
Rabu, 30 Jun 2010
freundin to Pandan~

Rabu, 23 Jun 2010
DOA....o.k ker k.o??

بسم الله الرحمن الرحيم
Bersyukur kepada tuhan yang menciptakan
Kerana memberi izin kepada diri ini menulis tinta mencoret kata
Sebagai pedoman dan peringatan kepada insan yang sememangnya pelupa terutama diri ini yang selalu alpa
Alhamdulillah…syukur kita panjatkan kepada Allah kerana masih member peluang kita merasai nikmat2 kurniaannya..
Ana tertarik untuk berkongsi dengan antum semua..sebuah buku terbitan mustread sdn bhd
DIARI SUFI…seindah nama cantik lagi isinya…..pucuk pangkal atau nilai utama yang terkandung dalam buku ini ialah kebergantungan kita terhadap Allah taala melalui senjata paling ampuh kita sebagai muslim iaitu DOA…
Semua orang tahu dan mengerti..apa itu DOA…malahan..semasa di zaman sekolah itu,
Tak tertembus dek akal…tak tertafsir dek mesin masa…
Kehebatan DOA tiada tolok bandingnya…DOA mempunyai hikmah tersendiri…
Dah kata DOA sebagai penghubung atau dengan kata yang simplenya jalan ntuk kita berhubung dengan Allah secara tidak nyata sama seperti solat..
Terdapat banyak DOA yang telah kita pelajari sejak kecil….tidaklah melampau kalau ana katakana semua manusia di alam fana ini menghafal DOA makan.
Persoalannya di sini,dalam hamper semua yang menghafal DOA makan tersebut,berapa ramai pula yang mengamalkan DOA yang rasa ana seringkas dan mudah untuk diamalkan itu?tepuk dada,Tanya,”Aku baca ke tidak doa makan?”
Ye kawan2…DOA panjang ke..pendek ker…semua itu DOA..cara termudah untuk kita memohon dari Allah raja segala raja atas apa jua permintaan kita…
Allah tak pernah jemu nak mendengar DOA dari hambaNya..tp kalau manusia sesame mereka mungkin akan menjadi jelek tatkala diminta2 selalu..
Mari kita berfikir sejenak,dalam sehari-hari..berapa kalikah kita berDOA kepada Allah?
Mungkin at least 5 kali sehari..dan mungkin juga kurang daripada itu..
Ana rasa waktu yang paling galak semua umat berDOA adalah apabila ditimpa musibah..betul tak?
Kenapa jarang sangat yang berDOA tatkala bersenang lenang?adakah sudah lupa kepada pencipta?
“ala..dah senang nak DOA ape lagi,mase susahla baru nak mintak,”..betul ker konsep tuh??
Sahabat2ku..
DOA juga salah satu cara untuk kita mengucapkan syukur atas pemberianNya..
DOA juga salah satu cara untuk kita mensyukuri nikmatNya..
Tapi seramai mana manusia yang menyedari hakikat itu?
Yang kita tau,bila susah baru nak berDOA..
Lepas tuh ,kalau rasa macam tak dikabulkan,mulalah kita merungut,,
“tuhan tak adillah,,tuhan pilih kasih” laaa…na’uzubillah…
Sedarkah kita bahawasanya adakah selayaknya doa kita dikabulkan?
Dengan dosa kita segunung tinggi,maksiat seluas lautan,kekejian sejauh mata memandang,,sedarkah kita??
Peliharalah kesucian DOA itu,amalkanlah konsep berDOA yang betul..
Jika DOA kita rasa2 macam tak dikabulkan..muhasabahlah diri kita tu balik..
Sejauh mana amalan kita,sejauh mana kesyukuran kita..
Dan juga sesungguhnya,perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..
Binalah keyakinan pada Allah….yakin pada Allah bukan mengharapkan terkabulnya DOA..
Tp yakin apa jua yang ditetapkan kepada kita itulah yang terbaik…kerana disebalik duri yang berbisa..
Mungkin kita tak tahu akan mekar mawar merah yang merona…yang bias menjadi penyeri hati dan sanubari…
Semoga kita semua diampunkan atas segala dosa kita…Wallahua’lam..
Jumaat, 4 Jun 2010
Nota Halaqah..6/1/2010 10:44:16 PM

INDAHNYA ISLAM..
~fenomena pembuangan bayi:Orang anggap biasa bile berlaku pembuangan bayi..
~peristiwa kelahiran anak luar nikah pernah berlaku pada zaman rasulullah saw…
~rasulullah jage anak tersebut ngan elok…carik penjage yg sesuai..
~kite lupe nak ulas tentang pucuk pangkal berlakunya masalah pembuangan bayi itu iaitu zina…
~syair akhlak:sesungguhnya tamadun masyarakat itu selagi mana akhlak kekal dalam masyarakat….tp kalau runtuh akhlak…masyarakat juga akan runtuh..
~masyarakat bukan islam sendiri pun dah tegaskan kalau dah kawin tak boleyh buat hubungan ngan orang lain…
~masyarakat Islam ada asas…kenape taknak ikut?
~rukun Negara kelima:kesopanan dan kesusilaan perlu dihayati oleyh semua masyarakat.
~sabda rasulullah saw:aku tidak diutuskan melainkan untuk membentuk akhlak2 yang baik.~
~asas;sesungguhnya dalam badan kite ada seketul daging yang menentukan baik buruk kita iaitu hati…
~hati adalah raja…queen…control sume aktiviti kita…hati baik dilahirkan dengan perbuatan yang baik..
~hati kita membentuk sikap kita..(minda sedar yang kawal)..amal setiap hari menjadik satu tabiat(minda tak sedar yang kawal)..
~kalau kita menghayati Islam seenuhnya…barulah ketika itu akan terzahirnya keindahan Islam.
~siti aisyah isteri rasulullah pun berkata bahawa akhlak rasulullah itu alquran
~rukun iman dan rukun Islam kene selesaikan…sebab ia adalam sebagai ‘akar’iaitu ilmu..
~Surah ali imran ayat 112-hubungan dengan Allah dan manusia perlu ada ilmu..
~Wallauhua’lam~
Sabtu, 15 Mei 2010
musibah untuk muhasabah~hikmah sebagai fikrah

Bismilahirrahimanirrahim.. apa khabar iman saudara2 ku sekalian? moga senantiasa di dalam rahmatNya... terfikir2 apa tajuk yg nak dibincangkan hari ini... teringat pula akan sahabat ana yang sedang berwalang menghadapi ujian ilahi.. jadi...keputusan telah diambil ...rasenye ana hari ini nak berkongsi serba sedikit pendapat dan ilmu ilahi yang diberikan..moga2 dapat sama2 membantu saudara islam sejagat~ rakan2... pernah tak rase sedih..gelisah..stress...dan macam2la lagi tekanan jiwa..pernah tak?? ana yakin..rata2 antum semua sudah biase dengan perasaan sebegini lebih2 lagi yang masih bergelar pelajar...tak dilupakan juga yg bekerja dan yang sudah berumah tangge.. perkataan itu sudah lali dalam kalangan sahabat ana sendiri..yg paling kerap.."tension belajar".. hmm...sebelum nak berceloteh panjang nih...musibah tu ape ye kawan2?? hmm...secare simplenye..musibah tu adalah nikmat tidak nyata yg Allah uji kepada hamba2Nya.. rase2..sahabat2 semua pahamkan?sebenarnye..musibah atau dugaan ini juga nikmat dari ilahi...buat kite lebih dekat daripadanya...kembali kepada fitrah...menyesali atas perbuatan2 lalu..berdasarkan firman Allah swt yg bermaksud;
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”
dan sedarlah sebenarnya..kadang2 kita tak perasan..musibah itu datang sebab kesilapan kita sendiri..sebagai contoh..seorang ibu melarang anak kecilnya bermain di tangga...anak itu terbatas lagi fikirannya dan tak dapat berfikir akibatnya..oleh itu..anak itu tetap berdegil dan menghiraukan kata2 ibunya itu..natijahnya...anak itu kemalangan di tangga seperti jatuh dan luka..seperti firmah ALLAH swt yg bermaksud.. "Dan apapun musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, ....". (QS. Asy-Syuaraa : 30)
ade beberapa golongan keadaan seseorang apabila saat2 ditimpa musibah~
- Orang yang berkeluh-kesah
- Orang yang sabar
- Orang yang bersikap redha
- Orang yang bersyukur
begitulah bait2 indah dalam sebuah nasyid yang sering kita dengar dan mungkin ada antara kita yg jarang ntuk menghayatinya...benar...memang mudah untuk sabar itu diucap...dan nuranilah yg lebih pahit untuk terima...tp ingatlah..jika hendak dibandingkan ujian yang hanya sekelumit dengan segala nikmat nyata yang ALLAH beri sehari-hari..bandingkanlah..cubalah kita muhasabah.. masyarakat di luar sana..kadang2 kita juga begitu..amat mudah membuat kesimpulan yang bukan2 tatkala melihat saudara seislam ditimpa musibah...menyangka yg buruk2...na'uzubillah...marilah kita memupuk sifat mahabbah dan menerima segala ujian sebagai takdir ilahi...setiap orang pasti melaluinya...namun mungkin berbeza-beza caranya...janganlah mudah bagi kita untuk memandang buruk orang yg ditimpa musibah...jika kita dapat sama2 bermuafakat...insyaAllah..manusia sejagat akan sentiasa redha dan tabah menghadapi ujian... yang paling baiknya...apabila seseorang itu ditimpa musibah..maka terus dia mengangkat tangan dan bersyukur...memang agak payah untuk berbuat begitu..dengan kepiluan hati..tp..cubalah..dan Allah sendiri ada menyebut dalam firmanNya surah Saba’, ayat 13;
“Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.”
semoga kita tergolong dalam golongan yang sedikit itu... rakan2.. mari kita renungkan hadis qudsi ini..
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597) 'Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.' (QS. al-Baqarah : 155).
'Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan petunjuk dihatinya. Dan Allah mengetahui segala sesuatunya.' (QS. at-Taghaabun : 11)
pahit di dunia..manis di syurga..itu yang terlalu nikmat..hidup di alam fana ini hanya sementara tau sahabat...tak usahlah terlalu teruk untuk merintih...sebaliknya...fikirkanlah nikmat yang bakal menanti atas segala sifat kesabaran yang kita pupuk dalam diri...pikirlah yang indah2...Allah dah janjikan yang special ntuk kite...
disetiap kali ujian menjelma...
itu jelasnya membuktikan...
Allah mengasihimu setiap masa...
diuji tahap keimanan..
sedangkan ramai terbiar dilalaikan..
hanya yang terpilih sahaja..
antara berjuta mendapat rahmatnya..
ana suka sangat dengan bait2 lagu nih..amat memotivasikan diri..serasa kita sangat istimewa..kerana kita diberi peluang merasai ujian atau dengan kate lain "nikmat yang tersirat"....waahh...seharusnya kita memanjatkan setinggi2 kesyukuran....sangat bertuah sebenarnya kita kan??dan ganjaran lumayan pasti menyusul selepas itu...cume kite tak tahu jer bile....betul tak??jadi...
marilah sama2 kita berubah untuk kemajuan diri sendiri...

Rabu, 28 April 2010
Ingatlah Allah selalu..

Jumaat, 26 Mac 2010
mimpi atau realiti???

