Rabu, 4 Mac 2009

wahai diri..

sejenak..
aku terfikir..

mengapa sukar diri ini..
untuk ampuh dengan ujian yang Allah beri..
sejenak..
aku terfirir..
mengapa mudah sangat menyerah..

tatkala kegagalan masih belum mempamerkan wajah..

sejenak..
aku terfikir..
mengapa amarah mudah menguasai..
tatkala kesabaran insani ini diuji..

adakah aku lupa..
Allah itu maha pemurah..
Ar-Rahman..
Allah itu maha penyayang..
Ar-Rahim..

mana mungkin..
Dia menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dupikul..
mana mungkin..
dia menyuruh hambanya berputus asa...
mana mungkin..

dia membenarkan amarah beraja dalam sanubari..
tatkala iman penyeri di hati..

oleh itu..
wahai diriku..

bangkitlah..

bina keperibadian daripada ujian..

agar ketabahan dan kematangan mengajar erti kehidupan..
binalah kekuatan..
bagi meranduk denau2 kepayahan..
agar tidak mudah rebah di hari kemudian..
dan hiasilah diri dengan ketakwaan..
basahilah diri dengan air penyucian..
semaikanlah nur di hati yang kesuraman..
agar ketenangan dirasai di saat kemarahan cuba memporakperandakan..

ingatlah diri..
kita hidup di dunia ini..
hanyalah seketika..
mati itu pasti..
hidup itu insyaAllah..
walau apa pun yang kau lakukan..
ingatlah tuhan..
kelak insyaAllah..

dirimu tidak akan terpesong dari landasan..
wallahua'lam..

nukilan diri sendiri....

2 ulasan:

mr chocolate berkata...

pandang cermin.. tgk ok ke x? itu yg zahir.. Allah x pdg.. dalam tu mesti mau bersih.. wahai diri.. huhu

serunaiklang_91 berkata...

ASSALAMUALAIKUM..

salam ziarah...saya dah promote blog ni dalam blog saya...hehe