Sabtu, 28 Mac 2015

My Second Family


"alaa...taknak tinggalkan memori indah nii.."
"ambikla gambar kak"

n terhasillah gambar ini dan beberapa gambar posing yang lain..

Ya, aku tau..merakam memori sebegini belum cukup untuk memastikan ia kekal..

tapi cukup untuk aku katakan, asal doa tak putus antara kita..bersama mendoakan kebaikan...insyaAllah memori tercipta bisa dipelihara di bawah rahmatNya..



Bukan perlu untuk sentiasa bersama 4 mata, cukup ingatan yang tulus..dan impian bersama bersahabat hingga ke syurga..

Terima kasih Rabb atas anugerah terindah ini.

(:


#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 20 Mac 2015

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

 Klik pada banner untuk join

Tag Kawan:

aizamia , amirah , cik dira


#nuhassilu biha birridho..#

Coretan Perkongsian : Dahsyatnya ibu

Sudah terlalu lama sejak aku mula menyuarakan dan mencurhatkan segala apa yang membungkam di laman soasial; menghabiskan masa menulis dan berkongsi rasa suka duka. Iya, aku akui. Memang mereka lebih tertumpu kepada media sosial yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tapi rasanya lebih selesa untuk menukilkan apa jua yang mampu dikongsikan dan menjadi tauladan kepada insan.

Sejak seminggu ini, sering berlaku perbualan antara aku dan Cik Nor, seorang wanita yang umurnya sekitar 60-an. Beliau amat suka berkongsi cerita denganku. Biasalah, sebagai orang yang lebih dewasa, beliau terpanggil untuk memberi nasihat berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Perkahwinan

Baru-baru ini, anak beliau tak jadi menikah. Walaupun sememangnya tarikh pernikahan sudah terlalu hampir; dengan persiapan yang hampir 90% sudah selesai. Apa nak dikata, jodoh tak kesampaian bersama orang itu. Beliau mengakui sedikit terkilan, tapi sememangnya calon tersebut bukan calon menantu pilihan.

Solat

Bagi beliau, lelaki itu baik, sangat baik. Hormat orang tua. Tapi satu masalahnya, liat solat. Seringkali beliau mendengarkan anak perempuannya terpaksa menelefon tunangnya itu, mengejutkan bangun untuk solat. Beliau juga menceritakan perihal penjagaan solat yang kurang diberi perhatian oleh lelaki tersebut menyebabkan beliau agak sangsi untuk menerima lelaki tersebut sebagai menantu.

Melawan

Pernah beliau menyuarakan suatu masa dahulu tentang apa yang beliau risaukan kepada anaknya. Namun, apa yang beliau dapat?Tengkingan dan herdikan kedegilan seorang anak. Mungkin itu sudah biasa bagi anaknya. Tapi sebagai seorang ibu, diperlakukan sebegitu amatlah tidak wajar. Beliau seperti tidak dapat melupakan cicipan-cicipan peristiwa sewaktu anaknya meninggikan suara. Bukan mahu dibandingkan dengan anak-anak yang lain, tetapi menantu-menantu beliau sendiri amat menghormati beliau sebagai seorang ibu.

Jodoh

Mengupas perihal jodoh tak kesampaian, beliau secara tidak sedar mengaitkan sikap anaknya dengan jodoh yang agak 'liat'. Beliau menebak bahawa lantaran sikap anak yang sebegitu terhadap orang tuanya menyebabkan tiada kesampaian sehingga kini..allahu.

Cerita ini bukan untuk mengaibkan,juga bukan untuk mencanangkan keburukan yang lain.. cuma untuk berkongsi cerita yang diceritakan oleh seorang ibu itu sendiri agar perkara yang mungkin dipandang enteng ini dapat dititikberatkan dan peristiwa ringkas ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

Sesungguhnya ibu itu mulia.
Sedaya- upaya cubalah menjaga hati dan menghormatinnya.
Ibu bukan mahu harta kita.
Sedangkan jasanya juga tidak akan terbalas sehingga hujung nyawa.

wallahua'lam






#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 13 September 2014

Path #1

Ya,sekarang aku telah mengambil keputusan untuk teruskan di mana aku bermula.
Bukan sengaja mahu meninggalkan ilmu baru..tapi hakikatnya sulit untuk aku ambil keputusan yang sekarang ini.
Aku tahu ramai antara mereka yang mempertikaikan keputusan aku. Kata mereka, peluang hanya sekali seumur hidup.Mungkin selepas ini, aku tak lagi berpeluang untuk sambung ke tempat yang sebegitu lagi. Namun, aku yakin janji Tuhan pasti tak pernah berdusta. Dia tidak pernah menzalimi hambaNya.
Tipulah air mata ini tak mengalir tatkala jiwa rasa terbeban untuk memutuskan apa yang telah diputuskan. Tapi aku kena kuat!Aku tak boleh tamak mahukan kedua-duanya sekali. Antara dua, aku perli memilih. Dan aku trlah memilih. Dan keputusan pilihan yang telah aku buat ini aku serahkan pada Dia untuk menyelesaikan yang selebihnya.
Teringat dahulu tatkala mahu memilih antara Infosys di Langkawi atau bercuti di Maldives.Ya, aku telah banyak melukakan hati ramai pihak. Ramai yang mempertikaikan keputusanku..Ramai yang merasakan aku menjadi insan yang kerugian lantaran memilih untuk ke Langkawi. Hakikatny, aku telah nampak impak yang besar atas keputusanku yang lalu dengan ilmu yang Tuhan berikan aku peluang untuk belajar di sana. Ya, di Maldives juga aku bisa belajar ilmu kehidupan..Yang padanya mungkin lebih bermakna sebagai seorang insan. Tapi penyesalan yang sedikit itu langsung tidak dapat menandingi kurniaan tuhan padaku atas pengalaman mencari ilmu di tempat yang mungkin pada segelintir mereka melihat tiada apa-apa, tapi bagiku, sangat-sangat beri perubahan yang besar dalam urusan hidupku dan cara pandangku.

Aku harap pilihanku kali ini juga bisa dipandu oleh kewarasan akal fikiran dan bukan kata mereka.





#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 27 Mei 2014

CERAMAH ISRAK MIKRAJ - USTAZ NABIL (27052014)




1. Nak dapat suatu ilmu sangat susah, macam nak dapat suatu hadis pada zaman dahulu sangatlah susah
2. khuf (stoking kulit)
3. peristiwa israk mikraj melangkaui jangkauan akal fikiran kita..peristiwa yang berat dan besar
4. Islam ini datang dengan WAHYU. .bukan datang dengan AKAL..bukan datang dengan NAFSU.
5. sukar untuk kita memikirkan dan mempersoalkan kejadian dan kehebatan Allah..boleh jadi gila…apapun perlu sentiasa bersyukur sebagai hambaNya..
6. Islam itu sangat Indah, sangat cantik…kalau dengan akal…akan pening memikirkan isu SOLAT dan PUASA, isu AIR MANI dan AIR KENCING, isu LELAKI dan WANITA misalnya.
7. Surah Al-Isra’ (1)
8. para mufassirin menceritakan bahawa, kalau ayat dalam Alquran bermula dari kata akar (sabbahasin-ba-ha), perkara/peristiwa tersebut tidak mampu ditafsirkan dengan akal manusia
9. Al-lail(malam)..Lailan(sepertiga malam)
10. Masuk makkah dan madinah, kalau niat benar..akan rasa ketenangan..akan serta merta mengalir air matanya merindui bumi keduanya.
11. di bumi Palestin, mereka sangat lemah lembut..penuh dengan nilai keislaman, kalaupun ada yang meminta sedekah..mereka tidak menarik-narik atau merayu-rayu ‘teruk’ seperti yang berlaku di Negara kita. Kalau kita meminjam barangnya seketika..nak pulangkan, dia kata tak payah pulangkan, dia terus bagi hadiah.
12. Doa rakyat di bumi Palestin, bila berpisah, akan sama semuanya..doanya nak mendapatkan semula Masjidil Aqsa, bersama semula,berpimpinan tangan..doa mereka sama seolah2 sudah ada dalam skrip..mereka sentiasa mendoakan sesame mereka dan orang2 lain tatkala berpisah.
13. syarat2 seorang nak jadi tentera bridget Al-Qassam
solat subuh berjemaah di masjid selama 40 hari
perlu solat berjemaah dipantau selama 40-60
perlu hafaz Quran
14. Allah menggembirakan nabi dengan peristiwa isra’ mikraj..sebab tahun tersebut tahun kesedihan bagi nabi
15. Boleh diaplikasikan bila ada masalah seperti dalam perhubungan suami isteri misalnya..bawa keluar dari rumah..pergi bercuti..gembirakan..jangan duduk setempat..
16. Tafsiran para mufassirin..Buraqbarqu(kilat), bareequn (keputih-putihan)..bergerak sepantas kilat, yang cahayanya Nampak seperti keputih-putihan…
17. Persoalan yang diberikan..Kenapa nabi-nabi yang lain yang terdahulu, tunggu Nabi Muhammad di setiap tingkat?Dan kenapa hanya 7 sahaja?
18. Ibrahnya (bukan hujjah)..seolah2 tujuh tingkat ini,ada peristiwa2 yang berlaku di bumi ni di zaman rasulullah..
Jumpa nabi Adam, yang dikeluarkan dr syurga-Nabi saw juga akan keluar dari bumi makkah
Jumpa nabi Isa, yang sentiasa diburu- Nabi saw juga akan diburu,badar
Jumpa nabi Yusof, dibuang dalam perigi buruk-peristiwa Khandak
Nabi Idris, banyak bertulis-Zaman makin moden
Jumpa nabi Harun, yang dimarah oleh Nabi Musa tentang pengikutnya-Hadis Ifk
Jumpa nabi Musa, membawa lari dan membawa semula islam-sama juga Nabi saw bawak balik Makkah Islam
Jumpa Nabi Ibrahim, tunai Haji-Nabi saw juga dapat begitu
19. Kenapa Nabi Musa tunggu nabi Mohd saw? Yang disampaikan oleh Ustaz Abu Hassan Al-hafiz..Sebenarnya Nabi musa tunggu nak tanya “Kamu dapat bertemu Allah atau tidak?”-rujuk peristiwa di bukit tursina tentang nabi Musa nak jumpa Allah dulu…
20. Alquran-kalamullah ini melepasi apa yang kita fikirkan.
21. “Setiap jarum jam yang bergerak merubah sesuatu”, Esok ada ke takda..kita pun tak tahu…jangan tunggu sampai esok.



#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 22 Mei 2014

Puzzled~

Wondering if we can still be friend..
Coz I can really understand your feeling
Your heart,,is unpredictable..
If my action is so rude..tell me honestly..
Coz me myself cannot aware of it..
Just let time heals everything..
Yet,I really miss the old you..

Ahad, 6 April 2014

Beringat Selalu

Bila terasa berat untuk memberi
Ingat bila lagi
Sebab bila dah tiada baki
Baru terkapai-kapai nak mencari

Bila diminta tolong
Jangan sombong
Takut masa kita tercampak di lorong
Baru nak terpekik terlolong

Bila rasa bahagia
Jangan Lupa pada pencipta
Takut bila kita sengsara
Dia dah murka

Hidup ini
Kalau bukan kita pelakonnya
Siapa lagi?

Buat selagi terdaya
Supaya nanti bila tersedar mimpi ke alam yang nyata
Baru rasa lega
Tiada hutang nyawa dan masa
Sebagai Hamba kepada yang Esa

~Hanim Yusra~
6 April 2014
1.31 a.m.



#nuhassilu biha birridho..#