Khamis, 7 Julai 2011

mutaba'ah vs mujahadah

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt..
buat sahabat2 yang ety sayangi sekalian..
semoga berada dalam kondisi iman yang stabil insyaAllah...

sambil kita santai melayari internet waktu nih..
mari sama2 kita fikirkan dan renungkan tajuk di atas..
untuk ety juga yang bukanlah ahli dalam bab ini tapi ingin berkongsi sedikit rasa dan fikrah..

mutaba'ah...
insyaAllah...
ety rasa kawan2 di luar sana pernah mendengar tentang perihal ini...
kerana ety percaya kehidupan antum seharian sudah pastinya berpaksikan mutaba'ah yang memang antum telah atur dan selaraskan untuk diri antum...insyaAllah..

buat yang masih belum mengetahui..
tidak mengapa...
mutaba'ah ialah kalimat arab yang bermaksud mengikuti atau yang lebih sesuai ialah mengawasi..
tak kesahlah dalam apa2 perlaksanaan kerja dalam kehidupan perlu ada pengawasan agar sentiasa ada keteraturan dan keberlangsungannya..
namun apa yang ety nak highlightkan kat sini ialah berkenaan dengan mutaba'ah iman itu sendiri...

mungkin ada antara antum yang memang telah dididik dari rumah lagi oleh ibu bapa tentang perihal mutaba'ah iman ini...alhamdulillah..panjatkanlah setinggi2 kesyukuran kerana kita sebenarnya telah terlatih dari kecil ...

kebiasaannya,
dalam lingkungan umur kita ini..
mutaba'ah mingguan sering kita buat untuk memeriksa tahap keimanan kita dari semasa ke semasa..
biasanya yang jadi pemantau ialah murobbiah kita sendiri..
dan seringkali dicatit dalam bentuk jadual agar lebih tersusun dan teratur pengawasannya..
alhamdulillah..

cuma apa yang ety nak antum renungkan..
sejauh mana mujahadah kita pada mutaba'ah tersebut??

mujahadah yang ety maksudkan di sini bukanlah sahaja yang bermaksud bagaimana untuk memastikan kita memenuhi 'kotak2' dalam jadual kita itu..
tapi juga dalam erti kata lain mujahadah untuk bergerak sendiri tanpa paksaan murobbiyah dan pengawasan insan lain..
atau dengan mudahnya dalam mencapai keikhlasan dan kerelaan dalam melakukannya tanpa paksaan...
ety percaya perkara ini bukanlah mudah seperti yang dilafazkan...
ety pun mengalami kesukaran tersebut..
tapi menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk kembali bangkit membetulkan kembali apa yang terkurang..
tidak mustahil untuk beriltizam dengannya...
percayalah..
cuma kita sepatutnya bersyukur kerana kita sentiasa disokong oleh halaqah mate kita dan murobbiyah kita dalam mencapai matlamat mutaba'ah iman kita itu...

usahlah kita jadikan kekangan waktu sebagai penyebab kita untuk tidak menyempurnakan mutaba'ah tersebut..
kerana jika kita betul2 merenung kembali..
memang betapa senang untuk mengukir alasan bagi perkara kebaikan yang kita 'malas' untuk laksanakan..
Allah telah beri kita cukup masa...cuma kita yang menjadikan masa itu 'sesak' bagi kita...
mungkin jika kita merasakan tiada ruang..
fikir2kanlah...
hendak seribu daya..mahu seribu cara..

dan selalunya kan sahabat2...
mutaba'ah kita sering terjaga masa minggu peperiksaan..
tabi habis sahaja exam....gedebush....
mutaba'ah ke mana...mujahadah ke mana...
dan bila result kita tak seperti yang kita inginkan..
cepat sekali kita melatah mempersoalkan itu dan ini..
sedangkan sebenarnya kita tak sedar bahawasanya usaha kita tak sampai pun ke penghujungnya...

insyaAllah..
bersempena Syaaban yang bakal menyambung Ramadhan...
sama2lah kita memperkemaskan mutaba'ah kita..
biasa bagi manusia untuh mantap mutaba'ah imannya di bulan Ramadhan..
tetapi luar biasa dan jarang bagi masyarakat kita untuk mujahadah memantapkan mutaba'ah di bulan lain...
dengan alasan...
syaitan di bulan Ramadhan dibelenggu...
di bulan lain godaannya tak dapat dielak....
tapi kan kawan2..
jangan kita lupa pada godaan terbesar dalam diri kita yang sentiasa kekal iaitu nafsu..
sepanjang masa 'bertakhta' dalam lubuk kita...
jadi tiada masalah bagi kita sebenarnya untuk mujahadah dalam mutaba'ah...
insyaAllah..
mungkin ade segelintir pendapat yang merasakan mutaba'ah seakan2 ingin menunjuk2 amal ibadah kita pada orang lain..
ketahuilah rakan2 yang disayangi sekalian bahawa nabi Muhammad saw dahulu pun melaksanakan mutaba'ah dalam kalangan sahabat2nya..
dan ingatlah bahawasanya jika kita takut melakukan sesuatu kerana khuatir kita akan bersifat riak..sebenarnya..kita sedang riak....


akhirulkalam...
ety nak seru pada diri ety..
dan juga sahabat2 sekalian...
marilah kta sama2 konsisten dan mujahadah dalam bermutaba'ah...
percayalah..usaha kita itu tiadalah sia2..
semuanya insyaAllah dalam redaNya..
fastabiqul khoiraat.....^_^

p/s:afwan jika ada kata2 yang menyinggung..
ety pun masih belajar..
apepun..
ety alu-alukan pendapat dan teguran dari antum...


#nuhassilu biha birridho..#

3 ulasan:

Best Directory Submissions berkata...

Good job. Wants more post. Thanks.

Global Directory Submission berkata...

Varity of post should encompass the blog. Good work. Thanks.

Global Directory Submissions berkata...

Fine post. I think will be enjoyable to everyone.Thanks.