Khamis, 24 Mac 2011

java ku...

bismillahirrahmanirrahim..

sebenarnya sekarang ni saya sedang menjalani JAVAtest di MSC 02..

rasa2nya sudah melengkapkan semua jawapan..
tp entahlah..
hanya tuhan yang tahu apa natijahnya..

pengawas peperiksaan dah mengumumkan lagi satu minit..
tapi rasanya tak tahu apa lagi yang nak diubah..
memanglah kertas penuh..panjang berjela...
tp bab2 coding ni..
kalau hafal menononga memang susah sikit nak ingat dan paham..
kena selalu guna 'coding2' ni agar senang nak terpahat dalam minda...

apepun..
saya telah cuba yang terbaik..
biar Allah sahaja yang menilainya..
cuma kadang2..
saya terkilan...
sebab saya ada syak ada antara sahabat2 saya yang meniru dan cuba2 untuk meniru..
saya tak berani nak menyatakan kesahihannya..

tp itu bab iman..
jika seseorang itu beriman pada saat tersbut..
sudah pasti dia tidak akan melakukan hal2 yang sedmikian kerana dia tahu bahawa adanya tuhan yang memerhati setiap gerak gerinya....

apapun..
saya doakan agar Allah memberi kesedaran pada orang2 ini untuk menyedari kesilapan dan cuba untuk menebusnya dan jujur dengan diri sendiri..
sebab keberkatan itu penting..

dan saya harap agar Prof saya pertimbangkan segala usaha kami dan bukan jawapan kami..
kerana sesungguhnya memang kami tidak mampu lagi..
dan kami akan terus berusaha ke arah yang lebih baik..

skian...
wallahua'lam..

#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 18 Mac 2011

tahniah diriku!

assalamualaikum...

salam sejahtera sahabat2 blogger sekalian..
Alhamdulillah..marilah sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada ilahi..
kerana masih bernyawa sehingga ke hari ini..

sahabat2..
ingin saya kongsikan kegembiraan saya dengan rakan2 sekalian...
alhamdulillah..
betullah kata orang...
hujan yang bertandang..pasti akan ada pelangi yang datang menyinar..

teringat saya baru2 ini pada hari selasa..
selepas perbentangan etnik saya..
saya rasa amat down..
tringat seorang sahabat berkata
"aku tak paham satu apa pun yang kau terang"
memang agak ada lacking pada pembentangan kali ini..
atas sebab2 yang tak dapat dielakkan,,dua jam sebelum saya membuat pembentangan...
saya telah diminta untuk menukar bahadian yang patut dibentang dengan kawan saya..
walaupun agak rasa tertekan pada mulanya...
tp tuhan tu saangat pandai memujuk kita..
sebab sebenarnya dia saja nak uji kita..
tengok bagaimana kita nak handle ngan masalah yang dia bagi kat kita..

pada petang tersebut..
semasa mood agak suram tyme tuh...
macam biasa..kalau saya rasa down..
saya akan carik mangsa untuk'neutral' kan balik perasaan saya tuh..
ternampak kawan integomb sya..rezki dia masa itu dengan kawan2nya untuk dapat ice blended..
sedang asyik kami tunggu tempahan kami...
saya pun membelek2 telepon saya...
1 mesej telah masuk dalam inbox saya..
Ya Allah!mengalir air mata saya tatkala membaca isi mesej tersebut...
ternyata tuhan sangat2 pandai menguji hambanya...
diberikan hambanya bunga tatkala hambanya terasa layu..
Alhamdulillah..saya telah terpilih menjadi salah seorang ahli Pembimbing Rakan Universiti USIM..
perkara yang sangat2 saya impikan sebelum ini..
selepas saya kurang berjaya untuk melayakkan diri menyertai MPP..

trima kasih ya Allah!
sayang Allah sangat2!
luv u soooo much Allah!!
kau memang pandai mengusik hambamu ini..=)

ingatlah kawan2..
kalau kita rasa kita gembira sangat2...janganlah lupa diri kerana ada kemungkinan akan ada perasaan yang kurang enak bertandang..
dan apabila kita rasa kita dibawah....tertekan...kurang semangat...
yakinlah....sudah pasti 'hero' kita yang merupakan 'hero' seluruh makhluk akan selamatkan kita dengan mengembalikan senyuman dan tangisan gembira di wajah kita...
sekian....=)


Sesungguhnya hikmah itu amatlah indah bagi mereka yang menghayati dan tahu menghargainya..



#nuhassilu biha birridho..#