Ahad, 6 April 2014

Beringat Selalu

Bila terasa berat untuk memberi
Ingat bila lagi
Sebab bila dah tiada baki
Baru terkapai-kapai nak mencari

Bila diminta tolong
Jangan sombong
Takut masa kita tercampak di lorong
Baru nak terpekik terlolong

Bila rasa bahagia
Jangan Lupa pada pencipta
Takut bila kita sengsara
Dia dah murka

Hidup ini
Kalau bukan kita pelakonnya
Siapa lagi?

Buat selagi terdaya
Supaya nanti bila tersedar mimpi ke alam yang nyata
Baru rasa lega
Tiada hutang nyawa dan masa
Sebagai Hamba kepada yang Esa

~Hanim Yusra~
6 April 2014
1.31 a.m.



#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 17 Mac 2014

Amar Makruf Stail V2 : Picing telinga dan penuhi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog ini

Jadi harini saya nak kongsikan tips kedua untuk 'memancing mad'u'.

Saya fokuskan di ofis bagi mereka-mereka yang sedang praktikal terutamanya. Untuk kita menegur apa yang salah atau yang tidak berkenan di mata sememangnya memerlukan keberanian dan bukanlah satu kerja yang mudah.

PICING TELINGA DAN PENUHI.

ini lebih kepada langkah-langkah perlahan atau step-by-step untuk memastikan kita mudah ngam atau selesa dengan orang-orang di sekeliling kita. Kita ingin pastikan keserasian kita dengan mereka. Agar mereka tidak rasa 'gap' dengan kita yang mungkin ada yang melihat kita seolah-olah 'anti sosial' dan mungkin seperti melihat kita tidak mahu bergaul dengan mereka.

Terkadang mereka menunjukkan sedikit minat terhadap sesuatu perkara. Tetapi mungkin hanya disebut seperti angin lalu. Kalau yang kita mampu, contohnya teringin makan sesuatu, cuba kita bawakan kepada mereka dalam bentuk 'hadiah'. Semestinya mereka tidak akan menyangka yang kita alert dengan apa yang mereka inginkan!

Sejurus itu, semakin kita mencuba apa yang kita mampu, dan berusaha sedayanya, mereka akan berasa segan dengan apa yang telah kita lakukan.

Kalaupun mereka bertanya,

"Kenapa awak ni baik sangat dengan saya?Awak ada nak apa2 ke dari saya?"

Jawablah sebaiknya lebih kurang seperti ini;

"Saya tak mahu apa-apa dari awak. Saya hanya sayangkan awak kerana Allah" :)

kadang2 tak semua perkara atau teguran itu perlu secara lisan. Mungkin ada yang egois dan sukar untuk menerima teguran lebih2 lagi daripada yang lebih muda. Cuba pikat hati mereka dengan akhlak dan perbuatan. Pasti lama-kelamaan ia akan mengikut apa yang baik dan malu dengan perbuatan yang kurang baik.

Dan ingat!jangan putus doa pada Allah ya.

Sebab dia yang memegang hati-hati manusia=)





#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 6 Mac 2014

Amar Makruf Stail V1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Post ini bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan salah satu cara 'menegur' atau menyampaikan kebaikan.Sebagai contoh, bila masing-masing sekarang sibuk menjalani latihan industri, pasti ada saja masalah yang dihadapi di tempat kerja.Nak tegur tapi status sebagai 'Budak Praktikum' kadangkala membataskan kuasa untuk menggunakan lidah untuk berbicara.

Hari ini saya cuba suatu perkara secara tidak sengaja. Dengan membawa majalah Gen-Q yang bertemakan 'zina'..saya meletakkan di atas meja sewaktu menguruskan sesuatu hal.Dengan tidak semena-mena, seorang demi seorang membuka buku tersebut..ada yang membacanya, ada yang menyelak-nyelak muka surat demi muka surat..sehingga sekarang hampir 5 ke 6 orang yang telah membukanya termasuklah staff yang singgah ke 'department' saya!


Untuk menarik lagi perhatian mereka, saya meletakkan sebekas kecil coklat dan mempelawa mereka untuk mengambilnya sahaja walaupun saya tiada di tempat. Alhamdulillah, walaupun cara ini tidak berapa dapat meyakinkan diri sama ada semua dari mereka membaca atau tidak, namun dengan melihat kepada buku tersebut misalnya sedikit sebanyak ia dapat membuatkan mereka berfikir sejenak dan muhasabah dengan tingkah mereka baik di dalam pejabat atau di luar waima dengan hanya membaca tajuk 'Jerat Zina' itu..

memang pada mulanya ada yang bertanya-tanya, siapa yang baca buku ini?seperti asing bagi mereka..namun mereka tetap tanpa sengaja menunjukkan minat untuk membaca dalam kekerutan muka yang seolah-olah tidak berminat.

"Berzina bukan suatu kebetulan"
salah satu tajuk kecil yang dibaca secara kuat oleh seorang staff yang singgah ke sini.
"Jadi berzina ini suatu perancangan ke?"
timbul persoalan dari salah seorang temannya,
membuatkan dia lebih berminat untuk membaca isi kandungannya.

Banyak lagi cara yang saya ingin kongsikan nanti. Marilah kita sama-sama berusaha dari hari ke hari moga niat kita untuk menyebarluaskan kebaikan tidak hanya sekadar niat bahkan lebih kepada tindakan yang diambil ke arah itu.

Jika rakan2 mempunyai teknik dan cara yang lain boleh juga dikongsikan
semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya
sekian=)

#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 5 Mac 2014

Rezeki berganda

•Rezeki Allah hadir dari arah yang tidak disangka-sangka!•


Dua hari lepas,aku ke kedai untuk membeli topup..lantaran mengingatkan tentang intipati buku "Mudahnya menjemput Rezeki" yang dibaca pada minggu lepas,yang menyarankan untuk kita bersedekah lagi2 sewaktu 'tiada'..

Memikirkan tentang duit elaun dan biasiswa yang masih tidak masuk2 sampai sekarang,ku cuba untuk menginfakkan sedikit rezeki yang ada dengan men 'topup' sebanyak RM5 kepada hp seorang sahabat..

Bila ditanyakan ku hanya menjawab, "ambillah,untuk 'pelaburan' kemudian hari.."


Pagi ini rezeki yang tidak disangka2 itu kunjung tiba!

Alhamdlh seseorang telah memberiku RM50..


Aku hanya mampu mngucap syukur..


Benarlah makin kita beri makin kita kaya,dengan izin Dia!^_^



Isnin, 24 Februari 2014

say good word please...

there is a good moment when you can't even hear bad mouth talking inappropriate things..it makes my ears feel hot...i don't know how to explain this but sincerely i do not like this kind of situation!

please people, don't make fun of bad and 'blues' word...
it irritates me..

perhaps, try to change them to some kind of good saying or else, better to zikr or recite quran..

istighfar is much advisable..

small things like that will lead to big undesired things if it is not avoided!




#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 28 Januari 2014

Berbagi yang Tiada

berbagi itu mulia
berbagi itu tiada kurangnya
berbagi membuat kita lebih kaya
berbagi membuat kita lebih bahagia

mungkin tak ramai yang setuju dengan apa yang cuba ku sampaikan ini, sebab yang zahir apa yang dilihat, makin diberi, makin berkurang..makin berbagi, makin kecewa..makin berbagi, makin derita..makin berbagi makin papa..

bagiku itu kurang benar..sesekali tidak pernah kurasa begitu..kerna apa yang diberi itu memang hak mereka..bukan hakku..aku cuma penyampainya.. aku malu jua sebenarnya untuk berkata banyak tentang ini..kerna terkadang aku jua tergolong dalam golongan yang sebaliknya itu..

bagiku..ku ingin sedayanya berbagi dan berbakti kepada yang lain..terutama keluarga dan mereka2 yang terdekat denganku..mungkin pada dasarnya manfaat itu tidak dapat ku lihat dengan mata kasar.. ya, aku juga manusia biasa yang terkadang tertanya2 di mana bagianku..apa yang ku peroleh dengan semua ini.. tetapi bila ku muhasabah semula merenung diri, sungguh mata ini bijak dalam memutar belit fakta dan bermain helah dengan  peminjam nikmat ini.

makin berbagi..makin bertambah apa yang kita ada..makin banyak rezeki yang kita peroleh.. mengapa gusar?mengapa gundah?Kan Allah sudah janji itu semua..

mari dibawakan contoh..di mana 'semakin' bertambah itu terkesan dengan apa yang kita dapat..

bila kita berbagi..makin orang salah anggap pada kita..telah mereka, bahwa kita ini kaya..punya banyak wang..punya bertimbun2 harta..sedang mereka tak tahu akan hakikat yang sebenarnya.. dan langsung selepas itu, akan terpacul dari mulut mereka.. "kau bolehlah, kau kaya..aku ni biasa2 ja..takda banyak duit"..dan diri kita hanya mampu membalasnya dengan senyuman lantas menyembunyikan hakikat yang sebenarnya.. nah, percuma2 kita mendapat doa daripada orang di sekeliling kita... terkadang senyuman kegembiraan mereka itu menyenangkan hati, nah..makin kaya kita dengan ketenangan...itu kan rezeki?

ingat sahabat, rezeki Allah itu boleh datang dengan pelbagai bentuk..sakit itu juga boleh jadi rezeki buat kita.. bila kita pandang pada sisi yang lebih positif..dan sebagainya

ingat ya..usah rasa sulit untuk berbagi..usah rasa ragu untuk berkongsi..lebih2 lagi bila ia hanya ada sedikit..kerna saat itulah hati kita bisa lebih teruji untuk memberi..

tiada satu pun milik kita, semua milik Dia..=)

p/s: berbagi bukan sahaja dalam bentuk wang..banyak lagi yang boleh kita lakukan tanpa mengeluarkan wang..asal untuk kebaikan yang menyenangkan dan memudahkan itu sudah namanya berbagi..fikir2kan ya teman2...





#nuhassilu biha birridho..#