Selasa, 26 Julai 2011

apabila Islam itu dirasakan indah..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..skali lagi ety diberi kesempatan..
setelah mengisi cuti ni dengan byk jugak perkara yang buang mase..
tp insylh..sedang perlahan2 menyeimbangkan agar tidak terlalu berasa kelapangan itu dan sentiasa menghargai masa yang ada..

minggu lepas..
ety berpeluang untuk pulang ke kampung halaman..
walaupun sebentar sahaja ety pulang ke penang..
insylh minggu depan akan pulang semula untuk spent time ngan tok yang sedang sakit dan family di sana..
sebab banyak tanggungjawab ety di kg..moga diberi pertolongan dan ketabahan untuk itu..

dalam perjalanan pulang menaiki bas transnasional petang itu..
terdapat beberapa fenomena atau situasi yang amat mentarbiah hati,

1)seorang ibu sedang membaca al-quran..

sangat menarik perhatian walaupun anaknya sedang lasak...
namun tetap beliau dapat mengawal keadaan..
satu keluarga...yang amat molek pakaiannya..=)

sampai di perhentian kecil..situasi kedua menarik perhatian mata ini..

2)sembahyang di padang yang lapang..

mungkin fenomena ini sudah biasa di negara lain...tp bukan di malaysia..
di perhentian tersebut yang dapat ety perasan hanyalah ada bilik air, satu lori makanan dan satu gazebo..
sepatutnya gazebo tersebut untuk solat juga..tp pada waktu tersebut ada orang sedang berehat2 di situ..
tp yang ety harapkan...dapatlah kirenye dibina surau kecil untuk kemudahan awam..
bukan toilet je nak selesa...tetapi yang lebih baik jika itu dapat diberi perhatian..
namun..memang menyentuh hati melihat seorang hamba Allah yang solat itu..
=)

dalam ety melihat sekeliling sewaktu perjalanan di dalam bas itu..
sekali lagi peristiwa berikutnya mencuri pandangan ety..

3)berzikir sambil memandu..

Insylh..ety rase ramai antara kawan2 yang mempraktiskan ini..
tp yang menarik beliau memegang tasbih yang digerak2kan sambil memegang stereng..
sungguh masanya dan hidupnya yang tidak sia2..
sungguh ety rasa indahnya waktu itu..

kerana pabila kita dapat merasa kemanisan dan keindahan Islam itu tersendiri..
kita akan dapat tau bahawa..
tiadalah istilah 'beban' itu sendiri..
malah satu perasaan yang mengharukan dan kesyukuran menyelinap dalam hati tatkala mengenangkan bahawa kita mendapat jua nikmat Islam itu...

apepun..
ety menyeru pd diri dan rakan2..
aplikasikanlah sebanyak mana kehidupan yg berlandaskan Islam..
insylh..kita pastinya takkan rugi..=)

#nuhassilu biha birridho..#

9 ulasan:

rimbunhijau berkata...

waaaahhh.....

hanimyusra berkata...

ape yang waaaahhh nye rimbunhijau??

~cik fitriah~ berkata...

(:

teringt time2 puasa kat kmpus, berlumba2 nak hbiskan 30 juzuk. kat mane2 leh tgok org pgg AQ.(student)

Islam berkata...

Good Idea

World Bookmarking Shop berkata...

Beautiful. Disorb to appreciation.Thanks.

Great Article Submission berkata...

Good job. Wants more relevant post. Thanks.

First Article Surrender berkata...

After many days such article have read and really enjoyed it. Thanks.

World Bookmarking Online berkata...

Interesting post. I like it. Thanks.

New World Bookmarking berkata...

Good afford. I appreciate it. Thanks.