Selasa, 9 Mac 2010

lukisan Alam..ciptaan yang Esa...

assalamualaikum kawan2...lame jugak dah
ana tak update blog nih...acum!!adeyh..dah bersin2..byk sangat habuk kat blog nih...huhu..maklumlah..last sem ntuk tamhidi nih..agak sebukla...tp jauh di sudut hati..memang rindu sangat kat blog nih...nak update,,tp tak berkesempatan...so skunk nih...just nak kongsi beberapa gambar pemandangan yang pernah ana tangkap...ana suke sangat tangkap gambar pemandangan..mungkin ada yang berpendapat..tak berfekdah...tp bagi ana..ia amat bermakna...sangat menenangkan..dapat menikmati ciptaan ilahi...tadabbur alam...subhanallah...insyaAllah...moga dapat memberi komen dan pandangan juga kritikan yang membina...k lah..nih just rehat jap daripada study..sok der tamsiliah...skrip pun tak habis edit lagi...huhu...oklah...harap dapat manfaat bersama...
kat cameron highlandpulang dari melakapemandangan dari kuarters guru








kat cameron
kat port dickson

yang ni gambar tangkap dari handphone..tak berape clear...kat bukit cahaya sri alam


#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 4 Februari 2010

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2010 ZON 4

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2010 ZON 4

USIM akan menjadi tuan rumah bagi program KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN)  JOM MASUK U TAHUN 2010 , ZON 4 yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 5 – 8  Februari 2010
Bersempena dengan Program KPTN 2010 ini, terdapat 3 aktiviti utama yang akan berlangsung iaitu:

1) Program Pameran KPTN Jom Masuk U 2010
Tarikh    :    6 – 7 Februari 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa     :    9.00 am – 6.00 pm
Tempat  :    Stadium Tertutup Nilai
(Orang ramai dijemput hadir)

2) Program Taklimat Pelajar
Tarikh    :    6 – 7 Februari 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa     :    10.30 am – 5.00 pm
Tempat    :    Dewan Kuliah Pusat 1-4, Dewan Kuliah FPQS

3) Program Forum kepada Kaunselor
Tarikh    :    5 – 8 Februari 2010 (Jumaat - Isnin)
Masa     :    8.30 am – 10.30 pm
Tempat    :    Concorde Inn KLIA
SEMUA IPTA, IPTS DAN PELBAGAI AGENSI BERKAITAN AKAN MENGADAKAN PAMERAN UNTUK MEMUDAHKAN PARA PENGUNJUNG MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN, TAJAAN & BIASISWA DAN SEBAGAINYA.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urusetia Bersama KPTN 2010 Zon 4
Bahagian Pengajian Prasiswazah
06 7988329 / 8335 / 8145 / 8103
#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 2 Februari 2010

syoknya Hari keluarga apis!




bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Allah taala untuk mencoretkan secicip pengalaman...yang ana dapat semasa mengikuti program hari keluarga APIS ini...
ana rase tak perlulah ana nak cerita panjang tentang tentatif program kerana telah ana coretkan dalam blog BUDI ..alhamdulillah...banyak yang dapat ana pelajari..ana pada asalnya agak dilema kerana pada hari yang sama juga adanya 2 lagi program..yang kalau nak diikutkan prioriti..setaraf ketiga2 nya bagi ana...namun..segalanya ana serahkan pada Allah selepas segala perancangan ana buat kerana sebaik2 perancang itu hanyalah yang maha esa..
pada hari tersebut..kali pertama ana menaiki ktm melalui jalan pelabuhan kelang...sebelum ini..ana hanya menaiki ktm seremban-rawang...perancangan asal untuk ana sampai ke kl central pada pukul 9 tergendala apabila ana menaiki tren lebih kurang 845 pagi atas faktor2 yang tak dapat ana elakkan..
perjalanan dari nilai adelah lebih kurang 10 stesen dan dari kl central ke ktm shah alam aderla dalam 10 stesen gak..mulenye..berbagai2 andaian dan tanggapan buruk dalam fikiran ana nih..rase cam tak berpeluang ikuti program pun ada..kesihatan plak tiba2 tak menentu ..tiba2 ana rase sakit kepala dan tak sedap badan..tempat duduk memang takderla..tyme tulah terbayang2 wajah murabbi ana yang memujuk ana untuk ke program anjuran mereka pada tarikh yang sama...timbul persoalan.."adakah pilihan yang aku buat nih salah?"..namun segera ana beristighfar pabila memikirkan segalanya ketentuan ilahi...dan semangat ana kembali kuat dan kesakitan yang dirasai seolah2 menjadi kekuatan diri tatkala teringat akan janji tuhan dalam surah al-insyirah..ayat 5 dan 6..(sesungguhnya beserta kesusahan ada kesenangan..)..alhamdulillah...walaupun lewat..rupa2nya...terdapat juga 'delay' dari pihak ajk APIS..kerana ada sedikit masalah berkaitan pengangkuta..ana bersyukur sangat...dapat dipertemukan dengan ikhwan akhowat APIS...dan dapat menjalinkan ukhuwah yang mesra walaupun seketika...sesungguhnya...Allah itu tak pernah memungkiri janjinya...wallahua'lam..

Selasa, 26 Januari 2010

lebih baik maafkan daripada menghukum??


bismillahirrahmanirrahim....
maaf...seringkali kita dengar perkataan ini..
perkataan yang dahulunya menjadi pengubat kemarahan...
menjadi menenang fikiran...
makin lama...makin dibiar lagaknya seperti adat...
maaf kunci peleraian...dan kadangkala..maaf juga boleh menjadi kunci permusuhan...
bagaimana itu?
apabila seseorang itu sering menggunakan alasan ketelanjuran dan hanya dengan kalimah maaf dirasakan boleyh menyelesaikan segalanya...
apabila maaf tidak betul2 lahir dari hati..dari keikhlasan...di situ syaitan akan mule menujuk jejarum menghasut anak Adam agar menggunakannya bukan pada tempatnya...
seperti ingin menagih belas yang jauh di sudut hatinya hanya ingin mengambil kesempatan dengan sifat pemaaf seseorang...
hmmm....benar....memaafkan itu adalah lebih baik dari menhukum..
hal ini ditujukan kepada yang dikatakan "mangsa"
kerana kadang2..kita juga melakukan kesilapan dan kita hanyalah insan yang kerdil...
yang selayaknya menghukum adalah Allah taala...
tapi ambil lah iktibar wahai yang dikatakan "pemangsa" bukan ambil kesempatan...
pabila maaf itu telah diberikan....jika perlu..urusan lain perlu diselesaikan ...
contohnya..jika seseorang telah merosakkan barang seseorang yang lain...
maka yang merosakkan perlulah meminta maaf dan mengikhtiar sesuatu mengikut kemampuan seperti mengganti semula misalnya...
apapun kesimpulannya...
jadilah kita orang yang pemaaf...dan sekiranya kita dizalimi..mohonlah pertolongan Allah...
Allah tidak akan menzalimi diri kita...
Dia lah sebaik2 yang maha pengasih....
afwan 'ala kulli hal....wallahua'lam

Ahad, 10 Januari 2010

kunci syurga..


Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)


Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)


Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”


Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”


'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yg dimaksudkan darinya.


Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)


Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)


Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Rabu, 30 Disember 2009

ukhuwah


ukhuwah itu..

memang amat didamba oleh setiap insan...

kerana dengan ukhuwahlah..mahabbah mengikat...

mawaddah mengerat....maghfirah mengendah...

rahmah bertandang...

tatkala ukhuwah itu kerana yang satu...

suka duka tiada yang bersungut..

kerana segalanya diterima dengan berlapang dada...

marilah banjiri doa kita...

dengan ingatan sesama muslim...

nuhassilu biha birridho...

Rabu, 2 Disember 2009

Ya Rasulullah..

bismillahirahmanirrahim...
kaifahalukum jami'an?
alhamdulillah..ana fi sihhatin jayyidan..
مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡ‌ۖ تَرَٮٰهُمۡ رُكَّعً۬ا سُجَّدً۬ا يَبۡتَغُونَ فَضۡلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنً۬ا‌ۖ سِيمَاهُمۡ فِى وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِ‌ۚ ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌ۚ وَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَ‌ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنۡہُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا (٢٩)

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. / (29)

surah al-fath:29

maha suci Allah yang menjadikan kita dalam golongan ummat Muhammad..kekasih Allah..sesungguhnya bersyukurlah kita kerana kita mempunyai kelebihan dan amat2 dikasihi oleh Rasulullah..

manusia kini..memanglah mengaku Muhammad pesuruh Allah..nabi dan rasul yang dikasihi..

tetapi..adakah cinta kita padanya terbukti??

secara lumrahnya..orang yang dicintai itu lebih dikenali dari semua segi..

tanyalah pada diri..adakah kita kenal siapa itu Muhmmad??

atau sekadar mengetahui nabi itu nabi terakhir..lahir tahun gajah...bapanya abdullah dan ibunya aminah...

cukupkah??

padahal..pabila diteliti kembali..cinta yang dibina untuk seseorang lelaki atau perempuan membuatkan kita lebih mengenalinya..kesukaan kebenciannya..tarikh lahir..alamat rumah..adik beradiknya...dan bermacam2 lagi..patutkah??

berbaloikah jika dibandingkn keagungan cinta kepada Rasulullah yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak???

tahukah kita serba serbi tentang rasulullah?selalukah kita sebut namanya dan berselawat kepadanya seperti kita menyebut2 dan mengingati kekasih hati sehingga termimpi2??

astaghfirullah..marilah muhasabah diri..kenali kekasih Allah ini...

wallahua'lam..