Khamis, 29 Disember 2011

...

bismillahirrahmanirrahim..

sekali lagi ety mengambil keputusan untuk menukar nama blog ini..
lantaran tidak mahu ada yang berprasangka yang tidak-tidak..
lebih elok kiranya mengelak dari menjadi wasilah kepada dosa sesama manusia..
na'uzubillah...

beberapa hari lagi..
tahun 2011 akan meninggalkan kita..
tiba masa pula 2012 menyambut mesra...
dan etysedang menghitung hari juga...
untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 3..
sedar tak sedar..hampir 3 tahun ety telah berada di bumi USIM ini..
alhamdulillah masih diberi pinjam sekelumit nyawa..
untuk lebih mengenali pencipta yang maha kuasa..

hari-hari yang dilalui agak hambar..
mungkin makanan jiwa kurang..
memang ety perlu mencari alternatif lain tatkala berada di rumah..

terasa rindu pada akhowat seusrah..
dan murobbiyah tercinta..
terasa bait2 kata pemberi dorongan dan semangat sentiasa terpahat..
indahnya ketika cinta berusrah..

tidak lupa jua kerinduan yang menggamit pada mad'u2 yang dikasihi..
bait raudhah CSI..
semoga antunna sentiasa bersama nasihat menasihati..
agar ukhwah fillah terjalin rapi..
insylh doakanlah pertemuan kita menjadi pada masa hadapan..

insyaAllah..
memang ada yang mahu ety coretkan..
cuma keadaan tidak berapa mengizinkan..
insyaAllah..semoga kita sentiasa thabat di jalanNya..
ameen

"if we are not being tested by the god..
we are not in the real life.."
#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 10 Disember 2011

jom milikinya!

bismillahirrahmanirrahim...
tadi selepas menghantar junior ke giant..
terasa ingin singgah di Popular...
sebelum tu ety keluarkan duit RM100 memandangkan dalam beg duit memang 'kering'..
sebab ety tak mahu hanya 'terliur' melihat buku-buku lantaran ety ni agak 'gila' untuk memiliki semua buku yang ada di kedai buku tersebut ^_^


sejurus ety masuk je ke kedai tu..
pandangan mata ety tertumpu pada buku yang berwarna merah yang amat menarik pada pandangan mata ety...
ety segera menghampiri buku tersebut..membelek-belek setiap muka..
sungguh..ety juga sudah terpikat dengan isinya....=)
lalu ety sudah berhasrat untuk membelinya selepas selesai membelek buku2 yang lain..

ety pun meneruskan penjelajahan dari rak ke rak..
selajur...ety terpandang pula buku di atas di tempat display..
sungguh..ini bukan kali pertama ety melihat buku ini..
namun hati ety tiba2 tergerak untuk membelek helaian muka buku ini...
"simple but effective"
itu yang terlintas kat benak ety dalam proses 'bedah' itu...
sambil mengira-ngira baki di dalam beg duit selepas membeli barang di Giant tadi..
ety pun terus membuat keputusan untuk memilikinya^_^

sudah membayar pun..
tetiba tergoda lagi dengan buku planner 2012 yang amat berpatutan harganya..
walhal tadi di Giant ety sudah membeli buku catatan diari muslim 2012...
aduh...nafsu untuk membeli tidak dapat ditahan lantaran wang di beg duit masih berbaki..
lalu bermulalah proses jual beli kali kedua..

dan ety memang x sabar2 nak baca buku-buku di atas ni....

semoga kawan2 pun dapat memiliki buku-buku di atas..
trutama buku meraikan kasih di langit syurga tu...
sangat sesuai dan bertepatan untuk panduan cinta pada masa kini...
insyaAllah...sama2lah kita ambil manfaat daripada sekelumit ilmu Allah ini...
#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 30 Oktober 2011

Syafakallah wahai hati..


Hati merupakan suatu anugerah ilahi yang tidah ternilai...
Penyalur perasaan..pelerai kemaafan..benteng permusuhan...
Dari hati jugalah bersalur hidayah dari tuhan...

Tiada musykil jika dikata hati mudah tersasar..

namun sudah diajar doa yang memberi kekuatan...

"WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI,TETAPKANLAH HATI-HATI KAMI INI DI JALANMU.."

hatta jika terasa kekacauan dan kekalutan jiwa..
berzikirlah...mengingati Ilahi...pemilik hati yang utama..

"SESUNGGUHNYA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN MENJADI TENANG"

Hati yang sakit..
Siapa kata tiada ubatnya??
usahalah ke arah ubat hati yang lima..
INSYAALLAH cahaya hati yang sirna akan bersinar kembali..

bila hati ingin bermujahadah..
Memang amat payah namun tiadalah mustahil..
Fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai..
Merindui dan dirindui..
tapi salurkanlah pada jalan yang haqq dan halal..
iaitu pernikahan penyambung jalan..
Membina bait muslim yang diimpi..

Namun kesediaan tidak dapat dinafikan..
Bukan semua yang mampu dan berupaya bersedia dan bertanggungjawab sebaiknya..
dalam penantian ke arah itu..
hati2 manusia biasa tidak terlepas dari penangan rindu..
marilah sahabat2..akhowat ikhwah sekalian..
jika dirundung perasaan rindu..

~istighfarlah..kerana dia belum lagi menjadi yang halal bagimu..
~doakanlah kesejahteraannya..dan doakanlah imannya dan iman kita supaya lebih mencintai pemilik cinta..
~ingatlah akan kematian yang pasti..insyaAllah rasa rindu itu berganti rasa bersiaga ke arah Mardhotillah..
~Qiamullaillah dan berpuasalah...penguat jiwa dan penunduk nafs..

tiada mengata sapa-sapa..
tiada mencerca mana-mana..
hanya menempelak perasaan yang bertandang di jiwa..
moga dengan penulisan yang ringkas ini akan menguatkan dan mengingatkan hati ini supaya lebih kuat di jalan mujahadah ini..

Ingatlah akhowat2 sekalian...jagalah hatimu..jangan mudah kau meluah..jangan diberi ruang dinodai..kerana cinta selepas pernikahan itulah yang sebetulnya...hak si suami yang kita pun tak pasti lagi..namun yakinilah ketetapan jodoh dari ilahi...

kongsi kata dan rasa dari sahabat..
"sibukkan diri.. pohon padaNya agr hlg rasa rindu it.. n jgn duk teringat kat die.fikir yg die xigt pun kat kite.so hilanglah"

terima kasih atas nasihatmu!=)

SALAM MUJAHADAH!SELAMAT MERAWAT HATI!



Sebut nama Mu terukir merduTertulis dalam sajadah cintaTetapkan pilihan sebagai temanKekal abadi hingga akhir zamanIstikharah cinta memanggilkuMemohon petunjukmusatu nama teman setiaNaluriku berkataDipenantian luahan rasaTeguh satu pilihanPemenuh separuh nafaskuDalam mahabbah rindu


#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 24 September 2011

Innalillah..



bismillahirrahmanirrahim..

segala puji bagi Allah..
Alhamdulillah...sampai jugadi bumi Nilai ini..
setelah bertolak dari Sg. Buloh pada pukul 3.00 ptg td..


sebenarnya, ana baru pulang dari penang pada pukul 3 pg td..
setelah selamat urusan tok(nenek) ana di penang..


alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..
bertalu-talu ucapan takziah yang ana terima..
insyaAllah..ana redha dengan ketentuan yang direncanakan ini..

setabah-tabah hati ini..memang tidak ketinggalan untuk mengalirkan air mata tatkala melihat mayat yang terbujur kaku dimandikan..
ana turut membantu dalam memandikan dan mengkafankan mayat bersama sepupu dan ibu saudara..
rasa kasihan tatkala melihat agak kasar mayat dimandikan..
hingga terkopek kulitnya.
juga pabila auratnya kurang dijaga..
astaghfirullah...memang sebak dan tak dapat melihat dan membayangkan betapa terseksanya mayat tersebut..
ana masih membantu walaupun air mata deras mengalir tanpa bunyi..
bukan meratap dan merintih..hanya memuhasabah diri akan kehidupan yang sementara..
soal tempat kendian..rahmat tuhan yang menjadi sandaran..
tidak berhenti2 lidah agar arwah dikurniakan rahmat dariNya..
ketenangan dan kelegaan menyelinap tatkala melihat senyuman yang terukir di bibir arwah..
semoga pengakhiran yang baik jua ditempa...

ingatlah kawan2..
bahawasanya..
MATI ITU PASTI..HIDUP ITU INSYAALLAH..

#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 8 Ogos 2011

ayuh bina jati diri!


bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menikmati Ramadhan..
JATI DIRI....sesuatu yang sepatutnya ada dalam diri setiap insan...yang membentuknya bukan sesuatu yang mudah tetapi tidaklah juga payah..kerna dengan jati dirilah kita dapat membenteng diri kita dari terpengaruh dengan anasir yang mengaburkan...

Pembentukan jati diri memerlukan beberapa peringkat,iaitu bermula dengan FIKIRAN kita...berfikiran untuk menjadi sesuatu atau berbuat sesuatu,setelah berfikir iaitu mempunyai hala tuju,kita disarankan untuk BERTINDAK.Bertindak mengikut yang telah difikirkan itu menjelaskan lagi hakikat sebuah kenyataan.Seterusnya apabila kita sudah bertindak,ia akan secara tidak langsungnya menjadi TABIAT apabila tindakan itu berterusan. dan akhirnya apabila sesuatu itu sudah menjadi tabiat yang kerap diulang-ulang,ia akan sebati dengan diri kita dan menjadi DARAH DAGING...itulah langkah terakhir bagi membentuk jati diri...

Dalam kehidupan yang berpegang pada jati diri ke arah kebaikan, kita hendaklah memaksa untuk tidak memanjakan diri..cubelah aplikasikan konsep D.O.A...iaitu Discipline of Action..3 langkah yang dirasakan mudah untuk kita ikuti bersama-sama.

Pertamanya,lakukanlah dengan IKHLAS....ikhlas merupakan suatu aspek yang patut kita ambil berat.kerana ia bermula dari dalam hati kita,iaitu niat.cubalah untuk ikhlas dalam bertindak.

Keduanya,lakukanlah dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH...bila sudah ikhlas,lapangkanlah dada dan lakukan tindakan itu dengan sepenuh hati.Hal ini akan menimbulkan semangat dan ruh yang luar biasa dalam diri.

Ketiganya,lakukanlah HARI-HARI..setelah kita bersemangat,tindakan yang kita lakukan itu akan menjadi lebih seronok daripada jangkaan kita. Ia mendorong untuk kita untuk tidak sabar melakukan perkara tersebut dan secara tidak langsungnya kita telah beristiqomah dalam tindakan kita...=)

Akhirulkalam..Cabarlah diri sendiri...kita tidak boleh hanya mengharapkan tekanan luaran yang mendatang sahaja..itu tidak cukup.kita perlu sedaya upaya mencipta tekanan dan cabaran agar pemantapan jati diri lebih utuh dan insyaAllah kita bisa menjadi orang yang bahagia,bukan sahaje di dunia,malah di akhirat sana...

moga2 memberi manfaat untuk diri sendiri dan semua..

Ayuh bertindak! MUJAHADAH!

sumber:diilhamkan oleh ceramah motivasi seorang ustaz pada majlis qiamullail sempena UPSR di sekolah rendah ety


#nuhassilu biha birridho..#


Selasa, 26 Julai 2011

apabila Islam itu dirasakan indah..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..skali lagi ety diberi kesempatan..
setelah mengisi cuti ni dengan byk jugak perkara yang buang mase..
tp insylh..sedang perlahan2 menyeimbangkan agar tidak terlalu berasa kelapangan itu dan sentiasa menghargai masa yang ada..

minggu lepas..
ety berpeluang untuk pulang ke kampung halaman..
walaupun sebentar sahaja ety pulang ke penang..
insylh minggu depan akan pulang semula untuk spent time ngan tok yang sedang sakit dan family di sana..
sebab banyak tanggungjawab ety di kg..moga diberi pertolongan dan ketabahan untuk itu..

dalam perjalanan pulang menaiki bas transnasional petang itu..
terdapat beberapa fenomena atau situasi yang amat mentarbiah hati,

1)seorang ibu sedang membaca al-quran..

sangat menarik perhatian walaupun anaknya sedang lasak...
namun tetap beliau dapat mengawal keadaan..
satu keluarga...yang amat molek pakaiannya..=)

sampai di perhentian kecil..situasi kedua menarik perhatian mata ini..

2)sembahyang di padang yang lapang..

mungkin fenomena ini sudah biasa di negara lain...tp bukan di malaysia..
di perhentian tersebut yang dapat ety perasan hanyalah ada bilik air, satu lori makanan dan satu gazebo..
sepatutnya gazebo tersebut untuk solat juga..tp pada waktu tersebut ada orang sedang berehat2 di situ..
tp yang ety harapkan...dapatlah kirenye dibina surau kecil untuk kemudahan awam..
bukan toilet je nak selesa...tetapi yang lebih baik jika itu dapat diberi perhatian..
namun..memang menyentuh hati melihat seorang hamba Allah yang solat itu..
=)

dalam ety melihat sekeliling sewaktu perjalanan di dalam bas itu..
sekali lagi peristiwa berikutnya mencuri pandangan ety..

3)berzikir sambil memandu..

Insylh..ety rase ramai antara kawan2 yang mempraktiskan ini..
tp yang menarik beliau memegang tasbih yang digerak2kan sambil memegang stereng..
sungguh masanya dan hidupnya yang tidak sia2..
sungguh ety rasa indahnya waktu itu..

kerana pabila kita dapat merasa kemanisan dan keindahan Islam itu tersendiri..
kita akan dapat tau bahawa..
tiadalah istilah 'beban' itu sendiri..
malah satu perasaan yang mengharukan dan kesyukuran menyelinap dalam hati tatkala mengenangkan bahawa kita mendapat jua nikmat Islam itu...

apepun..
ety menyeru pd diri dan rakan2..
aplikasikanlah sebanyak mana kehidupan yg berlandaskan Islam..
insylh..kita pastinya takkan rugi..=)

#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 20 Julai 2011

marilah mengarahkan diri pada bulan itu..

bismillahirrahmanirrahim..

tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan melangkah..
tapi aku sendiri tidak pasti adakah aku sempat melangkah bersama2nya..
persiapan?alhamdulillah...walaupun mungkin agak terlambat
namun ku gagahkan jua diri ini mempersiapkan diri..
"better late than never"
mutaba'ah yang mungkin tiada apa yang nak dibanggakan..
cukuplah kepuasan sekelumit bahawa aku sedang berusaha ke arah itu..
ada atau tidak kesempatan untuk bertemumu ya Ramadhan..
kuletak ketepi..

sememangnya impian setiap muslim untuk bertemu Ramadhan..
tp ajal maut tiada siapa yang dapat menjangka..
tiada siapa jua yang boleh menolak nariknya..
itu semua aturan maha Pencipta..

apa yang aku mampu kala ini..
hanya usaha dan terus berusaha..
kuharapkan jua agar sahabat2 di luar sana..
marilah bersama2..
mungkin kalian lebih terkehadapan daripadaku..
tapi apapun yang penting..istiqomahlah..
agar saat Ramadhan mendatangi kita..
tiada apa yang janggal untuk kita..
tiada amalan yang berat untuk kita pikul di pundak yang lemah ini..

insyaAllah..



#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 7 Julai 2011

mutaba'ah vs mujahadah

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt..
buat sahabat2 yang ety sayangi sekalian..
semoga berada dalam kondisi iman yang stabil insyaAllah...

sambil kita santai melayari internet waktu nih..
mari sama2 kita fikirkan dan renungkan tajuk di atas..
untuk ety juga yang bukanlah ahli dalam bab ini tapi ingin berkongsi sedikit rasa dan fikrah..

mutaba'ah...
insyaAllah...
ety rasa kawan2 di luar sana pernah mendengar tentang perihal ini...
kerana ety percaya kehidupan antum seharian sudah pastinya berpaksikan mutaba'ah yang memang antum telah atur dan selaraskan untuk diri antum...insyaAllah..

buat yang masih belum mengetahui..
tidak mengapa...
mutaba'ah ialah kalimat arab yang bermaksud mengikuti atau yang lebih sesuai ialah mengawasi..
tak kesahlah dalam apa2 perlaksanaan kerja dalam kehidupan perlu ada pengawasan agar sentiasa ada keteraturan dan keberlangsungannya..
namun apa yang ety nak highlightkan kat sini ialah berkenaan dengan mutaba'ah iman itu sendiri...

mungkin ada antara antum yang memang telah dididik dari rumah lagi oleh ibu bapa tentang perihal mutaba'ah iman ini...alhamdulillah..panjatkanlah setinggi2 kesyukuran kerana kita sebenarnya telah terlatih dari kecil ...

kebiasaannya,
dalam lingkungan umur kita ini..
mutaba'ah mingguan sering kita buat untuk memeriksa tahap keimanan kita dari semasa ke semasa..
biasanya yang jadi pemantau ialah murobbiah kita sendiri..
dan seringkali dicatit dalam bentuk jadual agar lebih tersusun dan teratur pengawasannya..
alhamdulillah..

cuma apa yang ety nak antum renungkan..
sejauh mana mujahadah kita pada mutaba'ah tersebut??

mujahadah yang ety maksudkan di sini bukanlah sahaja yang bermaksud bagaimana untuk memastikan kita memenuhi 'kotak2' dalam jadual kita itu..
tapi juga dalam erti kata lain mujahadah untuk bergerak sendiri tanpa paksaan murobbiyah dan pengawasan insan lain..
atau dengan mudahnya dalam mencapai keikhlasan dan kerelaan dalam melakukannya tanpa paksaan...
ety percaya perkara ini bukanlah mudah seperti yang dilafazkan...
ety pun mengalami kesukaran tersebut..
tapi menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk kembali bangkit membetulkan kembali apa yang terkurang..
tidak mustahil untuk beriltizam dengannya...
percayalah..
cuma kita sepatutnya bersyukur kerana kita sentiasa disokong oleh halaqah mate kita dan murobbiyah kita dalam mencapai matlamat mutaba'ah iman kita itu...

usahlah kita jadikan kekangan waktu sebagai penyebab kita untuk tidak menyempurnakan mutaba'ah tersebut..
kerana jika kita betul2 merenung kembali..
memang betapa senang untuk mengukir alasan bagi perkara kebaikan yang kita 'malas' untuk laksanakan..
Allah telah beri kita cukup masa...cuma kita yang menjadikan masa itu 'sesak' bagi kita...
mungkin jika kita merasakan tiada ruang..
fikir2kanlah...
hendak seribu daya..mahu seribu cara..

dan selalunya kan sahabat2...
mutaba'ah kita sering terjaga masa minggu peperiksaan..
tabi habis sahaja exam....gedebush....
mutaba'ah ke mana...mujahadah ke mana...
dan bila result kita tak seperti yang kita inginkan..
cepat sekali kita melatah mempersoalkan itu dan ini..
sedangkan sebenarnya kita tak sedar bahawasanya usaha kita tak sampai pun ke penghujungnya...

insyaAllah..
bersempena Syaaban yang bakal menyambung Ramadhan...
sama2lah kita memperkemaskan mutaba'ah kita..
biasa bagi manusia untuh mantap mutaba'ah imannya di bulan Ramadhan..
tetapi luar biasa dan jarang bagi masyarakat kita untuk mujahadah memantapkan mutaba'ah di bulan lain...
dengan alasan...
syaitan di bulan Ramadhan dibelenggu...
di bulan lain godaannya tak dapat dielak....
tapi kan kawan2..
jangan kita lupa pada godaan terbesar dalam diri kita yang sentiasa kekal iaitu nafsu..
sepanjang masa 'bertakhta' dalam lubuk kita...
jadi tiada masalah bagi kita sebenarnya untuk mujahadah dalam mutaba'ah...
insyaAllah..
mungkin ade segelintir pendapat yang merasakan mutaba'ah seakan2 ingin menunjuk2 amal ibadah kita pada orang lain..
ketahuilah rakan2 yang disayangi sekalian bahawa nabi Muhammad saw dahulu pun melaksanakan mutaba'ah dalam kalangan sahabat2nya..
dan ingatlah bahawasanya jika kita takut melakukan sesuatu kerana khuatir kita akan bersifat riak..sebenarnya..kita sedang riak....


akhirulkalam...
ety nak seru pada diri ety..
dan juga sahabat2 sekalian...
marilah kta sama2 konsisten dan mujahadah dalam bermutaba'ah...
percayalah..usaha kita itu tiadalah sia2..
semuanya insyaAllah dalam redaNya..
fastabiqul khoiraat.....^_^

p/s:afwan jika ada kata2 yang menyinggung..
ety pun masih belajar..
apepun..
ety alu-alukan pendapat dan teguran dari antum...


#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 27 Jun 2011

kawen muda? ^_^

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum akhowat dan ikhwah sekalian..
ety harap semuanya dalam 'good state of eman'
insyaAllah..
minggu lepas...
ety ade menghadiri program "bila baju melayu bertemu baju kurung"..
alhamdulillah..banyak manafaat yang ety dapat daripada program itu..
tringat ety ngan kata2 panel...
"kawen muda untung..."
huhu...tiada ciri2 menggatai disini ya..
cuma bersetuju ngan pendapat beliau kerana sememangnya beliau telah membuktikan dengan status beliau sendiri..

mungkin pada zaman dahulu..
perihal kawen muda ni agak sensitif dan agak asing dalam kalangan masyarakat..
tapi ety rase tidak lagi pada masa kini..
malah...jika kita berada di institusi2 pengajian tinggi..
tidak terasa janggal jika melihat ada student yang mengendong bayi ke kuliah..

"we are the single fighter before we are married"

itu adalah salah satu kata2 ustaz si universiti ety..
huhu..betollah kan?
trutama kat dunia yang mencabar sekarang nih..
bila kita berstatus single..
kita kena hadapi kehidupan ini sendirian..
yela..
takkan selamanya nak berharap kat mak ayah kan?
kalau ety tengok student2 u skarang nih..
masing2 dah pandai mencari kerja untuk menambah pendapatan..
ada yang sampai balik lewat malam..

tp rase2nyelah kan
kalau yang dah berkahwen tuh..
nasi sepinggan makan pun bleyh jadi dua orang makan..
masing2 bleyh support antara satu sama lain..

bukanlah ety nak kata di sini yang kawen ni indah2 belaka...
tidaklah begitu..tapi kita akan jadi lebih matang dan lebih professional untuk menghadapi sesuatu yang mendatang..
sebab kita ade pandangan dan sasaran yang lebih jauh untuk masa depan keluarga kita..

adapun begitu..bila kita berbicara soal cinta selepas kawen..
mungkin ada diantara yang diluar sana yang berfikiran apa yang ety katakan ini seperti kolot..
tp percyalah..ramai sudah yang ety 'temuramah'..alhamdulillah...

bila seseorang lelaki itu berkenan kepada seorang wanita..
langkah pertama..jumpalah orang tuanya..
sebab mungkin ada yang mengatakan terlalu awal di permulaan perkenalan..
tetapi bila kita fikir2kan...
kalau ada yang berpengalaman di luar sana..
perkenalan itu terlalu lama rasanya..
sampai kadang2 ada yang sudah terlanjur..na'uzubillah..

tidak semestinya bila kita bertemu orang tua perempuan itu..kita nak berkahwin esoknya kan?
semestinya ada lagi langkah2 dan perancangan..
sekurang2nya..restu keluarga kita dah dapat..
dan perhubungan kita lebih terjaga dan terbatas..
jadi bila kita dah berkahwin...saat mengenali dan mendalami menjadi lebih hebat dan lebih menyeronokkan..
ingatlah kaum adam di luar sana..
sesungguhnya..keberanian mu yang hakiki adalah apabila kamu berani dan selamat melafazkan akad pernikahan itu..
kerana tidak ramai lelaki di luar sana yang berani menempuhi saat tersebut..
sebab saat lafaz sakinah itu bagai 'setengah mati' gamaknya kan?

rasanya sampai disini sudah cukup...
kalau nak dipanjangkan tiada masalah sebenarnya..
tp insyaAllah...
moga input yang disalurkan dengan ayat yang bersahaja itu mampu membuat antum berfikir sendirian..
dan mengambil ibrah daripadanya..
insyaAllah..

k..
psst:contohilah langkah percintaan Muhammad dan Khadijah

#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 22 Jun 2011

penat tidak mengapa~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..masih celik lagi mata ni kala ini..
walaupun esok ety ada kuliah aqidah..
harap2 dipermudahkan..

td selepas ety balik dari kelas fiqh ibadat dan munakahat..
terus ety bergegas menuju ke pasar malam..
perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit ety pendekkan kepada 5 minit..
dengan tujuan..untuk membeli barang dapur..
bersama ukhti z..ety mencari barang yang diperlukan seperti kebiasaannya..
alhamdulillah...dapat jugak ety beli kesemuanya,,

begitulah rutin ety setiap selasa,,
bersyukur jugak sebab kelas fiqh ustaz Yumni selalu keluar awal sedikit..
jadi sempatlah ety memecut ke pasar malam untuk bekalan barang dapur mingguan..

pernah ety ditanyakan..
"tidak penatkah?"

malah tidak tahu mengapa...ety tidak berasa penat..
mungkin hingga kini ety masih berpegang dan ingat akan kata2 guru ety di sekolah dulu..

"anggaplah amanah sebagai tanggungjawab dan bukannya beban"

bila ia amanah..
memang kita tahulah kan..bahawa amanah adalah benda yang paling payah untuk dilaksanakan..
jadi..jadi tanggungjawab kita untuk laksanakan dengan sempurna..bila kata kita ni dipertanggungjawabkan..maka apa lagi yang nak dipersoalkan?mukallaf...kita pun paham akan konsepnya kan?

kalau amanah itu beban..akan terasa berat sangat kat pundak kita...walhal kadang2..perkara tu kecil ja..tp bila terasa macam beban...perkara kecil dibesar2kan..
akhirnya...amanah ntah ke mana...kita yang merana..

oleh itu sahabat2 ety sekalian...
laksanakanlah amanah yang telah kita terima dengan hati yang terbuka..
jangan awal2 dah setting minda bahawa amanah tu berat sangat sampai tak termampu kita...
rajen2lah motivasikan diri sendiri bahawa kita boleh lakukannya..
sebab kudrat kita ni..semuanya dengan izinNya..
tiada satu pun milik kita..
semuanya pinjaman..

jangan kita nak tunggu badan sahaja yang berbakti..
sebaliknya patutlah lebihkan kita berbakti untuk badan..

dan lagi satu...

"kalau kita rasa sedih pabila kasut kita hilang,ingatlah bahawa ada orang yang lagi sedih sebab kakinya yang hilang"
=)
mari bersyukur!!




#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 12 Jun 2011

ibadah dan 3 keperluan hidup

bismillahirrahmanirrahiim...

alhamdulillah...masih bernyawa kala ini...

ibadah dah keperluan hidup..ada kaitan??

hurm...mesti ramai yg kata ada..tapi sejauh mana yg antum tahu ye?
err..jangan salah faham pulak..ety pun tak berapa tahu...cuma menyampaikan apa yang ety pelajari sahaja di kelas..

hal ini diceritakan oleh ustaz ety..ustaz Yumni..

katanya..
keperluan hidup ada 3...
jasad..roh..dan harta...
tiada jasad,ada roh dan harta tak bleyh gak nak hidup...
tiada roh,ada jasad dan harta mati....
tiada harta,ada jasad dan roh,merempat jadinya...
selain itu..
ia berkait ngan ibadah dalam rukun Islam..
iaitu puasa..zakat.solat..dan haji..

hurm..

nak jaga jasad dengan puasa..
nak jaga roh dengan solat..
nak jaga harta dengan zakat..
nak jaga ketiga-tiga perlu haji...

mcm mane??

hmm....
bile kite puasa...
kita akan lebih menjaga badan..tak perlu nak diet2..puasa tak memudharatkan...lebih menambah kesihatan adelah..makan kita akan menjadi lebih teratur...dapat pahala ibadah lagi..(insyaAllah)..dengan puasa...pengaliran darah akan lebih teratur...pernafasan lebih lancar...elak kelesuan...malah mereka yang berpuasa dengan baik lebih cergas daripada orang lain..

bile kite solat...
ruh kita akan menjadi lebih tenang...
kerana kita mengingati Allah...
"ingatlah bahawasanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
akal kita juga akan jadi cerdas..kerana pengaliran darah yang sampai ke otak apabila kita sujud..
ketenangan rohani akan kita raih disebabkan kita bertemu tuhan kita..
jadi..'berilah makan' roh kita dengan solat...
bila kita menunaikan zakat..
harta kita akan lebih terpelihara..
kerana kita melaksanakan hak kita dan hak orang lain..
dengan infak yang kita but tuh..
akan lebih berkat harta yang kita ada..
jiwa kita pun takkan risau kerana kita yakin bahawa Allah akan memelihara kita dengan ibadah zakat yang kita laksanakan..

bila kita menunaikan haji..
ketiga2nya bisa kita lengkapi..
nak pergi haji..
perlu sihat...ruh ade..dan juga harta..
sebab tulah ketiga-tiganya berkaitan...
kalau tak berkemampuan...tiadalah kita menunaikan haji secara sendiri..


akhirul kalam...
laksanakanlah apa yang disyariatkan....
lakukanlah ibadah yang diperintahkan..
kerana dunia yang kita duduk sekarang ni hanya pinjaman..
entah esok..entah lusa..kita akan dijemput oleh kematian..
sekian..


Sabtu, 4 Jun 2011

Identiti diri

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
semoga kita berada dalam keadaan yg sihat sejahtera..

mencari identiti diri..
perlukah??

haa...
maybe kite nampak macam simple je..
tp sebenarnya amat perlu dan penting tau kawan2..
baru td ety pergi ke bilik kaunseling..
bertemu dengan kaunselor untuk buat IPW...
tp ternyata apa yang ety jangka meleset sama sekali..
begitu juga dengan puan masni..

ety punya peribadi dan personaliti amat lain
berbeza dengan ety yang dulu..
lalu ety dinasihatkan oleh puan masni..
untuk menentukan diri ety...

ety nak jadi yang dulu..atau ety yang kini..
seperti yang dikatakan oleh puan..
ety sepertinya ada split personality..
hurm..
apakah maknanya tu??

apepun..

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dengan dirinya sendiri(yang berusaha ke arah itu)"

berusahalah..
dan mintalah petunjuk dari ilahi..
insyaAllah=)



#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 23 Mei 2011

di mana Allah di hati kita?

assalamualaikum!

ety harap semua kawan berada dalam kesejahteraan hati...terutamanya...good health of e-man..

Allah...rabbi..rabbuna..rabbukum..rabbuki..rabbuka..
man Allah?
hal antum ta'rifuun??

kalaulah kita ditanya tentang Allah oleh orang2 yang ingin mengetahui..
apalah agak2nye yang kite jawab ye?

"Allah tu tuhan kite"
"Allah tu raja segala raja"
Allah tu...err..Allah la..."

dan mungkin macam2 lagi jawapan kite yg rasenye2 kalau kite pk agak2 puas tak hati yang mndengar?

hurm,,,,tepuk dada tanyalah iman..

jom check list nak!

~sifat2 wajib bagi Allah..(pass)
~sifat2 mustahil bagi Allah..(pass)
~sifat harus bagi Allah...(hurm??)

rase2nye mejoriti akan menjawab seperti yang di atas kan?

kalau yg tau sifat wajib n mustahil pun..
tak sure lagi sama ada tau ke tidak maksudnye..

or maybe paham..tp bile mintak dalil yang mengukuhkan..
tiba2 lidah menjadi kelu untuk berkata2..

persoalan yang ety nak ajukan buat masa ini..

"DI MANA ALLAH DI HATI KITA?"

nampak simple je kan soklan ini..
tp nak jawab??hurm..
ntah2 mungkin ade lagi di antara kita yang tak sure..

mari kawan2..
sama2 kita carik...
kita muhasabah diri masing2..
istighfar banyak2..
cube betul2 kesan..
agak2 ade tak Allah di hati kite ye?
atau sekadar di meniti di bibir sahaja??

ety harap moga2 kite sama2 ketemuNya...
semoga pencarian kite berhasil..
insyaALLAH..



#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 18 Mei 2011

kesedaran

ASSALAMUALAIKUM..

alhamdulillah..
segala puji bagi Allah kerana beri peluang kat ety mengupdate blog nih sementara menginstall something kat lappy nih..

hurm..
ety nak crita pasal fenomena kini yang nampaknya manusia sekarang lebih 'aware' ngan keadaan dan keperluan bagi melengkapi hidup..

hari tu,,
ety ngan 2 orang junior kat kg ety berjalan ke pasaraya The Store berhampiran..
sebab ety mase tu nak mencari CD kosong untuk mengurangkan 'barang2' dalam laptop ety..
semasa kami sama2 berjalan di di sebuah kedai buku..
tiba2 seorang junior ety yang ety kenalkan ngan name dayah tanye kat ety...

"kakak,mathurat tu ape ye?"

ety pun menerangkan serba sedikit tentang mathurat,kandungan dan kelebihannya..
melihatkan mereka berdua seperti tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut,
ety pun menghadiahkan mathurat mini kepada mereka berdua..
sungguh senang hati ety bila melihat mereka berdua sungguh teruja dan gembira..

semasa kami hendak membayar di kaunter pembayaran..
kami terdengar suara dari belakang..

"kak,kat sini ada jual mathurat?"

kami bertiga tersenyum sendirian=)

sebelum pulang..
kedua2 junior tu ety hantar pulang ke rumah berbekalkan mathurat yang insyaAllah menjadi pedoman kehidupan seharian mereka,,,



#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 5 Mei 2011

nilai kegagalan

Assalamualaikum wbt
alhmdulillah..
tinggal 2 lagi paper yg menanti..
semoga dapat 'all out' untuk itu...
"kadangkala nilai kegagalan lebih bermakna dari kejayaan"

hurm..ituah yg akan ety tulih pada hari ini..
ety nak bawak kawan2 berfikir sejenak..
pernah gagal?mesti pernah kan?
pernah tak trase tak bermaya..hilang semangat...dan macam2 lagi lah...
kawan2...bersyukurlah jika kita menghadapi 'kegagaln' itu..
kerana banyak hikmah umum yg kite dpt daripadanya..
bagaimana ye..
mari ety nak bwk kite sama2 fikir..
~bile kite jatuh...kita akan kembali kepada fitrah kita iaitu mengingati tuhan...
~kegagalan dan kesakitan sebagai kafarah untuk kesalahan kita masa lalu..
~kegagalan menggerakkan minda kita ntuk berfikir dengan lebih matang bagi mencari jalan penyelesaian
~kegagalan buat kita sedar akan kelemahan kita
~kegagalan buat kita jauh dari sifat lupa diri dan bongkak.
~kegagalan membuatkan kite lebih menggandakan usaha untuk kejayaan
~kegagalan buat kita insaf
~kita akan lebih menghargai kawan bila kita menghadapi kegagalan
dan banyak lagi yg ety kire kawan pun bleyh senaraikan..

dan kemenangan pula kadangkala menjerumuskan kite kepada sifat2 berikut..
~buat kita berasa kitalah yg hebat
~tidak mahu mendengar pendapat dan pandangan org lain
~merasakan kita berada di zon selesa
~lupa pada tuhan yg mencipta
~melampaui batas
~lupa tanggungjawab dan amanah
~menimbulkan sifat riak,ujub,dll
~melakukan perkara seterusnya dengan sambil lewa
~over confident

tidak dinafikan..ade juga golongan manusia yg pabila gagal dia redha...pabila berjaya..dia bersyukur..
dan ada juga yang pabila gagal....dia menyalahkan takdir(na'uzubillah)
tetapi sebagai hamba yg senantiasa turun naik imannya..
kadangkala..kita perlukan kegagalan itu agar kita lebih terpelihara daripada melakukan dosa
oleyh itu sahabat2 dan kawan2 sekalian..
bersyukurlah jika ditimpa musibah dan kegagalan kerana hikmah yg diperoleh amatlah besar
mintalah diberi kekuatan untuk menghadapinya...
sesungguhnya jika kegagalan itu ditimpakan ke atas kita..
yakinlah bahawa kita mampu untk menghadapinya..
jangan berputus asa dengan rahmat tuhan..
sebaliknya carilah keredhaanNya dan bersanka baiklah denganNya..
kelak keta akan temui jua sinar kebahagiaan..


#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 3 Mei 2011

ingatan yg berbalas

assalamualaikum wbt...

alhmdulilllah...

masih ety hidup di dunia yg fana nih..
masih dpt menghirup udara malam nih..

"bila kita teringat kat seseorang tuh..pasti dia akan teringat balik kat kita..."

teringat kata2 kak penyelia asrama dulu..
tyme tu ety berkongsi masalah ngan beliau...
masalah berkaitan hati...
alhamdulillah..
beliau berikan ety kata2 semangat..
dan ety bersyukur sangat2 ety dah bleyh mengawal masalah tuh..
tp di sini..
ety nak bawak sahabat2 ety berfikir dan imbas kembali..
betul ke sebenarnye bila kita ada ingatan pada seseorang itu...
insyaALLAH akan berbalas ingatan kita itu...
tp apapun...
semestinya..
bila kita teringatkan Allah...
berganda2 lagi Dia ingat pada kita...
naluri ibu bapa..ibu khususnya..
akan terasa bila anaknya susah...tringat padanya...

apepun..
ingatan yg tulus ialah dalam doa untuk org yg diingati..
agar sentiasa sejahtera walau di mana berada...
kerana doa yg baik tu akan kita dapat 'sahamnya' skali..
dan pasti kita inginkan yg terbaik kepada org yg kita rindui dan ingati kan?
apapun...
jangan lepaskan atau lupakan dan lepakan sedikitpun ingatan kita pada ilahi...
kerana Dialah yg mengaturkan segala hidup kita..
mintalah padanya agar kita diberi rahmat dan secebis kasih sayangNya buat sekalian yg lain..

semoga dengan ingatan itu...hidup kita akan mendapat rahmatnya=)


#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 2 Mei 2011

cekap di pejabat, tangkas di rumah!

Assalamualaikum!!
ni saja ety nak kongsi ngan kawan2...
bace ye=)

****************************************************


motivasi pagi pulak sekarang....cekap di pejabat,tangkas di rumah....bleyh jugak aplikasi kepada student..antara komitmen kite di tempat belajar dan apabila kita pulang ke kg halaman bersama ayah bonda..
24 April at 06:32 · · ·
    • bagaimana kite bukan sahaja nak excellent dlm pelajaran tp juga sebagai anggota keluarga di rumah
      24 April at 06:35 ·
    • caranya yang pertama:positifkan minda kita,iaitu set in mind bahawa senuanya adalah amanah dari Allah
      24 April at 06:40 ·
    • cner nak set?tampal kata2 semangat....carik kawan2 yg positif,bukannya yang suke mengumpat,bersangka buruk dsb
      24 April at 06:41 · · 2 people
    • care kedua:utamakan yang utama....analisis...pk natijah kalau tak diselesaikan,jangan malu bertanya..
      24 April at 06:42 · · 1 person
    • buat list..supaya kita dapat lihat ngan jelas ape yang sudah selesai dan apa yang belum
      24 April at 06:43 ·
    • ‎3:bahagikan tugas...berat sama dipikul,ringan sama dijinjing...
      24 April at 06:51 ·
    • adakan persefahaman...bertolak ansur...berikan contoh yang 'hidup'
      24 April at 06:53 ·
    • keempat:doa minta pada Allah supaya segala urusan dipermudah..rajen2 solat dhuha agar diluaskan segala bentuk rezeki..rezeki harta...rezeki masa...rezeki sifat...dsb..
      24 April at 06:54 ·
    • selesai=)~dah habis dah motivasi pagi kat tv3...so,siapa yang tak berkesempatan tengok...kt sini saya dah kongsikan..moge jadik manfaat bersama♥
      24 April at 06:55 ·



#nuhassilu biha birridho..#