Saat ini, berada di Sabah bersama 15 orang lagi junior seangkatan menyahut cabaran latihan Infosys selama 34 hari. Taklimat yang diberikan cukup membuatkan darah kami berderau dek kegusaran yang melampau!Sungguh apa yang digembar gemburkan oleh rakan-rakan bahawa latihan ini perlu persediaan rapi fizikal dan mental.
Saat terbayang wajah bonda tercinta yang sempat berkolam matanya sewaktu menghantarku mendaftar di lokasi yang ditentukan. Sungguh aku juga hiba kerana ku tahu dia perlukanku. Namun lantaran aku mahu menjadi orang yang diperlukan ibu lah membuatku nekad dengan keputusanku untuk menerima tawaran ini. Sempat ku menegur ibu mengatakan bahawa aku tidak pergi jauh. Tapi hati ibu itu amat halus bila mengenangkan kedua-dua cahaya matanya berjauhan dengannya sewaktu hari jadinya.
Ya, peristiwa ini pernah berlaku suatu ketika dahulu. Tarikh yang sama namun tahunnya saja yang berbeza. Saat ketika aku membuatkan mata ibuku seperti tadi. Berkolam, tidak dapat menahan rasa walaupun dampaknya cuba untuk menyembunyikan daripada terlihat oleh ku.Namun ketika itu, bukan air mata itu yang ku mahu. Kerana itu air mata kekecewaan seorang ibu pabila anaknya tidak bisa menjadi seperti apa yang diinginkannya dan membanggakannya. Ya, pada tanggal lahirnya juga. Pada hari bermakna aku telah buat ibu kecewa!maafkan aku ibu!
Dan perkiraanku kala ini, walau ku tahu masa tidak boleh diundur, namun aku cuba untuk menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan membuatmu bangga pada tarikh yang sama. Yang mana kira-kira 3 tahun dahulu kau terluka, tapi aku mahu air mata kali ini adalah air mata bangga bahawa anakmu ini mampu berjaya!Percayalah duhai ibu!Tolong, jangan dipamer genangan kolam itu lagi kepadaku. Genangan kekecewaan suatu masa dahulu telah benar2 meranggut jiwa dan semangatku. Kini, aku mahu genangan tadi tumpah menjadi titisan bahagiamu. Kau harus percaya bahawa aku mampu!Buangkanlah jauh-jauh derita hatimu yang kau tanggung selama ini.Kerana bukan salahmu mendidikku, tapi aku yang tidak bisa menjaga diriku yang telah utuh dengan didikan darimu ibu!
Selamat hari lahir ibu. Doaku semoga kau sentiasa bahagia, sentiasa dirahmati, sentiasa dikasihi. Moga kau tabah dengan apa adanya kau kini. Kau adalah insan teristimewa!Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulku!
Maafkan anakmu ini duhai ibu..
#nuhassilu biha birridho..#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan