Memaparkan catatan dengan label puisi... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi... Papar semua catatan

Rabu, 30 Disember 2009

ukhuwah


ukhuwah itu..

memang amat didamba oleh setiap insan...

kerana dengan ukhuwahlah..mahabbah mengikat...

mawaddah mengerat....maghfirah mengendah...

rahmah bertandang...

tatkala ukhuwah itu kerana yang satu...

suka duka tiada yang bersungut..

kerana segalanya diterima dengan berlapang dada...

marilah banjiri doa kita...

dengan ingatan sesama muslim...

nuhassilu biha birridho...

Khamis, 5 November 2009

masih ada waktu itu...



video ni ana baru jer buat malam td..siap dalam kol 1 setengah pagi...marilah sama2 kita hayati..yang paling utamanya..untuk diri ana sendiri...boleh komen jika ada rase yang perlu diperbaiki..syukran..

Jumaat, 4 September 2009

tak kenal maka tak benci??

bismillahirrahmanirrahim..

"Bukankan aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan mengikuti syaitan?sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata."
(surah yaasin:60)

Makhluk ini sudah wujud dua ribu tahun sebelum Allah mencipta manusia. Mereka lebih tahu tentang manusia daripada manusia tahu tentang mereka. Mereka intai manusia dari tempat yang manusia tak nampak mereka. Jesteru, mereka tak putus2 mengganggu manusia. Itulah makhluk asing yang bergelar IBLIS dan SYAITAN durjana..

Iblis Azazil, begitu namanya
Dripada api asal kejadiannya
Sombong, angkuh memang sifatnya
Dendam, dengki adalah lagaknya
Ajak manusia buat dosa matlamatnya
Menggoda menghasut itulah kerjanya
Manusia ingkar jadi sahabatnya
Manusia bertakwa jadi musuhnya
Aduhai malang nasibnya
Dilaknat Allah kerana degilnya
Tidak mengaku Adam nabinya
Maka dendam menjadi misinya
Amar maaruf nahi mungkar
Sama-sama kita tegakkan
Iblis dan syaitan tentulah sukar
Untuk manusia disesatkan
Tamak haloba hendaklah dijauhi
Kerana syaitan mudah menghasut
Iblis dan Syaitan kita musuhi
Agar kita tidak dihasut
Kusandarkan doa dan harap pada ilahi
"yA Allah bantulah hamba-Mu"
Menentang makhluk yang dimusuhi
Moga berjaya menuju syurga-Mu..
petikan dari buku SYAITAN MUSUH KITA..

Jumaat, 28 Ogos 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR BAGIKU..




Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diriWahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hatiWahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadiAndai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....Andai ku tahu ini Ramadhan terakhirTentu siangnya aku sibuk berzikir"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]Biarpun anak tekakku kering kehausan airTentu aku tak akan jemu melagukan syairRindu mendayu..Merayu...Kepada-NYA Tuhanku yang satu...Andai aku tahu ini Ramadhan terakhirTentu solatku dikerjakan di awal waktuSolat yang dikerjai...Sungguh khusyuk lagi tawadhu'Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diriMengadap Rabbul Jalil...Menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam] Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlaluSetiap masa tak akan dipersia begitu sajaDi setiap kesempatan juga masa yang terluangAlunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkanAndai ku tahu ini Ramadhan terakhirTentu malammu aku sibukkan dengan Berterawih...Berqiamullail...Bertahajjud...Mengadu...Merintih...Meminta belas kasih...."sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"Oleh itu duhai Ilahi...Kasihanilah daku hamba-MU yang...Hina..Dhaif..Jahil..Lagi Banyak Dosa ini..Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..Moga ku istiqamah di ramadhan ini.. ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

Ahad, 2 Ogos 2009

hidup bersahabat..


"UKHUWAH" itu bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujungnya..dicipta untuk mengingatiNya..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..
terima kasih kepada sahabat yang memberi award ini..nuhassilu biha birridho..

Jumaat, 12 Jun 2009

Tarbiah....


Bismillahirrahmanirrahim..
menyingkap diri..
merenung peribadi..
kesepian rohani..tazkiyatunnafsi..
membuatkan aku muhasabah kenbali..
tika ku ingin melelapkan mata..
terbayang akan azab Alah ke atas hambanya..
sungguh kerdil ku di mataNya..
walau sekecil zarah cuma..
namun.. cukup untuk meragut sukma..

namun..
peperangan nafsu..
bukanlah sesuatu yang gampang..
serasa seperti berperang dengan kematian..
turuhn naik..
istiqomah yang kian pudar..
mencamukkan fikiran..

tarbiah..
amat kurang kala ini..
ku cuba mencari dan mencari..
ku pohon agar nur ilahi..
senantiasa menyinari..
inginku paut erat2..
agar dapat ku kembali kepada ruhiyyah yang diimpi..

kerana itu..
tak mungkin dapat aku salahkan sesiapa..
tatkala diri bergelumang dosa..
padamu tuhan..
terima kasih atas ujian yang kau berikan..
membuatkan aku kembali kepada fitrah kejadian..
yang selama ini..
makin jauh dari benak ingatan..

aku berjanji pada diriku..
InsyaAllah..
akan ku perbaiki diri ini dari masa ke masa..
untuk bekalan di alam yang baqa'..
kerana aku masih mempunyai peluang itu..
selagi tuhan tidak menarik apa yang telah dipinjamkan kepadaku..

pada sehabat..
ingatkan aku jika terlupa..
bimbinglah aku..menuju redhaNya..
kekalkan aku dalam tarbiahNya..
agar..
raudhoh yang diimpi..
menjadi kenyataan yang abadi...

Rabu, 4 Mac 2009

wahai diri..

sejenak..
aku terfikir..

mengapa sukar diri ini..
untuk ampuh dengan ujian yang Allah beri..
sejenak..
aku terfirir..
mengapa mudah sangat menyerah..

tatkala kegagalan masih belum mempamerkan wajah..

sejenak..
aku terfikir..
mengapa amarah mudah menguasai..
tatkala kesabaran insani ini diuji..

adakah aku lupa..
Allah itu maha pemurah..
Ar-Rahman..
Allah itu maha penyayang..
Ar-Rahim..

mana mungkin..
Dia menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dupikul..
mana mungkin..
dia menyuruh hambanya berputus asa...
mana mungkin..

dia membenarkan amarah beraja dalam sanubari..
tatkala iman penyeri di hati..

oleh itu..
wahai diriku..

bangkitlah..

bina keperibadian daripada ujian..

agar ketabahan dan kematangan mengajar erti kehidupan..
binalah kekuatan..
bagi meranduk denau2 kepayahan..
agar tidak mudah rebah di hari kemudian..
dan hiasilah diri dengan ketakwaan..
basahilah diri dengan air penyucian..
semaikanlah nur di hati yang kesuraman..
agar ketenangan dirasai di saat kemarahan cuba memporakperandakan..

ingatlah diri..
kita hidup di dunia ini..
hanyalah seketika..
mati itu pasti..
hidup itu insyaAllah..
walau apa pun yang kau lakukan..
ingatlah tuhan..
kelak insyaAllah..

dirimu tidak akan terpesong dari landasan..
wallahua'lam..

nukilan diri sendiri....

Jumaat, 30 Januari 2009

MENCARI HATI MAHMUDAH..

betapa berharga hati ini
ketulan daging anugerah tuhan
mengukir gerak melakar hasrat
apabila disalut murni
terpelihara seluruh anggota
apabila diselimuti kekeruhan
tercalar citra insani

ingin kumiliki nurani terpuji
memancar ketaatan ketulusan
bermujahadah melawan nafsu
memugar godaan syaitan
mensyukuri nikmat ilahi

mampukah mendakap
keluhuran
menebar jala kemaafan
menabur benih kasih sayang
menyulam jiwa pemurah

menobat sifat mahmudah
meminggir hasad dan iri
menyingkir nista dan khianat
menghindari sifat mazmumah

umi kalsum idham
batu pahat
berita harian
27 dis 08

Sabtu, 17 Januari 2009

kerana manisnya gula..


kerana manisnya gula
semut sanggup menjadi hamba
kepada nafsu terikut semahunya
sakar beracun bersalut madu
terkejang semut oleh kemanisan
rasa dan cinta tidak berkesudahan
kata semut kepada manis gula
"aku sanggup mengurungimu
selagi kau menyimpan manismu."

Kerana manisnya gula
semut sanggup meninggalkan busut
di sana sarang kehidupan tenang
halaman kedamaian yang lapang
beriringan mereka ke jalanan
mencari kemanisan yang memenjara
kata gula kepada setia semut,
"Kematian kau kerana haloba
tergoda oleh kemanisan sementara."