Ahad, 3 Februari 2013

Tilawah Ihtifal IPT ASEAN 2013

Alhamdulillah semalam selesai pertandingan tilawah alquran ihtifal di FPQS, USIM..
daripada 26 qari dan qariah yang mendaftar, seramai 24 orang yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut...

salah seorang qari'ah...hehe....sempat lg posing=)
Menjadi ketua unit pertandingan bagi tilawah alquran padaku merupakan suatu pengalaman yang amat berharga walaupun diriku tak sesibuk unit pendaftaran yang sekaligus merangkap unit penginapan;sememangnya membuatkan mereka lelah dan tidak berdaya juga.Umumnya, unit ini lebih kepada hari pertandingan dan pengurusan pertandingan dari mula pendaftaran, giliran, cabutan, penghakiman, dan keputusan.Pada mulanya, asakan dan tekanan membuatkan aku berasa stress juga tapi sebenarnya aku mengerti bahawa ia sesuatu yang indah!

Mendengarkan alunan ayat suci dari peserta di dalam dan juga dari mereka2 yang sedang berlatih di luar dewan membuatkanku sangat rindu akan zamanku bertarannum dahulu. Tapi apakan daya, seiring waktu...sudah lama ku meninggalkan zaman itu sewaktu di sekolah rendah dahulu (amal islami dan pertandingan antara kampung) dan menceburi bidang hafazan pula di peringkat rendah dan menengah dalam MTQ....Sungguh berbeza sebenarnya bacaan untuk tarannum dan hafazan kerna bacaan tilawah ini menjadikan kita lebih fokus dengan alunan lagu2 yang pelbagai dan tidak seperti hafazan yang lebih kepada cara bacaan imam2...dan lebih fokus pada hafalan, lahjah, dan tajwid...tiba2 teringat juga zaman2 masuk pertandingan berzanji....yang mana kalau berzanji ni, hanya boleh bawak satu lagu saja...tak boleh campur2...yang mana aku hanya tahu lagu sikah sahaja yang alhamdulillah dapat membawaku ke peringkat negeri suatu masa dulu..

hati kecilku menangis menghayati ayat2 alquran tersebut....sungguh damai alunan itu...alunan kalamullah yang menyentuh, membujuk, menasihat, memberi semangat, memperingat, dan macam2 lagi rasa.....yang kita takkan dapat pada naskah2 lain....
salah seorang pesera tilawah yang mewakili USIM


Rasululullah SAW Bersabda:
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Habis sahaja pertandingan, segera puan memanggilku untuk bersiap2 di bilik hakim. Sememangnya berada dalam kalangan para hakim; bersama- sama membantu pengiraan markah dan mengadilan para peserta cukup membuatku kagum dengan mereka. Mereka yang punya ilmu yang luas membuatkan aku sangat menghormati mereka. Aku diberi amanah ini, dan aku patut menjaganya. Ya, AMANAH!
Waima sudah beberapa kali ditanyakan oleh rakan-rakan tentang keputusan, seiring itu juga mulutku terkatup rapat, tidakkan ku bocorkn rahsia itu kerana itu adalah amanah dan kepercayaan yang diberikan kepadaku. InsyaAllah, esok akan pasti terbongkar segala persoalan kalian tentang keputusan pemarkahan tilawah.

Barakallahu fikum..

Tahniah kepada semua!
Kepada para peserta, kepada para urusetia..

InsyaAllah pengalaman yang sedikit bisa memberi 1001 pelajaran bagi kita selaku ummat manusia di bumi yang fana ini..

Terima kasih ya tuhan atas pengalaman yang sungguh berharga ini!

malam td dah layu tp ni segar balik bungaku!=)

p/s:seronok kerana selepas pertandingan dapat ku kutip bunga2 segar yang menjadi hiasan di pentas tilawah=)




#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 1 Februari 2013

Pertama Kali..

Alhamdulillah...hari ini aku dapat menyambungkan talian ke 8 buah syarikat...sungguh senang hati ni walaupun hanya mendapat respon panggilan dan belum tentu dapat ditaja...tp insyaAllah....pandangan ke hadapan biar yang baik....agar natijahnya juga baik...

Sejujurnya, ini merupakan pertama kali aku ditempatkan dalam bahagian penajaan.Selama aku dalam kampus.. berpersatuan, mengikuti pelbagai aktiviti sebagai urusetia, baru kini aku ditugaskan dalam unit yang almaklum memang mencabar ini...

Untuk yang pertamanya, aku dail no, dan ku letak semula..
dail lagi, dan letak semula...

dan entah yang ke berapa kali..
dengan kertas ayat2 yang ku reka entah apa2...dan maklumat program yang ku pegang erat bak gugusan nota peperiksaan..ku beranikan diri untuk memulakannya..

Alhamdulillah...satu permulaan yang baik pabila mendapat respon yang baik dari tuan pengarah sendiri kerana aku terus menelefon kepada no bimbitnya...memang takut sebenarnya tp sekarang ku rasa hendak senyum sampai ke telinga walaupun sebetulnya belum lagi menerima konfirmasi sama ada mahu ditaja atau tidak..=)

sumber


mungkin pada yang telah biasa dalam lapangan ini, berasakan ia sesuatu hal yang biasa tapi tidak bagiku..

kepada yang di luar sana, yang berasa tidak yakin, yang berasa mereka bukan spesis2 yang boleh bercakap formal, yang rasa macam tak berapa nak baik dalam bidang komunikasi dan perhubungan ngan orang ramai/orang luar,,,jom cuba!jangan anda rasa takut..buang jauh2!anda sama saja seperti saya!dan insyaAllah anda akan dapat suatu kepuasan baru jika anda mencuba!kerana anda berhak untuk mencuba dan terus mencuba tanpa rugi apa2!=)

keyakinan baru!semangat baru!kekuatan baru!

man jadda wajada, waman zaro'a hasoda!

insylh aku mampu!



#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 31 Januari 2013

Salam Perpisahan Puan Reen

Masih belum melelapkan mata saat ini...sedang menyiapkan video untuk majlis perpisahan puan Reen, kaunselor universitasku yang amat dikagumi..insyaAllah...esok tamatlah tugasnya sebagai kaunselor di bumi tercinta,USIM...insylh beliau akan menumpukan ke arah cita-citanya untuk mewujudkan agensi sendiri dan menumpukan perhatian terhadap keluarga....

doakanku...agar bisa menghasilkan video simple sekadarnya...
moga beliau senantiasa dalam redhaNya...


#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 30 Januari 2013

Apa khabarmu di sana...



ukhuwwah semalam...
mungkin masih muda..
mungkin masih awal usia..
mungkin masih bertatih...
mungkin masih kuncup seperti ini....

kesekian kalinya...
mungkin tiada kepastian untuk ia semakin dewasa...
mungkin tiada harapan untuk menginjak tua....
mungkin bisa tempang seiring masa..
mungkin tak kembang mekar seiring waktu...

tapi yakinlah!
Allah itu maha kaya...
Allah itu maha tahu....

doa usah putus...
gantikan rindumu dengannya....
ingat arah tuju kita yang sama...
di laman Halaqah Cinta...
walau tidak semekar mana...
walau tidak sesegar rasa...
walau tidak seerat cengkaman akar banirnya....

namun tanpanya...
jika langsung tiada..
gersanglah jiwa...
punahlah sukma...
tohorlah nur penerang dada...

ukhuwwah lindungan arasy ilahi..
moga kita beroleh redhaNya....

Apa khabar semua?
sungguh, ku merindukan kalian...=')




#nuhassilu biha birridho..#

mengembara di bumi tuhan....



tak jauh..hanya ke cameron highland untuk sehari semalam...sekian lama tidak mengembara barang ketika bersama keluarga...akhirnya diberi jua kesempatan itu walaupun di akhir-akhir keputusan...sungguh Dia memang sebaik-baik yang merancang....

sungguhpun tak lama...hatiku senang....dapat tadabbur alam.....dapat sama2 mengamati nikmat ilahi...kesihatan yang tak menentu langsung tak mematahkan niatku untuk melangkah lebih laju....hanya sedikit...apa perlu dirisaukan...sedang akalku masih sehat...hatiku masih sejahtera....jasadku masih boleh bergerak.....tiada halangan dengan izin-Nya...=)

seperti biasa..takkan yang sudah biasa menekan butang kamera...lincah merakam panorama selagi bateri masih bersisa...sungguh ku takjub dengan kebesaranNya....

suhu di cameron dalam lingkungan 23 darjah celcius sudah cukup membuatkan hidungku bergolak...tapi tidak mengapa...bukan selalu dapat suasana begini..kalau dah masuk semester baru, sudah pasti tak berpeluang lagi untuk ku berjalan-jalan yang sebegini...kalaupun ada itu satu bonus bagiku..

beberapa gambar yang ingin ku kongsi....gambar original yang ku rakam hanya dengan menggunakan kamera digitalku...olympus pink kesayanganku....tiada DSLR yang canggih-manggih...tiada edit-medit..
mungkin suatu hari nanti akan ku beli jua....tetapi bukan sekarang...kerana jurufoto amatur ini ingin mengasah bakat dahulu....agar suatu hari nanti bisa mewarisi karier almarhum tokwannya yang suatu masa dahulu punya kedai foto sendiri...insyaAllah!















#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 26 Januari 2013

Berdirinya Seorang Perindu

sumber

Berdirinya seorang perindu..
merenung langit biru..
meniti arus waktu..
mengenepikan kemelut sendu..
kerna sesuatu yang lebih perlu..

Berdirinya seorang perindu..
disaksikan malam bernada pilu..
namun tetap utuh mengurai shahdu..
demi cita2 yang perlu diburu..
meraih mardhotillah yang Satu...

~hanim yusra~
9.47 a.m



#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 18 Januari 2013

Terima Kasih atas cintaMu!



"kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala

Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah membagi cerah cahaya
tak pernah lelah menghangatkan jiwa"

syukran ya Tuhan...
Kau beriku segala apa yang perlu....bukan apa yang ku mahu..
kerana ternyata besar sekali nikmatMu...

terima kasih...ibu,ayah,mama, abah...
thank you..adik,saudara mara, sepupu sepapat, makcik pakcik
toche...cikgu2...kawan2....sahabat2....teman2...
jazakillah...akhowat2...murabbiyah masulah...da'ie mad'u....

hanya Allah yang mampu membalasnya....=')



sumber

sumber puisi:KCB


#nuhassilu biha birridho..#