Ahad, 2 Ogos 2009

hidup bersahabat..


"UKHUWAH" itu bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujungnya..dicipta untuk mengingatiNya..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..
terima kasih kepada sahabat yang memberi award ini..nuhassilu biha birridho..

Selasa, 21 Julai 2009

taubatlah sebelum terlambat..



salam alaik..lailan saiedah..semoga antum semua berada di bawah rahmat ilahi..video ini ana upload dari youtube..untuk renungan sesama kita..kepada yang pernah terjebak..insaflah..mati tidak mengenal usia..ana rasa tiada antara sahabat ana yang terjebak..semua dalam lindungan ilahi..jika pernah dan telah bertaubat..ingatlah sahabatku..itu semua ujian tuhan..sesungguhnya..haruslah kita bersyukur kerana dilindungi Allah dan mengambil iktibar dan perhatian dengan keadaan ummat islam kini..moga hati2 kita semtiasa dipelihara olehNya dan semoga dosa2 kita selama ini diampunkan tuhan..wallahua'lam..

Jumaat, 10 Julai 2009

KEKAYAAN YANG SEJATI DAN HAKIKATNYA

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad saw bersabda,¨Bukan dianggap memiliki kekayaan itu dari sebab benda atau harta yang dimiliki, tetapi kekayaan yang sejati ialah kaya dalam hal kejiwaan.¨
hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Kaya..semua orang nk jadi kaya..tapi dari segi apa kita mempunyai pendapat yang berbeza..harta..emas..perak..budi..senyuman..ilmu..dan bermacam2 lagi..kaya bukanlah sesuatu yang salah..tapi sejauh mana ketepatan takrifan kaya untuk diri kita yang mengharapkan keredhaanNya..tidak salah untuk kaya harta...tetapi adalah lebih baik untuk kita mengejar kekayaan jiwa dahulu sebelum kekayaan duniawi kita kejar..pun begitu..adalah tidak salah jika kita hendak melaksanakannya seiring..tetapi ketaksuban mengejar harta dunia haruslah dijauhi..kerana hidup ini hanya sementara..mati tak mengenal usia..kita sebagai umat Islam digalakkan bersederhana..ramai sahabat2 nabi pada zaman dahulu mrnggadaikan kekayaan hart semata2 untuk memenuhi kekayaan jiwa...tidak mudah bagi kita untuk mendapatkan kedua2nya.melainkan atas kehendak Allah terhadap orang yang dikehendakinya...kerana hakikatnya..to gain something..we must sacrifice something..apakah yang dimaksudkan tentang kaya dalam hal kejiwaan?

hmm...berat juga untuk ana antuk memperkatakan tentang perkara ini..namun..untuk teguran atas diri ana juga..ana akan cuba kongsikan sedikit sebanyak ilmu Allah yang diilhamkan kepad ana..
seorang penyair arab ada mengatakan:

barangsiapa yang mempergunakan seluruh waktunya untuk mengumpulkan harta benda,sebab takut akan menjadi fakir miskin,maka itulah orang yang melakukan amalam yang fakir,

kekayaan jiwa..amat sinonim dengan hati..hati yang kosong amat mudah dipengaruhi dengan kebatilan dan kekufuran..manakala hati2 yang sering diisi dengan rasa cinta terhadap Allah..seringkati dikurniakan kekayaan yang abadi..apa itu kekayaan yang abadi??hmm...sebagai manusia..pastinya kita mendambakan hidup yang penuh dengan pengertian dan kemanisan..dan sentiasa mendapat keredhaan..ketenangan amat diharapkan agar segala yang diharap berjalan dengan lancar..kegoyahan akal dan emosi menyebabkan kita sukar untuk berfikir dengan waras..Allah telah memberikan banyak panduan untuk mendapatkan kekayaan jiwa ini..dengan memngingati Allah..pasti hati kita akan jadi tenang..kerana kita sentiasa sedar akan kehadiranNya yang sering menjaga kita..

duhai sahabat..usahlah antum risau jika harta tidak berbondong-bondong..emas tidak berkati-kati..sebaliknya risaulah sekiranya hati kosong..jiwa miskin..dan akal papa..carilah ubat hati yang lima..tunaikanlah kewajiban dan tinggalkan laranganNya..agar kelak..kekayaan yang hakiki dapat kita raih..wallahuaĺam..

Jumaat, 26 Jun 2009

makanan dan hikmahnya...




Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Jumaat, 12 Jun 2009

Tarbiah....


Bismillahirrahmanirrahim..
menyingkap diri..
merenung peribadi..
kesepian rohani..tazkiyatunnafsi..
membuatkan aku muhasabah kenbali..
tika ku ingin melelapkan mata..
terbayang akan azab Alah ke atas hambanya..
sungguh kerdil ku di mataNya..
walau sekecil zarah cuma..
namun.. cukup untuk meragut sukma..

namun..
peperangan nafsu..
bukanlah sesuatu yang gampang..
serasa seperti berperang dengan kematian..
turuhn naik..
istiqomah yang kian pudar..
mencamukkan fikiran..

tarbiah..
amat kurang kala ini..
ku cuba mencari dan mencari..
ku pohon agar nur ilahi..
senantiasa menyinari..
inginku paut erat2..
agar dapat ku kembali kepada ruhiyyah yang diimpi..

kerana itu..
tak mungkin dapat aku salahkan sesiapa..
tatkala diri bergelumang dosa..
padamu tuhan..
terima kasih atas ujian yang kau berikan..
membuatkan aku kembali kepada fitrah kejadian..
yang selama ini..
makin jauh dari benak ingatan..

aku berjanji pada diriku..
InsyaAllah..
akan ku perbaiki diri ini dari masa ke masa..
untuk bekalan di alam yang baqa'..
kerana aku masih mempunyai peluang itu..
selagi tuhan tidak menarik apa yang telah dipinjamkan kepadaku..

pada sehabat..
ingatkan aku jika terlupa..
bimbinglah aku..menuju redhaNya..
kekalkan aku dalam tarbiahNya..
agar..
raudhoh yang diimpi..
menjadi kenyataan yang abadi...