Jumaat, 14 Ogos 2009

perginya seorang permata..


Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI
Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU
Kat syurga... hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI
Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU
Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)

ASRI
Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU
Jadi. Kenape?

ASRI
Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani.
Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…

AKU
Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI
O.k! Insya'ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU
Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI
Album mane ni?

AKU
Kan kita ade dua album yang belum release lagi.
Satu, yang amalan orang-orang melayu.
Satu lagi yang Ratib Hadad tu

ASRI
Abis anta kuar mane dulu?

AKU
kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI
mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu.
Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.

AKU
Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU
Amalan Perisai Ghaib!

ASRI
Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU
mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI
Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI
Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU
Cubalah…….hehehe

ASRI
Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU
Hah!? Nak pi mana pulak tu???

ASRI
Tandas lah! Ni ghaiblah ni.
Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali.
Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI
Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?

AKU
cantikkkk! Apa dia?

ASRI
Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?

AKU
Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi…..
Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI
Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta.
Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat.
Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…

AKU
Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI
man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan.
Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta.
Meh! Sini kita tangkap gambar jap…

AKU
hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni

ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.
Ya ALLAH benar kah semua ini?
Mimpikanlah ini semua!!!!!”

(sebagaimana diambil dari http://silakanterpe sona.blogspot. com)

mengalir air mata ana tatkala mendengar berita kematiannya..
seraya terus satu persoalan menerpa ke dalam diri..
"adakah aku sudah betul2 bersedia untuk menghadapi mati?"
astaghfirullah..sungguh kerdil aku di hadapanmu..
sungguh..
kematian yang menjemput memang tiada tangguhnya..
dan tidak pula dipercepatkannya..
semua insan..yang tua..yang muda..yang kaya dan yang miskin..pasti menemui mati..
semakin bertambah usia kita..semakin dekat kita menemui tuhan pencipta..
ingatlah duhai sahabat..
agar senantiasa muhasabah diri..
ingatlah mati..
kerana
orang yang paling bijak adalah merekayang mengingati mati..
semoga kita dimatikan dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt..
dikhatamkan hidup kita dengan kalimah LAAILAAHAILLALLAH..
wallahua'lam..

Jumaat, 7 Ogos 2009

renungan buat diri dan semua...

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٦٩)
ertinya:
"dan mereka yang bermujahadah kepada jalan kami;nescaya Kami tunjukkan jalan2 Kami itu.Sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang berbuat baik
(Al-Ankabut:69)

Bismillahirrahmanirrahim..segala puji bagi Allah yang telah memberi sedikit peluang dan masa untuk ana menulis pada hari yang barakah ni..


marilah kita sama2 renungkan..


1. ketika kita sembahyang,lahirnya kita berdiri, rukuk, dan sujud dengan mulut terkumat- kamit memuji dan berdoa kepada Allah, tetapi hat6i kita(ingatan dan fikiran) di mana?Adakah juga menghadap Allah, khusyuk dan tawadhuk serta rasa rendah dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut pada Allah swt?Atau hati terbang menerawang merata2 tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Perkasa yang sedang disembah?

2. Pernahkah kita rasa indah dapat bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada-nya, merasa rendah diri dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingatinya sambil berazam untuk membanyakkan amal bakti padanya?

3. pernahkah kita menghitung dosa lahir dan batin sambil menangis kerana 'istighfar'kita terlalu sedikit dibandingkan dengan dosa kita yang menyebabkan kita jadi bahan bakar api neraka?


semoga dapat dihayati bersama..wallahua'lam..

Ahad, 2 Ogos 2009

hidup bersahabat..


"UKHUWAH" itu bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujungnya..dicipta untuk mengingatiNya..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya..
terima kasih kepada sahabat yang memberi award ini..nuhassilu biha birridho..

