Jumaat, 30 Januari 2009

MENCARI HATI MAHMUDAH..

betapa berharga hati ini
ketulan daging anugerah tuhan
mengukir gerak melakar hasrat
apabila disalut murni
terpelihara seluruh anggota
apabila diselimuti kekeruhan
tercalar citra insani

ingin kumiliki nurani terpuji
memancar ketaatan ketulusan
bermujahadah melawan nafsu
memugar godaan syaitan
mensyukuri nikmat ilahi

mampukah mendakap
keluhuran
menebar jala kemaafan
menabur benih kasih sayang
menyulam jiwa pemurah

menobat sifat mahmudah
meminggir hasad dan iri
menyingkir nista dan khianat
menghindari sifat mazmumah

umi kalsum idham
batu pahat
berita harian
27 dis 08

Khamis, 29 Januari 2009

13 aurat wanita..



Ditulis oleh unic.develOper
1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

.::aiNNisaa'::.~ tika nurani ini berlabuh pada cintaMu..Rabbi.. ~: SHOLEHAH KAH AKU ???

.::aiNNisaa'::.~ tika nurani ini berlabuh pada cintaMu..Rabbi.. ~: SHOLEHAH KAH AKU ???

Rabu, 28 Januari 2009

Ayat Kursi hindari perbuatan pukau dan sihir

ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tidak ada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu - Nya dan kekuasaan - Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (al-Baqarah: 255)

Keterangan ayat

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Nabi SAW pernah memberitahu kepada Ubai bin Ka'ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran adalah ayat al-Kursi.

Khasiat dan kaifiat beramal

Ayat al -Kursi juga mempunyai kelebihan untuk menghadapi gangguan syaitan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih. Ayat ini patut menjadi amalan dengan membacanya pada setiap waktu terutama apabila berhadapan dengan kebarangkalian diganggu jin dan syaitan. Kisah ini masyhur tentang Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan ada dalam kedua kitab hadis Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim.

Selain itu, Nabi SAW juga menganjurkan agar membaca ayat ini sebelum tidur supaya terpelihara daripada diganggu syaitan hingga ke waktu Subuh.

Selasa, 27 Januari 2009

fakta untuk difikirkan

nisbah ahli sains..

#Malaysia-20 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk

#Singapura-40 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk

#Barat(eropah)- 80 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk

Impak peristiwa 11 september New York

#Tidak kurang 33,000 orang Eropah memeluk agama Islam selepas peristiwa 11 September.

#Berpuluh buah gereja di England telah ditukar menjadi masjid oleh Muslim.

Khamis, 22 Januari 2009

mari belajar bahasa jerman..

bismillahirrahmanirrahim..
hari ini..ana nak perkenalkan pada antum semua..bahasa jerman..
bahasa jerman ni lebih kurang cam bi gak..tapi,dier baku sket..
hmm..dulu ana der blaja kat skul..tapi..ingat tak ingat..
tapi..kate orang..ilmu yang ada kenalah dikembangkan..kerana ilmu itu hak Allah..
pada yang pertama kalinya ini..ana akan kongsi..beberapa perkataan jerman..

ich bin fatin..
(ikh bin fatin)
nama saya fatin

ich bin siebzehn jahre alt
(ikh bin zibsen yaghe alt)
umur saya 17 tahun

ich komme aus Selangor
(ikh komme aus selangor)
saya datang dari selangor

ich mag katze
(ikh mag katze)
saya suka kucing

hmm..
tu serba sedikit la..
yang dalam kurungan tu care nak sebut..
susah jugak sebutannye..dulu,mula2 blaja..tergeliat lidah..
hmm..
huruf j jadi y
huruf v jadi f
huruf s jadu z
ni..ana tambah beberapa perkataan lagi..

hallo
(halo)
helo

wie gehts?
(vi gets)
apa khabar

Brille
(beghile)
cermin mata

ich verstehe nich
(ikh fershtea nikh)ps:h tu tak bunyi
saya tidak faham

das ist alles
(das is alles)
that's all
itu sahaja

semoga dapat ditambah ilmu di dada..
kalau ada salah silap..boleh betolkan..ana sedia terima..

vielen dank
(filen dang)
terima kasih bAnyak2

wallahua'lam..

p/s:kalau ada cadangan atau komen tentang ruangan nih..bolehla suarakan..syukran..

Rabu, 21 Januari 2009

tahniah kepada adik2 pmr 2008..

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak muncul SBPI terbaik dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 dengan keputusan 77.9 peratus pelajarnya memperoleh 9A manakala 81.4 peratus memperoleh keputusan 8A.

Keputusan itu turut mencipta sejarah kerana ia merupakan pertama kali SBPI, yang berjumlah 12 buah kesemuanya di seluruh negara memperoleh keputusan yang tertinggi dalam sembilan mata pelajaran yang diambil oleh para pelajarnya termasuk mata pelajaran tambahan, Bahasa Arab.

