Selasa, 26 Januari 2010

lebih baik maafkan daripada menghukum??


bismillahirrahmanirrahim....
maaf...seringkali kita dengar perkataan ini..
perkataan yang dahulunya menjadi pengubat kemarahan...
menjadi menenang fikiran...
makin lama...makin dibiar lagaknya seperti adat...
maaf kunci peleraian...dan kadangkala..maaf juga boleh menjadi kunci permusuhan...
bagaimana itu?
apabila seseorang itu sering menggunakan alasan ketelanjuran dan hanya dengan kalimah maaf dirasakan boleyh menyelesaikan segalanya...
apabila maaf tidak betul2 lahir dari hati..dari keikhlasan...di situ syaitan akan mule menujuk jejarum menghasut anak Adam agar menggunakannya bukan pada tempatnya...
seperti ingin menagih belas yang jauh di sudut hatinya hanya ingin mengambil kesempatan dengan sifat pemaaf seseorang...
hmmm....benar....memaafkan itu adalah lebih baik dari menhukum..
hal ini ditujukan kepada yang dikatakan "mangsa"
kerana kadang2..kita juga melakukan kesilapan dan kita hanyalah insan yang kerdil...
yang selayaknya menghukum adalah Allah taala...
tapi ambil lah iktibar wahai yang dikatakan "pemangsa" bukan ambil kesempatan...
pabila maaf itu telah diberikan....jika perlu..urusan lain perlu diselesaikan ...
contohnya..jika seseorang telah merosakkan barang seseorang yang lain...
maka yang merosakkan perlulah meminta maaf dan mengikhtiar sesuatu mengikut kemampuan seperti mengganti semula misalnya...
apapun kesimpulannya...
jadilah kita orang yang pemaaf...dan sekiranya kita dizalimi..mohonlah pertolongan Allah...
Allah tidak akan menzalimi diri kita...
Dia lah sebaik2 yang maha pengasih....
afwan 'ala kulli hal....wallahua'lam

Ahad, 10 Januari 2010

kunci syurga..


Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)


Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)


Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”


Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”


'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yg dimaksudkan darinya.


Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)


Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)


Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Rabu, 30 Disember 2009

ukhuwah


ukhuwah itu..

memang amat didamba oleh setiap insan...

kerana dengan ukhuwahlah..mahabbah mengikat...

mawaddah mengerat....maghfirah mengendah...

rahmah bertandang...

tatkala ukhuwah itu kerana yang satu...

suka duka tiada yang bersungut..

kerana segalanya diterima dengan berlapang dada...

marilah banjiri doa kita...

dengan ingatan sesama muslim...

nuhassilu biha birridho...

Rabu, 2 Disember 2009

Ya Rasulullah..

bismillahirahmanirrahim...
kaifahalukum jami'an?
alhamdulillah..ana fi sihhatin jayyidan..
مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡ‌ۖ تَرَٮٰهُمۡ رُكَّعً۬ا سُجَّدً۬ا يَبۡتَغُونَ فَضۡلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنً۬ا‌ۖ سِيمَاهُمۡ فِى وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِ‌ۚ ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌ۚ وَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَ‌ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنۡہُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا (٢٩)

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. / (29)

surah al-fath:29

maha suci Allah yang menjadikan kita dalam golongan ummat Muhammad..kekasih Allah..sesungguhnya bersyukurlah kita kerana kita mempunyai kelebihan dan amat2 dikasihi oleh Rasulullah..

manusia kini..memanglah mengaku Muhammad pesuruh Allah..nabi dan rasul yang dikasihi..

tetapi..adakah cinta kita padanya terbukti??

secara lumrahnya..orang yang dicintai itu lebih dikenali dari semua segi..

tanyalah pada diri..adakah kita kenal siapa itu Muhmmad??

atau sekadar mengetahui nabi itu nabi terakhir..lahir tahun gajah...bapanya abdullah dan ibunya aminah...

cukupkah??

padahal..pabila diteliti kembali..cinta yang dibina untuk seseorang lelaki atau perempuan membuatkan kita lebih mengenalinya..kesukaan kebenciannya..tarikh lahir..alamat rumah..adik beradiknya...dan bermacam2 lagi..patutkah??

berbaloikah jika dibandingkn keagungan cinta kepada Rasulullah yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak???

tahukah kita serba serbi tentang rasulullah?selalukah kita sebut namanya dan berselawat kepadanya seperti kita menyebut2 dan mengingati kekasih hati sehingga termimpi2??

astaghfirullah..marilah muhasabah diri..kenali kekasih Allah ini...

wallahua'lam..

Sabtu, 14 November 2009

AMALAN ELAK LEMAH AKAL


bismillahirrahmanirrahim..
kat sini ana nak kongsi sket ngan antum semua..

kita mesti tak nak akal kita lemah kan..
jadi..kita perlulah ikhtiar agar natijahnya memberi kebaikan kepada diri kita..insyaAllah..

ada beberapa tips atau amalan yang boleyh kita sama2 praktikkan..

-Mengamalkan cara makan dan jadual makan yang tetap waktunya.

-Jenis makanan dan suhunya sama ada panas atau sejuk hendaklah dalam keadaan sederhana.
-Keselesaan dan kekerapan pembuangan najis juga diambil berat.
-mengelakkan diri daripada tidurantara waktu asar hingga maghrib kerana ditakuti mewarisi penyakit lupa atau gila.
-mengelakkan diri daripada tidur selepas subuh kerana ditakuti mewarisi kepapaan;sekurang-kurangnya papa ilmu.
-menjaga kebersihan anggota badan terutama gigi.oleh itu, bersihkan gigi sebelum solat, sebelum baca alquran, dan sebelum bersama suami isteri selain setiap kali selepas makan.

semoga Allah permudahkan segala urusan kita..nuhassilu biha birridho..wassalam..

Rabu, 11 November 2009

mas kahwin nabi palsu..




Bismillah..

antum tahu tak mas kahwin nabi palsu pada zaman dahulu??
hmm..haritu ana ader baca buku kisah2 insan derhaka..
lepas tuh ana bcer satu tajuk kecil nih..
tentang maskahwin nabi palsu..
sebelum tuh..
antum kenal tak saper ye nabi palsu?
mereka ialah musailamah dan sajjah


Selepas Sajjah dan Musailamah al Kazzab nih kahwin..
sajjah pulang selepas tinggal di tempat Musailamah beberapa ketika..
satu hari..ada seorang nih tanya kat Sajjah..
"wahai Sajjah...apakah maskahwin yang kamu dapat?"
Sajjah menyedari yang dia tidak mendapat mas kahwin..
lalu dia menghantar seorang utusan kepada Musailamah untuk menuntut..
setelah disuarakan kepada Musailamah..dia suruh utusan Sajjah tu pulang dan minta diutuskan seorang tukang azan Sajjah..dia memberitahu mas kahwin akan disampaikan melalui tukang azan tersebut..
maka pabila dah dihantar tukang azan..
maka nabi palsu Musailamah pun berkata..
"sampaikan kepada nabimu Sajjah bahawa maskahwinnya ialah bahawa dia dan kaumnya DIGUGURKAN MENUNAIKAN SOLATSUBUH DAN ISYAK.."


oleh itu sahabat2...jagalah solat kita yang 5 terutama solat yang kebiasaannya sukar untuk kita tunaikan iaitu subuh dan Isyak agar kita tak tergolong dalam kalangan Sajjah dan nabi palsunya...

Khamis, 5 November 2009

masih ada waktu itu...



video ni ana baru jer buat malam td..siap dalam kol 1 setengah pagi...marilah sama2 kita hayati..yang paling utamanya..untuk diri ana sendiri...boleh komen jika ada rase yang perlu diperbaiki..syukran..