Ahad, 3 Mac 2013

Pemulihan jiwa

Manusia tidak akn terlepas dengan ujian...apa sahaja yg dilaluinya setiap hari merupakan ujian...baik suka,baik duka,baik sendu,baik tawa,,semuanya itu adalah ujian buat kita sebagai hambaNya..

Baru tadi seorang junior musykil dengan hal itu...
Bukan apa,musykil bagaimana untuk menjadi positif terus...seolah2,sepertinya tidak cuba menjadi diri sendiri atau dengan kata lain mengenepikan perasaaan yang hakikatnya pahit untuk ditelan...

Secara norma,semua orang akan melalui saat2 kejatuhan seketika dalam hidupnya,,tipulah kalau manusia itu tak pernah melalui rasa pedih dan perit waima sedikit...
Tp..saat kita rebah,kekuatan yang kita perlukan sebenarnya bermula dari dalam diri kita....sejauh mana kita mampu bangkit dan melawan segala rasa...dan berjuang mengembalikan diri dan menjauhi keterpurukan yg berpanjangan...ya,,memang susah!tidak mudah! Tp kita tak boleh semata2 mengharapkan orang keliling untuk membantu kita..kita perlu ada kekuatan jiwa!lama atau singkat,,itu bergantung...tp perlu cuba dan terus mencuba!

"Sesungguhnya ALlah tidak akan membebani seseorang itu melainkan mengikut kesanggupannya"

Fitrahnya,sebagai makhluk yang bertuan dan bertuhan, perlu kita kembali semula kepada titik yang paling tengah..'god centre'...Kembalilah kepada Allah!

P/s:hayatilah surah muzammil..kelak akan memahaminya

Kecilkan masalah..besarkan jiwa..

Anggap itu sebagai peluang dan cabaran!bersyukurlah!moga Allah memberikan yang terbaik buatmu sebagai hamba yang dijanjikan syurga kelak..insyaAllah...

Jumaat, 1 Mac 2013

Tesis oh tesis!

Malam ni tak dapat nak tidur awal macam selalu..disebabkan perlu bersedia untuk pertemuan pertama esok dengan supervisor...jadi kenalah bace sedikit sebanyak info untuk persediaan esok..programming pun dh lame tak praktik...agak kaku la klau tiba2 ditanya esok...
Niat mmang nak update tentang sri lanka..tp x berkesempatan..sebb permulaan sem kali ni yang agak hactic...apepun perlu double kerja..double fikit..double aktif...double kuat!

Doa2 moga esok perjumpaan itu jadi ok..
Dan dapat menghasilkan satu perbincangan yang bisa membantu ummah..insyaAllah...

Ahad, 24 Februari 2013

Kekuatan...

Terkadang kita alpa...lupa dek kejauhan pemikiran yg sesekali memesong...walhal kita sendiri suatu masa dahulu bersaksi akn DIA..
Muhasabah itu perlu...uzlah mengangkat semangat juangmu...
Kuatkan tekad...pasti Dia kan membantu!

Sabtu, 23 Februari 2013

Segalanya punya cerita


kalaupun semut kecil di mata..
namun sering tampak besar makanan yang dibawa...

kalaupun kaktus itu kekeringan di kelilingnya..
jarang yang melihat air yang banyak yang ditampung olehnya..

kalaupun lembu itu dilihat meragut rumput dengan lahapnya..
tak terfikir oleh kita bahwa ia juga menyimpan bekalan dalam mulutnya...

kalaupun padi itu menunduk layu..
tiada yang lain melainkan resminya ia yang berisi penuh..

yang tampak itu beza....yang tersirat itu nyata...
yang lama itu bahagia...yang singkat itu derita..
yang indah itu susah....yang sengsara itu mudah...
yang pedih itu seketika...yang manis itu pasti selamanya...

yakin pada tuhan..
kerana Dia yang menciptakan
yang lebih mengetahui kudrat setiap insan..
yang lebih memahami dan mengetahui kenapa kita diciptakan...

tanyalah padaNya...
minta padaNya..
pastikan diberi kekuatan...



p/s:masih keliru dengan apa yang membungkam




#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 22 Februari 2013

Kembara Iqra Sri Lanka-Hari Pertama

alhamdulillah...semalam selamat sampai LCCT setelah hampir 6 hari mengembara di bumi Sri Lanka...Kesempatan ini aku peroleh dengan mengikuti program LA bawah fakulti....
pengembaraan sang musafir yang memberi seribu satu pengalaman buatku yang bergelar hamba di bumi Allah ini...


bagasi2 
*HARI PERTAMA*




disambut dengan kalungan bunga
Malam sebelum itu aku menginap di rumah rakanku bagi memudahkan urusan perjalanan...Pada waktu pagi lebih kurang pukul 6 ba'da subuh kami berkumpul di akasia dan menaiki sebuah bas ke LCCT...penerbangan selama lebih kurang 3 jam setengah membuatkan masa ku kira amat lambat berlalu kerna perbezaan waktu 2 jam setengah antara Malaysia dan Sri Lanka.

rumah tempat kami menginap
Setibanya di Sri Lanka, kami di sambut dengan baik oleh travel agent yang kami ikuti. Setiap daripada kami dikalungkan dengan kalungan bunga sambil disebut 'ayubowan' yang bermkna selamat datang...sungguh, mereka amat baik dengan kami....kami dibawa ke tempat penginapan yang jaraknya lebih kurang 2 jam setengah masa perjalanan....sepanjang perjalanan, serasa seperti berada dalam filem tamil atau india....pemandangan yang asing bagi kami...sampai di rumah yang terletak di Nawala Road, Rajagiriya, kelihatan makanan sudah molek terhidang...raut muka yang seakan2 terkejut kerana tak menyangka rumah yang bakal kami inap itu kosong sedaya upaya kami sembunyikan dari pandangan tuan rumah.....memang ku tak menyangka bahawa rumah banglo besar dua tingkat itu tiada apa melainkan hanya kerusi yang diatur....tp tidak mengapa.....lantaran lapar, kami terus ke tempat makan di aras bawah untuk menikmati hidangan yang tersedia...

salah satu pemandangan sepanjang jalan
nasi serta lauk pauk...nampak menarik...tapi maklumlah, hari pertama....sukar bagi kami untuk menelan makanan yang agak 'asing' bagi kami dari sudut rasanya....masing2 tidak berani mengambil banyak...takut2 tak termakan.....manisan yang rasanya seperti kuih gula hangus juga dihidangkan tapi berbeza sedikit dengan tambahan rempah ratus di dalamnya...
manisan selepas makan

malam itu kami dibawa ke sebuah perkampungan melayu Sri Lanka...sungguh kalau nak diceritakan semua, memang payah kerana banyak juga peristiwa yang berlaku malam tu...apepun layanan mereka amat bagus dan sungguh bermakna...dengan hidangan makanan yang begitu banyak...dengan kanak2 yang petah berkata2....dengan cara mereka...walaupun sedikit konflik berlaku.. apepun sungguh gembira...=)

sekali lagi kami keharuan apabila pulang....di rumah, mereka sanggup menyediakan bantal2 dan membeli tikar besar untuk kami mengalas tempat tidur kami..hati kecil kami rasa sedikit bersalah seolah2 menyusahkn mereka pula...apapun, servis mereka amat bagus...
kawalan ketat di penjara

kesimpulan hari pertama;

ke perkampungan Melayu Muslim
1) bersyukur dengan apa adanya
2)bersedia dengan apa jua situasi yang mendatang
3)senantiasalah melontarkan senyuman walaupun ada kalanya kita tidak senang..
4)perlu belajar untuk mengundur diri dengan baik bagi mengelakkan kelewatan..
5)nak berjalan di tempat orang, sekurang2nya perlu ada seorang lelaki yang menemani..jangan sewenang2nya mengikut yang tak dikenali..
6)hargai apa yang diberikan kepada kita.
7)besederhana, belajarlah berasa susah
8)kagum dengan masyarakat muslim yang boleh survive di bumi yang majoritinya bukan beragama Islam
9)baru mengenali tapi macam dah kenal lama..
10)raikanlah tetamu sebaiknya..

apa yang nak kusimpulkan lagi tentang Sri Lanka...

"Melatih diri menjadi lebih muslim di negara bukan Islam"

insylh...cerita hari kedua, bersambung.....



#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 7 Februari 2013

Kelemahan itu SPECIAL!

Cerita kali ini tidaklah begitu memberangsangkan..hanya secebis rasa dalam diriku...tentang suatu perkara yang kurasa dahulunya sebagai satu kelemahan...tapi baru ku sedar,,, bahawa ianya satu kekuatan....

kalau ikut...aku memang terkenal dalam kalangan rakan sejawatku dan juga kaunselor2ku dengan sifatku yang hijau biru...ya...seorang yang kuat memikir dan beremosi.....bukan sedikit....tapi sangat beremosi...

dan pada suatu ketika...ku bertemu dengan kaunselor...dan ku dikatakan agak kurang normal dengan sifat terlalu biruku...yang asalnya padaku tidaklah melampau..cuma pada pandangan sekeliling..aku dikatakan pelik dengan salah satu sebab bahawa apa jua yang berlaku sangat mudah ku zahirkan dengan air mata...tak kiralah aku sedih ka..gembira ka...terharu ka....menggamit kenangan ka...bahagia ka...semuanya pasti mengalirkan air mata....=')

dan kaunselorku menasihatkan aku untuk menjadi 'kering' sedikit hatinya....dan disebabkan itu..aku bertanya-tanya pada diriku..sungguhkah aku ini tak normal?terukkah aku terlalu 'basah'?lalu lantaran ku merasakan kerdil....ku cuba ubah diriku menjadi entah siapa...aku pun tidak mengenalinya...siang malam aku berdoa pada tuhan mintak dikeringkan...

dan aku mula menyedari yg bahawasanya dikit2 tuhan telah memakbulkan apa yang ku pinta itu....mula dari malam bersama senior dalam watikah perlantikan....setetes air mata pun aku tak tumpah...walhal perasaan yang ku alami sangat menyesakkan dada...tatkala yang lain sedang mengalirkan air mata..aku hanya diam membisu seperti tunggul kayu yg dungu...mulanya aku tidak berfikir apa2...tapi dari acara ke acara...dari cerita dan suasana yang ku alami....baru ku sedar yang sebenarnya sejak itu sudah terlalu lama ku tidak mengalirkan air mata....bagaimanakah?adakan penat?atau sudah kering?hurm....dan kemuncak yang sangat2 ku rasakan bahawa aku telah kehilangan NIKMAT itu tatkala majlis perpisahan kaunselorku yang tercinta...aku sungguh tersiksa kerana serasa seperti sesuatu yang membungkam di jiwa..tak dapat dilepaskan....sangat2 terseksa....walau cuba ku paksa untuk menitiskan walau setetes air mata...namun natijahnya hanya kecewa....=(

sumber
Ya Tuhan.....kini aku sedar...bahawa itu bukanlah kelemahan...tapi suatu NIKMAT yang amat besar nilainya...terngiang2 kata2 ibu...

"Kau jangan rase apa yang kau alami tu satu kekurangan..tp sebenarnya kau amat SPECIAL kerana tuhan jadikan kau berbeza dengan yang lain"

Ya...kini aku pasti...amat2 ku akui...aku rindu menjadi diriku yang sebegitu...yg pada mata awam itu adalah suatu yang memalukan...tp tidak bagi aku....

Air mata itu adalah kekuatan bagi seorang WANITA!

Moga apa yang ku alami ini bisa menjadi iktibar buat semua....walau berbeza situasinya...tapi intinya tetap sama...


muhasabah diri....

kadang2 kite susah sangat nak bersyukur...mungkin yg kita nampak di mata kasar adalah buruk...kita punyalah mintak dihilangkan ia...tp bila kelemahan itu ditarik..baru kita tau bahawa kelemahan itu bukanlah suatu kelemahan tetapi suatu keindahan.... T_T

~Astaghfirullah~



#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 6 Februari 2013

Tips tentang Pasangan dan Jodoh

Alhamdulillah, semalam selesai sudah 2 kelas bersamaku....kalau ikutkan memang nak balik awal pagi..tp atas permintaan sahabat dan guru tercinta....ku lambatkan masa kepulanganku ke rumah tercinta...

pagi semalam, seperti yang diminta...aku memberi sedikit tunjuk ajar kepada rakanku untuk belajar memandu....tidak susah sangat untuk mengajarnya kerana dia sudah biasa dengan kereta outo....hanya saja dia kurang arif mengawal minyak dan klac juga agak gelabah dan gugup....tp aku yakin...dia pasti mampu kerana dia cepat belajar=)

dalam pukul 10++ sesi kedua bersama guru tercinta pula....beliau memintaku untuk mengajarnya membuat poster....waah!aku pun bukanlah seorang yang arif dalam bab2 photoshop ni..apa yang aku tau sedikit itu ku cuba berkongsi dengannya.....jujurnya beliau memang sebolehnya mahu mengetahui secara terperinci setiap fungsi butang di layar photoshop itu...tidak seperti yang ku jangka...kerana aku seawalnya hanya ingin mengajarnya basic dahulu....tp tak mengapalah....dapat spend masa sampai ke petang dengan beliau dan alhamdulillah beliau juga cepat belajar=)

selepas itu, sementara 'anak murid' sibuk menyelesaikan tugasan yang kuberikan, aku bersama seorang rakanku secara tidak sengaja bersesi kaunseling dengan seorang kaunselor...tentang jodoh....wah!!topik yang sangat menarik!hehehe

beberapa pesanan dari beliau...
sumber

1)pilihlah orang yang menyukai kita...bukan yang kita sukai
2)perbezaan antara pasangan itu menjadikan rumahtangga lebih 'spark' atau tak bosan
3)kadang2 persamaan itu juga menimbulkan permasalahan.contohnya....kalau kedua2nya biru, sorang merajuk takdak sapa nak pujuk
4)awal rumahtangga biasalah akan ada masalah bila tak sama..tapi insylh yang kedepannya sifat suami isteri akan lebih seimbang
5)jangan terlalu mencari kesempurnaan dalam pasangan/kecantikn sebb semua tu tak tahan lama..paling2 pun setahun ja..
6) kadang2 yang kita tak suka itulah kita akan dapat
7)jangan terlalu melayan orang dengan baik ..takut2 dia akan rasa kita suka padanya
8)jaga diri kamu untuk bakal suami/isteri...jangan terlalu sosial..kelak nanti kesian kat pasangan kamu..apa yang kamu akan tinggalkan untuknya?
9)istikhorohlah....sebab istikhoroh tu penting sangat2...
10)kalau dia bukan jodoh kita...buatlah macam mana pun...dia pasti bukan...tapi kalau jodoh kita..elaklah macam mana pun...dia tetap akan jadi jodoh kita..
11)berdoalah

banyak lagi pesanannya...setakat itu yang dapat aku kongsikan....moga bermanfaat insyaAllah..=)



#nuhassilu biha birridho..#