Memaparkan catatan dengan label masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masjid. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2009

mencari ketenangan...


merenung diri ni..dengan imtihan sem 1 yang bertandang

lantas tergerak hati untuk mencari ketenangan dan kedamaian..

mulanya mencari tempat yang berdekatan..namun..tiada wujud pusat islam di USIM lagi..

lalu ku mengambil keputusan ntuk ke pusat islam UKM..

serasa sudah lama tidak meluangkan masa di rumah Allah ini..

ku bersama akhowat menaiki komuter menuju ke KTM UKM..

dengan mendapatkan no telefon teksi dr akhowat UKM yang baru kami kenali..

satu persatu nombor didail..namun semuanya hampa..

sambil menunggu..ku menelefon akhi ntuk bertanya alternatif lain ke sana..

alhamdulillah..dengan izin Allah..kami dapat menaiki sebuah teksi...

"nak ke mana dik?"

"UKM"..

"kolej mner?"

"hmm?camellia,"kata slah seorang sahabtku..

"hmm?"

"tak pakcik,kami dari USIM nak pergi ke mesjid UKM"

"owh..ok.."

perjalanan kami lebih kurang 3 minit..

sampainya kami di sana..terlilau2 kami mencari pintu masuk..

"mungkin tak bukak kot"kata ukhti ku..

hmm..ku cuba juga mencari bersama2..akhirnya sampailah kami di ruang muslimat masjid..

ku rasa seperti tak percaya..aku telah sampai ke rumah Allah..ku ambil wudhuk dan kutunaikan solat sunat...

hatiku berbaur tatkala melafazkan kalimahNya..subhanallah!syukur epada Allah..

telah mengizinkan aku ntuk sampai juga ke situ walaupun jam kala itu sudah menunjukkan puku 11..

ketika itu,,masih ada muslimah UKM yang menelaah di situ..

hmm..kuhabiskan masa mengulangkaji di citu..sungguh tenang dan damai aku rasakan..

sudah lama ku tidak merasakan setenang itu..jarang sekali dapat kuluangkan masa di rumah Allah..bukan tidak mahu..tp entahlah..

apapun..ku mengambil peluang yang ada untuk membersihkan hati yang ternoda..dengan bisikan dunia dan nafsu..

ku cuba bersihkan perasaan rindu dan kasih yang tiada tempatnya,,bukan sekarang masanya tuk aku menyimpan persaan sebegini..

rasa bersalah menerjah ruang sukmaku..

azan subuh berkumandang menyedarkan aku..lantas ku basahi wajahku dengan wudhu' dan

menunaikan solat subuh berjemaah..sempat aku mendengar uliah subuh yang disampaikan

oleh seorang pensyarah UKM yang berkisar tentang Islam pada hari ini..

aku pulang ke USIM bersama sahabatku dengan menaiki komuter..ukhti tak ikut sama kerna

ada program di sana..

alhamdulillah ya Allah..semoga aku berkesempatan lagi untuk menjadi tamu di rumahMu..

WALLAHUA'LAM..

Ahad, 22 Februari 2009

Masjid itu hidupku...(2)


Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana skali lagi ana diberi kesempatan untuk menulis..kali ini..ana nak coretkan tentang masjid Nabawi dan perkembangan masjid..

Dalam peristiwa hijrah, ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangunkan sebuah masjid, yang sekarang dikenali dengan nama Masjid Nabawi yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di sebuah lapangan yang luas di pusat bandar Madinah.

Di Masjid Nabawi, terdapat mimbar yang sering digunakan oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah pada saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang fakir dan miskin.

Apabila Islam berkembang, masjid turut dibangun di daerah luar Semenanjung Hijaz, seiring dengan umat Islam yang bermukim di luar Jazirah Arab. Setiap tempat baru yang diteroka atau ditakluk, masjid ialah bangunan pertama dibina. Masjid menjadi pusat nukleus pentadbiran.Wallahua'lam..

Ahad, 1 Februari 2009

Masjid itu hidupku...


Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud di sini ialah menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah
al- Mukarramah. Disebut Baitulla al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.

Hakikatnya seluruh muka bumi ialah rumah Allah. Sebab itu kita boleh sujud di mana-mana sahaja. Secara umumnya bolehlah didefinisikan bahawa masjid ialah tempat umat Islam mengerjakan ibadah khusus seperti solat dan iktikaf. Begitu pun masjid juga merupakan pusat aktiviti, sosial, kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah.

Di Mayapada ini, masjid yang didirikan amat banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan.Namun, adakah tetamu Allah yang bertandang ke masjid ini setanding pesatnya masjid2 ini didirikan?berfungsikah ia sebagai tempat beribadah?atau sekadar pameran muzium kesenian untuk dibangga-banggakan?fikir-fikirlah wahai sahabatku sekalian.Sudah banyak wang yang dilaburkan untuk pembinaan masjid2 yang tersergam indah ini.Namun,adakah sebanyak itu juga amalan manusia yang dilaburkan di baitullah tersebut?apa gunanya masjid itu?sekadar lambang Islam?atau untuk tatapan penyejuk mata?tepuk dada,tanyalah iman..

Ana bukanlah orang yang sebenarnya layak untuk menulis tajuk ini. Ana menulis semata-mata sebagai peringatan dan ajakan kepada diri ana khasnya dan kaum muslimin lain amnya. Anggaplah apa yang ana coretkan ini sebagai perkongsian,bukan mengajar.

Masjid ialah "rumah Allah". Masjid ialah tempat yang paling Allah cinta bagi sesuatu kawasan. Masjid ialah gedung rahmat Allah. Jika kita tega menjauhkan diri daripada "rumah Allah", daripada apa yang Allah cinta dan daripada gedung rahmat Allah ini, lalu apa lagi yang tinggal untuk kita?

harapan ana untuk diri ana sendiri dan sahabat sekalian agar kita sama-sama memakmurkan masjid.Kita sering mendengar ungkapan,tak kenal maka tak cinta.itulah tujuan ana menulis topik berkaitan masjid ini, dengan harapan agar umat islam di muka bumi ini mengenal masjid dan mencintainya,seterusnya menjadikan masjid sebagai rumah kita yang kedua.

Ini hanyalah pengenalan,insyaAllah pada penulisan seterusnya, ana akan menceritakan fungsi dan perkembangan masjid..semoga manjadi pedoman dan menguatkan lagi kecintaan kita kepada masjid dan agama Allah yang haq ini..Wallahua'lam bis sowaab..
Posted by Picasa