Selasa, 31 Mac 2009
maklumat kepada lepasan SPM 2008
Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada :
>> Lepasan SPM/Setaraf : minggu kedua Mei 2009
>> Lepasan STPM/Setaraf : minggu ketiga Jun 2009
harap maklum..
Ahad, 29 Mac 2009
wajah & hati yg cantik & rahsia 13...
· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan
langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.
Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'.
Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do'a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa
bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii
Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat
Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,
tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan
berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat,
lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.
· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Assalamua'laikum wr wb......... ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang
dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan
akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di
dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar
ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang
Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah
sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram
sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu
yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik
manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
disunting daripada iluvislam..
Jumaat, 27 Mac 2009
MAKLUMAT KEPADA PEMOHON PROGRAM MATRIKULASI BAGI LEPASAN SPM
MAKLUMAT TERKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI |
Ditulis oleh Editor HEP | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wednesday, 18 March 2009 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Selasa, 24 Mac 2009
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009)
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009) | |
Kategori | Pameran |
Peringkat | Antarabangsa |
Tarikh | 17 April 2009 - 26 April 2009 |
Masa | 10.00 Pagi - 10.00 Malam |
Tempat | Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) |
Penganjur | Majlis Buku Kebangsaan Malaysia |
Kerjasama | Kementerian Pelajaran Malaysia |
Nota | Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 17– 13 April 2008 Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam (Isnin–hamis) 10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat – Ahad & cuti am) Tema : BUKU: LAKARAN MASA DEPAN Majlis Perasmian PBAKL 2009 akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 18 April 2009, jam 10.00 pagi di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 7019/22 atau layari laman web PBAKL : http://www.klbookfair.com |
Isnin, 23 Mac 2009
ALLAH ADA, ALLAH LIHAT
Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal Allah.
Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "Allah ada, Allah melihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan "Allah ada, Allah lihat". Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati.
Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.
Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik "ada orang! ada orang!". Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, "Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!"
Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.
MORAL & IKTIBAR
- Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain
- Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
- Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya
- Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar
- Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya
- Ungkapan seperti 'Allah melihat apa yang kita buat' patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita.
- Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil
- Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior
- Mengingat Allah menjauhkan kita dari melakukan maksiat
Rabu, 18 Mac 2009
balik kampung..
Rabu, 11 Mac 2009
spm dan stam..keputusan dinanti penuh debaran..
KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Jumaat, 6 Mac 2009
Schulfächer..matapelajaran..
ari ni ana nak kongsi perkataan2 jerman yang baru..
berkaitan dengan subjek2 atau mata pelajaran...
Biologie(bioloji)
biologi
Chemie(kemi)
kimia
Mathematik(matematik)
matematik
Deutsch(doich)
bahasa jerman
Kunst(kuns)
seni
Musik(muzik)
muzik
Englisch(english)
bahasa inggeris
Französisch(fghantsoezish)
bahasa perancis
Geschichte(geshikhte)
sejarah
Wissenschaft(vizenshaft)
sains
Physik(fizik)
fizik
Religion(ghelijion)
agama
Malaiisch(malaish)
bahasa malaysia
Arabisch(aghabish)
bahasa arab
Geographie/Erdkunde(jiogghafi/erkunde)
geografi
Mein Lieblingsfach ist...
(main liblingsfakh is)
subjek kesukaan saya ialah.....
Ich mag....
(ikh mag...)
saya suka....
Das ist alles für heute
(das is alles fior hoite)
setakat ini sahaja untuk hari ini
wallahua'lam...
nuhassilu biha birridho....
wassalam...
Rabu, 4 Mac 2009
wahai diri..
aku terfikir..
mengapa sukar diri ini..
untuk ampuh dengan ujian yang Allah beri..
sejenak..
aku terfirir..
mengapa mudah sangat menyerah..
tatkala kegagalan masih belum mempamerkan wajah..
sejenak..
aku terfikir..
mengapa amarah mudah menguasai..
tatkala kesabaran insani ini diuji..
adakah aku lupa..
Allah itu maha pemurah..
Ar-Rahman..
Allah itu maha penyayang..
Ar-Rahim..
mana mungkin..
Dia menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dupikul..
mana mungkin..
dia menyuruh hambanya berputus asa...
mana mungkin..
dia membenarkan amarah beraja dalam sanubari..
tatkala iman penyeri di hati..
oleh itu..
wahai diriku..
bangkitlah..
bina keperibadian daripada ujian..
agar ketabahan dan kematangan mengajar erti kehidupan..
binalah kekuatan..
bagi meranduk denau2 kepayahan..
agar tidak mudah rebah di hari kemudian..
dan hiasilah diri dengan ketakwaan..
basahilah diri dengan air penyucian..
semaikanlah nur di hati yang kesuraman..
agar ketenangan dirasai di saat kemarahan cuba memporakperandakan..
ingatlah diri..
kita hidup di dunia ini..
hanyalah seketika..
mati itu pasti..
hidup itu insyaAllah..
walau apa pun yang kau lakukan..
ingatlah tuhan..
kelak insyaAllah..
dirimu tidak akan terpesong dari landasan..
wallahua'lam..
nukilan diri sendiri....
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam dari daerah hati yang jauh. Hari yang sedang tercari-cari arah mana yang harus dan perlu dia ik...
-
bismillah.. ari ni ana nak kongsi perkataan2 jerman yang baru.. berkaitan dengan subjek2 atau mata pelajaran... Biologie (bioloji) bio...
-
Rindu? tipula kalau aku kata aku tak.. I've been missing you all day and night long..but what can I do? It just happens to be in my mind...