Memaparkan catatan dengan label sharing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sharing. Papar semua catatan

Isnin, 9 Januari 2012

tangisan pemadam kemarahan..



bismillahirrahmanirrahim...

Dugaan itu berhikmah bukan??
Setiap yang diberi dugaan pasti akan tersenyum juga suatu hari nanti..percayalah!
dugaan membuat kita berfikir..menjadikan kita lebih matang..dan mendekatkan diri kita dengan pencipta..


namun di sini itu bukanlah perkara utama yang akan dibincangkan..
tapi pokok pangkalnya...marah dan tangis...ada kaitannya dengan intro di atas..

hanyasanya tatkala kita ditimpa musibah...pelbagai reaksi yang akan menyambut...

mari kita huraikan 2 reaksi utama ini...

marah..

perasaan yang tinggi frekuensinya..
menyebabkan seluruh tenaga bak goku yang menigkatkan kuasa..
disusuli dengan maki hamun dan kata-kata penuh kepedasan..
memang membuatkan orang takutlah nak cakap kat sini
...
nak tegur pun akan menjadi serba salah..
susulan rungutan yang secara zahirnya terarah pada manusia namun hakikatnya secara tidak disengajakan telah menyalurkan kata-kata kurang enak itu pada yang maha mencipta..
tidakkah kita malu?malu dengan sikap kita yang tak tentu pasal itu?
sedang kita tak pernah nak selalu memuji tuhan bila ada benda2 yang takjub di mata kita...
p/s:cantik ke muka marah ni?

tangis pula..
perasaan rayuan dayuan melankolik romantis..
kadang rendah kadang tinggi frekuensinya..
menyebabkan kebasahan dan perubahan memek muka yang meraih simpati..
dan kadangkala tidak kedengan suaranya..
tangisan kesedihan..tangisan kegembiraan...

persoalan di sini...
kawan marah dengan tangisan??
pernah cuba?pernah try?
mari sama2 sahabat2 sekalian!
kita tukar kemarahan dengan tangisan!
kemarahan terlampau dengan tangisan muhasabah..
kemarahan tersalah dengan tangisan mengalah..

tips mudah..

'nak marah je istighfar banyak2'

dari susah..kepada mode dub dap..kepada mood tenang..kepada mood sayu..

tapi dengan syarat mesti istighfar sambil sebut makna dalam hati..hayati dan fahami...
sesali dan insafi..
tanya pada diri..
'LAYAKKAH AKU NAK MARAH ORANG?SEDANG AKU PUN SELALU BUAT ALLAH MARAH?'

insyaAllah pasti berkesan!
nak lagi baik

lepas dah tenang n sayu..

1)ambil wudhuk
2)solat sunat (sujud lama sikit)
3)ingat dosa2 kita pada Allah..mohon ditetapkan kesabaran dalam diri..

SABARLAH..ITU YANG SEBAIKNYA=)



#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 3 Januari 2012

refresh niat


bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kepada ilahi kerana masih dalam keadaan yang baik dan masih mampu bernafas di tahun baru masihi ini..

Sememangnya musim peperiksaan mahasiswa mahasiswi telah tiba..
Selamat belajar dan terus belajar..

Dalam kita sibuk mentelaah dan murajaah ilmu..
jangan kita lupa tujuan asal kita mencari dan menimba ilmu..

Peringatan utama untuk diri sendiri yang terkadang alpa juga lantaran ketakutan dan kecemasan untuk menghadapi imtihan..

Oleh itu..
Marilah sama-sama kita refresh niat dari masa ke masa..





#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 10 Disember 2011

jom milikinya!

bismillahirrahmanirrahim...
tadi selepas menghantar junior ke giant..
terasa ingin singgah di Popular...
sebelum tu ety keluarkan duit RM100 memandangkan dalam beg duit memang 'kering'..
sebab ety tak mahu hanya 'terliur' melihat buku-buku lantaran ety ni agak 'gila' untuk memiliki semua buku yang ada di kedai buku tersebut ^_^


sejurus ety masuk je ke kedai tu..
pandangan mata ety tertumpu pada buku yang berwarna merah yang amat menarik pada pandangan mata ety...
ety segera menghampiri buku tersebut..membelek-belek setiap muka..
sungguh..ety juga sudah terpikat dengan isinya....=)
lalu ety sudah berhasrat untuk membelinya selepas selesai membelek buku2 yang lain..

ety pun meneruskan penjelajahan dari rak ke rak..
selajur...ety terpandang pula buku di atas di tempat display..
sungguh..ini bukan kali pertama ety melihat buku ini..
namun hati ety tiba2 tergerak untuk membelek helaian muka buku ini...
"simple but effective"
itu yang terlintas kat benak ety dalam proses 'bedah' itu...
sambil mengira-ngira baki di dalam beg duit selepas membeli barang di Giant tadi..
ety pun terus membuat keputusan untuk memilikinya^_^

sudah membayar pun..
tetiba tergoda lagi dengan buku planner 2012 yang amat berpatutan harganya..
walhal tadi di Giant ety sudah membeli buku catatan diari muslim 2012...
aduh...nafsu untuk membeli tidak dapat ditahan lantaran wang di beg duit masih berbaki..
lalu bermulalah proses jual beli kali kedua..

dan ety memang x sabar2 nak baca buku-buku di atas ni....

semoga kawan2 pun dapat memiliki buku-buku di atas..
trutama buku meraikan kasih di langit syurga tu...
sangat sesuai dan bertepatan untuk panduan cinta pada masa kini...
insyaAllah...sama2lah kita ambil manfaat daripada sekelumit ilmu Allah ini...
#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 7 Julai 2011

mutaba'ah vs mujahadah

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt..
buat sahabat2 yang ety sayangi sekalian..
semoga berada dalam kondisi iman yang stabil insyaAllah...

sambil kita santai melayari internet waktu nih..
mari sama2 kita fikirkan dan renungkan tajuk di atas..
untuk ety juga yang bukanlah ahli dalam bab ini tapi ingin berkongsi sedikit rasa dan fikrah..

mutaba'ah...
insyaAllah...
ety rasa kawan2 di luar sana pernah mendengar tentang perihal ini...
kerana ety percaya kehidupan antum seharian sudah pastinya berpaksikan mutaba'ah yang memang antum telah atur dan selaraskan untuk diri antum...insyaAllah..

buat yang masih belum mengetahui..
tidak mengapa...
mutaba'ah ialah kalimat arab yang bermaksud mengikuti atau yang lebih sesuai ialah mengawasi..
tak kesahlah dalam apa2 perlaksanaan kerja dalam kehidupan perlu ada pengawasan agar sentiasa ada keteraturan dan keberlangsungannya..
namun apa yang ety nak highlightkan kat sini ialah berkenaan dengan mutaba'ah iman itu sendiri...

mungkin ada antara antum yang memang telah dididik dari rumah lagi oleh ibu bapa tentang perihal mutaba'ah iman ini...alhamdulillah..panjatkanlah setinggi2 kesyukuran kerana kita sebenarnya telah terlatih dari kecil ...

kebiasaannya,
dalam lingkungan umur kita ini..
mutaba'ah mingguan sering kita buat untuk memeriksa tahap keimanan kita dari semasa ke semasa..
biasanya yang jadi pemantau ialah murobbiah kita sendiri..
dan seringkali dicatit dalam bentuk jadual agar lebih tersusun dan teratur pengawasannya..
alhamdulillah..

cuma apa yang ety nak antum renungkan..
sejauh mana mujahadah kita pada mutaba'ah tersebut??

mujahadah yang ety maksudkan di sini bukanlah sahaja yang bermaksud bagaimana untuk memastikan kita memenuhi 'kotak2' dalam jadual kita itu..
tapi juga dalam erti kata lain mujahadah untuk bergerak sendiri tanpa paksaan murobbiyah dan pengawasan insan lain..
atau dengan mudahnya dalam mencapai keikhlasan dan kerelaan dalam melakukannya tanpa paksaan...
ety percaya perkara ini bukanlah mudah seperti yang dilafazkan...
ety pun mengalami kesukaran tersebut..
tapi menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk kembali bangkit membetulkan kembali apa yang terkurang..
tidak mustahil untuk beriltizam dengannya...
percayalah..
cuma kita sepatutnya bersyukur kerana kita sentiasa disokong oleh halaqah mate kita dan murobbiyah kita dalam mencapai matlamat mutaba'ah iman kita itu...

usahlah kita jadikan kekangan waktu sebagai penyebab kita untuk tidak menyempurnakan mutaba'ah tersebut..
kerana jika kita betul2 merenung kembali..
memang betapa senang untuk mengukir alasan bagi perkara kebaikan yang kita 'malas' untuk laksanakan..
Allah telah beri kita cukup masa...cuma kita yang menjadikan masa itu 'sesak' bagi kita...
mungkin jika kita merasakan tiada ruang..
fikir2kanlah...
hendak seribu daya..mahu seribu cara..

dan selalunya kan sahabat2...
mutaba'ah kita sering terjaga masa minggu peperiksaan..
tabi habis sahaja exam....gedebush....
mutaba'ah ke mana...mujahadah ke mana...
dan bila result kita tak seperti yang kita inginkan..
cepat sekali kita melatah mempersoalkan itu dan ini..
sedangkan sebenarnya kita tak sedar bahawasanya usaha kita tak sampai pun ke penghujungnya...

insyaAllah..
bersempena Syaaban yang bakal menyambung Ramadhan...
sama2lah kita memperkemaskan mutaba'ah kita..
biasa bagi manusia untuh mantap mutaba'ah imannya di bulan Ramadhan..
tetapi luar biasa dan jarang bagi masyarakat kita untuk mujahadah memantapkan mutaba'ah di bulan lain...
dengan alasan...
syaitan di bulan Ramadhan dibelenggu...
di bulan lain godaannya tak dapat dielak....
tapi kan kawan2..
jangan kita lupa pada godaan terbesar dalam diri kita yang sentiasa kekal iaitu nafsu..
sepanjang masa 'bertakhta' dalam lubuk kita...
jadi tiada masalah bagi kita sebenarnya untuk mujahadah dalam mutaba'ah...
insyaAllah..
mungkin ade segelintir pendapat yang merasakan mutaba'ah seakan2 ingin menunjuk2 amal ibadah kita pada orang lain..
ketahuilah rakan2 yang disayangi sekalian bahawa nabi Muhammad saw dahulu pun melaksanakan mutaba'ah dalam kalangan sahabat2nya..
dan ingatlah bahawasanya jika kita takut melakukan sesuatu kerana khuatir kita akan bersifat riak..sebenarnya..kita sedang riak....


akhirulkalam...
ety nak seru pada diri ety..
dan juga sahabat2 sekalian...
marilah kta sama2 konsisten dan mujahadah dalam bermutaba'ah...
percayalah..usaha kita itu tiadalah sia2..
semuanya insyaAllah dalam redaNya..
fastabiqul khoiraat.....^_^

p/s:afwan jika ada kata2 yang menyinggung..
ety pun masih belajar..
apepun..
ety alu-alukan pendapat dan teguran dari antum...


#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 22 Jun 2011

penat tidak mengapa~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..masih celik lagi mata ni kala ini..
walaupun esok ety ada kuliah aqidah..
harap2 dipermudahkan..

td selepas ety balik dari kelas fiqh ibadat dan munakahat..
terus ety bergegas menuju ke pasar malam..
perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit ety pendekkan kepada 5 minit..
dengan tujuan..untuk membeli barang dapur..
bersama ukhti z..ety mencari barang yang diperlukan seperti kebiasaannya..
alhamdulillah...dapat jugak ety beli kesemuanya,,

begitulah rutin ety setiap selasa,,
bersyukur jugak sebab kelas fiqh ustaz Yumni selalu keluar awal sedikit..
jadi sempatlah ety memecut ke pasar malam untuk bekalan barang dapur mingguan..

pernah ety ditanyakan..
"tidak penatkah?"

malah tidak tahu mengapa...ety tidak berasa penat..
mungkin hingga kini ety masih berpegang dan ingat akan kata2 guru ety di sekolah dulu..

"anggaplah amanah sebagai tanggungjawab dan bukannya beban"

bila ia amanah..
memang kita tahulah kan..bahawa amanah adalah benda yang paling payah untuk dilaksanakan..
jadi..jadi tanggungjawab kita untuk laksanakan dengan sempurna..bila kata kita ni dipertanggungjawabkan..maka apa lagi yang nak dipersoalkan?mukallaf...kita pun paham akan konsepnya kan?

kalau amanah itu beban..akan terasa berat sangat kat pundak kita...walhal kadang2..perkara tu kecil ja..tp bila terasa macam beban...perkara kecil dibesar2kan..
akhirnya...amanah ntah ke mana...kita yang merana..

oleh itu sahabat2 ety sekalian...
laksanakanlah amanah yang telah kita terima dengan hati yang terbuka..
jangan awal2 dah setting minda bahawa amanah tu berat sangat sampai tak termampu kita...
rajen2lah motivasikan diri sendiri bahawa kita boleh lakukannya..
sebab kudrat kita ni..semuanya dengan izinNya..
tiada satu pun milik kita..
semuanya pinjaman..

jangan kita nak tunggu badan sahaja yang berbakti..
sebaliknya patutlah lebihkan kita berbakti untuk badan..

dan lagi satu...

"kalau kita rasa sedih pabila kasut kita hilang,ingatlah bahawa ada orang yang lagi sedih sebab kakinya yang hilang"
=)
mari bersyukur!!




#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 18 Mei 2011

kesedaran

ASSALAMUALAIKUM..

alhamdulillah..
segala puji bagi Allah kerana beri peluang kat ety mengupdate blog nih sementara menginstall something kat lappy nih..

hurm..
ety nak crita pasal fenomena kini yang nampaknya manusia sekarang lebih 'aware' ngan keadaan dan keperluan bagi melengkapi hidup..

hari tu,,
ety ngan 2 orang junior kat kg ety berjalan ke pasaraya The Store berhampiran..
sebab ety mase tu nak mencari CD kosong untuk mengurangkan 'barang2' dalam laptop ety..
semasa kami sama2 berjalan di di sebuah kedai buku..
tiba2 seorang junior ety yang ety kenalkan ngan name dayah tanye kat ety...

"kakak,mathurat tu ape ye?"

ety pun menerangkan serba sedikit tentang mathurat,kandungan dan kelebihannya..
melihatkan mereka berdua seperti tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut,
ety pun menghadiahkan mathurat mini kepada mereka berdua..
sungguh senang hati ety bila melihat mereka berdua sungguh teruja dan gembira..

semasa kami hendak membayar di kaunter pembayaran..
kami terdengar suara dari belakang..

"kak,kat sini ada jual mathurat?"

kami bertiga tersenyum sendirian=)

sebelum pulang..
kedua2 junior tu ety hantar pulang ke rumah berbekalkan mathurat yang insyaAllah menjadi pedoman kehidupan seharian mereka,,,



#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 3 Mei 2011

ingatan yg berbalas

assalamualaikum wbt...

alhmdulilllah...

masih ety hidup di dunia yg fana nih..
masih dpt menghirup udara malam nih..

"bila kita teringat kat seseorang tuh..pasti dia akan teringat balik kat kita..."

teringat kata2 kak penyelia asrama dulu..
tyme tu ety berkongsi masalah ngan beliau...
masalah berkaitan hati...
alhamdulillah..
beliau berikan ety kata2 semangat..
dan ety bersyukur sangat2 ety dah bleyh mengawal masalah tuh..
tp di sini..
ety nak bawak sahabat2 ety berfikir dan imbas kembali..
betul ke sebenarnye bila kita ada ingatan pada seseorang itu...
insyaALLAH akan berbalas ingatan kita itu...
tp apapun...
semestinya..
bila kita teringatkan Allah...
berganda2 lagi Dia ingat pada kita...
naluri ibu bapa..ibu khususnya..
akan terasa bila anaknya susah...tringat padanya...

apepun..
ingatan yg tulus ialah dalam doa untuk org yg diingati..
agar sentiasa sejahtera walau di mana berada...
kerana doa yg baik tu akan kita dapat 'sahamnya' skali..
dan pasti kita inginkan yg terbaik kepada org yg kita rindui dan ingati kan?
apapun...
jangan lepaskan atau lupakan dan lepakan sedikitpun ingatan kita pada ilahi...
kerana Dialah yg mengaturkan segala hidup kita..
mintalah padanya agar kita diberi rahmat dan secebis kasih sayangNya buat sekalian yg lain..

semoga dengan ingatan itu...hidup kita akan mendapat rahmatnya=)


#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 26 April 2011

bersama2^^

bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah..
ety sangat bersyukur pada Allah kerana dihadiahkan perasaan ini...
ety nak berkongsi ngan kawan2...
marilah kite amalkan solat jemaah...
selain fadhilat yang memang kite sedia maklum...
solat jemaah juga dapat menimbulkan keterikatan hati antara kita...

cubalah kalau kawan2 tidak percaya...
kawan2 akan dapati orang yang kawan2 slalu berjemaah bersama akan lebih kawan2 ingat dan rasa senang dengannya...
perkara ini ety sedar td..
bila ety fikir mengapa dengan kawan2 serumah ety mase tamhidi dulu..
sangat2 senang ety dengan mereka...
berkongsi suka duka...
keterikatan hati ngan mereka lebih utuh....
nama mereka sering ety ingat dan sebut dalam doa ...
selain solat jemaah...
makan berjemaah..
study berjemaah..
dan macam2 lagi yang berjemaah dapa mengikat hati kita sesama saudara seIslam....
oleh itu..
amalkan dan hayatilah ia..

setakat ini sahaja dari ety...
diharap perkongsian yg sedikit ini dpt kita jadikan pedoman..
sekian..


#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 24 April 2011

semoga kebaikan bersamamu sahabat


bismillahirrahmanirrahim....

sesungguhnya beserta kesusahan ada kemudahan~

sesungguhnya beserta kesusahan ada kemudahan~

sesungguhnya beserta kesusahan ada kemudahan~

sahabat..
semoga dengan ketabahan mu itu diberi ganjaran yang tidak ternilai oleh Allah...
yakinlah...
tiada yang ditimpakan kepadamu itu kesusahan melainkan hanyalah yang kau mampu..

janji Allah itu pasti!

kupetik dari kata2 Jonathan Swift

"If a lump of soot falls into the soup and you cannot conveniently get it out, stir it well in and it will give the soup a French taste."

kami sentiasa akan doakanmu!


semoga dengan ujian yang ditimpakan ke atasmu ini buat kau lebih matang melihat hikmah disebaliknya...









#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 18 April 2011

belajar dari kesilapan yang menginsafkan..

assalamualaikum kawan2 semua!

hari ini ey nak sambung kisah perjalanan ety smalam..
tp ni lain sket...
ade dua kisah lagi...
harap dpt membeti manfaat ye...

*************

akibat kelalaian

incident ni berlaku mase ety dan kawan2 menaiki satu teksi bersama2 kawan2 Pandan Indah ntuk ke lrt Cempaka..
semasa teksi kami ingin mengambil selekoh ke kiri..
tiba2 kami terdengar bunyi yang sangat kuat..
apabila ety menoleh ke kanan, ety lihat seorang penunggang motosikal yang berusia dalam lingkungan 20-an telah tercampak dari motornya sendiri..
apa yang dapat ety lihat...motonya tercamoa ke bahu jalan manakala dirinya terheret ke tengah jalan...
menurut ain, die mengalami hentakan yang kuat di leher...
tp alhamdulillah..ade seorang lelaki yang membantunya..menungggang motosikal juga..
lelaki yang kemalangan itu kiranya membawa motor sambil mendengar muzik dan dengan kelajuan yang agak tinggi membuatkan dia tercampak ke tengah jalan...
mujurlah dapat diangkat cepat ..
dantiada kenderaan besar yang lalu di situ...
jika tidak, mungkin dah arwah dah..
nauzubillah...
ety walaupun tak dapat lihat ngan jelas aksi yang jatuh tu pun dah ngeri dah..
rase insaf seketika bila teringat yang ety ni ske sangat bwk krete laju..
kalau kita menemui ajal dengan care begitu..dah dikira membunuh diri kerana kita bawa dengan kelajuan yang kita sudah tahu boleh membahayaan nyawa...itu yang seorang ukhti cakap pada anala...
apepun...kalau nak bawak lagu pun....bertempatlah....
dan nasib baik lelaki tersebut memakai topi keledar..
kalau tidak...tidak tahulah apa yang berlaku padanya...

******************
sayangilah saudaramu melebihi hartamu

kisah nih sewaktu kami makan tengah hari selepas keluar dari Aquaria dan solat..
nak dipendekkan serita..
sedang ety dan kawan2 enak menikmati hidangan masing2...
tiba2 tersengan bunyi dentuman yang kuat..
bila kami menoleh kebelakang..
kelihatan seorang tua telah jatuh disitu..
memang sudah diletakkan papan tanda licin..
tetapi mungkin dia tidak perasan...
dan serta merta ahli keluarganya mendapatkannya dan mengangkat lalu dudukkan di kerusi..
bertanya ala kadar...mereka membiarkan orang tua tersebut yang sedang berasa sakit,
seorang dari mereka mengambil kamera yang orang tua td pegang...dan membelek2 dan mencuci sepertinya itu lebih bernilai tanpa hiraukan kesakitan yang orang tua itu tanggung..
hurm...ety harap kawan2 taak macam tuh..
kalau iye pun takut barang rosak...
jangan sampai buat saudara kita berasa hati ngan kita...
utamakanlah mereka ya..
oklah..
nanti insyallh ade lagi yang ety nak kongsi ngan kawan..k=)
wassalam

#nuhassilu biha birridho..#