daripada 26 qari dan qariah yang mendaftar, seramai 24 orang yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut...
salah seorang qari'ah...hehe....sempat lg posing=) |
Mendengarkan alunan ayat suci dari peserta di dalam dan juga dari mereka2 yang sedang berlatih di luar dewan membuatkanku sangat rindu akan zamanku bertarannum dahulu. Tapi apakan daya, seiring waktu...sudah lama ku meninggalkan zaman itu sewaktu di sekolah rendah dahulu (amal islami dan pertandingan antara kampung) dan menceburi bidang hafazan pula di peringkat rendah dan menengah dalam MTQ....Sungguh berbeza sebenarnya bacaan untuk tarannum dan hafazan kerna bacaan tilawah ini menjadikan kita lebih fokus dengan alunan lagu2 yang pelbagai dan tidak seperti hafazan yang lebih kepada cara bacaan imam2...dan lebih fokus pada hafalan, lahjah, dan tajwid...tiba2 teringat juga zaman2 masuk pertandingan berzanji....yang mana kalau berzanji ni, hanya boleh bawak satu lagu saja...tak boleh campur2...yang mana aku hanya tahu lagu sikah sahaja yang alhamdulillah dapat membawaku ke peringkat negeri suatu masa dulu..
hati kecilku menangis menghayati ayat2 alquran tersebut....sungguh damai alunan itu...alunan kalamullah yang menyentuh, membujuk, menasihat, memberi semangat, memperingat, dan macam2 lagi rasa.....yang kita takkan dapat pada naskah2 lain....
salah seorang pesera tilawah yang mewakili USIM |
Rasululullah SAW Bersabda:
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)
Habis sahaja pertandingan, segera puan memanggilku untuk bersiap2 di bilik hakim. Sememangnya berada dalam kalangan para hakim; bersama- sama membantu pengiraan markah dan mengadilan para peserta cukup membuatku kagum dengan mereka. Mereka yang punya ilmu yang luas membuatkan aku sangat menghormati mereka. Aku diberi amanah ini, dan aku patut menjaganya. Ya, AMANAH!
Waima sudah beberapa kali ditanyakan oleh rakan-rakan tentang keputusan, seiring itu juga mulutku terkatup rapat, tidakkan ku bocorkn rahsia itu kerana itu adalah amanah dan kepercayaan yang diberikan kepadaku. InsyaAllah, esok akan pasti terbongkar segala persoalan kalian tentang keputusan pemarkahan tilawah.
Barakallahu fikum..
Tahniah kepada semua!
Kepada para peserta, kepada para urusetia..
InsyaAllah pengalaman yang sedikit bisa memberi 1001 pelajaran bagi kita selaku ummat manusia di bumi yang fana ini..
Terima kasih ya tuhan atas pengalaman yang sungguh berharga ini!
malam td dah layu tp ni segar balik bungaku!=) |
p/s:seronok kerana selepas pertandingan dapat ku kutip bunga2 segar yang menjadi hiasan di pentas tilawah=)
#nuhassilu biha birridho..#
2 ulasan:
ooOO I see... patutlah keluar lambat,, berebut2 amik bunga rupanya... hihii~
hehehe
akk ni memang minah bunge...suke!!huhu
nak ke?banyak lg bunge ni..
segar2 lg..
hehehe
Catat Ulasan