Manusia tidak akn terlepas dengan ujian...apa sahaja yg dilaluinya setiap hari merupakan ujian...baik suka,baik duka,baik sendu,baik tawa,,semuanya itu adalah ujian buat kita sebagai hambaNya..
Baru tadi seorang junior musykil dengan hal itu...
Bukan apa,musykil bagaimana untuk menjadi positif terus...seolah2,sepertinya tidak cuba menjadi diri sendiri atau dengan kata lain mengenepikan perasaaan yang hakikatnya pahit untuk ditelan...
Secara norma,semua orang akan melalui saat2 kejatuhan seketika dalam hidupnya,,tipulah kalau manusia itu tak pernah melalui rasa pedih dan perit waima sedikit...
Tp..saat kita rebah,kekuatan yang kita perlukan sebenarnya bermula dari dalam diri kita....sejauh mana kita mampu bangkit dan melawan segala rasa...dan berjuang mengembalikan diri dan menjauhi keterpurukan yg berpanjangan...ya,,memang susah!tidak mudah! Tp kita tak boleh semata2 mengharapkan orang keliling untuk membantu kita..kita perlu ada kekuatan jiwa!lama atau singkat,,itu bergantung...tp perlu cuba dan terus mencuba!
"Sesungguhnya ALlah tidak akan membebani seseorang itu melainkan mengikut kesanggupannya"
Fitrahnya,sebagai makhluk yang bertuan dan bertuhan, perlu kita kembali semula kepada titik yang paling tengah..'god centre'...Kembalilah kepada Allah!
P/s:hayatilah surah muzammil..kelak akan memahaminya
Kecilkan masalah..besarkan jiwa..
Anggap itu sebagai peluang dan cabaran!bersyukurlah!moga Allah memberikan yang terbaik buatmu sebagai hamba yang dijanjikan syurga kelak..insyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan