Sabtu, 2 November 2013
Tragedi november
Rabu, 9 Oktober 2013
Kekangan
kekangan itu terkadang mendewasakan..dan kekangan itu juga terkadang boleh menjadi perkara yang berbahaya bagi kita.
Kalau diikutkan minggu ini sahaja sudah menumpahkan air mata kestressan lantaran kekangan masa yang dialami. mungkin sahaja jika diberi ruang dan peluang ataupun dihalakan langkah yang teratur dan rapi menjadikan kekangan itu bisa dikendalikan dengan tenang.
Percaturan untuk berjumpa sv tidak kesampaian dan mengundang sejuta ketakutan lantaran status thesis yang masih samar walaupun hanya tinggal lebih kurang 3 minggu sahaja yang masih berbaki.penempatan latihan praktikal juga menampakkan satu situasi yang kurang berkeyakinan daripada diri sendiri kerna resuma yang masih lagi kosong tidak berbagai isi dan info diri.
Lambakan tutorial dan assignment yang terpaksa dikejar ketika semua diantara rakan yang tidak ke sana sudahpun menghantar satu persatu.sungguh, tahun akhir ini mengundang pelbagai emosi yang tak menentu.
Persatuan, kumpulan, habis berkecamuk. Risau dengan diri, hanya pergantungan kepada yang maha esa sahaja yang diharapkan kini. Ingin membawa diri dan mencari erti hidup dibalik rasa bersalah yang teramat. perlu menetapkan visi dan misi yang jelas dan mengenepikan apa yang tidak penting dan tidak segera dan mendahulukan apa yang penting dan yang segera...iaitu THESIS.
ujian mematangkan, ujian mendewasakan, pun begitu, ujian perlukan pemahaman, dari diri, dari sekeliling, kepada diri, kepada sekeliling, dan yang terutama, kepada Tuhan.
refleksi:
~untuk apa kita tidur?
~untuk apa kita hidup?
~untuk apa kita menyiapkan thesis?
~untuk apa kita berukhuwwah?
~untuk apa kita berdakwah?
tepuk dada, biarkan ketukan dan tamparan itu bisa menggetarkan jiwa yang kian alpa
"DEMI MASA!SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN...."
"MELAINKAN...
-Yang Beriman
-Yang Beramal Soleh
-Yang berpesan2 dengan kebenaran
-Yang berpesan2 dengan kesabaran"
moga Dia memandu dan mempermudahkan jalanku dan jalan Kami..
#nuhassilu biha birridho..#
Ahad, 22 September 2013
sedar dan baharu
lebih kurang 9 hari lagi diri ni bakal menyelesaikan latihan pra praktikal infosys yang sudah 2 kali kusertai..dan sepanjang itulh kurasakan sungguh banyak perkara yang menjadi pengajaran dan pembelajaran kepadaku. suma hanyasanya jika aku betul2 mahu, aku perlu untuk ubah apa yang perlu..yang sememangnya padanya punya lebih banyak keburukan berbanding manfaatnya..
terkadang bukan disengajakan, cuma fitrah insani yang membuatkan segalanya kabur daripada pandangan.Aku tidak katakan bahawa diriku ini tiada khilafnya, kerana apapun jua yang berlaku,aku perlu sedar dan terus sedar, sedar(aware) akan apa jua yang mendatang..agar aku tidak mudah tewas dengan nafsu dan keinginan yang tak tentu.
wanita bisa menjadi fitnah yang paling besar sekiranya ia tidak 'aware' akan dirinya selalu..oleh kerana itulah perlunya untuk senantiasa perbaharui apa jua keadaan..'aware' perlu disusuli dengan 'refresh'..agar seiring dengan matlamat yang satu..iaitu bisa meraih Redho dariNya..
moga diri ini bisa mengerti akan situasi yang berlaku kala ini..dan bisa untuk merobah apa yang bisa diubah..bukan hanya seketika..tapi berterusan sampai ke akhirnya..
HENSHIN!!
#nuhassilu biha birridho..#
Khamis, 12 September 2013
Day 27 @infosys10
Alhmdlh setakat ni berjalan lancar..cume minggu java yg agak hactuc membuatkan kesihatan sedikit terganggu..lantaran banyak assignment..quiz2..dan projek yg perlu disiapkan setiap hari...fyp ku yg tergendala entah bila mampu kusambung..idea seakan2 tidak dapat bercambah dengan sebaiknya...pun begitu...aku tidak boleh membiarkan semua ini terjadi....aku harus segera mengorak lngkah agar tidak menyesal di kemudian hari....pencapaian diriku juga kian merosot...terkadang buntu juga bila memikirkan semua itu....zon selesa yg sememangnya telah ku buang jauh2 amat menguji fikrahku...
Kuat!kuat!moga aku kuat!
Sabtu, 7 September 2013
Infosys 10
Alhamdulillah...sudah hampir 3 minggu semenjak kami di sini pada 18 hb yg lalu...macam2 pengalaman yg dirasakan....rsanya terlalu pantas masa berlalu...bermacam gaya dan ragam yg dipertontonkan....dan juga bermacam perkara yg mengajarku...
Kala ini...tak dapat aku uraikan bagaimana perasaanku...bukan apa....cuma terkadang bukan semua yang dibebani gampang untuk dikongsi...hanyasanya pabila ia sendiri dialami dan dirasai..baru tertempelak pada diri sendiri...
Mungkin sekarang,musibah yg menimpa itu hanya petunjuk dariNya supaya aku lebih memaksa diri untuk melakukan apa yg Dia kehendaki...kerana itu aku harus lebih mujahadah dengan tidak begitu mengambil endah akan kesesakan perasaan yg dirasa sebaliknya cuba untuk perlahan2 bangkit mengambil hikmah darinya...
#semoga kad bank dapat dibuat semula...semoga tiada apa2 yg hilang
#semoga hp boleh diguna semula..semoga ia tidak begitu memakan wang
#semoga exam java dapat kutebus kembali kegagalan pada infosys lepas dan juga kegagalan test minggu lepas
#moga fyp ku dapat ku fahami sebaiknya dan dapat ku teruskan dan siap pada waktunya
#semoga aku layak bergelar student ISA
#semoga aku berperangai seperti AKHOWAT
#semoga mutabaahku istiqomah
#moga ibuku dapat tersenyum
~nuhassilu biga birridho~
Selasa, 9 Julai 2013
Dia dah datang!!
InsyaAllah esok masuk hari ke-10 berada di bumi Sabah ini
perasaan berjauhan itu biasa. tidak mengapa. Cuma yang dirisaukan mutabaah amal dan zuq Ramadhan di sini. Almaklum sekarang menjalani latihan ala-ala di alam pekerjaan. Perlu ada kekuatan untuk bangkit dan membantu yang lain lantaran jadual dan suasana yang tidak mengambil kira sama ada Ramadhan atau tidak.
Bagaimanapun aku bersyukur kerana tadi berkesempatan juga solat tarawikh di surau asrama bersama pelajar2 ums. juga sempat bertadarrus dan berkongsi ilmu bersama-sama adik-adik ISA yang lain.Sungguh buatku rasa bersyukur sangat2 dikelilingi orang2 seperti ini. Terima kasih ya Allah.
Namun untuk hari2 kedepannya kami perlu menyusun dan merancang untuk Ramadhan kami.Agar kesibukan latihan tidak mengganggu kami untuk menunaikan ibadah dan berlumba2 melengkapkan mutabaah amal masing2.
26 hari Ramadhan yang bakal kami lalui di makmal komputer, membuatkan kami perlu kuat dan saling menguatkan. tiada suasana hingar bingar, tiada berita, tiada rasa, namun kami perlu juga mewujudkan 'Madrasah Ramadhan' itu. Agar ramadhan kali ini tidak menjadi suatu yang sia2 yang hanya berlalu begitu sahaja. Dunia yang terasing ini perlu kami manfaatkan. Hijrah yang kami lewati perlu kami pergunakan. Agar dapat kami ukur kental lemahnya kami. Agar dapat bina iman amal yang suci.
Mohon doa daripada rakan2. Agar kesibukan di sini tidak menjadi alasan untuk kami tidak berlumba2 membuat kebaikan. Agar 'letih' kami bergelumang assignment saban hari tidak menjadi sebab untuk kami 'letih' menghadap tuhan.
Tolong kami ya Tuhan. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin-Mu.
Marhaban Ya Ramadhan!
#nuhassilu biha birridho..#
Isnin, 1 Julai 2013
Genangan Kolam Itu
Saat ini, berada di Sabah bersama 15 orang lagi junior seangkatan menyahut cabaran latihan Infosys selama 34 hari. Taklimat yang diberikan cukup membuatkan darah kami berderau dek kegusaran yang melampau!Sungguh apa yang digembar gemburkan oleh rakan-rakan bahawa latihan ini perlu persediaan rapi fizikal dan mental.
Saat terbayang wajah bonda tercinta yang sempat berkolam matanya sewaktu menghantarku mendaftar di lokasi yang ditentukan. Sungguh aku juga hiba kerana ku tahu dia perlukanku. Namun lantaran aku mahu menjadi orang yang diperlukan ibu lah membuatku nekad dengan keputusanku untuk menerima tawaran ini. Sempat ku menegur ibu mengatakan bahawa aku tidak pergi jauh. Tapi hati ibu itu amat halus bila mengenangkan kedua-dua cahaya matanya berjauhan dengannya sewaktu hari jadinya.
Ya, peristiwa ini pernah berlaku suatu ketika dahulu. Tarikh yang sama namun tahunnya saja yang berbeza. Saat ketika aku membuatkan mata ibuku seperti tadi. Berkolam, tidak dapat menahan rasa walaupun dampaknya cuba untuk menyembunyikan daripada terlihat oleh ku.Namun ketika itu, bukan air mata itu yang ku mahu. Kerana itu air mata kekecewaan seorang ibu pabila anaknya tidak bisa menjadi seperti apa yang diinginkannya dan membanggakannya. Ya, pada tanggal lahirnya juga. Pada hari bermakna aku telah buat ibu kecewa!maafkan aku ibu!
Dan perkiraanku kala ini, walau ku tahu masa tidak boleh diundur, namun aku cuba untuk menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan membuatmu bangga pada tarikh yang sama. Yang mana kira-kira 3 tahun dahulu kau terluka, tapi aku mahu air mata kali ini adalah air mata bangga bahawa anakmu ini mampu berjaya!Percayalah duhai ibu!Tolong, jangan dipamer genangan kolam itu lagi kepadaku. Genangan kekecewaan suatu masa dahulu telah benar2 meranggut jiwa dan semangatku. Kini, aku mahu genangan tadi tumpah menjadi titisan bahagiamu. Kau harus percaya bahawa aku mampu!Buangkanlah jauh-jauh derita hatimu yang kau tanggung selama ini.Kerana bukan salahmu mendidikku, tapi aku yang tidak bisa menjaga diriku yang telah utuh dengan didikan darimu ibu!
Selamat hari lahir ibu. Doaku semoga kau sentiasa bahagia, sentiasa dirahmati, sentiasa dikasihi. Moga kau tabah dengan apa adanya kau kini. Kau adalah insan teristimewa!Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulku!
Maafkan anakmu ini duhai ibu..
#nuhassilu biha birridho..#
-
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2010 ZON 4 USIM akan menjadi tuan rumah bagi program KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) JOM ...
-
Bismillahirrahmanirrahim, mula dengan kalam yang mulia.. nama Tuhan yang esa. Lapangan sedia ada kali ini membenarkan diri untuk mengenali...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam dari daerah hati yang jauh. Hari yang sedang tercari-cari arah mana yang harus dan perlu dia ik...

