Sejujurnya, ini merupakan pertama kali aku ditempatkan dalam bahagian penajaan.Selama aku dalam kampus.. berpersatuan, mengikuti pelbagai aktiviti sebagai urusetia, baru kini aku ditugaskan dalam unit yang almaklum memang mencabar ini...
Untuk yang pertamanya, aku dail no, dan ku letak semula..
dail lagi, dan letak semula...
dan entah yang ke berapa kali..
dengan kertas ayat2 yang ku reka entah apa2...dan maklumat program yang ku pegang erat bak gugusan nota peperiksaan..ku beranikan diri untuk memulakannya..
Alhamdulillah...satu permulaan yang baik pabila mendapat respon yang baik dari tuan pengarah sendiri kerana aku terus menelefon kepada no bimbitnya...memang takut sebenarnya tp sekarang ku rasa hendak senyum sampai ke telinga walaupun sebetulnya belum lagi menerima konfirmasi sama ada mahu ditaja atau tidak..=)
sumber |
mungkin pada yang telah biasa dalam lapangan ini, berasakan ia sesuatu hal yang biasa tapi tidak bagiku..
kepada yang di luar sana, yang berasa tidak yakin, yang berasa mereka bukan spesis2 yang boleh bercakap formal, yang rasa macam tak berapa nak baik dalam bidang komunikasi dan perhubungan ngan orang ramai/orang luar,,,jom cuba!jangan anda rasa takut..buang jauh2!anda sama saja seperti saya!dan insyaAllah anda akan dapat suatu kepuasan baru jika anda mencuba!kerana anda berhak untuk mencuba dan terus mencuba tanpa rugi apa2!=)
keyakinan baru!semangat baru!kekuatan baru!
man jadda wajada, waman zaro'a hasoda!
insylh aku mampu!
#nuhassilu biha birridho..#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan