Memaparkan catatan dengan label lukisan alam.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lukisan alam.... Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2011

tahniah diriku!

assalamualaikum...

salam sejahtera sahabat2 blogger sekalian..
Alhamdulillah..marilah sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada ilahi..
kerana masih bernyawa sehingga ke hari ini..

sahabat2..
ingin saya kongsikan kegembiraan saya dengan rakan2 sekalian...
alhamdulillah..
betullah kata orang...
hujan yang bertandang..pasti akan ada pelangi yang datang menyinar..

teringat saya baru2 ini pada hari selasa..
selepas perbentangan etnik saya..
saya rasa amat down..
tringat seorang sahabat berkata
"aku tak paham satu apa pun yang kau terang"
memang agak ada lacking pada pembentangan kali ini..
atas sebab2 yang tak dapat dielakkan,,dua jam sebelum saya membuat pembentangan...
saya telah diminta untuk menukar bahadian yang patut dibentang dengan kawan saya..
walaupun agak rasa tertekan pada mulanya...
tp tuhan tu saangat pandai memujuk kita..
sebab sebenarnya dia saja nak uji kita..
tengok bagaimana kita nak handle ngan masalah yang dia bagi kat kita..

pada petang tersebut..
semasa mood agak suram tyme tuh...
macam biasa..kalau saya rasa down..
saya akan carik mangsa untuk'neutral' kan balik perasaan saya tuh..
ternampak kawan integomb sya..rezki dia masa itu dengan kawan2nya untuk dapat ice blended..
sedang asyik kami tunggu tempahan kami...
saya pun membelek2 telepon saya...
1 mesej telah masuk dalam inbox saya..
Ya Allah!mengalir air mata saya tatkala membaca isi mesej tersebut...
ternyata tuhan sangat2 pandai menguji hambanya...
diberikan hambanya bunga tatkala hambanya terasa layu..
Alhamdulillah..saya telah terpilih menjadi salah seorang ahli Pembimbing Rakan Universiti USIM..
perkara yang sangat2 saya impikan sebelum ini..
selepas saya kurang berjaya untuk melayakkan diri menyertai MPP..

trima kasih ya Allah!
sayang Allah sangat2!
luv u soooo much Allah!!
kau memang pandai mengusik hambamu ini..=)

ingatlah kawan2..
kalau kita rasa kita gembira sangat2...janganlah lupa diri kerana ada kemungkinan akan ada perasaan yang kurang enak bertandang..
dan apabila kita rasa kita dibawah....tertekan...kurang semangat...
yakinlah....sudah pasti 'hero' kita yang merupakan 'hero' seluruh makhluk akan selamatkan kita dengan mengembalikan senyuman dan tangisan gembira di wajah kita...
sekian....=)


Sesungguhnya hikmah itu amatlah indah bagi mereka yang menghayati dan tahu menghargainya..



#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 8 Oktober 2010

manfaatkanlah sebaiknya~


assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian.. bru td saya buat blog walking... terpanggil ntuk post blog nih... hmm.. saya tringat sewaktu kelas teater pada satu rabu.. (ramai orang pandang kelas teater kelas lagho tp alhamdulillah byk yang saya pelajari di kelas ini...mereka akan tahu apa sebenarnya perisian kelas ini jika mereka sendiri bersama2 menghadiri=)..)

masa tu tajuk aktiviti hari itu berkisar tentang panca indera..

daripada aktiviti2 yang dijalankan..

banyak membuat saya berfikir..



rupa2nya..sedar x sedar kita tak berapa memanfaatkan deria kita yang lima itu...

iaitu deria penglihatan,deria rasa,deria pendengaran, deria sentuhan,dan deria bau..

kita cuma akan menggunakan deria2 kita sepenuhnya apabila deria utama kita tidak berfungsi dengan baik...

contohnya apabila kita pejam mata..deria telinga dan deria sentuhan kita akan bertindak sebagai 'mata' kita..

begitu juga dengan situasi2 yang lain...

cuba kawan2 pejamkan mata...cuba menggunakan deria2 lain kurnianNya ....

kita akan dapati bahawa sebenarnya kita selalu lupa dengan kurniaan Allah yang tidak terhingga ini..

sering saja kita leka..untuk menghargainya...

andai saja Allah menarik salah satu dari deria kita yang lima..

apa yang akan kita rasa?

apa yang akan kita lakukan?

masa itu,,cepat sungguh kita nak salahkan tuhan..

padahal kita x tau bahawa kita yang tidak menggunakan seluruhnya,,

teringat pertanyaan cikgu teater....

apa deria yang paling cepat?

hurm..masing2 mempunyai pendapat tersendiri..

akhirnya cikgu bersuara...

deria yang paling patas ialah deria penglihatan....

dengan mata....apa yang kita lihat kita boleyh rasa dan gapai dengan perasaan, bertutur, memahami(yang mana kita sepatutnya gunakan deria sentuhan,pendengaran,dll)

sebb itu kawan2..

berjaga2lah dengan mata kita...

Allah kurniakan kita kehebatan mata bukan untuk kita perguna sewenang2nya....

janganlah kita menggunakan ia ke arah yang tidak diredhai Nya..

kerana ia hanyalah akan mengundang kemurkaanNya...

Jagalah mata,,,insyaAllah yang lainnya akan turut terjaga....wallahua'lam..


~peringatan untuk diri dan teman~


glitter-graphics.com
#nuhassilu biha bir
ridho..#

Rabu, 23 Jun 2010

DOA....o.k ker k.o??


بسم الله الرحمن الرحيم

Bersyukur kepada tuhan yang menciptakan

Kerana memberi izin kepada diri ini menulis tinta mencoret kata

Sebagai pedoman dan peringatan kepada insan yang sememangnya pelupa terutama diri ini yang selalu alpa

Alhamdulillah…syukur kita panjatkan kepada Allah kerana masih member peluang kita merasai nikmat2 kurniaannya..

Ana tertarik untuk berkongsi dengan antum semua..sebuah buku terbitan mustread sdn bhd

DIARI SUFI…seindah nama cantik lagi isinya…..pucuk pangkal atau nilai utama yang terkandung dalam buku ini ialah kebergantungan kita terhadap Allah taala melalui senjata paling ampuh kita sebagai muslim iaitu DOA…

Semua orang tahu dan mengerti..apa itu DOA…malahan..semasa di zaman sekolah itu,

Ada kita pelajari dulu bahawasanya DOA ialah penghubung antara makhluk dengan penciptanya…

Tak tertembus dek akal…tak tertafsir dek mesin masa…

Kehebatan DOA tiada tolok bandingnya…DOA mempunyai hikmah tersendiri…

Dah kata DOA sebagai penghubung atau dengan kata yang simplenya jalan ntuk kita berhubung dengan Allah secara tidak nyata sama seperti solat..

Terdapat banyak DOA yang telah kita pelajari sejak kecil….tidaklah melampau kalau ana katakana semua manusia di alam fana ini menghafal DOA makan.

Persoalannya di sini,dalam hamper semua yang menghafal DOA makan tersebut,berapa ramai pula yang mengamalkan DOA yang rasa ana seringkas dan mudah untuk diamalkan itu?tepuk dada,Tanya,”Aku baca ke tidak doa makan?”

Ye kawan2…DOA panjang ke..pendek ker…semua itu DOA..cara termudah untuk kita memohon dari Allah raja segala raja atas apa jua permintaan kita…

Allah tak pernah jemu nak mendengar DOA dari hambaNya..tp kalau manusia sesame mereka mungkin akan menjadi jelek tatkala diminta2 selalu..

Mari kita berfikir sejenak,dalam sehari-hari..berapa kalikah kita berDOA kepada Allah?

Mungkin at least 5 kali sehari..dan mungkin juga kurang daripada itu..

Ana rasa waktu yang paling galak semua umat berDOA adalah apabila ditimpa musibah..betul tak?

Kenapa jarang sangat yang berDOA tatkala bersenang lenang?adakah sudah lupa kepada pencipta?

“ala..dah senang nak DOA ape lagi,mase susahla baru nak mintak,”..betul ker konsep tuh??

Sahabat2ku..

DOA juga salah satu cara untuk kita mengucapkan syukur atas pemberianNya..

DOA juga salah satu cara untuk kita mensyukuri nikmatNya..

Tapi seramai mana manusia yang menyedari hakikat itu?

Yang kita tau,bila susah baru nak berDOA..

Lepas tuh ,kalau rasa macam tak dikabulkan,mulalah kita merungut,,

“tuhan tak adillah,,tuhan pilih kasih” laaa…na’uzubillah…

Sedarkah kita bahawasanya adakah selayaknya doa kita dikabulkan?

Dengan dosa kita segunung tinggi,maksiat seluas lautan,kekejian sejauh mata memandang,,sedarkah kita??

Peliharalah kesucian DOA itu,amalkanlah konsep berDOA yang betul..

Jika DOA kita rasa2 macam tak dikabulkan..muhasabahlah diri kita tu balik..

Sejauh mana amalan kita,sejauh mana kesyukuran kita..

Dan juga sesungguhnya,perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..

Binalah keyakinan pada Allah….yakin pada Allah bukan mengharapkan terkabulnya DOA..

Tp yakin apa jua yang ditetapkan kepada kita itulah yang terbaik…kerana disebalik duri yang berbisa..

Mungkin kita tak tahu akan mekar mawar merah yang merona…yang bias menjadi penyeri hati dan sanubari…

Semoga kita semua diampunkan atas segala dosa kita…Wallahua’lam..


#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 9 Mac 2010

lukisan Alam..ciptaan yang Esa...

assalamualaikum kawan2...lame jugak dah
ana tak update blog nih...acum!!adeyh..dah bersin2..byk sangat habuk kat blog nih...huhu..maklumlah..last sem ntuk tamhidi nih..agak sebukla...tp jauh di sudut hati..memang rindu sangat kat blog nih...nak update,,tp tak berkesempatan...so skunk nih...just nak kongsi beberapa gambar pemandangan yang pernah ana tangkap...ana suke sangat tangkap gambar pemandangan..mungkin ada yang berpendapat..tak berfekdah...tp bagi ana..ia amat bermakna...sangat menenangkan..dapat menikmati ciptaan ilahi...tadabbur alam...subhanallah...insyaAllah...moga dapat memberi komen dan pandangan juga kritikan yang membina...k lah..nih just rehat jap daripada study..sok der tamsiliah...skrip pun tak habis edit lagi...huhu...oklah...harap dapat manfaat bersama...
kat cameron highlandpulang dari melakapemandangan dari kuarters guru








kat cameron
kat port dickson

yang ni gambar tangkap dari handphone..tak berape clear...kat bukit cahaya sri alam


#nuhassilu biha birridho..#