Selasa, 21 Julai 2009

taubatlah sebelum terlambat..



salam alaik..lailan saiedah..semoga antum semua berada di bawah rahmat ilahi..video ini ana upload dari youtube..untuk renungan sesama kita..kepada yang pernah terjebak..insaflah..mati tidak mengenal usia..ana rasa tiada antara sahabat ana yang terjebak..semua dalam lindungan ilahi..jika pernah dan telah bertaubat..ingatlah sahabatku..itu semua ujian tuhan..sesungguhnya..haruslah kita bersyukur kerana dilindungi Allah dan mengambil iktibar dan perhatian dengan keadaan ummat islam kini..moga hati2 kita semtiasa dipelihara olehNya dan semoga dosa2 kita selama ini diampunkan tuhan..wallahua'lam..

Jumaat, 10 Julai 2009

KEKAYAAN YANG SEJATI DAN HAKIKATNYA

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad saw bersabda,¨Bukan dianggap memiliki kekayaan itu dari sebab benda atau harta yang dimiliki, tetapi kekayaan yang sejati ialah kaya dalam hal kejiwaan.¨
hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Kaya..semua orang nk jadi kaya..tapi dari segi apa kita mempunyai pendapat yang berbeza..harta..emas..perak..budi..senyuman..ilmu..dan bermacam2 lagi..kaya bukanlah sesuatu yang salah..tapi sejauh mana ketepatan takrifan kaya untuk diri kita yang mengharapkan keredhaanNya..tidak salah untuk kaya harta...tetapi adalah lebih baik untuk kita mengejar kekayaan jiwa dahulu sebelum kekayaan duniawi kita kejar..pun begitu..adalah tidak salah jika kita hendak melaksanakannya seiring..tetapi ketaksuban mengejar harta dunia haruslah dijauhi..kerana hidup ini hanya sementara..mati tak mengenal usia..kita sebagai umat Islam digalakkan bersederhana..ramai sahabat2 nabi pada zaman dahulu mrnggadaikan kekayaan hart semata2 untuk memenuhi kekayaan jiwa...tidak mudah bagi kita untuk mendapatkan kedua2nya.melainkan atas kehendak Allah terhadap orang yang dikehendakinya...kerana hakikatnya..to gain something..we must sacrifice something..apakah yang dimaksudkan tentang kaya dalam hal kejiwaan?

hmm...berat juga untuk ana antuk memperkatakan tentang perkara ini..namun..untuk teguran atas diri ana juga..ana akan cuba kongsikan sedikit sebanyak ilmu Allah yang diilhamkan kepad ana..
seorang penyair arab ada mengatakan:

barangsiapa yang mempergunakan seluruh waktunya untuk mengumpulkan harta benda,sebab takut akan menjadi fakir miskin,maka itulah orang yang melakukan amalam yang fakir,

kekayaan jiwa..amat sinonim dengan hati..hati yang kosong amat mudah dipengaruhi dengan kebatilan dan kekufuran..manakala hati2 yang sering diisi dengan rasa cinta terhadap Allah..seringkati dikurniakan kekayaan yang abadi..apa itu kekayaan yang abadi??hmm...sebagai manusia..pastinya kita mendambakan hidup yang penuh dengan pengertian dan kemanisan..dan sentiasa mendapat keredhaan..ketenangan amat diharapkan agar segala yang diharap berjalan dengan lancar..kegoyahan akal dan emosi menyebabkan kita sukar untuk berfikir dengan waras..Allah telah memberikan banyak panduan untuk mendapatkan kekayaan jiwa ini..dengan memngingati Allah..pasti hati kita akan jadi tenang..kerana kita sentiasa sedar akan kehadiranNya yang sering menjaga kita..

duhai sahabat..usahlah antum risau jika harta tidak berbondong-bondong..emas tidak berkati-kati..sebaliknya risaulah sekiranya hati kosong..jiwa miskin..dan akal papa..carilah ubat hati yang lima..tunaikanlah kewajiban dan tinggalkan laranganNya..agar kelak..kekayaan yang hakiki dapat kita raih..wallahuaĺam..