Rabu, 23 September 2009

bismillah..dah lame gak tak mengadap blog nih..dah brape kali dok bukak tapi tak pulak berkesempatn untuk menulis..ok2..ana taknakla berceloteh panjang..ana nak kongsikan dengan rakan2 tentang hari raya kat kg ana..taun nih,,ana beraya hari pertama di melaka..alhamdulillah..ramai sanak saudara yang berkunjung..makwe abahwe..nampak seronok menyambut kepulangan cucu2 mereke..hmm..ana pun seronok juga..raye pertama di melakala katakan..meriah sikit berbanding di penang..sebab kat melaka nih sedra mara rapat2 ramai lak tuh..boleyh dikatakan satu kg hanya keluarga sendiri ja..hmm..kat cni..ana nak kongsikan ngan kengkawan sume beberapa foto yang sempat ana rakamkan..
ni gambar abahwe ana..makwe ana tak sempat ana ambil gambar
nih gambo keluarge bik mut..aka makteh..kakak arwah ..duk pahang


ni keluarga bik jah.. aka makndak..kakak arwah ayah ana


nih gambo makngah n busu


nih gambo sepupu n anak sedare ana...under 12..


nilah beberape gambo yang sempat ana upload..alhamdulillah..raya disambut biase2 jer tp meriah dengan kehadiran sanak saudare..kepada rakan2..umumnya..masa inilah yang selalu kita ambil tuk rapatkan sillah antara kita..wallahua'lam..

Jumaat, 4 September 2009

tak kenal maka tak benci??

bismillahirrahmanirrahim..

"Bukankan aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan mengikuti syaitan?sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata."
(surah yaasin:60)

Makhluk ini sudah wujud dua ribu tahun sebelum Allah mencipta manusia. Mereka lebih tahu tentang manusia daripada manusia tahu tentang mereka. Mereka intai manusia dari tempat yang manusia tak nampak mereka. Jesteru, mereka tak putus2 mengganggu manusia. Itulah makhluk asing yang bergelar IBLIS dan SYAITAN durjana..

Iblis Azazil, begitu namanya
Dripada api asal kejadiannya
Sombong, angkuh memang sifatnya
Dendam, dengki adalah lagaknya
Ajak manusia buat dosa matlamatnya
Menggoda menghasut itulah kerjanya
Manusia ingkar jadi sahabatnya
Manusia bertakwa jadi musuhnya
Aduhai malang nasibnya
Dilaknat Allah kerana degilnya
Tidak mengaku Adam nabinya
Maka dendam menjadi misinya
Amar maaruf nahi mungkar
Sama-sama kita tegakkan
Iblis dan syaitan tentulah sukar
Untuk manusia disesatkan
Tamak haloba hendaklah dijauhi
Kerana syaitan mudah menghasut
Iblis dan Syaitan kita musuhi
Agar kita tidak dihasut
Kusandarkan doa dan harap pada ilahi
"yA Allah bantulah hamba-Mu"
Menentang makhluk yang dimusuhi
Moga berjaya menuju syurga-Mu..
petikan dari buku SYAITAN MUSUH KITA..