Jumaat, 4 September 2009

tak kenal maka tak benci??

bismillahirrahmanirrahim..

"Bukankan aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan mengikuti syaitan?sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata."
(surah yaasin:60)

Makhluk ini sudah wujud dua ribu tahun sebelum Allah mencipta manusia. Mereka lebih tahu tentang manusia daripada manusia tahu tentang mereka. Mereka intai manusia dari tempat yang manusia tak nampak mereka. Jesteru, mereka tak putus2 mengganggu manusia. Itulah makhluk asing yang bergelar IBLIS dan SYAITAN durjana..

Iblis Azazil, begitu namanya
Dripada api asal kejadiannya
Sombong, angkuh memang sifatnya
Dendam, dengki adalah lagaknya
Ajak manusia buat dosa matlamatnya
Menggoda menghasut itulah kerjanya
Manusia ingkar jadi sahabatnya
Manusia bertakwa jadi musuhnya
Aduhai malang nasibnya
Dilaknat Allah kerana degilnya
Tidak mengaku Adam nabinya
Maka dendam menjadi misinya
Amar maaruf nahi mungkar
Sama-sama kita tegakkan
Iblis dan syaitan tentulah sukar
Untuk manusia disesatkan
Tamak haloba hendaklah dijauhi
Kerana syaitan mudah menghasut
Iblis dan Syaitan kita musuhi
Agar kita tidak dihasut
Kusandarkan doa dan harap pada ilahi
"yA Allah bantulah hamba-Mu"
Menentang makhluk yang dimusuhi
Moga berjaya menuju syurga-Mu..
petikan dari buku SYAITAN MUSUH KITA..

1 ulasan:

AsMa AmAnI berkata...

Ramadhan dulu telah berlalu, sekiranya kita
telah memanfaatkannya untuk hari pertemuan
kita dengan Allah SWT nanti maka kitalah
hambanya yang akan tersenyum bahagia nanti
tetapi jika sebaliknya maka kita akan menangis
ketika tangisan itu sudah kehilangan harganya