Secara keseluruhan seramai 86 pelajar SBPI Gombak menduduki PMR 2008 dan daripada jumlah tersebut 67 pelajar memperoleh keputusan 9A, 8A 1B (10 pelajar), 7A 2B (6 pelajar), 6A 3B (2 pelajar) dan seorang pelajar memperoleh keputusan 5A 4B.

Keputusan tersebut memperlihatkan peningkatan 11 peratus keputusan PMR SBPI Gombak iaitu dari 66.67 peratus pada tahun 2007.

Sementara itu, keputusan yang membanggakan itu turut dikongsi bersama-sama oleh mantan Pengetua SBPI Gombak, Norlia Mohd Shuhaili yang kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran.

Beliau yang baru menjawat jawatan berkenaan bermula Oktober tahun lalu amat terharu dengan kejayaan para pelajarnya dan menyifatkan kejayaan itu adalah hasil usaha gigih setiap warga sekolah berkenaan.

``Setiap warga sekolah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap kejayaan ini sama ada guru, pelajar, pihak asrama dan bahagian pejabat, semuanya memainkan peranan,’’ katanya.

Malah beliau turut mengucapkan penghargaan terhadap kerjasama yang diberi oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SBPI Gombak yang tidak pernah jemu membantu pihak sekolah dengan pelbagai sumbangan.

``Setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah sentiasa mendapat kerjasama daripada pihak PIBG dan mereka tidak pernah lokek sama ada dari segi kewangan mahupun keringat,’’ katanya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaan SBPI Gombak, beliau berkata, semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sama seperti SBP yang lain.

``Apa yang saya nampak ialah kejayaan ini adalah kesungguhan guru dan para pelajar dan bagi saya yang penting adalah niat kita sesama manusia..buatlah apa sahaja pasti akan berjaya jika kita mempunyai niat ikhlas dan menjaga hubungan sesama manusia,’’ katanya.

Malah katanya, setiap pelajar dan guru akan berkorban masa terutama pada cuti penggal persekolahan dengan memulakan persekolahan lebih awal berbanding sekolah lain.

Selain itu katanya, jika hendak berjaya para guru kena pegang hati pelajar, kenal pasti pelajar yang lemah dan diberi perhatian dan bimbingan yang jitu terhadap mereka.

Ternyata Norlia amat berbangga dengan kejayaan keputusan PMR kali ini apatah lagi tiada seorang pun pelajarnya memperoleh keputusan C.

Namun yang lebih membanggakan beliau ialah setiap pelajar yang memperoleh keputusan 9A itu aktif dalam kegiatan kokurikulum.

``Semua pelajar tersebut aktif dalam sukan ragbi dan dengan keputusan yang mereka peroleh jelas kegiatan kokurikulum tidak akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar,’’ tegasnya.

Walaupun akademik diberi perhatian namun pelajar juga ditekankan ilmu kerohanian yang tinggi seperti solat berjemaah dan membaca surah Yasin setiap hari menjelang peperiksaan.

Menurut Norlia, beliau tidak pernah mengabaikan kokurikulum pelajar beliau turut memberi ruang kepada pelajar untuk aktif dalam kegiatan kokurikulum lain termasuk seni.

Menurut beliau berdasarkan rekod pengesanan pelajar SBPI Gombak, 60 peratus pelajarnya mendapat tawaran menyambung pengajian ke universiti luar negara.

1.Gombak 86 67 (77.9 peratus)

2.Rawang 85 52 (61.18 peratus)

3.Kubang Pasu 118 43 (36.44 peratus)

4.SM Sains Sultan Iskandar

79 42 (53.16 peratus)

5.Sabak Bernam 85 36 (42.35 peratus)

6.Batu Rakit 107 34 (31.78 peratus)

7.Temerloh 90 31 (34.44 peratus)

8.Gopeng 87 30 (34.48 peratus)

9.Kuantan 110 24 (21.82 peratus)

10.Pekan 85 22 (25.88 peratus)

11.Selandar 89 11 (12.36 peratus).



"berita di atas ana petik kat utusan online ari ni...alhamdulillah..ana tumpang gembira atas kejayaan adik2 ana..kepada adik2 ku..mabruk 'alaik..pun begitu..janganlah antum lupe..tuk ucapkan syukur pada ilahi..maha suci Allah..Dier yang maha mengetahui..dan jangan kiter lupe..semua dari tuhan..ilmu tu hak Dier..kiter hanya meminjam..ana arap..petikan di atas dapat dijadikan pedoman..wat adik2 yang akan mengambil pmr dan spm taun nih..artikel ni bukan lambang kemegahan..sekadar ingin berkongsi..wallahu'alam.."