Sabtu, 19 November 2016

Untuk kau yang berteman denganku

Aku tak pandai bergaul.

Aku sukar untuk memulakan.

Aku tak tahu cara yang indah untuk bersahabat.

Aku tak arif mempraktis kiat memurnikan bibit persahabatan sesama manusia.


Jika aku salah,khabarkan.

Jika aku khilaf,beritahu.

Jika aku mengguris hatimu,jangan kau diam membisu.

Jika aku membuatmu terluka,selesaikan dengan cara sepatutnya.


Bimbing aku,

Ajari aku,

Katakan padaku.


Kerna hal ini bisa merobek nuraniku untuk berfikir yang waras.

Bisa membuatku terjelepok tersungkur menempelak diri.

Kerana aku adalah aku.

Yang kau sendiri pasti tidak bisa menelah apa yang ada di benak kecil ini.

Yang lakunya bisa luar dari apa yang sepatutnya.


Kerana sekali kita berteman,

Tempatmu bukan sekadar seorang kenalan.

Kerana ruang kecil hatiku sudah dihuni olehmu,

Sahabatku.


-hanimyusra-

Tiada ulasan: