Sabtu, 16 Jun 2012

Biar susah masih bersedekah

Sedekah itu merupakan satu cabang iman...ramai orang di luar sana rajin untuk bersedekah lantaran punya harta yang melebihi keperluan..Namun jika kita mahu lihat adakah betul seseorang itu bersedekah, cuba kita lihat bagaimana sedekahnya sewaktu dia 'tiada'..

Apa maksud 'tiada' itu?

Tiada dalam kata lain dia dalam keadaan yang susah...tidak cukup keperluan harta zahir...adakah dia masih tegar bersedekah?Seperti yang dilakukan oleh Saidatina Fatimah dan Saidina Ali?Di sini kita dapat lihat sejauh mana kekuatan kita untuk terus bersedekah andai diuji muflis, kehilangan harta, dan sebagainya...

Miskin tetapi ingin bersedekah.

Anda miskin?Tetapi teringin sangat mahu bersedekah?
jangan risau!Anda pasti boleh melaksanakannya!sedang yang paling mudah dan tidak mengeluarkan duit sahaja ialah SENYUMAN..senyum itu sedekah!

selain itu....saya senaraikan antara alternatif yang boleh anda lakukan untuk bersedekah..

~menolong rakan anda mengajarkannya apa yang tidak difahami dalam pelajaran
~membantu ibu bapa..
~memberi nasihat kepada mereka yang memerlukan
~menyumbang tenaga kepada mereka yg memerlukan
~melapangkan waktu untuk membantu menyelesaikan masalah rakan
~berkongsi makanan anda dengan kawan2

dan pelbagai lagi cara untuk anda bersedekah..
kerana sesungguhnya sedekah bukan sahaja hadir dalam bentuk wang..malah..sedekah juga boleh diaplikasikan dalam bentuk tenaga, masa, kata2 yang baik,ilmu pengetahuan, senyuman, dan macam2 lagi!

Marilah kita telusuri sirah para sahabat...Anas bin Malik..Bilal bin Rabah..dan ramai lagi mereka yang boleh kita jadikan contoh untuk 'bersedekah' walaupun susah....
Semoga kita mengambil iktibar daripadanya..insyaAllah...





#nuhassilu biha birridho..#

Tiada ulasan: