Selasa, 24 Mac 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009)


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009)
Kategori Pameran
Peringkat Antarabangsa
Tarikh 17 April 2009 - 26 April 2009
Masa 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Tempat Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC)
Penganjur Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
Nota Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 17– 13 April 2008
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur (PWTC)
Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam (Isnin–hamis)
10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat – Ahad & cuti am)
Tema : BUKU: LAKARAN MASA DEPAN

Majlis Perasmian PBAKL 2009 akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 18 April 2009, jam 10.00 pagi di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 7019/22 atau layari laman web PBAKL : http://www.klbookfair.com

Isnin, 23 Mac 2009

ALLAH ADA, ALLAH LIHAT

Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "Allah ada, Allah melihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan "Allah ada, Allah lihat". Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati.

Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.

Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik "ada orang! ada orang!". Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, "Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!"

Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.

MORAL & IKTIBAR

    • Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain
    • Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
    • Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya
    • Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar
    • Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya
    • Ungkapan seperti 'Allah melihat apa yang kita buat' patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita.
    • Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil
    • Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior
    • Mengingat Allah menjauhkan kita dari melakukan maksiat

Rabu, 18 Mac 2009

balik kampung..

bismillah..maaf kerana sudah lama tidak mencoret apa2 di blog nih..ana sebenarnya baru balik dari kampung..mlaka..atuk ana dan nenek ana demam..katenye rindu kat cucu..ana pun spend la mase ngan adik ana mereka kat mlaka..tak banyak berubah..atuk ana pun..bekerja terlalu keras..hmm..sepatutnya..dengan keadaan umur yang menjangkau 70-an..kenalah berehat..hmm..atuk ana tu memang pantang duduk diam..jadi macam tak lengkap idup..yela,,dah biase sebuk...hmm..apakah ana sempat menjangkau usia seperti atuk ana tu?hanya Allah sahaja yang tahu..apa pun..ana mengharapkan keredhaan dan kesejahteraan buat atuk dan nenek ana..semoga mereka cepat sembuh..wallahua'lam..

Rabu, 11 Mac 2009

spm dan stam..keputusan dinanti penuh debaran..


Bismillah.. hmm..pejam celik pejam celik.. esok insyaAllah akan diumumkan keputusan spm dan stam.. setelah lebih 2 bulan menunggu.. diharap antum semua dapat mendoakan ana dan kawan2 ntuk spm.. semoga kejayaan dan kecemerlangan dikecapi bersama.. dan kepada semua kawan2 yang akan mengambil keputusan SPM dan STAM pada esok hari.. ana ucapkan slamat maju jaya.. bitafauwuqi wannajah.. baik buruk keputusan kita..semua ditentukan pleh Allah.. kita sudah berusaha.. dan sebagai muslim..haruslah kita berdoa dan bertawakkal.. Doa itulah penguat kita..doa itulah senjata.. siapa tahu..disaat akhir ini.. doa kita diterima rabb?hmm.. tenanglah hadapi segala kemungkinan.. Dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik ntuk kita.. dan diharap segala yang diterima dapat memuhasabahkan diri kita semula.. tentang kelemahan kita sebagai seorang muslim.. jangan mudah goyah dengan ujian ilahi.. lam tai as min rahmatillah.. dan ana harap tiadalah sahabat2 yang melakukan perbuatan diluar jangkaan.. semua yang ditentukan itu ada hikmahnya...itu yang pasti..hanya tuhan yang maha mengetahui.. wallahua'lam..

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Jumaat, 6 Mac 2009

Schulfächer..matapelajaran..

bismillah..
ari ni ana nak kongsi perkataan2 jerman yang baru..
berkaitan dengan subjek2 atau mata pelajaran...

Biologie(bioloji)
biologi

Chemie(kemi)
kimia

Mathematik(matematik)
matematik

Deutsch(doich)
bahasa jerman

Kunst(kuns)
seni

Musik(muzik)
muzik

Englisch(english)
bahasa inggeris

Französisch(fghantsoezish)
bahasa perancis

Geschichte(geshikhte)
sejarah

Wissenschaft(vizenshaft)
sains

Physik(fizik)
fizik

Religion(ghelijion)
agama

Malaiisch(malaish)
bahasa malaysia

Arabisch(aghabish)
bahasa arab

Geographie/Erdkunde(jiogghafi/erkunde)
geografi

Mein Lieblingsfach ist...
(main liblingsfakh is)
subjek kesukaan saya ialah.....

Ich mag....
(ikh mag...)
saya suka....

Das ist alles für heute
(das is alles fior hoite)
setakat ini sahaja untuk hari ini

wallahua'lam...
nuhassilu biha birridho....
wassalam...


Rabu, 4 Mac 2009

wahai diri..

sejenak..
aku terfikir..

mengapa sukar diri ini..
untuk ampuh dengan ujian yang Allah beri..
sejenak..
aku terfirir..
mengapa mudah sangat menyerah..

tatkala kegagalan masih belum mempamerkan wajah..

sejenak..
aku terfikir..
mengapa amarah mudah menguasai..
tatkala kesabaran insani ini diuji..

adakah aku lupa..
Allah itu maha pemurah..
Ar-Rahman..
Allah itu maha penyayang..
Ar-Rahim..

mana mungkin..
Dia menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dupikul..
mana mungkin..
dia menyuruh hambanya berputus asa...
mana mungkin..

dia membenarkan amarah beraja dalam sanubari..
tatkala iman penyeri di hati..

oleh itu..
wahai diriku..

bangkitlah..

bina keperibadian daripada ujian..

agar ketabahan dan kematangan mengajar erti kehidupan..
binalah kekuatan..
bagi meranduk denau2 kepayahan..
agar tidak mudah rebah di hari kemudian..
dan hiasilah diri dengan ketakwaan..
basahilah diri dengan air penyucian..
semaikanlah nur di hati yang kesuraman..
agar ketenangan dirasai di saat kemarahan cuba memporakperandakan..

ingatlah diri..
kita hidup di dunia ini..
hanyalah seketika..
mati itu pasti..
hidup itu insyaAllah..
walau apa pun yang kau lakukan..
ingatlah tuhan..
kelak insyaAllah..

dirimu tidak akan terpesong dari landasan..
wallahua'lam..

nukilan diri sendiri....