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..masih diberi peluang untuk hidup di dunia yang fana ini
sekarang nih ana tengah dengar tazkirah dari saudara haris,classmate ana..
die bagi analogi begini..
bangun pagi...lapar..gi makan...pastu gi kuliah....naik bas..tyme on da way...kat selekoh...ada satu treler nih..penuh tong gas..tak berhenti....lepas tuh berlaku letupan....apa yang antum rase????sakit??takut??cuak??
tiba2...
rupa2nya mimpi kat lecture hall...lebih kurang 5 minit kite tido...
tp dalam mimpi..peristiwa 2 jam berlaku dalam 5 minit...
sok nyer....
kite buat rutin harian kita secara sama...sehari2an....sampai dewasa..kerja..kahwin..tua...mati..kubur....alam barzakh..
kita akan dibangkitkan...dan kita rasa apa yang kita lalui di dunia yang fana ini adalah mimpi...
oleh itu,,,,hakikat kita hidup sekarang,,mimpi atau realiti???
memang payah ntuk kite pk...
sebab ape yang kita lalui kat dunia nih...realiti..tapi sebenarnya mimpi...mimpi dalam realiti...realiti dalam mimpi....
KEHIDUPAN ADALAH MIMPI...KEHIDUPAN ABADI DI AKHIRAT SANA...
tp ramai yang tak sedar....rasa apa yang kita lalui skarang ini adalah kehidupan yang amat bermakna....
dalam surah mulk....ayat 2..
penerangan tentang hakikat kehidupa sebenar....
dan...
bila mana kita bangkit di padang mahsyar nanti..
adakah kita nak imbau 'mimpi' yang penuh kemaksiatan??
berbeza....
mimpi tidur kita..walaupun suka duka..buat maksiat...tp tak dipertanggungjawabkan....
tp 'mimpi' iaitu kehidupan skarang nih...ia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..
mimpi inilah yang akan menentukan kehidupan yang kekal abadi....
hanya orang yang tak berfikir sahaja yang mengambil keseronokan dunia yang sementara dan meninggalkan keseronokan syurga yang kekal abadi..
mimpi yang kita panggil kehidupan yang kekal abadi ini..perlu kita jaga....
surah albaqarah...ayat 81 dan 82....
KEHIDUPAN DI DUNIA INI HANYA UNTUK KITA MERAIH REDHA ILAHI.....WALLAHUA'LAM....
Sabtu, 13 Mac 2010
yang dicari tak mungkin lagi ketemu~innalillah...
Friday, March 12, 2010
Iskandariah 12 Mac – Seorang pelajar Malaysia dipercayai jatuh daripada tingkat empat sebuah bangunan apartment malam tadi. Mangsa merupakan pelajar jurusan perubatan Tanta dikatakan datang ke Iskandariah untuk tujuan ziarah. Pegawai MARA dan JPMK bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi. Pihak berkuasa Mesir sedang menjalankan siasatan dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Saksi kini sedang berada di balai polis untuk memberikan keterangan.-mediaPERUBATAN
Update: Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah jatuh daripada tingkat empat. Jenazahnya ditempatkan di Mustashfa Mashrahah (Hospital Mashrahah). Ahmad Sarhan merupakan pelajar tahun satu jurusan perubatan Univeriti Tanta. Pihak kedutaan sedang menguruskan urusan penyempurnaan jenazah mangsa.
Innalillahiwainnailaihirojiuun... tak sangke kawan ana yang ana carik selama ini..
yang jadik best fren ana tyme kitorang same2 skolah rendah dulu..
dah kembali menghadap yang esa..
hmm..
serase baru ada niat untuk menjejaki teman baik ini..
hmm..
arwah dulu memang seorang yang baik..banyak membantu kawan.. walaupun pada ketika itu usia kami baru setahun jagung.. tp die lebih menunjukkan sifat2 kematangan dalam persahabatan..
ana asalnye dapat brite nih td..
tyme kawan ana kte kawan die meninggal...
x-saina n nibong tebal...
tp..ana just dengar2 camtu jela.. tak rase pun nak tanye name die..
td tyme ana online ym.. adela satu status nih tulih name die..
aik?cam kenal jer name tuh....
hmm..
ana pun try search kat tenet..
name penuh dah betul..
karakter n ciri2 pun kawan ana cerita seperti apa yang ana kenal
biau betol..ana try call ibu ana..
tanye coz die dulu tuh anak mrid ibu ana..
tanye kat kengkawan.. cntct ilyas,amir,zrah,lilah,nisah..
sumer tak dapat.. tak dapat..
akhirnye.. ana dapat jejak ms die..
salin emel n carik gambar kat fs ntuk pastikan...
coz slalunye name die memang jarang orang guner tup2..
bukak foto..
"masyaAllah!!sahabat aku!!"
mati memang tak mengenal usia..
tak mengenal mase..
sape tahu.. satu ziarah bertukar kepada satu kehilangan..
semuanya kita kembali balik kepada yang maha esa..
kita tiada daya untuk menidakkan dan mengingkari apa yang telah berlaku... cume ape yang bermain kat minda nih..
dan membuatkan keinsafan menjelma..
bilalah gilirang aku pula..
bagaimanakah cara aku mati nanti..
papepun sahabat sekalian terutama sahabat2 sksb 97-03 moge sesame kite berdoa kat sahabat kite nih
... AL-FATIHAH.....

-
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2010 ZON 4 USIM akan menjadi tuan rumah bagi program KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) JOM ...
-
bismillahirrahmanirrahim.. segala puji bagi Allah.. Alhamdulillah...sampai jugadi bumi Nilai ini.. setelah bertolak dari Sg. Buloh pada puku...
-
Bismillahirrahmanirrahim, mula dengan kalam yang mulia.. nama Tuhan yang esa. Lapangan sedia ada kali ini membenarkan diri untuk mengenali...