Isnin, 27 Jun 2011

kawen muda? ^_^

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum akhowat dan ikhwah sekalian..
ety harap semuanya dalam 'good state of eman'
insyaAllah..
minggu lepas...
ety ade menghadiri program "bila baju melayu bertemu baju kurung"..
alhamdulillah..banyak manafaat yang ety dapat daripada program itu..
tringat ety ngan kata2 panel...
"kawen muda untung..."
huhu...tiada ciri2 menggatai disini ya..
cuma bersetuju ngan pendapat beliau kerana sememangnya beliau telah membuktikan dengan status beliau sendiri..

mungkin pada zaman dahulu..
perihal kawen muda ni agak sensitif dan agak asing dalam kalangan masyarakat..
tapi ety rase tidak lagi pada masa kini..
malah...jika kita berada di institusi2 pengajian tinggi..
tidak terasa janggal jika melihat ada student yang mengendong bayi ke kuliah..

"we are the single fighter before we are married"

itu adalah salah satu kata2 ustaz si universiti ety..
huhu..betollah kan?
trutama kat dunia yang mencabar sekarang nih..
bila kita berstatus single..
kita kena hadapi kehidupan ini sendirian..
yela..
takkan selamanya nak berharap kat mak ayah kan?
kalau ety tengok student2 u skarang nih..
masing2 dah pandai mencari kerja untuk menambah pendapatan..
ada yang sampai balik lewat malam..

tp rase2nyelah kan
kalau yang dah berkahwen tuh..
nasi sepinggan makan pun bleyh jadi dua orang makan..
masing2 bleyh support antara satu sama lain..

bukanlah ety nak kata di sini yang kawen ni indah2 belaka...
tidaklah begitu..tapi kita akan jadi lebih matang dan lebih professional untuk menghadapi sesuatu yang mendatang..
sebab kita ade pandangan dan sasaran yang lebih jauh untuk masa depan keluarga kita..

adapun begitu..bila kita berbicara soal cinta selepas kawen..
mungkin ada diantara yang diluar sana yang berfikiran apa yang ety katakan ini seperti kolot..
tp percyalah..ramai sudah yang ety 'temuramah'..alhamdulillah...

bila seseorang lelaki itu berkenan kepada seorang wanita..
langkah pertama..jumpalah orang tuanya..
sebab mungkin ada yang mengatakan terlalu awal di permulaan perkenalan..
tetapi bila kita fikir2kan...
kalau ada yang berpengalaman di luar sana..
perkenalan itu terlalu lama rasanya..
sampai kadang2 ada yang sudah terlanjur..na'uzubillah..

tidak semestinya bila kita bertemu orang tua perempuan itu..kita nak berkahwin esoknya kan?
semestinya ada lagi langkah2 dan perancangan..
sekurang2nya..restu keluarga kita dah dapat..
dan perhubungan kita lebih terjaga dan terbatas..
jadi bila kita dah berkahwin...saat mengenali dan mendalami menjadi lebih hebat dan lebih menyeronokkan..
ingatlah kaum adam di luar sana..
sesungguhnya..keberanian mu yang hakiki adalah apabila kamu berani dan selamat melafazkan akad pernikahan itu..
kerana tidak ramai lelaki di luar sana yang berani menempuhi saat tersebut..
sebab saat lafaz sakinah itu bagai 'setengah mati' gamaknya kan?

rasanya sampai disini sudah cukup...
kalau nak dipanjangkan tiada masalah sebenarnya..
tp insyaAllah...
moga input yang disalurkan dengan ayat yang bersahaja itu mampu membuat antum berfikir sendirian..
dan mengambil ibrah daripadanya..
insyaAllah..

k..
psst:contohilah langkah percintaan Muhammad dan Khadijah

#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 22 Jun 2011

penat tidak mengapa~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..masih celik lagi mata ni kala ini..
walaupun esok ety ada kuliah aqidah..
harap2 dipermudahkan..

td selepas ety balik dari kelas fiqh ibadat dan munakahat..
terus ety bergegas menuju ke pasar malam..
perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit ety pendekkan kepada 5 minit..
dengan tujuan..untuk membeli barang dapur..
bersama ukhti z..ety mencari barang yang diperlukan seperti kebiasaannya..
alhamdulillah...dapat jugak ety beli kesemuanya,,

begitulah rutin ety setiap selasa,,
bersyukur jugak sebab kelas fiqh ustaz Yumni selalu keluar awal sedikit..
jadi sempatlah ety memecut ke pasar malam untuk bekalan barang dapur mingguan..

pernah ety ditanyakan..
"tidak penatkah?"

malah tidak tahu mengapa...ety tidak berasa penat..
mungkin hingga kini ety masih berpegang dan ingat akan kata2 guru ety di sekolah dulu..

"anggaplah amanah sebagai tanggungjawab dan bukannya beban"

bila ia amanah..
memang kita tahulah kan..bahawa amanah adalah benda yang paling payah untuk dilaksanakan..
jadi..jadi tanggungjawab kita untuk laksanakan dengan sempurna..bila kata kita ni dipertanggungjawabkan..maka apa lagi yang nak dipersoalkan?mukallaf...kita pun paham akan konsepnya kan?

kalau amanah itu beban..akan terasa berat sangat kat pundak kita...walhal kadang2..perkara tu kecil ja..tp bila terasa macam beban...perkara kecil dibesar2kan..
akhirnya...amanah ntah ke mana...kita yang merana..

oleh itu sahabat2 ety sekalian...
laksanakanlah amanah yang telah kita terima dengan hati yang terbuka..
jangan awal2 dah setting minda bahawa amanah tu berat sangat sampai tak termampu kita...
rajen2lah motivasikan diri sendiri bahawa kita boleh lakukannya..
sebab kudrat kita ni..semuanya dengan izinNya..
tiada satu pun milik kita..
semuanya pinjaman..

jangan kita nak tunggu badan sahaja yang berbakti..
sebaliknya patutlah lebihkan kita berbakti untuk badan..

dan lagi satu...

"kalau kita rasa sedih pabila kasut kita hilang,ingatlah bahawa ada orang yang lagi sedih sebab kakinya yang hilang"
=)
mari bersyukur!!




#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 12 Jun 2011

ibadah dan 3 keperluan hidup

bismillahirrahmanirrahiim...

alhamdulillah...masih bernyawa kala ini...

ibadah dah keperluan hidup..ada kaitan??

hurm...mesti ramai yg kata ada..tapi sejauh mana yg antum tahu ye?
err..jangan salah faham pulak..ety pun tak berapa tahu...cuma menyampaikan apa yang ety pelajari sahaja di kelas..

hal ini diceritakan oleh ustaz ety..ustaz Yumni..

katanya..
keperluan hidup ada 3...
jasad..roh..dan harta...
tiada jasad,ada roh dan harta tak bleyh gak nak hidup...
tiada roh,ada jasad dan harta mati....
tiada harta,ada jasad dan roh,merempat jadinya...
selain itu..
ia berkait ngan ibadah dalam rukun Islam..
iaitu puasa..zakat.solat..dan haji..

hurm..

nak jaga jasad dengan puasa..
nak jaga roh dengan solat..
nak jaga harta dengan zakat..
nak jaga ketiga-tiga perlu haji...

mcm mane??

hmm....
bile kite puasa...
kita akan lebih menjaga badan..tak perlu nak diet2..puasa tak memudharatkan...lebih menambah kesihatan adelah..makan kita akan menjadi lebih teratur...dapat pahala ibadah lagi..(insyaAllah)..dengan puasa...pengaliran darah akan lebih teratur...pernafasan lebih lancar...elak kelesuan...malah mereka yang berpuasa dengan baik lebih cergas daripada orang lain..

bile kite solat...
ruh kita akan menjadi lebih tenang...
kerana kita mengingati Allah...
"ingatlah bahawasanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
akal kita juga akan jadi cerdas..kerana pengaliran darah yang sampai ke otak apabila kita sujud..
ketenangan rohani akan kita raih disebabkan kita bertemu tuhan kita..
jadi..'berilah makan' roh kita dengan solat...
bila kita menunaikan zakat..
harta kita akan lebih terpelihara..
kerana kita melaksanakan hak kita dan hak orang lain..
dengan infak yang kita but tuh..
akan lebih berkat harta yang kita ada..
jiwa kita pun takkan risau kerana kita yakin bahawa Allah akan memelihara kita dengan ibadah zakat yang kita laksanakan..

bila kita menunaikan haji..
ketiga2nya bisa kita lengkapi..
nak pergi haji..
perlu sihat...ruh ade..dan juga harta..
sebab tulah ketiga-tiganya berkaitan...
kalau tak berkemampuan...tiadalah kita menunaikan haji secara sendiri..


akhirul kalam...
laksanakanlah apa yang disyariatkan....
lakukanlah ibadah yang diperintahkan..
kerana dunia yang kita duduk sekarang ni hanya pinjaman..
entah esok..entah lusa..kita akan dijemput oleh kematian..
sekian..


Sabtu, 4 Jun 2011

Identiti diri

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
semoga kita berada dalam keadaan yg sihat sejahtera..

mencari identiti diri..
perlukah??

haa...
maybe kite nampak macam simple je..
tp sebenarnya amat perlu dan penting tau kawan2..
baru td ety pergi ke bilik kaunseling..
bertemu dengan kaunselor untuk buat IPW...
tp ternyata apa yang ety jangka meleset sama sekali..
begitu juga dengan puan masni..

ety punya peribadi dan personaliti amat lain
berbeza dengan ety yang dulu..
lalu ety dinasihatkan oleh puan masni..
untuk menentukan diri ety...

ety nak jadi yang dulu..atau ety yang kini..
seperti yang dikatakan oleh puan..
ety sepertinya ada split personality..
hurm..
apakah maknanya tu??

apepun..

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dengan dirinya sendiri(yang berusaha ke arah itu)"

berusahalah..
dan mintalah petunjuk dari ilahi..
insyaAllah=)



#nuhassilu biha birridho..#