assalamualaikum semua!
alhamdulillah..makin kebah demam ety nih..
hari ni,ingin ety kongsikan satu pengalaman ety yang ety rase boleh kita renung2kan dan ambil iktibar..ini yang ety alami sendiri semasa ety pergi menziarah sahabat2 ety di Pandan Indah...
**********
kakak yang pekak dan bisu
masa ety dalam tren nak ke bandar tasik selatan...
ade seorang perempuan ni masuk dan berdiri membelakangi ety..
dari tepi..ety nampak dia seorang yang penuh bersopan..tinggi lampai..
bertudung bidang 60..memakai baju kurung...
sopan sahaja dengan menyandang beg yang berisi buku di tepi dan ber balik kampung di bawah..
tiba2, ety terperasan bahawa baju kurung hijaunya itu seakan2 tertarik benangnya dibawah..
lalu ety pun memegang ber yang disandang di belakang..
"kak2,baju akak tertarik kat belakang"
die membuat isyarat dan menggeleng2 kepada...
barulah ety sedar bahawa kakak tersebut bisu dan pekak...
lalu ety pun membantunya membetulkan baju tersebut...
beliau pun berterima kasih dengan menunjukkan isyarat yang biasa ety lihat sewaktu sekolah dahulu..
apa yang ety nak highlight kat cini..
ety sangat kagum dengan kecekalannya..
tidak peduli orang2 yang memandang di sekeliling dengan pandangan yang macam asing sungguh..
dengan seorang diri..tidak pernah lekang dengan senyuman dan gigih dalam mencari ilmu dengan keadaan yang serba kekurangan..
sangan mensyukuri nikmat tuhan dan beriman denganNya walaupun kekurangan..
sungguh!sangan mengagumkan diri ety!
walaupun jauh dari sudut hatinya tersembunyi keperitan yang amat namun tidak dipamerkan di wajahnya yang manis
setiap yang memandang walaupun tajam dibalas dengan senyum yang ikhlas..
ingin sekali ety berkenalan panjang dengan kakak tersebut namun masa tidak mengizinkan dengan juga keadaan yang sesak dalam ktm tersebut..
********
anak2 yang taat
sepanjang perjalanan ety ke Aquaria KLCC pula dengan kawan2..
masuk seorang ibu dengan 2 orang anak kecil..
2 orang anak kecil itu..dengan kudrat dan pemahaman yang sekelumit cuma..
dipapah ibunya yang buta masuk ke dalam tren..
tidak ditinggalkan ibunya wapaupun sesaat..
dipegang erat tangan ibunya...
sungguh!ety kagum kerana anak yang mungkin cuma berumur9 tahun dan 7 tahun itu..
sudah tahu erti ketaatan dan sudah pandai berdikari tambahan memikul tanggungjawab yang besar menjaga ibunya yang cacat penglihatan...
sungguh cekal anak2 itu....
kalau kita?
bagaimana?
mampukah kita memikul tanggungjawan sebagai seorang anak sebegitu rupa...
usia kecil kita..
ibu kita yang melayan kerenah kita..
hatta sehingga kini pun..ibu kita yang menyiapkan makan pakai kita...
tp anak2 kecil tersebut...tugas kelak dipegang seawal usia mereka...
sungguh....insyaAllah..ahli syurgalah mereka...kerna bakti mereka terhadap orang tua
walaupun mereka belum betul2 mengenal erti hidup...namun sudah mereka terjah erti hidup yang mendatang..
marilah kita muhasabah diri..insyaAllah...
#nuhassilu biha birridho..#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan