Sabtu, 7 Januari 2012

Dakwah gencar study ntah ke mana?


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Dakwah...
Amar ma'ruf nahi munkar..
tugas kita sekalian manusia...

cuma itu semua bergantung pada individu itu sendiri..bagaimana mereka memenuhi tuntutan dakwah itu sendiri dalam kehidupan seharian..
Kerja-kerja dakwah ini sure bukanlah mudah..
memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi untuk terus thabat di jalannya..

Namun begitu..
Agak mengecewakan pabila wujud segelintir individu yang menjadikan study sebagai pelepasan untuk tidak mengaktifkan diri dalam dakwah..
Padahal mereka tahu tentang kewajipan berdakwah itu sendiri..
Mungkin gampang untuk tahu tapi tidak mudah untuk mengerti..
Ia..study memang yang utama..
tapi dakwah bukanlah yang kedua..
bukan mahu menyalahkan siapa-siapa...
cuma mahu sama-sama berbincang dan berkongsi rasa..

Tidak berjayakah mereka yang menjalankan kerja dakwah?

soalan yang saya tahu pasti banyak persoalan dan gelojak jiwa bagi betul-betul menepati kriteria untuk menjawab soalan ini..

cuma mahu berkongsi rasa..
akan kekagumanku pada akhowat tercinta..
yang sentiasa gencar menjalankan kerja dakwahnya..

FENOMENA BIASA AKHOWAT

Seawal pukul 4.30 p.m sudah terdengar bunyi air paip dibuka..bangkit susuk-susuk tubuh bergerak dan menggerakkan yang masih terlena..telekung pudar disarungkan dan bermulalah sesi 'dating' dengan tuhanNya...selepas beberapa solat sunat, bacaan Al-Quran beralun merdu sahut menyahut..terkadang derai tangis keesakan terdengar sayup-sayu di sebalik cahaya kesuraman malam..usai azan berkumandang...bergeraklah ke ruangan musolla di rumah untuk menunailan solat nawafil dan bersama2 berjemaah menunaikan solat subuh..habis solat,bacaan mathurat dibaca bersama2..selepas itu..masing2 membuat persiapan untuk ke kuliah..dan masih ada juga yang meneruskan bacaan dan hafalan al-quran..dan pada waktu petang pula..masing2 akan pulang membersihkan diri...bersama-sama menyiapkan makan petang...dan makan sedulang bersama...solat jemaah maghrib..baca mathurat petang...dan ada juga yang terus bergerak bertemu mad'u tercinta...berjemaah pula di sana dan berkongsi suka dan rasa...pulang mungkin dalam pukul 10 malam..dan meneruskan pembacaan sedikit...ulangkaji kendiri..dan tidur terkadang ada terkadang tiada...hujung minggu berprogram sana sini..kem sana sini..walau lelah..tetap bersemangat..masa padan diguna sebaiknya..perkara2 sia2 terkadang terlalu minima dan terkdang langsung tiada..sungguh bermakna..

BERJAYAKAH AKHOWAT??

Siapa kata mereka tidak berjaya?malah sebahagian besar memegang title dean list..best student...the highest pointer in their faculty...dan bergerak aktif juga dalam aktiviti universiti..
Siapa mereka??merekalah penggerak dakwah..aktivis dakwah...yang bergerak dan menggerak ummah...

mungkin ada yang beralasan bahawa mereka tiada daya dan upaya untuk fokus kepada banyak perkara...iya...saya akui ada yang sebegitu..tetapi...adakah kita hanya mahu menjadi student universiti yang biasa?tiada nilai luar biasa?adakah kita hanya mahu dipesan?dan tidak mahu bersama memesan??Adakah kita hanya mahu terus beralasan..tidak mahukah melakukan perubahan?

ingatlah sahabat2ku..banyak sudah nikmat yang Allah bagi kat kita...tapi cuba kita fikir apa sumbangan harian kita kepada agama Allah?tepuk dada tanyalah mata hati..

"Aku jeleslah ngan dia tu..tak perlu pun nak susah2...just fokus on study je...aku ni..kadang2 tak sempat pun nak study..usrah lagi...aktiviti luar lagi..program lagi...."

sahabat2 yang saya sayangi..
Mungkin biasa terdetik perasaan sebegitu di dada2 mereka di luar sana..dan mungkin terkadang dalam kalangan sahabat2 sefikrah kita sendiri...jom...kita muhasabah bersama...

"kalau tiada tarbiah...mungkin aku sekarang tak dapat menjaga diri.."
"kalau tiada usrah...mungkin hati aku rasa sepi dan kosong.."
"kalau tiada dakwah..mungkin aku akan rasa terlalu lapang dan buat kerja2 yang sia2.."

tapi bila ada tarbiah..

"seronok ada akhowat yang mengingatkan.."
"seronok dapat berpesan-pesan"
"seronok diberi ujian yang menguatkan"
"seronok bersama mad'u tercinta"
"seronok dapat berkongsi suka dan duka"
"seronok dapat menyumbang sekelumit tenaga untuk agama"

dan macam2 lagi keseronokan yang tidak dapan digambarkan dengan kata-kata..

Akhirulkalam...marilah seiringkan study dan kerja dakwah..insyaAllah pasti Allah akan sediakan 'masa tambahan' untuk hamba-hambanya yang sentiasa melungkan 'masa tambahan' untukNya..

berdakwah...berukhuwah...di jalan tarbiah..till jannah...insyaAllah..=)


#nuhassilu biha birridho..#

2 ulasan:

tetamu berkata...

ya Allah..thabbit qulubana ya Allah..

aku mengerti bahawa hati ini terlalu pantas berbolak balik, lebih pantas dari gelegak air mendidih..maka ya Allah..tetapkanlah hati ini, jgnlah kau palingkan hati ini setelah Engkau beri hidayah kepadanya..

Perokok Soleh berkata...

adakah hawa di USIM perlu menghafal quran 1 juz satu sem seperti diInsaniah?