Sabtu, 19 November 2016

Untuk kau yang berteman denganku

Aku tak pandai bergaul.

Aku sukar untuk memulakan.

Aku tak tahu cara yang indah untuk bersahabat.

Aku tak arif mempraktis kiat memurnikan bibit persahabatan sesama manusia.


Jika aku salah,khabarkan.

Jika aku khilaf,beritahu.

Jika aku mengguris hatimu,jangan kau diam membisu.

Jika aku membuatmu terluka,selesaikan dengan cara sepatutnya.


Bimbing aku,

Ajari aku,

Katakan padaku.


Kerna hal ini bisa merobek nuraniku untuk berfikir yang waras.

Bisa membuatku terjelepok tersungkur menempelak diri.

Kerana aku adalah aku.

Yang kau sendiri pasti tidak bisa menelah apa yang ada di benak kecil ini.

Yang lakunya bisa luar dari apa yang sepatutnya.


Kerana sekali kita berteman,

Tempatmu bukan sekadar seorang kenalan.

Kerana ruang kecil hatiku sudah dihuni olehmu,

Sahabatku.


-hanimyusra-

Tingkah titah

Bila hati dan akal sudah bertingkah
Tiada apa yang bisa merobah
Melainkan nurani yang bertitah
Hey Qalbi! Kau salah!
Hai akal! Kau hanya menelah!
Sedang syaitan sudah tertawa berdekah-dekah
Melihatkan umat Adam yang salah-menyalah
Bagai retak menanti belah.

•hanimyusra•
•191114•
•2306•
•Paya Dalam,Melaka•

Jumaat, 4 November 2016

Pengabadian

Tenang, bergenang.
Tiada sendu tangisan syahdu.
Tiba waktu pasti pengakhiran itu jadi permulaan kembali..
Permulaan kepada sebuah pengabadian.
Pengabadian yang berandikan??..
Entahlah..hanya kau yang bisa merungkai jawapan kepada persoalan ini.

14:56
-hanimyusra-

Selasa, 4 Oktober 2016

Istiqamah kumohon.

Doakan aku ISTIQAMAH.
Mencari MARDHOTILLAH.
Bukan berbangga dengan sanjungan qabilah.
Tapi tunduk akur kepada DIA sang pemerintah.

Agar ILMU ini bermanfaat
Ku mohon pada diri moga aku KUAT
Berusaha lebih GIAT
Kelak berbakti pada insan sejagat.

Ahad, 25 September 2016

Sabar,itu kekuatan

Moga yang terbungkam bisa terlerai,
Moga yang buntu bisa terarah,
Moga yang keliru bisa terpandu,

Sepi berteman derita hati..
Sayu berlagu sendu..
Namun tak dapat diluah seiring waktu..
Mengukir tawa penghibur syahdu..

Moga ketemu jalan.
Kerana janjiNya tak pernah diambil ringan.
Sabar,jadi kekuatan.

-hanimyusra-
1146a.m.

Sabtu, 17 September 2016

Azam yang sia-sia

Tak guna mencanang azam setinggi langit,

Andai usahamu tidakpun sampai sekelumit..

Sia-sia mengharap impian bersinar,

Jika fajar diulit tak tegar..

Usah dicita bulan kan jatuh ke riba,

Sedang lakunya terjelepuk cuma..


Biarkan!

Biarkan mimpi itu sekadar mimpi!

Kalau retak menanti belah yang dinanti.


#notaHatiFatin

 #monologJiwa 


-hanimyusra-

170916🌹

Sabtu, 13 Ogos 2016

Sangka.

Kini lebih selesa untuk terus menyelesaikan daripada menyimpan lama perkara yang jadi musykilah di hati. Tak mahu ia membusuk jadi dendam yg sukar dipadam. Walaupun kadangkala masih ada cebisan rasa yang tidak betul-betul hilang daripada yang dijangka.Moga dengan cara ini lebih Tuhan lindung daripada terus bersangka-sangka tanpa sengaja mahupun sengaja..Sedangkan bersangka itu pun sudah menjadi laranganNya.
...
Moga Tuhan sentiasa thabatkan hati kita semua di jalanNya.
#pesanDiri 

Sumber foto : Alam maya.