungkin x dapat kamek lupa..
kamek pasti akan merindui kitak orang...
kamek sayang gilak..

bukan sekda rezki..
tp rezki kamek di tempat lain..
Allah tuh lebih tau apa yg terbaik buat kita..
aku ndak mau kau orang sedih2..
mesti epy gi Pandan nanti ya bah!!
mungkin kamek sik sanggup mau antar kitak orang..
bukan menyombong or tak sudi..
tapi kamek pun manusia..
takut nanti banjir pulak Nilai ngan air mata kamek..
so,kalau nanti sik ngeliat kamek,,
sik payah carik ya..
kamek ok ja..
doa kamek sentiasa iringi kitak orang semua..
Gudlak!
frenship 4 eva Fillah..
Ingat tuh
kamek akan sentiasa tunggu detik pertemuan selepas belajar nanti..
InsyaAllah kalau dipanjangkan umur..

lagi satu..
kalau kitak orang rasa kamek sik mau layan kitak orang cuti nih...
kamek buat semua tuh ada sebab~
x pyhla persoalkannya...
pecaya kamek ya??
maaf kepada insan2 yang kamek slalu susah2 kan nya..
tepon lewat malam..
chatting lewat pagi..
kamek arap,
kitak semua sik bosan ngan kamek..
kamek hanya mencari dirik yang ilang..


ok lah..
Doakan kamek dan kawan2 di Nilai..
tamo sedeyh2~
tamo nakal2~
tamo malas2~
ye cayunk~
ok??
senyum pada masalah=)

sayonara~



#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 23 Jun 2010

DOA....o.k ker k.o??


بسم الله الرحمن الرحيم

Bersyukur kepada tuhan yang menciptakan

Kerana memberi izin kepada diri ini menulis tinta mencoret kata

Sebagai pedoman dan peringatan kepada insan yang sememangnya pelupa terutama diri ini yang selalu alpa

Alhamdulillah…syukur kita panjatkan kepada Allah kerana masih member peluang kita merasai nikmat2 kurniaannya..

Ana tertarik untuk berkongsi dengan antum semua..sebuah buku terbitan mustread sdn bhd

DIARI SUFI…seindah nama cantik lagi isinya…..pucuk pangkal atau nilai utama yang terkandung dalam buku ini ialah kebergantungan kita terhadap Allah taala melalui senjata paling ampuh kita sebagai muslim iaitu DOA…

Semua orang tahu dan mengerti..apa itu DOA…malahan..semasa di zaman sekolah itu,

Ada kita pelajari dulu bahawasanya DOA ialah penghubung antara makhluk dengan penciptanya…

Tak tertembus dek akal…tak tertafsir dek mesin masa…

Kehebatan DOA tiada tolok bandingnya…DOA mempunyai hikmah tersendiri…

Dah kata DOA sebagai penghubung atau dengan kata yang simplenya jalan ntuk kita berhubung dengan Allah secara tidak nyata sama seperti solat..

Terdapat banyak DOA yang telah kita pelajari sejak kecil….tidaklah melampau kalau ana katakana semua manusia di alam fana ini menghafal DOA makan.

Persoalannya di sini,dalam hamper semua yang menghafal DOA makan tersebut,berapa ramai pula yang mengamalkan DOA yang rasa ana seringkas dan mudah untuk diamalkan itu?tepuk dada,Tanya,”Aku baca ke tidak doa makan?”

Ye kawan2…DOA panjang ke..pendek ker…semua itu DOA..cara termudah untuk kita memohon dari Allah raja segala raja atas apa jua permintaan kita…

Allah tak pernah jemu nak mendengar DOA dari hambaNya..tp kalau manusia sesame mereka mungkin akan menjadi jelek tatkala diminta2 selalu..

Mari kita berfikir sejenak,dalam sehari-hari..berapa kalikah kita berDOA kepada Allah?

Mungkin at least 5 kali sehari..dan mungkin juga kurang daripada itu..

Ana rasa waktu yang paling galak semua umat berDOA adalah apabila ditimpa musibah..betul tak?

Kenapa jarang sangat yang berDOA tatkala bersenang lenang?adakah sudah lupa kepada pencipta?

“ala..dah senang nak DOA ape lagi,mase susahla baru nak mintak,”..betul ker konsep tuh??

Sahabat2ku..

DOA juga salah satu cara untuk kita mengucapkan syukur atas pemberianNya..

DOA juga salah satu cara untuk kita mensyukuri nikmatNya..

Tapi seramai mana manusia yang menyedari hakikat itu?

Yang kita tau,bila susah baru nak berDOA..

Lepas tuh ,kalau rasa macam tak dikabulkan,mulalah kita merungut,,

“tuhan tak adillah,,tuhan pilih kasih” laaa…na’uzubillah…

Sedarkah kita bahawasanya adakah selayaknya doa kita dikabulkan?

Dengan dosa kita segunung tinggi,maksiat seluas lautan,kekejian sejauh mata memandang,,sedarkah kita??

Peliharalah kesucian DOA itu,amalkanlah konsep berDOA yang betul..

Jika DOA kita rasa2 macam tak dikabulkan..muhasabahlah diri kita tu balik..

Sejauh mana amalan kita,sejauh mana kesyukuran kita..

Dan juga sesungguhnya,perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..

Binalah keyakinan pada Allah….yakin pada Allah bukan mengharapkan terkabulnya DOA..

Tp yakin apa jua yang ditetapkan kepada kita itulah yang terbaik…kerana disebalik duri yang berbisa..

Mungkin kita tak tahu akan mekar mawar merah yang merona…yang bias menjadi penyeri hati dan sanubari…

Semoga kita semua diampunkan atas segala dosa kita…Wallahua’lam..


#nuhassilu biha birridho..#